Dalam menjual apa sahaja, cara yang paling efektif untuk jangka masa panjang adalah dengan mengimplementasikan 2 langkah pengiklanan. Iaitu…
- Soft-sell
- Hard-sell
Langkah pertama adalah Soft-sell yang merujuk kepada pengiklanan yang memperkenalkan bakal pelanggan kepada produk atau perkhidmatan yang diniagakan. Sebagai contoh, business card, brochure, iklan dalam surat khabar, iklan melalui Internet dan lain-lain. Soft-sell adalah lebih kepada mengingatkan atau membina jenama sesuatu perniagaan.
Langkah kedua pula adalah Hard-sell yang merujuk kepada pengiklanan yang lebih agresif dalam meminta bakal pelanggan membuat pesanan. Sebagai contoh, leaflet yang mengandungi borang untuk dihantar balik, iklan akhbar yang mempunyai borang pesanan, sales-letter laman web, dan lain lain.
Soft-sell dan Hard-sell diperlukan oleh kerana cara untuk menembusi fikiran bakal pelanggan perlu dilakukan secara berperingkat oleh kerana kesedaran dan psikologi manusia dalam membuat keputusan membeli juga adalah secara berperingkat.
Contoh mudah soft-sell dan hard-sell diimplementasikan dalam perniagaan Internet adalah, Tip Satu Minit (Soft Sell) dan RahsiaInternet.com (Hard-sell). Contoh konsep ini digunakan untuk perniagaan bukan Internet pula adalah menghantar brochure/information pack kepada bakal pelanggan (soft-sell), kemudian follow up dengan temu janji untuk menunjukkan demonstrasi (hard-sell).
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
kira agak berkesan jugak teknik ini, setengah orang kata ni teknik back-end dan front end.. konsepnya lebih kurang sama..
Pengiklanan perniagaan internet memerlukan kreativiti, serta mesej yang hendak disampaikan mestilah tepat kepada pengguna.Bagi saya apabila user klik iklan dan baca contentnya sudah capai pada first level.walaupun tidak ada urusan jual beli.Tetapi saya masih lagi tercari – cari cara lain, selain daripada cara yang cadangkan… Hello kawan2 please submit idea2 yang anda praktikkan. TQ.
saya menggunakan teknik gabungan soft-sell dan hard-sell .. Tapi hasilnya belum kuat lagi.. mungkin boleh lagi saya perbaiki.. apa2pun.. blog ini sentiasa menjadi rujukan utama saya.
🙂 ramai dari rakan-rakan saya amat kagum dengan 🙂 dan hampir kebanyakan juga, bila sebut nama Irfan Khairi mesti diorg akan jawab ‘ ooo jutawan internet muda tu yer’ 🙂
Camana nak aplikasikan softsell dan hardsell dalam blogging? Ada idea baru?
Dua cara yang hebat!!!
ok
keyword dia di sini sebenarnya adalah “paling efektif untuk jangka masa panjang”
kira cara ini bukan cara short-cut atau cepat nak dapat pelanggan. tetapi, cara ini adalah lebih efektif terutama untuk long term. ia juga adalah menjimatkan dari segi kos pengiklanan.
Kedua-dua memainkan peranan secara berperingkat. Patut lah Irfan menggunakan 2 domain satu untuk Soft-sell dan satu lagi untuk Hard-sell.
saya dah beli buku dan dah beli cd rom 123 membuat laman web perniagaan. cuma kursus saja yg saya belum pergi….bila nak pergi ek. takdo duit nie…
En. Irfan,
Saya masih dalam peringkat suaikenal dengan perniagaan internet. Banyak pertanyaan yang saya perlu soal. tapi kat mana?
Saya teruja & setuju dgn step marketing yang dinyatakan. Bravo IK…! Saya semakin admire kamu.. Tapi no. 1, masih admire Tun Dr. M. 🙂
Saya menghadapi masalah dalam menetapkan harga ruangan penyewaan iklan dalam perniagaan yang saya jalankan.Dengan menyewa ruangan di tempat yang strategik di pusat bandaraya dan mendaftarkan perniagaan,saya juga mengakseskan penyewa ruangan syarikat kami ke internet secara percuma.
terimakasih Irfan
idea yg bagus.InsyaAllah akan cuba praktikkan nya nanti 🙂 tq
Hai! i’m inspiring with you
http://is_69z.ads4blog.net/
Bru blajar2 buat blog,,give ur comment ik 🙂
sy br dlm prniagaan internet ni…maklumat yg IK bg satu maklumat yg berguna..Trima kasih…
Saya sedang mengunakan kedua teknik ini dan sedang melihat hasilnya. Mudahan hasilnya lebih baik dari semalam.
Bagi saya soft atau hard sell, ianya bergantung pada kredibiliti orang yg mengiklan.
Kalau kita punya kredibiliti yg tinggi, soft ke atau hard ke orang akan beli….
Tapi kalau anda tidak dikenali, walaupun anda menjual sesuatu produk yang teramat bagus, orang akan tetap ragu-ragu dan “berlalu begitu saja…”
Jadi binalah kredibiliti di kalangan masyarakat sama ada di internet atau pun di alam nyata…
Insyallah anda akan berjaya dalam bisnes
Macam ni kena jalankan 2 strategi serentak untuk kesan optimum dalam perniagaan
Soft selling cara untuk berniaga jangkamasa panjang…jadi adalah amat-amat digalakkan..
cadangan saya:
pada yang baru berjinak2, lebih baik ruang pengikalanan dbuat percuma untuk jangka masa tertentu (eg 1 tahun) kemudian selepas jangkja masa promosi itu, tawarkan promosi pengiklanan dengan harga yang baik. sebenarnya tidak rugi jika kita berbuat begitu, malah insyaAllah rating web kita akan naik. Cubalah
saya amat bersetuju dengan IK.Cara soft atau hard selling ke, mesti sentiasa di update kan promosi…
tertarik dengan semua artikel IK, semuanya sungguh berinfo( ada ke perkataan ini lol)
Salam En Irfan,
Saya sudah ada blog sendiri, memasarkan produk susu kambing Hi Goat & saya sudah pun ada page Hi Goat di facebook. Saya sudah hantar page Hi Goat saya ini kepada kenalan2 di facebook tetapi hingga kini, masih tiada yang berminat membeli sedangkan saya sudah memberi tawaran harga yang menjimatkan & hadiah percuma. Di mana silap saya? Secara jujur, saya zero kos untuk buat iklan berbayar, wang yang ada untuk kegunaan anak OKU saya. Harap dapat kongsi idea. T.kasih.