Cayalah domain name ni!

Mungkin personally bagi saya the best part dalam memulakan perniagaan- tidak kira perniagaan Internet atau perniagaan bukan Internet adalah dalam memilih nama perniagaan!

Memilih nama perniagaan memerlukan kreativiti dan imaginasi supaya jenama kita mudah dikenali seperti RahsiaInternet.com, Tip Satu Minit, 101 Cara Promosi dan Workshop Jutawan Internet

Saya pernah menulis tip: Nama Perniagaan Anda untuk anda namakan perniagaan mengikut jenis perniagaan anda. Juga, dalam 101 Cara Promosi juga saya sebut ini sebagai satu cara promosi.

Tidak lama lagi, RahsiaInternet.com akan memulakan sebuah laman web baru. Dan kali ini, saya mengambil keputusan untuk menggunakan domain name yang tidak ada kaitan dengan perniagaan (atau hampir ada). 

Terdapat juga strategy menggunakan nama yang tidak ada kena mengena dengan perniagaan yang dilakukan seperti: Google.com, Yahoo.com, Amazon.com dan Boo.com. jadi saya mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah ini.

Menggunakan strategy nama yang tidak ada kaitan dengan perniagaan (atau hampir ada kaitan), cara terbaiknya adalah menggunakan perkataan yang memberi impak emosi!

Sebagai contoh:

  • Google – memberi emosi seperti perkataan yang agak funny bunyinya!
  • Yahoo – memberi emosi gembira seperti sorak “Yahoooo!”
  • Amazon – memberi emosi kawasan yang besar, hutan yang besar atau sungai yang panjang!
  • Boo – memberi emosi kena takut/terkejut “Booo!”

Suka saya mengumumkan satu lagi penambahan dalam keluarga RahsiaInternet.com! Tidak lama lagi, akan dilancarkan…

Caya tak domain name yang saya pilih? “Cayalah” oleh kerana “Caya-lah! adalah satu slang yang seringkali digunakan (silap-silap anda pun pernah guna). Nasib baik tiada siapa yang beli lagi domain name ni 🙂

Soalan teka-teki: Untuk anda di pagi-pagi jumaat ini, teka teki sedikit. Agak-agaknya, Cayalah! ni laman web mengenai apa? Cuba teka! 😉

Anggap ini sesi menjana idea. Sekiranya anda mempunyai laman web bernama CayaLah, apa yang anda lakukan? Saja untuk suka-suka… mana tahu, kita dapat generate lebih banyak idea yang bernas di sini!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

36 thoughts on “Cayalah domain name ni!

  1. Cayalah! Doc. 😀

    Saya pun tak ada idea nak teka apa tapi “hantam sajalah labu”. Mungkin laman web “advertising” atau portal perniagaan internet.

    Memilih nama domain yang tak berkaitan untuk perniagaan memerlukan usaha untuk ‘Branding’ nama tu..betul tak doc? harap doc. success dan laman web ni akan maletup! 🙂

    Hisham;
    P2..DotCom 😉

  2. mcm mana nak teka erk.
    kalau berdasarkan tulisan , mungkin laman cayalah.com ini akan menjadi salah satu portal khusus untuk rakyat malaysia,seperti direktori, search engine.

  3. Salam doc.
    Dalam memilih nama domain ni memang pentin.Tambah-tambah lagi kalau nama tu de unsur-unsur humor.Masti bikin meriah gitu.Kadang-kadang org pernah bertanya, “ada apa dengan nama?” emm jgn tak tau nama ni leh org buat org “pandang pertama” =)

  4. Askum Irfan..

    Sy offday hr ni, jd dptlah tgk blog pagi2 lg. ?

    Congratulatulations on cayalah.com! Semuga ia meletup dan sgt dipercayai.

    Sy teka laman web ini adalah mengenai perkara2 yg blh dilakukan menggunakan internet spt jualbeli produk/servis, belajar mcm2 perkara, pengiklanan, meminta & memberi bantuan atau pun satu lg cara utk menghubungi Irfan dgn topik bebas mengenai bisnes internet!

    Betul ke ? Betul ke? Sy btl2 xde clue ni..

    Tq, klu salah jaaangan ketawa. Malulah!…:-)

  5. Saya rasa misti ada sangkut paut dengan motivasi juga…kan kan kan?

    Apa kata buat site featuring new enterprenuers? Saya rasa ramai yang berminat.

  6. Saya pula teka ianya website tentang motivasi dalam perniagaan internet.mungkin nak gunakan perkataan “percaya” tetapi macam tak best, jadi guna “Caya”.”lah” pula selalu digunakan di Malaysia.. dan juga mungkin membawa maksud “percayalah” perniagaan internet juga boleh berjaya..

    kalau tak kena takpe…hehe…

  7. hint yg bagi sikit sgt..( ygtakde kaitan…mungkin juga ade kaitan)..

    sebagai menjana idea sbg anak murid .saya suka2 nak teka.. kalau dpt hadiah.. baru best..hehe..

    ok.. saya rasa..cayalah!com..tentang kejayaan org2 malaysia..menjana pendapatan pada bidang2 ygtak disangka2..cthnya cam .tup2 jadi jutawan internet..jadi.. boleh kata.. cayalah . hehe..

    mungkin . akan gabungkan kejayaan ramai lagi bakal2 jutawan internet..dari semua aspek..seperti jutawan tani.. jutawan mlm..jutawan ternakan ikan.. cth aje laa..
    jutawan masakan..jutawan senyap ker?..macam2 laa..jadi last sekali.. bila semua org baca.. kita semua akan kata.. cayalah beb..tak sangka..”bukan cempedak jadi nangka”..tapi itulah kenyataan.. sehingga melahirkan seorang yang hebat dimata dunia..anak malaysia beb..muda lagi beb..cun plak tu..bukan mewarisi harta keluarga tapi harta dicari sendiri dgn titik peluh dan ilmu yang ade..CAYALAH!.com..

    jadi kesimpulannya..”inovasi dan kreativiti janaan minda mampu mengubah angan2 menjadi kenyataan..jadi tunggu kemunculan cayalah.com”

  8. Cayalah! (^_^)

    suka dgn domain name ni. senang ingat.
    rasanya maybe utk kejayaan usahawan yang telah berjaya pelbagai aspek atau bisnes. maybelah..eheh

  9. Bagi firadila….emmm…kalau cari apa-apa sahaja matlumat kat laman web cayalah.com mesti dapat apa yang kita nak….”wah!…cayalah…senangnye dapat maklumat kat sini…” he..he..

    senyum selalu…

  10. Harapan dan tanggapan you all pada Irfan begitu besar dan tersangat tinggi sekali kan…ishhh, memang kecut perut dibuatnya! 😆

    Tak leh ke you all teka Cayalah.com ni jual kad raya aje ke? Jual gula-gula aje ke hehehe 🙂 …tak lah besar sangat tanggungjawab yang nak dipikul.

  11. tulah dia nya… 🙂

    tapi seronok membaca banyak idea-idea yang bernas. mana tahu, satu hari nanti boleh dilaksanakan oleh rahsiainternet.com juga 😉

    tah-tah Cayalah.com jual mousepad ke, mugs ke, pendrive ke…

    so far, semuanya amat jauh dari sasaran cayalah.com. tapi takpe, teruskan generate ideas, mana tahu anda sendiri boleh usahakan kelak.

    takde siapa pun teka “cayalah.com” adalah ebook? 🙂

    *idea-idea mengenai direktori business online, search engines, motivasi, keusahawanan etc memang bagus. tapi, saya selalunya kalau lihat pembaca setia Tip Satu Minit sudah memulakan laman web sedemikian, takkan kami di rahsiainternet.com pun nak lakukan yang sama. nanti tak meriah pula…

    contoh, P2 ada membuat bengkel hands-on, saya takkan nak buat bengkel hands-on pula. Shueqry pula buat Law of Attraction, takkan saya juga buat LOA, nanti tak fair jadinya :). Mazny juga ada buat directory business online, takkan rahsiainternet.com juga nak buat directory. Razzi ada buat buku mengenai cinta, takkan saya pun menulis buku cinta kut. nanti susah razzi nak cari makan. he he… kita kasi sama-sama share market ok? 😉

    tah-tah betul kata razzi… cayalah.com buat kad raya. kan ke raya pun dah dekat. saya pulak business minded! Cayalah.com simple sahaja- macam logonya juga!

  12. Dr says: “Mazny juga ada buat directory business online, takkan rahsiainternet.com juga nak buat directory.” –> hehe… nasib baik la berfikiran camtu. Klu RahsiaInternet buat the same thing, dah tentu saya takleh nak cari makan. Mana dapek nak compete dgn Irfan yg dah ada nama dlm arena ni… 😉

    Saya teka Cayalah.com adalah portal yg jual souvenir utk pelbagai peringkat umur. Dari kanak2, remaja dan juga dewasa. Di samping tu ada pelbagai idea utk memeriahkan pelbagai ocassion spt birthday etc. Apa aku mengarut daa? heheh…

  13. slmt mlm ,
    post ni pagi tai lagi…tp skrg baru baca online…sebab hari minggu kat trgn…

    menarik logo cayalah.com ni…
    nak teka apa ek…

    mungkin untuk personal kot… utk dikenali lagi oleh rakyat malaysia…

    han

  14. ramai yang meneka doc nak buat portal,directory kerana..mula-mula mereka dengar perkataan yahoo! lepastu dengar perkataan cayalah!
    yahoo!cayalah!yahoo!cayalah!

    secara tidak langsung minda separuh sedar memberi jawapan yang hampir sama dengar service yahoo seperti portal atau directory..

    tekaan saya pula adalah: sesuatu yang tidak berkaitan dengan komuniti,tetapi lebih kepada produk virtual tunggal(single)

    salihin

  15. Sudah. Keluar pulak. Boleh jugak kalau buat searh engine baru kalau cayalah.com ni. Mesti trafik banyak gila. Kalau letak adsense, confirm mencanak income. Hehe..

    Ehm, idea untuk product baru ada banyak. Cuma lum di pakejkan lagi sahaja. Hoho..

    Apa2pun. Tak sabar tunggu launch website cayalah.com. Confirm nih?

  16. Salah semua tuuu…sebenarnya Irfan dah cakap kat saya apa yang dia nak buat…

    cayalah.com sebenarnya nak menjual CPT…cendol pulut tapai! Percaya tak? Cayalah! 😆 HAHAHAHAHA!!!

    “Ketawa adalah penawar segala duka!”

  17. Assalamualaikum w.b.t, salam perkenalan untuk semua.

    cayalah! pada firasat saya yang baru nak belajar ni ialah nak buat satu portal berkongsepkan motivasi penghargaaan, tak kiralah nak letak apa pun dalam tu, yang penting ianya berkonsepkan motivasi secara penghargaan atau appreciation org putih kata.

  18. hye hye… =)

    im newbie! cane nak contact sedara irfan eh..
    ade personal emel ke. hehe..
    suke dgn idea idea irfan, bernas. sy br nk mula belajar bina kjayaan kt internet mcm irfan.
    nak tny irfan cmne nk pilih nama domain eh?
    klu nak buat web jual ebook msti dah byk yg guna teknik rahsia lah, teknik jutawan lah, wang mudah la.. tp sume bkaitan dgn teknik & wang or duit.. so mcm susah nak cari domain yg sesuai untuk bg yg newbie mcm sy nie. tkut nnt tak de org nk lawat sbb nama domain x best. huhu..

  19. rasa-rasa cayalah ni boleh terkenal macam google, yahoo n lain2.. kalau buat search engine lagi bagus.. malaysia dapat nama.. wah!! leh harumkan nama malaysia.. pastu wat cayalah adsense.. hehehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published.