Antara strategi & teknik

Dalam perniagaan tradisional dan perniagaan Internet terdapat teknik untuk menjayakan perniagaan. Juga, terdapat strategi menjayakan sesuatu perniagaan.

Strategy & teknik adalah berbeza. Ramai usahawan Internet tempatanย secara rata saya dapati amat fahami teknik-teknik perniagaan Internet. Namun, kekurangan adalah pada strategy perniagaan.

Sejak 2 tahun lepas sehingga kini, saya banyak menggunakan &ย mengimplementasikanย strategy perniagaan dan agak kurang menggunakan teknik perniagaan. Dapatkah anda bezakan antara strategy perniagaan & teknik perniagaan? Pada pendapat anda, yang mana satu patut di utamakan?

Mari kita berbincang…

ps: topik penting… harapnya, ramai yang turut beri pandangan! ๐Ÿ™‚

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

35 thoughts on “Antara strategi & teknik

  1. Amat penting tajuk ni, elok lahirkan satu lagi E-Book untuk dikongsi bersama.

    Strategi – datang dahulu merupakan perancangan perniagaan jangka panjang
    Teknik – digunakan untuk melengkapkan strategi, jika salah teknik gagallah strategi.

  2. ASM wr.wb

    Pada pendapat saya salah satu strategy perniagaan adalah “Pujuk dan Rayu”. Kemudian kita tekankan mengapa mereka perlu membeli barangan yang kita hendak menjualnya…

  3. Pandangan saya yang cetek.
    Strategi – seperti konsep bagi satu misi/perlaksanaan, manakala Teknik adalah cara pendekatan.

    contoh;
    Strategi : undur dahulu & serang kemudian.
    Teknik :
    Undur – kurangkan pengeluaran, kurangkan promosi dalam sehingga tarikh tertentu ie hujung May.
    Serang – Perkenalkan produk baru atau produk semasa yang diberi nafas baru pada awal Jun.

  4. Salam Doc,

    Bagi sy..strategi lagi penting..itu yg membezakan kita competitors lain. Alhamdulilah, sy skrg lebih fokus pada strategi walaupun masih setahun jagung..dan ianya berkesan..but, also still learning.

    Sbnrnya strategi dan teknik berhubung kait..strategi itu sendiri datang teknik2 yg kita ada..x perlu tahu byk sgt teknik pun x pe..sbb nanti jd overload..yg penting bagaimana kita perlu mengembangkan teknik yg kita sudah paham kpd strategi yakni yg lebih besar kuasanya.

    Its not about know who..its all about know how.. ๐Ÿ™‚

    wslm,
    Zaizen’s

  5. siapa tengok cerita “300” dapat lihat hero last last bukak helmet, jatuhkan perisai & baling lembing, itu adalah “teknik”. manakala bagaimana hero aturkan 300 tentera spartan untuk berperang dengan 1 juta tentera lawan, itu adalah “strategy”

  6. Kalau kita mahir teknik, kita akan menjadi orang teknikal.

    Kalau kita mahir strategi, kita akan menjadi strategis.

    Strategis yang tahu menggunakan orang teknikal yang betul dan tepat akan membawa kejayaan.

    Anyway, sayangnya tak ramai orang teknikal yang tahu dan boleh menggunakan strategis.

  7. saya rasa teknik lebih kepada; APA dan BERAPA, sementara strategi pula lebih kepada BAGAIMANA dan BILA. betul ke tu?…

  8. Salam & friends

    Topik yg amat menarik. MPOV

    Strategi: Long term planning. Visionaries in nature. Mcm kita chart a map, a route to where we want to go, kita simulate what will happen dan sediakan backup plan if things go wrong, sediakan triggers, checkpoints to measure dan tahu kita dah achieve or not.. benda2 mcm tu.

    Biasanya dlm org, strategic planning adalah tanggungjawab top XOs, directors, ahli kabinet, majlis tertinggi dsb.

    Whilst, tactikal, teknikal ialah something more short term in nature. Lebih pragmatis, praktikal. Lebih kpd how u do things.

    Biasanya tactical planning nie dibuat oleh levels (cthnya) Manager, Supervisor, Unit Head, Team Lead dsb.

    Real life example;
    Objective: Pergi KLCC beli hadiah birthday utk wife.

    Strategy; from subang masuk Gutherie hiway, masuk nkve kuar tol jln duta. Masuk jln TAR. Exit KLCC, park @ basement section sekian2.. P beli hadiah. Live happily ever after ๐Ÿ™‚

    Tactical: after jln duta, latest intel cakap jem teruk @ tar, proceeded to jln mahameru, kuar sg besi. Cilok mencilok sampai klcc thru sekian2..

    Strategy is the chart, the overall picture on how to achieve something. While, as we’re doing it, things might go wrong atau need diversion pd original strategical planning, so kita kena ada pulak tactical planning which is promt, short term and compliment kpd our strategic planning dan lebih “specific-to-the-matters-in-hand” in nature.

    thats my few cents. my humble pov:)
    -sorry la, my ‘bad habbit’ mnulis pepanjang ๐Ÿ˜€ -hope i make sense & shed some light ๐Ÿ™‚

    imrn -Long time time lurkers, first time poster.

  9. ‘Teknik’ adalah cara untuk melakukan sesuatu. Contohnya teknik nak buat laman web, melukis dan sebagainya. Teknik juga sesesuatu yang boleh dipelajari dan difahami. Biasanya teknik akan menghasilkan sesuatu dalam bentuk fizikal dan juga virtual. ๐Ÿ™‚

    ‘Strategi’ adalah cara pemikiran yang boleh berubah-ubah mengikut keadaan dan situasi bila ia diperlukan. Seperti strategi promosi, pemasaran dll. Biasanya lain produk atau perkhidmatan; berbeza dan berbagai strategi promosi dan pemasaran boleh difikirkan. ๐Ÿ˜€

    Hisham;
    “Dalam perniagaan di internet ‘TEKNIK’ itu asas dan ‘STRATEGI’ itu strukturnya.” ๐Ÿ˜‰

  10. Terima kasih kerna bukak topik perbincangan yg cukup menarik hari ni.

    Bila sebut pasal strategi dan teknik ni, mungkin ramai yg study bisnes management dah tahu pasal “SWOT” analysis.

    S – Strength
    W – Weakness
    O – Opportunities
    T – Threats

    (rujukan: http://en.wikipedia.org/wiki/SWOT_analysis)

    Sebagai contoh dalam bolasepak English league pun (bukan tertumpu dalam bisnes sahaja), saya percaya setiap pengurus pasukan akan mengenal pasti setiap kekuatan & kelemahan yang ada pd pihak lawan.

    Dan seterusnya mengatur strategi untuk menang dalam setiap pelawanan. Begitu juga dengan sukan Formula 1.

    Lepas tu, baru masuk bab teknik dan cara yg terbaik untuk menghadapi pihak lawan. Macam dalam crite “Apprentice” yang anda selalu tonton tu. Setiap ahli pasukan kena pecah kepala pikir pasal strategi yang terbaik sbb takut kena pecat dengan Donald Trump.

  11. topik yg sgt menarik, sebagai contoh sy adaptasikan situasi ini dalam perlawanan bola sepak dgn ada strategi tiap pasukan mampu utk melepasi benteng pertahanan pihak lawan dan menjaringkan gol. Keadaan yg sama pd pihak pertahanan utk merangka strategi mematahkan serangan. Mengawal perlawanan adalah strategi, cara jaringan gol masuk ke gawang adalah satu teknik(skill). Sungguh pun pasukan itu diwakili ramai pemain teknikal yg tinggi tanpa strategi belum tentu akan menang. Gabungan strategi dan teknik akan menghasilkn sesuatu yg menakjubkan. Sy sokong AC Milan ๐Ÿ™‚

  12. Strategi perniagaan ialah kita dapat memenuhi kehendak pelanggan dengan mengambil kira 3 perkara penting – syarikat, pelanggan dan pesaing kita.

    Teknik perniagaan – Proses untuk mengendalikan perniagaan dengan cara sistematik.

    Yang penting kita implement strategi dahulu baru kita apply teknik perniagaan.

    Regards Sharifah Azran Alam

  13. pada pemahaman saya la;

    Teknik perniagaan = adalah satu cara biasa yg selalu dipraktikkan dlm perniagaan (common things)

    Strategy perniagaan = datangnya dari idea, buah fikiran yang bernas, yg luar kebiasaan, yang melangkaui teknik perniagaan yg biasa,hasil brain storming n ilham.

  14. Lebih bagus jika bermain chess@catur…
    atau …. Red Alert : Command n Counquer, Ages of Empire, Generals, Lemonade Tycoon atau pun Diner Dash =)

    Kesemuanya dapat di aplikasi secara realiti… cuma kena pandai mentafsir setiap permainan dgn tactical, strategy dan teknikal yg berbeza.

    mungkin ahli forumer yg lain ada cara yang berbeza..bole lah dikongsi bersama =)

  15. Teknik adalah cara bagaimana kita melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat kita. Cth: dlm bisnes internet, teknik2 yg perlu diketahui adalah bagaimana nak hasilkan laman web yg boleh menjual, bagaimana nak hasilkan produk yg blh mendapat sambutan hangat, bagaimana nak mengendalikan laman web, etc.

    Strategi pula adalah perancangan bijak yg diatur utk memastikan matlamat dapat dijayakan. Cth: Perniagaan internet memerlukan kita mengatur strategi cara promosi yg berkesan, strategi utk bersaing dgn pesaing kita, strategi utk memastikan kelangsungan bisnes internet kita, dsbgnya.

    Bagi saya STRATEGI lebih penting. Perlu banyak habiskan masa utk berfikir apakah strategi yg perlu ada utk menghadapi keadaan semasa. Cth: Klu persaingan kita semakin ramai, apa yg boleh kita buat utk membezakan produk/perkhidmatan kita dari pesaing kita. Tapi bab teknik, asalkan kita tahu beberapa teknik yg berkesan (w’pun tak canggih) sudah memadai. Bak kata Zaizen, supaya tak overload.

    Just my opinion dari pengetahuan saya yg masih cetek… Wallahua’lam ๐Ÿ™‚

  16. slmt ptg semua…

    bg pendapat saya, teknik adalah cara melakukan dan strategi adalah perancangan…

    jd strategi lebih penting berbanding teknik tp kalu takde teknik takde lah strategi…
    btl tak ?

  17. Ok, dalam bolasepak sesuatu strategi yang ampuh dan hebat boleh menentukkan kejayaan sesebuah pasukan walaupun rata-rata pemainnya tidak mempunyai teknik permainan yang baik…dan itulah pengalaman yang pernah saya lalui.

  18. Assalamualaikum.

    Nak cuba jugalah ๐Ÿ™‚

    Teknik – lebih kepada skill, yang digabungjalinkan untuk mencapai sesuatu misi.

    Strategi – lebih kepada perancangan menyeluruh mengambil kira semua faktor yang perlu dalam memastikan sesuatu misi itu berjaya mencapai objektifnya.

    Macam tu ke?

    Nak dengar apa jawapan Irfan ๐Ÿ™‚ Tak sabar tunggu ni ๐Ÿ™‚

    Dik Mal
    Ampang, Selangor
    http://norakmal.blogspot.com

  19. Bagi saya senang ajer,

    Teknik-Adalah sesuatu kaedah untuk membuat sesuatu kerja.A-Z dan biasanya boleh diperolehi dengan mudah dan direct.Contoh:dari buku atau sumber-sumber lain.Pemilik ilmu ini terbahagi kepada dua bangsa iaitu sekadar untuk tahu sahaja ATAU menggunakan teknik untuk mencapai sesuatu.

    Strategi-Adalah gabungan beberapa teknik dari pelbagai sumber,diadunkan dengan unsur/suasana-tekanan,persaingan,time-framed dan goals oriented.Dgn kata lain,Strategi adalah gabungan teknik-teknik yg akan digunakan berdasarkan faktor2 pertandingan/cuaca/ekonomi/time-chasing.Biasanya seseorang yg cekap dan peka akan mempunyai beberapa strategi dan boleh diguna pakai secara fleksibel,anjal dan edit-able.Bahasa yg mudah sikit ialah-Tiada Strategi tanpa teknik.

    TEKNIK-Biasanya copyrighted.
    STRATEGI-Terpulang pd individu.Nk cipta strategi sendiri pun boleh.

    P/S:Hanya pendapat berdasarkan sedikit ilmu dan pengalaman.

  20. Assalamualaikum..

    Apa yang telah saya baca dan cuba fahamkan, contoh :

    Teknik :

    Menggunakan cara yang berkesan dalam pembinaan laman web contohnya penyediaan ‘headlines’ yang boleh memukau pengunjung because we only have 10 seconds before our visitor get excited or hit exit.

    Strategi :

    Promosi adalah kata kuncinya. To make it happen, satu perkara yang harus ditekankan ialah ‘trafik’. So seboleh-bolehnya kita kalau boleh master mengenai SEO (Search Engine Optimization) supaya dapat tingkatkan trafik ke laman web kita (kedai kita) dan change the visitors into buyers.. ๐Ÿ˜‰

  21. Assalamualaikum ..

    sebenarnye saya bukan nak comment post arini…

    saya nak tanye skit kat ..

    saya ade wat satu blog mengenai MLM…

    pastu kat situ saya ade letak link blog nih kat bahagian favourites site…

    masalahnye ade someone yang bukak thread kat wangcyber kate saya mengaitkan ngan MLM secara tak sah…

    http://www.wangcyber.com/forum/showthread.php?t=3129

    saya tak berniat mengaitkan dengan MLM, cume letakkan link supaya senang pergi ke blog ..

    semalam saya letakkan sekali lagi link blog dan IM yang lain di bahagian tunas jutawan’s gurus untuk tee-up dan yang lain sebagai mentor/idola.

    jadi..saya nak tanye pendapat adakah apa yang saya buat salah dan melanggar etika?

    kalau saya salah dan ini tak menyenangkan tolong beritahu dan saya akan keluarkan kedua2 bahagian tersebut…

    maaf dan saya dahului dengan ribuan terima kasih…

  22. Teringat masa zaman wat programming dulu..
    Masa tu ramai yang tahu teknik-teknik coding. Sampai ‘function’ yang pelik2 pun dorang tau buat.
    Tapi projek tak siap-siap jugak. Salah strategi kot.

    Pada saya teknik lebih kepada kemahiran, strategi pada pengurusan.

  23. strategy ialah kebolehan untuk merancang dan teknik adalah kaedah, itu adalah dari pandangan saya.tidak semua orang mempunyai kebolehan kedua-dua benda ini.

  24. hello…. semua:)

    Umpama Irama dan lagu tak boleh dipisahkan, jika dipisahkan maka sumbang la ia. Begitulah juga antara strategi dan teknik tak boleh dipisahkan, jika dipisahkan maka tak lengkap la ia.

    let’s talk more….. about it.

    Setiap perancangan perniagaan perlukan Objektif, dan untuk mencapai objektif perlukan strategi dan teknik yang betul dan berkesan. Contoh Objektif ” Memulakan perniagaan internet dari rumah” maka strategi awal saya ialah 1) mempelajari perniagaan internet 2) Menyediakan keperluan perniagaan internet cth Komputer, Internet connection dll. 3) Menghasilkan produk untuk dipasarkan secara urusniaga internet 4) Mengenalpasti dan menyediakan khidmat pelanggan cth urusan penerimaan tempahan dan penghantaran produk, Pertanyaan dll.

    Teknik pula saya gunakan untuk cara melaksanakan strategi yang telah dirancangkan. Contoh: 1) Membina website jualan “sale copy” yang boleh menukarkan penggunjung jadi pembeli, 2) Gunakan teknik promosi Newsletter,Pekej Produk, harga diskaun dll dan ada banyak lagi teknik yang boleh kita gunakan, jika nak tahu advan teknik….. kita kena belajar dengan Irfan yang master semua teknik biz tue leer……

    Kesimpulannya, Strategi dan teknik saling lengkap melengkapi dan kedua duanya sama – sama penting. Bukan sahaja strategi perlu tepat dan berkesan tetapi setiap strategi tu perlu dilaksanakan dengan teknik yang betul2 “NGAM” dan disinilah kajian dan pengalaman mereka yang telah berjaya spt Irfan sangat tinggi nilainya untuk kita pelajari.
    ok… till then… Bye ๐Ÿ™‚

    From: http://www.teamfifi.com/raffa-e

  25. Strategi perlu lebih diutamakan…tetapi dalam masa yang sama..teknik masih perlu diambil berat untuk menjayakan strategi…semalam saya baru menonton movie..”The Pursuit of Happyness”..mmg bagi motivasi..don’t miss…saper2 nak berjaya..perlu tgk movie ni..

  26. Teknik ni blh dikatakan apa yang kita buat skrg ini… ia lebih kpd keputusan utk jangka pendek dimana hasilnya kita tahu manakala bagi strategi ia lebih kpd jangka panjang dan hasilnya kita tidak dapat jangka sama ada ia membuahkan hasil or tidak!!

    Regards,
    Best In Azran Alam =)

  27. Salam semua

    Pada saya strategi dan teknik dua perkara yang berbeza dan tak dapat dipisahkan antara satu sama lain umpama tajuk lagu Tan Sri P Ramlee iaitu Irama dan Lagu

    Strategi adalah jalan yang kita pilih manakala teknik pula adalah kenderaan apa yang kita nak guna

    Tanpa teknik diibaratkan tanpa kenderaan dan
    Tanpa strategi pula umpama main jalan jer tanpa fikir jalan mana yg lebih baik

    Just my 2 cent

  28. herm…bg saya yg setahun jagung dan baru nak blaja nie, bagi saya strategik penting even teknik dan strategik berjalan seiringin…sebab bila kita dah ada rentak(teknik), tapi kurang strategik yang berkesan (persembahan) mana munking dapat menghasilkan lagu yang baik… bagi saya, kedua2x penting tetapi apa yg lebih penting adalah startegik…..

  29. a’salam….

    Pada pendapat saya antara strategi dan teknik, keduanya adalah sama penting. keduanya saling melengkapi. Strategi akan membawa kita pergi lebih jauh, manakala teknik akan membantu kita didekati walaupun kita telah pergi jauh. Tq

  30. Pendapat saya pula,strategi..adalah misi untuk cara jalan mencapai sesuatu(planning)

    Teknik..adalah kaedah untuk melakukan bagaimana,macammana kreatifnya anda untuk mencapai sesuatu..

    Terima Kaseeeeh.

  31. business is a war….time is the enemies….if u manage to defeat time… victory is in ur hands..believe me…

  32. Jika anda tiada ilmu,itu dinamakan teknik…jika ada ilmu dan tahu memanipulasi ilmu tersebut ke arah kebaikan & memajukan diri itu dinamakan startegi…

    assalamualaikum irfan Khairi..sebenarnya pada pendapat saya,kalau nak maju dalam biz,diorang kena ada kedua-dua…kalau tiada teknik,susah gak nak susun strategi….Promote nak rak,yang beli cuma sorang,tak ke pening….kalau digabungkan teknik dan strategi,saya rasa tak salah dan memang patutpun…sebenarnya semua tu bergantung pada usaha gak walau strategi hebat dan teknik yang berpatutan…sekian!!

Leave a Reply

Your email address will not be published.