Ebook shortcut – Menghasilkan ebook tanpa menulis

Hari ini saya nak kasi tips untuk anda yang berminat untuk menulis ebook, tetapi tiada masa… atau… tak pandai menulis πŸ™‚

Ebook short cut!

Bagaimana caranya?

Langkah 1:

Pilih satu subject mengikut kepakaran anda… atau minat anda. Rujuk posting semalam untuk tips passion/minat

Langkah 2:

Temubual/Temuramah/Interview atau sewaktu dengannya pakar-pakar industri dalam bidang anda berdasarkan sesuatu topik yang anda ingin ketengahkan.

Langkah 3:

Bukukan hasil temubual tersebut menjadi ebook!

Contoh-contoh ebook yang boleh dihasilkan:

  1. 33 Pengalaman Pesakit Kanser yang Pulih
  2. Kaedah Mudah Hiasan dalaman Rumah dari 8 Pakar
  3. 10 Tips dari 10 Juru Gambar Malaysia

Yes, tak lupa, Mentor Jutawan bersama IK menggunakan Ebook shortcut ini. Saya tidak perlu menulis pun, cuma menemubual 7 ikon jutawan di Malaysia. Semestinya, untuk mendapatkan masa mereka, anda pun perlu mencapai sesuatu juga. Tetapi, cuba lihat topik-topik yang lain yang dalam capaian anda.

Dengan hanya menemubual pakar-pakar indusrti dan membuat kompilasi hasil temubual tersebut, anda boleh memperolehi pendapatan yang berterusan setiap bulan daripada ebook.

Satu lagi, mungkin anda tertanya-tanya… perlu bayar ke mereka yang anda interview tu? Perlu bayar royalti ke pada mereka?

Jawapan: Biasanya tidak perlu. memadai dengan kredit yang tertera selepas setiap temubual di dalam ebook anda. Walaubagaimanapun, pastikan mereka tahu, tujuan anda temubual tersebut adalah untuk dikompilasikan πŸ™‚

pps: Ebook Mentor Jutawan yang saya gunakan kaedah “Ebook Shortcut” hari ini, pada bulan pertama sahaja memperolehi jualan >RM30k. Not bad untuk sebuah ebook yang saya tak perlu tulis! πŸ™‚

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

38 thoughts on “Ebook shortcut – Menghasilkan ebook tanpa menulis

  1. Salam IK,yes another great tips from the sifu πŸ™‚

    Hopefully,Ik akan beri banyak lagi tips mengenai ebook ni. πŸ™‚

  2. Tu yg dinamakan “Think Smart, Work Smart” Tak perlu bersusah payah, boleh dapat income ribu2 menerusi ebook kita

    Sifu, anda mmg kreatif! πŸ˜‰

  3. Salam semua,

    Saya pernah belek buku di MPH dan ada terjumpa satu buku yg kumpulkan kisah hidup beberapa tokoh Melayu yg telah berjaya. Mungkin penulis telah temuramah tokoh2 tersebut dan kemudian membukukannya.

    Konsep yg sama boleh digunakan cuma convert ke bentuk digital iaitu ebook. Cuma bukan senang nak cari peluang jumpa orang2 berkenaan.

    Cara yg lebih mudah, mungkin kita pernah layari mana2 forum yg bincangkan pasal satu masalah. Berdasarkan respon atau penyelesaian dr forumer berkenaan kita boleh karangkan sebagai sebuah ebook panduan. Selamat mencuba πŸ™‚

    HAFIZ
    http://bisnes-impian.blogspot.com

  4. Salam

    Irfan memang seorang yang tak lokek ilmu. Suka sharing.

    Kengkawan semua, saya dah pergi ke Workshop Mini Ò€Terhangat di PasaranÒ€ tu sejak pertama kali dianjurkan. Memang saya dapat banyak info baru. Kalau ada peluang lagi… saya nak pergi lagi ikuti workshop tu…

    Sekarang saya sedang menjalankan usaha ke arah itu. Rugi besar… kalau tak pergi…

  5. Cara ini adalah yang terbaik bagi mereka yang menulis ebook. Rasanya ianya boleh diperluaskan lagi jika ada rakyat malaysia kita menyediakan perkhidmatan untuk menulis ebook, cara ini lebih banyak diguna pakai di bahagian eropah dan mungkin hanya segelintir sahaja yang menyediakan perkhidmatan sebegini di malaysia, itupun menulis buku sahaja bukan ebook. Saya dapati hanya seorang dua sahaja yang baru menyediakan perkhidmatan sales letter dan bukan ebook, tetapi cara ini juga salah 1 platform untuk mendapatkan icome sampingan. Mungkin ada diantara pembaca2 blog ini bakal mendapat idea apa yang saya katakan dan mempunyai pendekatan yang sama sepertimana dr.irfan katakan.

  6. satu idea yang sangat berkesan.. sekarang baru saya faham …. sebenarnya senang cari idea tuk menghasilkan sessuatu ebook.. thanks IK….satu info shorcut yang best..

  7. Saya setuju dengan apa yang IK katakan….Biasanya dengan cara ini orang akan lebih mempercayai ebook kita…dan membelinya…saya juga sedang mengaplikasikan cara ini bagi menghasilkan ebook kedua saya..Dan saya dapat rasakan ianya akan ‘boom’ di pasaran…Insyaallah…TUNGGU DAN LIHAT..

  8. a very good tips.tapi rasanya topik yang nak diketengahkan dalam ebook juga perlu topic yg ada demand yg tinggi..(better if u can get a niche)

    so better buat research dulu untuk topik yg nak dihasilkan..

    kalau tk penat je nanti..

    rasanya orang yg ditemurah pun perlu sesuai dan kalau boleh yg berjaya n terkenal dalm bidang tersebut..

    selain tu yg paling penting kene la pandai internet marketing dan guna teknik2 yg betul.betul tak IK?:)

    *IK always come out with good tips:)

  9. Saya setuju dengan pandan IK. Namun, bagi saya sebelum anda bergiat aktif untuk dapatkan duit secara online, pastikan anda mendapat maklumat yang cukup.

    Selepas anda menyiapkan ebook, anda perlu ada website, dan buat promosi. So asas ini WAJIB ada.

    -Satu idea dr saya” Interview dengan pelajar cemerlang”,trafget anda pada student dan ibu bapa…

  10. Salam IK..

    Sy da pegy Mini Workshop tu tp xckup masa utk siapkan..Bila IK ckp interview people yg da berjaya baru sy dapat idea bru..thanks IK..

  11. Salam perkenalan. Terima kasih IK kerana sudi berkongsi tip yang ringkas tetapi amat berguna terutama kepada saya yang baru berjinak-jinak dengan dunia bisnes.

    Mungkin saya akan buat ebook bertajuk “Bagaimana suri rumah boleh menjana pendapatan lumayan dengan hanya memasarkan perfume. Ok tak?

  12. Sebenarnya kalau nak interview orang tak semestinya kita kena jumpa face to face. Di dalam era globalisasi yang semakin moden dan canggih ini, anda boleh sediakan satu teks soalan dan emelkan kepada mereka yang anda nak interview via emel or by post dan apabila mereka reply dengan jawapan, anda boleh kompilasikan interview via text dan membentuk satu e-book, mudahkan? πŸ™‚

  13. sy pn mcm tu juga..
    idea utk buat ebook mmg ade tapi sy masih perlukan bimbingan drp yg pakar..
    sy nk tanya apa software yg plg sesuai utk menghasilkan ebook n kite blh letak password pd ebook tu..contohnya seperti 101 teknik promosi oleh IK tu..yg tu memang sy teringin sgt nk tau..

  14. Di Amerika banyak org jadi jutawan dengan hanya jual ebook sahaja. Sebab di sana market besar. Tetapi di Malaysia pun ape kurang nya. Ramai yang jadi kaya dgn jual ebook. Contoh saudara Mawardee dgn ebook panduan klikbank.

Leave a Reply

Your email address will not be published.