Wah… macam-macam tekaan bagi domain name Cayalah!com sejak hari Jumaat lalu. Tetapi, tiada satu pun yang hampir 🙂 Jadi, ini jawapannya…
Cayalah!com sebenarnya adalah “web design ‘face-lift’ service”!
KONSEP:
Konsep yang akan digunakan oleh Cayalah!com adalah perkhidmatan mereka cipta laman web perniagaan Internet ber kos rendah. Idea ini saya sudah simpan agak lama dah, cuma tidak tahu hendak menggunakan pendekatan bagaimana. Sehingga lately ni mendapat ilham daripada AirAsia- menggunakan harga rendah kepada pelanggan dengan mengurangkan kos di mana yang boleh.
MASALAH:
Dalam mencari idea memulakan perniagaan, apa yang saya sering nasihatkan adalah mencari “masalah”, kemudian, berikan penyelesaian. Masalah yang sering saya lihat kini adalah perniagaan Internet mula mendapat sambutan di Malaysia, cuma, apabila melihat laman web usahawan Internet, ianya kurang profesional dari segi reka cipta. Ini memberi tanggapan tidak profesional, lalu, mengurangkan keyakinan dan kredibiliti sesuatu laman web itu dan mengurangkan jualan 🙁
Laman web yang tidak profesional akan mengurangkan peluang jenama sesuatu perniagaan itu meningkat!
PENYELESAIAN:
Cayalah!com adalah, ia berkonsepkan website “face-lift” di mana sasaran pelanggan adalah mereka yang sedia memiliki laman web, tetapi, ianya tidak begitu berjaya oleh kerana tidak kelihatan profesional. Cayalah!com akan memberi sentuhan “face-lift” dan mencipta laman web yang lebih profesional agar dapat meningkatkan kepercayaan dan memudahkan jenama sesuatu laman web itu diterima.
KELAINAN:
Kelainan adalah penting dalam sesuatu perniagaan. Pelanggan akan terdiri daripada mereka yang sedia mempunyai laman web, tetapi tidak profesional. Apa yang Cayalah!com akan lakukan adalah memberi diskaun kepada mereka yang sedia mempunyai laman web.
Bayangkan, konsep trade-in handphone. Di mana, anda trade-in handphone lama, dan tambah sedikit sahaja untuk handphone baru.
Oleh sebab pelanggan telah membelanjakan wang dan juga masa untuk menyiapkan laman web pertama, Cayalah!com akan take this into consideration, dan memberi potongan harga untuk redesign laman web tersebut. Juga, bagi mereka yang telah membeli produk-produk Rahsia Internet.com, akan mendapat diskaun lagi- terutama pembeli CD Rom Langkah 1-2-3, kami memberi 100% diskaun dari harga belian CD tersebut (RM50) oleh kerana Cayalah!com akan mengambil alih kerja-kerja membina laman web.
Jadi, kenapa nama yang dipilih adalah Cayalah!com?
Harapan saya adalah, selepas team design Cayalah!com mengubah laman web anda menjadi laman web yang lebih profesional, anda akan kata CAYA-LAH!
Jadi, itu lah asal usul nama yang dipilih 🙂
Apa-apa pun, terima kasih atas idea-idea bernas anda pada posting yang lepas. Banyak idea yang boleh digunakan kembali. Cayalah untuk anda juga 😉
Bila akan dilancarkan? Very soon… insyaallah minggu ini. Diskaun untuk pesanan-pesanan awal!
Tip Satu Minit…
Short-cut dalam menyediakan pelan perniagaan Internet adalah seperti mana saya lakukan di atas. KONSEP-MASALAH-PENYELESAIAN-KELAINAN. Sering kali, saya akan mulakan idea perniagaan dengan cara ini. Ia akan memberi gambaran yang lebih jelas, dalam waktu yang amat singkat!
Sekiranya anda mempunyai idea perniagaan (seperti idea perniagaan yang telah diberikan sejak Jumaat lalu) cuba susun semula dalam format KONSEP-MASALAH-PENYELESAIAN-KELAINAN ini! Anda akan mendapat lebih banyak idea 🙂
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Wow!
Useful tips,
thanks irfan 🙂
– Shueqry –
Cayalah…
Power gerabak sei…
Hebat2! Website yang tak professional sgt
kena dapat uplift nie… 🙂
Assalamualaikum
Irfan,boleh sediakan ruang interaktif agar orang yang ingin laman webnya periksa dan beri komen terus melalui internet.Saya belum ada barang nak jual cuma sekarang ni siapkan kilang bakery kecil sebelah rumah dan tengah belajar untuk hasilkan laman web yang boleh muncul sepantas 3 saat dengan modem 56K yang kebanyakan orang guna.
Wassalamualaikum
wah…cayalah! ….takde sorang pun yang teka betul…
menarik betul idea … macam mana boleh buat idea jadi hebat macam ni??
han
cayalah….memang “cayalah”,
idea yang tak pernah terfikir oleh saya dan orang lain, ini lah apa yang di katakan oleh , menganalisa masalah, mencari jalan penyelesaian dan cipta kelainan…
tak sabar lak nak tunggu pelancaran rasmi cayalah.com 🙂
fuyyooo….cayalah!
Dr ni dah macam CEO AirAsia ni, tony fernandez..rakan seperguruan ker dulu?
hehe
Wow! memang best idea tu. Tahniah! Bila boleh start order ni?? Ada harga yang bermula 99 sen juga?
Salam buat Irfan,
Saudara merupakan antara idola dan role model saya selama ini. Namun, saya jarang memberi komen tetapi selalu datang bertandang ke sini. Cetusan idea dari doktor cukup mencetus semangat kepada saya untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.
Jika saya mampu, saya teringin sangat menjadi pelanggan bagi web Cayalah! Saya juga masih mengumpul duit untuk membeli produk doktor. Insyaallah…
Akhir kata, teruskan usaha murni doktor. Semoga Allah melimpah rahmat dan rezeki yang baraqah buat doktor sekeluarga 🙂
boleh ke kita berjaya kalau tak jual produk?
cthnya:
kalau saya bangunkan website yang tidak berasaskan produk-isi kandungan web saya mungkin :
1-resipi masakan tradisional,@
2-review,cheat code,guides permainan video dlm bahasa melayu@
3-artikel-artikel yg bole membantu pelajar2
ulangkaji@
4-dunia automotif@
5-ataupun hanya sekadar maklumat rambang dlm apa2 jua topik dan saya sediakan juga link utk ke website berkaitan
Cayalah.com ..Fantastic jugak idea ni…ada can untuk yang tak mempunyai modal besar untuk dapatkan web page professional dan di ‘lulus’kan oleh Tahniah
Bernas dan simple idea nya.Harap-harap satu hari nanti saya pun akan dapat berfikir macam mana Irfan berfikir 🙂
Gerek se! 😀
Satu idea yang menarik untuk menyelesaikan masalah merekabentuk laman web kepada mereka yang memerlukan. Dengan sentuhan team cayalah!com diharap akan ramai dapat manafaat darinya.
Sememangnya untuk mereka cipta laman web memerlukan sentuhan profesional agar dapat meningkatkan kepercayaan dan memudahkan jenama sesuatu laman web itu diterima.
Hisham;
“Cuba selesaikan masalah ‘SPAM EMAIL'” 😉
http://www.spammingmenow.promoprosper.com
Hebat idea ni! Saya pasti Irfan makin yakin utk keluar dgn idea ni bila melihatkan ramai usahawan internet terutamanya yg baru mempunyai laman web yg kurang profesional. Dan dgn meletakkan harga yg “rendah dan berpatutan”, Irfan sebenarnya telah membantu usahawan internet utk turut berjaya seperti beliau!
Thanks for being the solution provider for us, e-entrepreneurs and future millionaire (who knows…) 🙂
Assalamualaikum Irfan…
Congratulations on Cayalah.com..:) Lamanya tunggu, 3 hr br dpt tahu, tapi xpe sy tahu sibuk dgn workshop pd ahad lepas kan. How was it going? Ok?
Berapa harga dia? xckp pun kat atas! Tell me plz, xsabar nak tahu ni.
Tapi kan sy dah join workshop jutawan internet, dah ada bimbingan 1 thn dari & krew, masih perlu ke sy dptkan cayalah.com? Maaf, byk tanya..
Good luck & take care to Irfan. Tq
Cayalah dengan Doc, idea yang keratif…
cayalah!
tekaan saya Doc nak buat produk virtual,tak teka Doc nak buat service sebab servive memerlukan pengorbanan masa yg berterusan.
cayalah!hehe..memang bagus la nama tu..cam Yahoo! plak rasanya..:)
Askm….
Memang menarik betul idea ni…saya dah pun join workshop jutawan internet sessi Julai..dah siap buat web site tapi rasa macam tak pro jer…tak berani nak launch…
skrg nak redesign balik web site saya…CAYALAH!!!
cayalah…sy memang sdg cari designer laman web…sbb dah sebulan design sendiri laman web tapi x menjadi sampai tido pun x lena. Lepas join workshop 12/8/07 smangat membara tapi skrg rasa mcm dah nak padam jer..Harap cayalah.com jd smangat baru sy!!
Assalammualaikum.. . Irfan..
Wah, nampaknya idea Irfan nie semakin hebat..
Sy baru buka laman web Irfan nie semalam..
mmg menarik untuk saya turut serta..
Dan nk tahu sgt ape plak idea Cayalah !!
tahniah kepada kejayaan Irfan..
Salam sejahtera,
Kalau tak silap website ‘Gua.Com.My dah ada so, eloklah ada Caya!Com pulak. Kan ada pasangan diakan..? Anyway, saya menyokong dan ‘tabik Spring’ dgn dgn adanya website tu nanti akan bertambah ramai lagi golongan melayu yg baru hendak celik IT akan bertambah cerdik dan pintar IT dan diharapkan akan lebih banyak lagi wesite bahasa Melayu nanti.
Macam juga konsep ‘Mydin’ ada barangan yg murah dan boleh digunapakai. Tak semestinya yg ‘branded’ tu hebatkan.
Syabas diucapkan dan teruskan dengan usaha murni itu. Kami semua menyokong mu.
Assalamualaikum Irfan,
Saya baru dpt tau ttg Cayalah hari ini, (agak ketinggalan sedikit). Inilah yang saya nanti2kan. Sudah lama laman web saya dilancarkan namun, mungkin disebabkan ‘kureng’ menarik ia tidak mendapat sambutan. Saya tercari2 ‘injection’ untuk menghidupkan kembali laman web tersebut, namun feedback yang saya terima semuanya tidak memberangsangkan. Saya pernah ditawarkan harga rm10000 untuk mendapatkan satu laman web yang baru, namun apakan daya saya, belum pun menjadi jutawan, mana la ada duit.
Saya hrp dgn terlancarnya Cayalah ni dapat membantu orang2 seperti kami ini.
Tahniah dan terima kasih
You make it happen!!
Cayalah ..
Dapat idea untuk webpage dengan harga serendah mungkin…
Cayalah….!
Assalamualaikum…saya pun baru baca je pasal Cayalah ni… ketinggalan sikit..:) Cuma saya nak tanya, konsep cayalah adalah untuk redesign kembali laman web,…kalau yg belum ada laman web perniagaan internet bagaimana? boleh designkan ke atau saya kena design dulu?. TQ