Akronim BLOG – mengapa perlu blog?

Mengapa blog masih lagi relevan pada zaman media sosial yang lebih aktif seperti Facebook, Twitter dan You Tube? Jom ikuti akronim B-L-O-G 😉

B – Bina Jenama

Blog amat penting dalam mebina jenama perniagaan kita. Seseorang masuk ke laman web kita sekali, dua, belum lagi akan membeli produk yang kita pasarkan. Ia memerlukan pelawat melawati laman web kita berkali-kali (5-6 kali) barulah mereka akan membeli daripada kita. Ini kerana, ia mengambil masa untuk membina kepercayaan orang ramai keatas laman kita, dan blog yang sering dikemaskini akan membina kepercayaan dan jenama perniagaan anda! 😉

blogimage.jpg

L – Letakkan imej/gambar

A picture paints a thousand words! Untuk memberi tarikan kepada blog kita, pastikan setiap posting kita mengandungi imej atau gambar (dan bukan hanya teks sahaja). Imej atau gambar pada setiap posting blog anda akan memberi tarikan untuk pelawat membaca. Satu tip tambahan, meletakkan gambar orang/manusia dapat menarik psikologi pelawat oleh kerana manusia boleh relate dengan manusia lain.

O – Optima di enjin pencari

Enjin pencari seperti Google, Yahoo atau MSN suka pada laman web yang banyak maklumat dan sering dikemaskini. Blog, boleh mengoptimakan laman web kita di enjin pencari dan membawanya ke muka hadapan enjin pencari. Segala mesej-mesej yang ditulis di blog akan diarkibkan untuk selama-lamanya- tidak kira sama ada artikel yang ditulis pada tahun 2006 (seperti di blog ini), masih lagi boleh dijumpai di enjin pencari di muka hadapan!

G – Gandakan pendapatan

Di blog, kita boleh menjana pendapatan tambahan dengan meletakkan iklan Google.com/adsense ataupun NuffNang.com.my. Dengan meletakkan iklan di blog kita, sambil blogging, kita boleh menjana pendapatan.Jangan lupa juga, blog merupakan platform yang amat baik untuk menjalankan perniagaan berbentuk affiliate tanpa sebarang modal!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

12 thoughts on “Akronim BLOG – mengapa perlu blog?

  1. Saya suka perkongsian dari IK ni. Memang tidak dinafikan, kuasa blog memang tidak boleh dinafikan.

    Penjenamaan, Imej, Enjin carian & Tambah pendapatan memang boleh dilakukan semuanya dengan hanya 1blog yang kita miliki. 😉

  2. …pada tahun 2006, ketika menjadi pembaca tegar blog Irfan Khairi, saya mula terdorong untuk menulis di blog sendiri. Pada tahun 2008 ketika banyak membaca tentang Steve Jobs,Corey Rudl Zen dan peranan ‘passion’ dalam kejayaan hidup, saya memilih untuk menurut kata hati lalu membuat apa yang saya minati. The chance did not come instantly tapi akhirnya ia muncul juga penghujung 2011. Now i’m doing what I love tanpa disedari mendapat something profitable darinya. Irfan menjadi sumber inspirasi buat saya selama ini. Thank You..

  3. Memang betul blog adalah satu platform untuk mendapat maklumat dan berkongsi maklumat. Tidak lupa juga ia adalah medium untuk mendapat side income melalui Iklan Adsense atau nuffnang. Apa yang penting adalah knowledge dalam promosi yang effective.

  4. Blog, satu perjuangan besar bagi yang baru menerokai bidang ini. untuk mendapatkan nuffnang mungkin lebih senang dari mendapatkan adsense sekarang ini.

    Terimakasih Irfan.

  5. Saya setuju dengan IK..

    Kita akan mendapat banyak manfaat apabila kita memiliki blog..

    manfaat yang saya maksudkan bukan wang ringgit semata-mata.. tetapi juga kita dapat menjalinkan persahabatan dengan pengunjung blog kita..

    Persahabatan di antara penulis blog dengan pembaca blog sangat penting.. Melalui persahabatan yang terbina, secara tidak langsung kita dapat membina kreabiliti untuk menarik kepercayaan orang ramai terhadap perniagaan kita..

  6. Salam,

    Saya setuju dengan IK, kini saya menggunakan BLOG sebagai medan promosi dan menjana pendapatan melaluinya.

    BLOG juga sebagai medan mengasah penguasaan menulis artikel bagi sesiapa yang melibatkan diri dalam penulisan. Peranan blog begitu penting pada masa kini kerana perkembangan internet yang semakin rancak! 🙂

    Hanaffi Idris
    http://hanaffiidris.com
    Blog Usahawan Dan Perniagaan

  7. Saya setuju sangat-sangat, itu la pentingnya blog. Tambah kpercayaan, dan membantu untuk naikkan website kita. Tak terfikir pula akronim begini. Terbaik la IK.

  8. Terima kasih IK
    Saya suka baca ilmu2 yg dikongsi disini. Saya setuju dgn IK. Pengaruh blog dlm menjana google traffik. Sy tlh menjalankan biz on9 sjk 2009. Pernah buka kedai namun disebabkan lokasi x strategik n kos sewa yg mahal menyebabkan saya kerugian. Namun dismping itu saya sentiasa update stok2 di blog juga di FB. Namun apa yg saya perhatikan, di fb terdapat perang harga yg mana setiap seller akan menawarkn harga yg lebih rendah dar seller lain malah sanggup mencuri cust yg komen di fb seller trsbt. Ini membuatkan saya tawar hati. Namun Allah sentiasa membantu umatNYA yg berusaha dan berdoa. Walaupun kini saya tidak aktif lg mempromosu di fb namun ttp mampu membuat jualan melalui carian google,. Kebykn cust yg sy tanya hanya memaklumkan mereka cuma menaip jenis produk yg dicari dan muncul alamat blog saya. Alhamdulillah. Malah setiap tahun juga saya dapat sedikit imbuhan dr iklan nuffnang di blog. Jadi siapa kata blog x memberi manfaat pada pengguna?

Leave a Reply

Your email address will not be published.