Gambar profesional di laman web perniagaan Internet

Salah satu cara untuk meningkatkan kepercayaan orang ramai pada laman web kita adalah dengan memuatkan gambar-gambar dalam laman web.

Tetapi, berhati-hati kerana meletakkan gambar yang tidak berkualiti, ataupun tidak profesional sebenarnya akan menjatuhkan kredibiliti dan keyakinan orang ramai terhadap sesuatu laman web pula!

Di sini satu contoh asas fotografi yang anda boleh gunakan untuk produk laman web anda: “Latar belakang yang bersih”

bagbg.jpg

Nampak tak perbezaan kualiti gambar yang diambil dengan hanya memahami asas fotografi? Pastinya gambar berlatar belakang bersih memberi impak yang lebih kepada produk anda!

Tip ini di ambil dari ebook “33 Rahsia Merakam Gambar Menarik Dengan Hanya Mengetahui Asas Fotografi” oleh Noorizam Sabran (Ijam)

Berita baiknya adalah, Ijam, salah seorang Apprentice program Online Mentoring RahsiaInternet.com telah menyediakan ebook percuma ini untuk anda memahami 33 Asas penting fotografi untuk menjadikan gambar-gambar anda lebih cantik & profesional.

Sekiranya anda ingin pelajarinya, dapatkan ebook percuma ini dari sini: “33 Rahsia Merakam Gambar Menarik Dengan Hanya Mengetahui Asas Fotografi”

Thanks to Ijam for a great free product!

Bukan setakat gambar untuk laman web anda sahaja, melalui ebook percuma ini, anda juga dapat ambil gambar-gambar anda bersama keluarga yang lebih profesional gitu! 🙂

So, download the free ebook untuk mendapat tip-tip fotografi untuk perniagaan Internet anda 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

22 thoughts on “Gambar profesional di laman web perniagaan Internet

  1. Salam semua,

    Untuk menyakinkan prospek kita diinternet, gambar memang penting.

    Mengapa gambar penting?

    Dengan gambar yang menarik dan cantik akan membuatkan pembaca, prospek kita lebih percaya pada produk kita. Kepercayaan amat penting dalam perniagaan internet!

    Dan paling penting, gambar yang baik akan menampakkan website/blog/iklan anda lebih lebih professional!

    Sebulan lepas, blog saya hanya blog biasa yang menggunakan template sedia ada, dengan didikan dan panduan dari IK blog saya lebih profesional dari sebelumnya.

    Banyak panduan yang IK berikan bagaimana membuat blog yang boleh menjual!

    Tip dan panduan diberi terus pada anda jika anda menyertai program IK Apprentice!

    Terima kasih IK!

  2. Saya tak berapa pandai sangat teknik2 fotografi tapi lepas baca sedikit tips yang dipaparkan oleh IK di atas, saya dapat sedikit gambaran. Thanks IK! 🙂

    InsyaAllah saya akan apply dalam produk perniagaan internet sya. Cuma nak tanya pada IK, mcmana cover eBOOK yang the best utk eBOOK manual programming?

  3. Saya memang mencari cara untuk menghasilkan gambar sendiri. Saya telah membaca ebook 33 rahsia. Memang amat berguna tip yang diberi. Saya banyak ambil gambar-gambar untuk website saya. Cuma saya kurang mahir editnya. Seperti gambar beg yang bersih latar belakangnya.

  4. saya setuju dgn pendapat tersebut tapi perkara ni agak subjektif, terpulang kpd aper yg ingin ditekankan…latarbelakang atau gambar, latarbelakang dan gambar. Bayangkan kalau semua gambar atau iklan berlatarbelakangnya bersih atau putih…ermmm org yg ckp la…bukan saya…

  5. Satu tips yang menarik. Dgn teknik fotogrsfi yang menarik akan dpt meyakinkan lagi pelawat utk mendapatkan produk kita.

    Thanks kpd saudara IJAM atas perkongsian percuma ini

  6. Bagus la info ni..dapat gak ilmu serba sedikit kan..sekurang2nya kita tahu tentang pengambilan gambar..tak kira la utk website ke atau benda lain..janji biar gerek seh..

  7. amat setuju dengan cadangan bro IK
    gambar yang ingin ditunjukkan kepada para pembeli hendaklah berkualiti
    baru dapat meningkatkan kredibiliti penjual
    🙂

  8. Thanks IK. itu antara soalan yang sering hadir di kepala saya..
    “MaCamana Nak buat gambar jadi mcm ni..” dan akhirnya terjawab juga ..thanks IK n Ijam..

    This is one great reason why i’m being one of ur blog followers.. u r gives..
    ur great tips..

    Wish u more success n be millionaires among the millionaires…

    Thank You IK..

    aida6907.blogspot.com

  9. Salam,

    Betul tu. Foto atau gambar yang diletakkan di laman web adalah antara peranan penting. Daya tarikan mesti ada 😉

  10. panduan yang amat menarik…kadang-kadang kita tidak sedar akan kepentingan gambar dan fotograpi. Tapi sebenarnya ianya memberikan impak yang cukup besar dalam mempromosikan sesuatu produk.

  11. btl tu IK..gmbr juga memanikan peranan yg pnting dlm menarik pelanggan..pelanggan akan mudah tertarik klu ditjkkan gmbr yg cantik dan memikat ati

  12. terima kasih amat berguna utk peniaga on9 seperti saya..ebook ini juga amat mengembirakan adik bongsu saya yang sememangnya minat bidang fotografi..terima kasih..

  13. sye nak gambar ntuk perniagaan tahai larh!!!!! plizz bntu sye~~~
    kerja kursus sye bl0m siap lae

Leave a Reply

Your email address will not be published.