Sekiranya anda mempunyai perniagaan Internet, jangan samakan cara pengiklanan jenama perniagaan Internet dan perniagaan bukan Internet.
Jenama perniagaan bukan Internet mendapat pengiklanan dari segi produk (atau kedai) yang boleh dilihat orang ramai.
Contoh, Coca-cola boleh dilihat di kedai-kedai… showroom NAZA boleh di lihat di tepi jalan raya… Colgate boleh dilihat apabila kita berus gigi…
Apabila dilihat, ia menjadi pengiklanan.
Tetapi, jenama perniagaan Internet TIDAK BOLEH DILIHAT di kedai, tepi jalan raya ataupun apabila kita membuat sesuatu kerja. Jenama perniagaan Internet hanya boleh dilihat apabila seseorang MEMILIH untuk pergi ke sesuatu laman web tersebut seperti jenama RahsiaInternet.com dan IrfanKhairi.com
Oleh itu, pendekatan perniagaan Internet untuk memaksimakan keuntungan adalah mempunyai “JENAMA” sedia ada didalam fikiran orang ramai.
- Contoh, bila sebut buku, jenama Amazon.com tertera di fikiran.
- Bila sebut search engine, Google tertera di fikiran
- Bila sebut bunga, Blooming.com.my tertera di fikiran
- Bila sebut perniagaan Internet, Irfan Khairi tertera di fikiran (harapnya lah! 🙂
Sematkan jenama anda didalam fikiran pengguna. Oleh kerana jenama perniagaan Internet, tidak boleh dilihat.
ps: Workshop Jutawan Internet akan menunjukkan cara bagaimana jenama perniagaan Internet anda boleh mendapat keutamaan dalam fikiran pengguna. Klik di sini untuk keterangan lanjut.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Yes setuju. Kena gunakan pendekatan yang berbeza untuk tujuan yang sama.
Bila sebut perniagaan internet memang teringat Irfan Khairi.. Bila sebut Property Biz teringat Azizi Ali 🙂
Penjenamaan penting untuk semua perniagaan.
Untuk menguatkan lagi jenama kita, pengiklanan online dan offline mesti digabungkan untuk memberikan kesan yang maksima difikiran orang ramai.
Ingat! PROMOSI ingat! PEMASARAN ingat! PromoProsper.Com ingat! P2..DotCom 😀
topik yang saya suka ni irfan…
bila ada nama senang nak bina empayar…
Nak membina jenama bukan sehari dua kerja..
Perlu sentiasa berusaha mempromosikan website tersebut…
harap2 ligakampung.com akan menjadi jenama yang hebat 2-3 tahun nie
Huhuhu… nak membina jenama ni pada saya bukan senang kalau tak tahu caranya.. saya juga cuba membina jenama saya sendiri tetapi ternyata ia mengambil masa.. 🙂
kena bykkan bersabar dan berusaha di samping cara yang betul..
Seperti Donald Trump katakan jenama adalah perkara yang penting, betul tak?
emm kalu orang xtau sesuatu brand tu… boleh famous… tapi yang terkenal pulak sebaliknya..
Saya pun bercita-cita nak ada trademark saya sendiri.Tapi semua ni bukan datang bergolek.Kita perlukan usaha yang berterusan.Baru lah bleh berjaya 🙂
yes…..betul jugak…
kalau tumpuan kita pengguna internet..naikkan jenama melalui promosi internet
p2..dotcom,
menarik ayat kat bawah tu…hehe
betul, jenama amat penting… seperti “ke arah Negara Berkebajikan”..
sesuatu yang perlu dijenamakan sekarang
“LIHAT TAPI TAK NAMPAK”-mind magic
Halo semua,
Jenama memang penting seperti apa yang dikatakan irfan.
Dengan adenya jenama barulah perniagaan internet kita boleh berpanjangan dan itu yang kita mahu.
Perniagaan internet bukanlah satu perniagaan yang hari ni kita buka, tahun depan kita tutup.
Tapi kebanyakkan perniagaan internet tutup kerana tiada jenama pada produk mereka.
My 2 cents worth
Haji Cyber
Perniagaan Internet memang memerlukan satu jenama yang kuat dah kukuh di ingatan.
Contoh : IrfanKhairi.com
-mudah diingat dan disebut…
IrfanKhairi pencetus idea kepada saya untuk mendekati perniagaan online. 🙂
tidak di nafikan pengiklanan itu penting bergantung kepada perniagaan kita…
Jika target kita pengguna internet…pastikan banyak iklan di internet lah..
YES, Tepat sekali saudara Irfan….
Bila sebut pasal perniagaan internet..tergambar wajah Irfan…………..
Harap-haraplah satu hari nanti bila org bercakap macamana nak selesai sebarang hutang bank…teringatlah nama AJ….tengah usaha lor ni untuk terbitkan sebuah buku ” Facing Hire Purchase Debts – Solutions”
Mungkin satu hari Irfan boleh buat training @ pendedahan macam mana nak buat penjenamaan yang hebat seperti yang dicapai 🙂
Masih kurang tempat untuk belajar mengenai penjenamaan internet di Malaysia ni…
Salam Usahawan!
…. dan kadang kadang penjenamaan semula pun penting untuk mengukuhkan & memfokuskan bisnes kita…
Selamat Mengundi ….
Askum Irfan…
Sy sokong irwandahnil. Irfan plz buatlah training atau kelas utk penjenamaan internet khasnya dan juga kalau boleh juga tentang cara2 menjalankan biz internet amnya.
Setelah pulang dari menghadhiri workshop di Marriot Hotel, seribu satu macam soalan muncul dan kami yg baru nak bermula ni amat memerlukan bimbingan lanjutan.
Adakan kelas bimbingan plz, maybe once a week atau once in 2 weeks. Depends pd Irfan.
Tq.
Yap. Betul. Penjenamaan itu penting. Lebih2 lagi untuk jangka masa panjang. 😀
Ya..betul. Berapa banyak syarikat yg sanggup beli jenama dgn harga yg mahal. KFC, McDonald..
Tahniah semua kerana telah berjaya menjenamakan “Barisan Alternatif”.. towards a truly democratic country..
boleh ke sy kata jenama itu kunci dan asas dlm membentuk perniagaan yg berjaya?
Bagaimana pula dengan penjenamaan semula?
Adakah lebih sukar dengan penjenamaan buat pertama kali?
Sokonglah Irfan Khairi…
Sokonglah Jenama Malaysia…