Semalam ketika “Hello on Two”, satu soalan survey SMS telah disampaikan kepada para penonton. Soalannya berbunyi…
Would you buy products or services through the Internet?
Berikut adalah keputusan survey tersebut:
- 19% – Yes. When it’s easy and convinient
- 47% – Yes. Only from a few websites
- 34% – Absolutely NOT.
Dari keputusan survey tersebut, 66% mengatakan YA dan 34% mengatakan tidak.
Ini menunjukkan, majoriti masyarakat Malaysia sudah sedia menerima perniagaan Internet sebagai medium membeli. Ini adalah berita baik bagi mereka yang mempunyai perniagaan Internet atau dalam perancangan memulakan perniagaan Internet!
Keputusan juga adalah positif oleh kerana perniagaan Internet kini masih lagi di tahap awal dan dalam masa 2-3 tahun lagi, semakin ramai akan menggunakan Internet sebagai medium membeli.
Sesiapa yang ada perniagaan Internet sekarang, sudah pasti dalam masa 2-3 tahun nanti akan berada dalam keadaan yang baik oleh kerana telah “lama”Β berada di Internet dan dapat membina kepercayaan dan kredibiliti dalam masa itu.
Masa hadapan yang baik bagi bakal-bakal usahawan Internet π
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Harapnya paradigma mereka terbuka dan menerima pasaran internet dengan hati terbuka. Hehehe.
Kalau ikut peratusan tu tinggi jugak.Tapi kalau kita tambahkan keyakinan kepada pembeli tu,keyakinan pembeli akan bertambah.So,lagi cerah la harapan kita untuk mendapat pembeli.
Jika begitu saya harap usahawan2 internet akan lebih beretika dlm menjaga kepentingan pembeli.
Jangan janji lain dapat lain.
KEPERCAYAAN PELANGGAN ADALAH YANG PALING UTAMA..
kalau tidak bersedialah menghadapi kesukaran.
ya saya dah pun membeli secara online dan akan terus berbuat sedemikian.
tak sabar rasanya nak tengok 100% rakyat m’sia membeli secara online.
rasanya promosi tentang kebaikan membeli secara online perlu ditingkatkan lagi melalui media tv, radio, billboard, suratkhabar, dan sewaktu dgnnya supaya dpt menyakinkan 34% lagi rakyat m’sia tu.(berdasarkan survey tersebut saja).
Rakyat Malaysia mengambil masa untuk membeli produk secara on-line walaupun terdapat banyak e-dagang dan saudagar internet. Saya sendiri mengalami dalam tempoh 5 bulan buka kedai dalam internet baru dapat 1 jualan! Bagaimana pun saya tetap sabar. Saya percaya trend membeli on-line akan berubah pada suatu masa nanti mungkin 80% dengan memperbanyakkan marketing.
Itulah yang saya harapkan,supaya masyarakat kita membuka minda kearah teknologi internet ini. Memang tidak dapat dinafikan ramai lagi yang takut atau kurang yakin dengan jual beli melalui internet. Ini adalah disebabkan segelintir manusia yang cuba membuat sesuatu yang tidak sihat sebagai contohnya dalam utusan hari ini sila baca “http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0912&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm” marilah kita sama2
membenteras kegiatan seperti ini.
Harap-harap ramai le orang sudi membeli di website saya..ehehehehe…memang mentaliti masyarakat malaysia pada masa kini, tidak berapa gemar shopping di internet…mereka nak lihat, nak sentuk, kalo boleh nak cuba produk. Lepas tu baru mereka baru berfikir samada nak beli ke tidak…Kebanyakkan dari kita membeli di internet kerana produk sukar didapati dari kedai berhampiran, malas nak keluar shopping, tiada masa, percaya kepada keselamatan pembelian di internet, percaya kepada penjual dan sebagainya. Dari masa ke masa, mentaliti masyarakat malaysia akan berubah disebabkan faktor-faktor diatas.
Ya, satu berita baik untuk para usahawan internet pada hari ni dan akan datang π
Sesetengahnya masih lagi raguΒ² tahap keselamatan ketika menguruskan hal yang berkaitan kewangan di internet. Pernah saya bertanyakan pada rakan pejabat samada pernah menggunakan parbankan internet – Jawapannya, “tak berani”… π
Cuma, persoalan saya, mengapa boleh timbul jawapan sedemikian… Boleh kita bincangkan hal ini pada topik akan datang?
66%…. I wonder majority mereka ini dalam golongan dan peringkat yg bagaimana dari segi umur,pendapatan dan pekerjaan. Mungkin sudah ada statistic yg dibuat sebelum ini? Jika dipandang dari sudut-sudut ini kemungkinan kita dapat membuat andaian permintaan atau perniagaan yg laris di internet. Apa pendapat anda?
perniagaan internet di malaysia akan semakin berkembang jika minda para pembeli rakyat malaysia berubah ke arah yang lebih positif dan jika para peniaga dapat melakukan jual beli di internet dengan lebih jujur dan tanpa penipuan
Sebagai seorang pengguna, saya hanya akan membeli melalui internet sekiranya produk itu:
1. Susah di dapati atau tiada di pasaran
2. Lebih murah daripada pasaran
3. Urusan lebih mudah dan lebih cepat
Jadi, saya rasa masyarakat Malaysia yang bersedia menerima perniagaan Internet sebagai medium membeli masih terikat dengan perkara di atas.
Jika kita bermula sekarang,pada masa depan orang akan berurusan dengan kita kerana kita telah menjalankan perniagaan internet dan telah membina tapak yang kukuh.Keyakinan pembeli amat penting kan..?
Untuk mendapat 100% tu, mungkin agak sukar.
A good target sebenarnya >75%. Kita yang 66% sudah kira ok dah tu π
Sesiapa yang ada perniagaan Internet sekarang, sudah pasti dalam masa 2-3 tahun nanti akan berada dalam keadaan yang advantage oleh kerana telah “lama” berada di Internet dan dapat membina kepercayaan dalam masa itu.
Alhamdulillah…peluang semakin terbuka…di harap unsur penipuan…dapat dikurangkan..
Peluang amat cerah utk jadi jutawan bagi usahawan2 internet.. jadi… bagi yang belum bermula… mulakanlah SEKARANG…
insyaAllah saya akan buka perniagaan di internet (tgh pikir produk ape nak jual ni)..dan harap anda semua beli produk saya nanti yek..saya beli produk awak..awak beli produk saya..mcm sistem bater…ok tak? sama2 dpt untung la..
saya pakai perbankan internet kerana yakin selamat n mudah…
Perkembangan yang baik. Sama2 kita tingkatkan kesedaran mengenenai penggunaan internet dimalaysia.Sama2 menghasilkan ringgit pertama melalui internet dari sekarang! Ayuh dong!!
keputusan yang menarik… kita sekarang yang mengetahui it.. diharap dapat berkongsi dengan mereka yang tidak tahu kelebihan it ini…
IT bukan sekarang hiburan tetapi mampu menjana pendapatan…
π
adalah 3 kali saya membeli produk yang dijual di internet…setakat nie saya amat berpuas hati..pada saya barang yang saya beli ni murah sikit daripada harga di pasaran..tapi kualiti nya saya rasa memuaskan sya lah..
Hi Irfan,
Missed you a lot π
I think it’s a myth among some people that Malaysians dont buy online. From my experience selling digital goods:
– 40% pay by Paypal
– 40% by credit card
– 20% by bank, check, money order
Malaysian market is good to go. What we need is some unity, so I hope you can lead the way π
Saya sering membeli barang dari internet, yg terakhir sekali script untuk website ….
Alhamdulilah…..tak sia-sia saya mengambil langkah berani memulakan business internet ni.Sy seperti kawan-kawan lain juga, tiada pengetahuan IT pun.. semua belajar sendiri(trial/error) dan dari seminar yg sy hadiri.
Bancian yang bagus ni. Marilah kita mula dari sekarang.
good luck to all …. ATTACKK !!!! hehehe…
Salam sejahtera..
Maaf terlewat komen sikit.. ada meeting harinie..
Saya ada beberapa perkara yg nak dikongsi bersama walaupun agak terkeluar dari topik hari ini.
1) Pertama – sekadar nak kenangkan cerita pakcik yang jual laksa sambil ‘deal kereta terpakai’ sebiji dua di kedai dia, malamnya tuan kereta akan ambil balik shg berjaya proses jual beli..
Komisyen hasil jual kereta terpakai, DIA GUNA BELI RUMAH, TUNAI!!!
2) Tauke pasaraya XXX membeli secara borong brg2 utk diletakkan di pasarayanya yg dibeli dari pasaraya yg lebih besar darinya spt TESCO seumpamanya..
Dia membayar menggunakan KAD KREDIT sekitar limit RM70K sekali belian atau mgkn sebulan..
Dia bayar cash ke akaun KAD KREDITnya next day..
Dari situ, BONUS KAD KREDIT yg dia dapat +- senilai RM1,500-RM2000 dlm bentuk h/pone dsbnya..
Bayangkan kalau dia bayar cash semasa memborong, DIA TAK AKAN DAPAT SEBRG BONUS POINT!!!
KAD KREDIT MEMPUNYAI FUNGSI YG CUKUP HEBAT SBG MEDIUM PERNIAGAAN..
3) Alangkah baiknya jika yg seumpama 2CHECKOUT.COM diterajui orang Malaysia di Malaysia sbg 3rd party payment.
Sekian, maaf panjang lebar..
Salam sahabat…
Alhamdulillah..
Bagus! semua sahabat kat sini pun berfikiran positif tentang membeli secara online. Kami ada menerima beberapa tempahan dari sahabat2 kita di sini. TERIMA KASIH!
Team My-Name-Card
insyaalah akan ada bank tersebut..bergantung kepada kemampuan MALAYSIA BOLEH dan sedikit perubahan dlm sistem perundangan dlm memperjuangkan pengwujudannya…
thanks for mR Gobala for the info .. i really need it to match it with my industry … π
Pada saya pula, masih ramai yang masih tak berani beli secara online ni. Peratusan 34% pada poll tu pada saya agak membimbangkan. Ia bukannya jumlah yang kecil.
Assalamualaikum.
Bercerita pasal pembelian online melalui kad kredit, saya ada pakai kad kredit Eon Bank.
(eh..iklan ke ni?)
Saya rasa perkhidmatan kad kredit Eon Bank amat bagus. Setiap kali pembelian online, diorang akan telefon kita untuk memastikan bahawa pembelian itu dilakukan oleh tuan punya kad kredit. Jika panggilan dari pihak diorang tidak dijawab, pembelian tersebut akan di’hold’kan.Ini amat memuaskan hati pengguna dari segi keselamatan.
Minta maaf kad kredit lain saya tidak tahu kerana saya hanya menggunakan sejenis kad kredit shj.
Wassalam.
Ermm.. agak mengejutkan jugak statistik tuh. Bagi yg tak pernah/mengamalkan membeli belah secara online maybe boleh dipecahkan kepada 2 sebab.
1- Takda kemudahan internet atau pengetahuan computer
2- Selalu tertipu dengan scam
tak mampu buat kad kredit boleh buat kad debit…… macam kad debit public bank boleh guna untuk internet. 18 tahun keatas boleh buka akaun kad debit.
bg saya, mmg m’sian sdh terbuka hatinya nk beli produk online..
tpkan, bygkan klo requirement xfulfill susah la jgk..mmg ramai sekarang yg minat, tp nk kena ada kredit kad la, itu ini..anyway, klo m’sian yg bt bisnes mmg target worldwide mmg xnafikan ada potensi bsr utk laris..
p/s: cara presentation produk perlu ditekankan+user friendly..=insyaallah..
# ustat Says:
September 12th, 2006 at 9:18 am
Sebagai seorang pengguna, saya hanya akan membeli melalui internet sekiranya produk itu:
1. Susah di dapati atau tiada di pasaran
2. Lebih murah daripada pasaran
3. Urusan lebih mudah dan lebih cepat
Jadi, saya rasa masyarakat Malaysia yang bersedia menerima perniagaan Internet sebagai medium membeli masih terikat dengan perkara di atas.
emm..saya mmg setuju ngan ustat ni..ni adalah sbb m’sian nk beli online..lain trend lain tempat..
sbb2 mcm xde masa nk pergi kedai jrg2 je berlaku kat m’sia..klo 3 sbb yg ustat bg 2 kita dpt pelajari, insyaalah..marilah kita pakat2 berbiz online.
kaedah ini boleh digunakan tetapi set minded org melayu lebih suka jual beli yg face to face… jadi kaedah ini juga perlu disertai dlm it biz bagi ygg menginginkannya & bagi mengembalikan kepercayaan rakyat malaysia terhadap jual beli melalui internet
tak mustahil satu hari nanti perniagaan internet jadi profesion yang popular.Insyaallah…
semoga akan menjadi ikon kepada kami yang baru berjinak2 dalam ebiz ni. Bila orang dah buka mata melalui kami yang beginner ni mungkin boleh menumpang tuah dari segi penerimaan masyarakat terhadap bidang ni.
Wahh tinggi betul 34% tu. Saya telah menjalankan perniagaan secara online sejak 2003. Jualan Produk Kesihatan. Boleh rujuk di http://www.gamatemas.com. Jualannya memanglah taklah laju sangat tapi pada saya sangat mudah berbanding nak kena sewa kedai dan kena tunggu sepanjang masa.Baru-baru ini kami tambah kemudahan penggunaan kad kredit. Baru 3 hari. Belum ada sales lagi melalui bayaran kredit card. Dari amatan kami, bila kita buat jualan secara online ni kita perlu buat follow up sebagai bukti kita ni wujud dan perniagaan yang dijalankan adalah benar. Pengguna internet di Malaysia mungkin masih ragu-ragu pembelian melalui internet. Bagi yang baru first time kalau kita call mereka lebih selesa dan baru nak buat bayaran. Tapi kalau dah biasa dgn kita beli mereka terus bank-in tapi kami masih buat perkara yang sama, call mereka memberitahu bayaran mereka telah diterima dan barang akan dipos sekian2. Saya sokong pihak media dan kerajaan perlu meransang pengguna supaya lebih yakin tentang urusniaga di internet ini. Bukan hanya memomokkan pengguna tentang penipuan di internet. Hanya sebagai operator& perunding jualan Online kami sedih kerana ada yang tidak jujur. Jadi kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Tapi biasalah kan kebenaran akan sentiasa terselah. Ingat dalam urusniaga apa saja perlu ada kejujuran tak kira online atau offline.Sakitnya bersikap benar akan digantikan dengan kemanisan kejujuran adalah sebaik ganjaran dari ALLAH yang MAHA KUASA.
Salam, sy pelajar dr KUIS(Bachelor of Business)skarang sy tengah buat satu kajian untuk project paper sy.. sy ingin ajukan beberapa soanlan untk en.
1- apa kesannya penggunaan internet dalam perniagaan??? secara khusus.dan secra umum.(positive dan negative)
2- dan ape kesanye terhadap En.Irfan sendr tentang penggunaan internet.