Blues tak update blog

Urgh… saya tahu, sesiapa sahaja yang mempunyai blog, pastinya adakalanya mengalami blues tak update blog 🙂

Berminggu-minggu (ada yang berbulan!) berlalu tanpa update blog. Sounds familiar?

Ada banyak sebab terjadinya blues tak update blog. Antaranya (yang selalu) sibuk, takde idea nak tulis apa, terlupa, menunda-nunda kan masa…

Tak kira, apa sahaja sebab, memang tak dinafikan, blog adala media yang selalu perlu di update. Nama pun BLOG berasal usul dari perkataan Web Log. Kiranya macam online diary…

Berikut beberapa tip bagi anda yang dah lama tak update blog, atau sering dilanda Blues tak update blog 🙂

  1. Tentukan hari menulis blog. Seperti saya sendiri, memilih Isnin, Rabu & Jumaat sebagai “Hari mesti menulis”. Walaupun sesuatu idea saya dapat hari Selasa, saya tetap tulis hari Rabu. Kalau ada sesuatu nak dikongsikan hari Khamis, saya tulis juga hari Jumaat.Dengan cara ini, kita dapat disiplinkan diri untuk menulis secara konsisten.
  2. Buka fikiran dengan perasaan “ingin berkongsi”. Dalam hidupan harian, kita akan melalui pelbagai pengalaman. Setiap kali melalui apa sahaja pengalaman, tanya pada diri sendiri, “bagaimana nak kongsikan pengalaman ini di blog?”Secara sedar dan sengaja, buka kan minda dan sering tanya pada diri sendiri setiap apa yang terjadi, anda ingin kongsikan manfaatnya dengan orang ramai.
  3. Bawa buku 555 ke mana sahaja. Ok… ok… saya tak lah bawak buku 555 yang kutip hutang tu. Tetapi, setiap kali saya dapat idea nak kongsikan sesuatu di blog, saya akan catatkan nota dalam ipod atau handphone saya.Catat nota in point form sahaja, tak perlu menulis seluruh entry. Tunggu hari-hari yang ditetapkan (Point 1), baru tulis seluruh entry di blog.
  4. Of course, ni sebenarnya tak perlu saya sebut. Bina blog yang membawa topik kegemaran anda. Tip Satu Minit ini lebih kepada tip-tip perniagaan & motivasi… yang menjadi minat saya dari dulu lagi. Update blog ini menjadi hobby yang menyeronokkan dan bukan kerja yang memenatkan.So, pilih topik yang besesuaian dengan anda untuk blog! Saya dah menulis di Tip Satu Minit ni sejak tahun 2006. Disebabkan minat, sehingga kini masih menulis tanpa jemu.

Mudah-mudahan dengan tip-tip di atas, kurang sikit kita bersama mengalami blues tak update blog 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

24 thoughts on “Blues tak update blog

  1. Yeah! betul, betul, betul..! Blues-nya kadangkala mengalahkan orang kerja 9-5 walhal sebenarnya banyak sangat yang nak dikongsikan dengan pengunjung blog.

    Terima kasih untuk tip kali ni. 🙂

  2. IK, kalau wordpress boleh set publish date. Kalau ada byk idea masa nak tulis blog, kita boleh simpan dan publish ikut jadual – pendapat saya.

  3. Salam.

    Setuju ngn lanz.
    Waktu byk idea tu, tulis je byk2 pon. Then setkan publish date/time.
    Senang.
    10 markah untuk lanz. 🙂

    Regards

  4. Perasaan ‘Blues’ tu melanda kits sekali sekala. Tapi cuba perbetulkan minda…bangun tiap pagi pagi tetapkan minda yang anda ingin feeling good in averything and not feeling blues. Pilihan anda….The choice is yours !

  5. Ya blog memang menyeronokkan ,bukan sahaja tujuan untuk tujuan bisnes malah untuk berkongsi ilmu.Alhamdullilah blog saya sudah mencapai ratusan pengunjung setiap hari.
    Yang penting update blog secara konsisiten serta perkongsian ilmu yang memberi manfaat,Insyaallah ramai akan join blog kita
    tq-
    http://phonesolution2u.com/blog

  6. Salute kpd IK kerana terus update blog ni dari tahun 2006 lagi secara constant. Tak ramai blogger yang mampu buat seperti ni.

    Saya tak mampu update blog sekerap IK, tapi sy cuba maintain sekurang-kurangnya 1 post setiap minggu. Kalau ada berita menarik utk dikongsi, kadang2 tu sampai 3 post seminggu! Tapi jarang2 sangat la..

    Terima kasih atas perkongsian kali ni..

  7. Sebenarnya kena banyak mmbaca
    baru datang idea nak menulis
    pembacaan, pengalaman, dan ilmu yang kita ada banyak membantu

  8. salam IK..
    saya suka baca blog org tapi malas update blog sendiri..mungkin sifat saya begitu..suka mendengar tapi tak suka bercakap..

  9. Saya pulak masalah blog yg tak dapat nak di update sebab asyik down tengah jalan.Disiplin tu memang tak ada masalah.

    Menulis di blog kerja yang menyeronokkan kalau kita suka apa yang kita buat.

  10. Disiplin dalam tulis blog ni memang penting. Kalau dah tetapkan tarikh tu, mesti kena follow.

    Anyway, saya memang enjoy blog IK ni,sangat berinformasi dan lebih penting, sentiasa update ontime…

  11. Bagi sesiapa yang buat blog dengan duit rasanye memang tak sabar2 nak update blog setiap hari.Jadi, buat sesuatu yang menarik pada blog anda yang akan menarik diri anda untuk update blog tu.Tips ni memang berkesan untuk saya.

  12. Mmg setuju org akn stop dari join website or blog kit klu xupdate..org akan mls masuk klu kit xder bahan yang baru..so,kena pandai bhagikan masa..:-)

  13. Thanks for the tips as i just 2 month
    started in writing blog…
    hope the tips will encourage me
    to write more to give the best for my viewers..thanks.

  14. saya pulak memang suka tulis blog.sejak bulan lepas,saya start tulis blog setiap hari.masalah saya ialah bukan tak de idea tulis blog..tapi tulis blog secara berlebihan..kadang2 3 kali sehari..ecceli kalau nak timbulkan minat yang sesangat dalam menulis ni ,mmg kene banyak experience dan idea..dan jangan takut idea di anggap sebagai ”rubbish”..setiap idea tu adalah sesuatu yang bernilai..menulis blog mmg hobi saya…saya start menulis sejak tahun 2004.so dah 5 tahun tulis.

  15. dusyummm!! terkena aku sekali… mmg betul IK, sejak kebelakangan ini saya busy hingga tk sempat nk update blog..

    takper lps ni pasti update blog.. huhu..

  16. Sy bru menulis blog. Dulu takut gak nk wat blog, takut x tahu menulis. Tp ikut tips menulis ikut minat tu, akhirnya boleh juga menulis. Sy ska bercerita ttg teknikal elektrik.

  17. Blues kenkadang menjadi warna pelangi; rencam dan begitu generik. Membiasakan untuk benar-benar fokus adalah cabaran awal yang saya hadapi.
    Saya sangat setuju ide no 1, ‘Hari mesti menulis’. Sebagai seorang yang lama kerja kerajaan, disiplin sebegini sangat membantu.

  18. Kena rajin rajin bongkar dalam arkib blog sifu Irfan ni untuk cari tips tips berguna macam mana nak kongsikan ideas melalui tulisan dan konsisten update blog, sebab kalau dalam kehidupan seharianpun diri kita bukan yang jenis talkative, memang agak payah untuk menyatakan apa yang terlintas dan boleh jadi bahan dalam bentuk tulisan dan untuk dikongsikan…

Leave a Reply

Your email address will not be published.