Beberapa hari ni, IrfanKhairi.com melalui proses pemindahan ke web hosting lain- upgrade server. Alhamdulillah kini semua sudah settle.
Akibatnya, beberapa hari lepas:
- Saya tak dapat update blog Tip Satu Minit ni.
- Beberapa comment sehari dua lepas hilang
- Tak dapat login ke akaun affiliate Mentor Jutawan
Sekarang dah OK, so IrfanKhairi.com akan berfungsi spt biasa…
Sedikit perkongsian maklumat untuk hari ni:
Kalau anda menjalankan perniagaan Internet, atau mempunyai blog atau laman web, ada kalanya anda perlu berpindah server. Server yang lebih baik untuk menampung kapasiti aktiviti laman web anda. Ini yang terjadi pada IrfanKhairi.com apabila webhosting lama (A) sudah tak larat nak menampung IrfanKhairi.com. So, saya berpindah ke webhosting (B) baru.
Berikut adalah proses berpindah webhosting untuk pengetahuan anda…
- Webhosting syarikat A akan menghubungi anda untuk beri tahu mereka dah tak dapat menampung kapasiti laman anda. So, anda perlu cari webhosting lain. Saya pun mendapatkan webhosting syarikat B.
- Sering kali webhosting syarikat B akan membantu dalam proses pemindahan. Kerana mereka dapat ‘business’ :). Anda juga boleh request perkhidmatan Web Host Migration ini.
- Syarikat B akan backup semua file dari syarikat A. Anda perlu beri username dan password anda kepada syarikat B. Mereka akan pindahkan semua file ke server baru (B).
- Take note, pemindahan file sahaja berlaku sehingga kini. Nama domain (IrfanKhairi.com) belum lagi pindah…
- Anda perlu pindahkan domain name (IrfanKhairi.com) supaya ditujukan ke webhosting B pula
- Untuk domain name pula, anda perlu mengubah NAMESERVER domain name dari A kepada B. Untuk mengubahkan nameserver, anda perlu login ke akaun domain name management anda (berbeza dengan akaun webhosting).
- Ubahkan nameserver kepada nameserver baru (di beri oleh syarikat B… kalau tak, anda perlu minta)
Beri beberapa masa… dan viola! Proses pemindahan pun selesai 🙂
*Sebenarnya, langkah 2 & 3 di atas boleh dilakukan oleh anda sendiri. Melainkan, sekiranya anda mempunyai pelbagai script/program/database atau tak ada masa melakukannya, minta perkhidmatan “Web host migration” ini dari webhost baru anda. Sering kali percuma… adakalanya mereka charge.
Moga dapat membantu 🙂
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Bravo IK ramainya visitors sampai server tak larat nak tampung. Sy host kat Blogger sj haaaahaaaa
betul tu IK.. nak migrate server ni boleh buat sendiri kalo ada cukup masa dan pengetahuan ttg backup & restore data.. kalo tak reti tu boleh minta support dari provider je tolong buatkan..
Tips yg simple tapi cukup mustahak utk mengetahui cara-cara yg betul nak bertukar server.
Tak tau pulak ada perkhidmatan Web host migration ni kalau percuma takpe la. Tapi kalau tau buat sendiri lagi bagus.
thanks 4 the tips..nanti boleh kongsi masa wksp kat kuching 😉
Siapalah gerangan yg beruntung ni ek.. dpt host blog IK.. hoho.. nnti try cek whois 😉
Tahniah kerana bertukar kepada server baru
Semoga blog ini dapat berfungsi dengan lancar
Harga server baru brp?Bukan apa nak tanya mungkin saya pun kena guna server yg ik guna baru power n baik.
ouw…
so kra nant kte kna byr domain cost tuh kt syrkt br la ea abg ik???
(means kn kte kna byr nk register domain name kt syrkt yg kte dftr..)
xrs rugi ke klw kte br wat renew kite pnya domain name kt syrkt lme….
Tq SIFU.. 🙂
Semoga prestasi webhosting baru ni berkali-kali lebih baik dari yang dulu
Berpindah ke server baru biasanya akan ada masalah tapi kita boleh meminimunkannya. Saya menghadapi masalah bila provider pindah ke server baru. 🙂
tips yg baik…..coz sy pun nak pindahkan domain ini ke hosting yang baru. Kadang-kadang menghadapi masalah dan jumlah pelawat yg sentiasa meningkat..
Thanks IK
Beberapa bulan lepas saya juga baru berpindah web hosting. Alhamdulillah semua dibuat oleh pihak web berkenaan. Tau-tau dah pindah dan diberi maklumat tentang web hosting baru. Anyway tips yang diberi memang bagus.
Dalam perancangan nak pindah server..
Tips ni benar-benar membantu..TQ IK
Tahniah IK!
Satu maklumat berguna… 🙂
http://glowglokal.com/seminar.html
memang membantu banyak ni terima kasih ye IK…
Tips berguna kepada saya untuk masa akan datang. Bila guna domain dan hosting sendiri nanti. =D
Masa saya kerja kat syarikat hosting dulu, saya juga pernah buat Web Host Migration ni. Memang servis ni percuma sebab ini adalah salah satu cara untuk memberi perkhidmatan terbaik pada pelanggan baru.
Lagipun takdelah susah mana. Cuma part yang susah bila melibatkan database migration.