Perniagaan Internet tiada pertemuan 4 mata

camera.jpgDalam perniagaan Internet, tiada pertemuan 4 mata. Ia menjadi sedikit sukar untuk menimbulkan “kepercayaan” oleh kerana orang ramai sudah biasa dengan jual beli di hadapan mata.

Cara mengatasi ini agak mudah. Jawapannya- gambar, gambar & lagi gambar!

Oleh kerana punca utama orang tidak beli online adalah kerana tiada pertemuan 4 mata, maka, anda perlu lakukan simulasi pertemuan 4 mata. Perbanyakkan gambar yang berkenaan- gambar produk, gambar kedai (jika ada), gambar pemilik perniagaan, gambar pemberi testimonial, gambarajah, dan apa sahaja gambar.

2 tip:

  • Bila mengambil gambar (produk atau pemilik), biarlah kelihatan profesional. Pastikan gambar terang. Tip mudah adalah, ambil gambar di luar rumah untuk mendapat cahaya matahari. Matahari adalah the best light source untuk gambar!
  • Walaupun gambar adalah jawapannya, jangan terlalu banyak gambar sehingga melambatkan laman anda dibuka. Pilih gambar yang bersesuaian dan terbaik sahaja. Juga, pastikan gambar anda semuanya di-compresskan 70-80% JPEG compression adalah bagus.

Selamat bergambar dalam perniagaan internet!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

14 thoughts on “Perniagaan Internet tiada pertemuan 4 mata

  1. Assalamualaikum!

    Sedikit pun tidak ada salahnya tip IK kali ni. Memang benarlah secara praktikalnya pertemuan empat mata antara penjual dan pembeli itu adalah tradisi amalan perniagaan. Alaf IT kini ia telah digantikan dengan mempamerkan gambar-gambar produk berserta testimoni dari pelanggan terdahulu dan apa sahaja penerangan untuk meyakinkan pembeli. Itu hakikat perubahan yang semua harus terima.

    Tapi jangan pula kita lupa yang kadangkala gambar juga ‘menipu’. Maknanya ia melibatkan peniaga yang tiada kejujuran dalam mencapai matalamat mereka. Maka apabila barang sampai dan duit dah masuk dalam akaun si penjual, pembeli mengeluh dengan kata-kata ‘Eh tak sama pun macam dalam gambar’ dan ayat-ayat ini akan terus berubah-ubah mengikut jenis produk yang dibeli.

    Jadi, sebelum membeli secara online mungkin elok kiranya jalankan sedikit siasatan tentang penjual dan produk tersebut. Jika berhampiran lakukan lawatan ke premis perniagaan itu. Kalau sahih kebaikan yang diwar-warkan teruskan niat, jika tidak atau timbul keraguan, mengelaklah.

    Tak salah membeli secara online, tapi lihat jenis produk dan kepentingannya. Lagi pun di Malaysia ni bukan macam di barat, di mana pembeli dilindungi kuat oleh akta-akta dan hak-hak pelanggan. Biasanya kerugian hanya ditanggung pembeli dan peniaga lepas tangan
    .
    Suka saya nyatakan, kita sememangnya melihat dengan mata. Namun kekadang ia hanya pesona dan memperdaya. Tetapi lihatlah dgn matahati.’Intuition’ kita memainkan peranan. Ada saatnya kita begitu percaya akan sesuatu, namun hati kecil menafikan. Jadi ambil masa berfikir lagi dan mohon pimpinan yang Esa.

    Wassalam.

  2. betul tu. Saya setuju. Dengan meletak gambar i dapat menunjukkan bentuk produk secara kasar. Pembeli akan yakin untuk membelinya. Kalau tidak, potensi pembeli akan menganggap penjual tidak serius hendak melakukan jualan. Sekadar cakap sahaja tetapi bentuk produk tidak tahu

  3. Assalamualaikum,

    Memang tips ni memang sangat critical dalam dunia internet. Bukan sahaja untuk perniagaan internet, tapi untuk blog atau website biasa. Gambar yang diletakkan akan menarik minat pelawat untuk singgah ke website atau blog. Ada perpatah English, picture tells a thousand story (maaf kalau tersilap 🙂 ). Tapi untuk perniagaan internet, gambar akan menolong menyakinkan pelanggan. Seperti apa yang Adilla tulis, memang kita sebagai peniaga dalam internet kenalah jujur. InsyAllah

    http://www.resumewassist.com
    Tips for effective career marketing

  4. Meletakkan gambar sendiri di laman web sendiri seolah-olah pertemuan face to face secara maya.

    Bakal pembeli akan merasa lebih yakin untuk menjalankan urusniaga.

    Tambah-tambah pula kalau wajah kita sentiasa ada di akhbar atau t.v.

    Contohnya Abang Irfan 🙂

  5. Nak dapat kepercayaan orang itu memang sukar terutamanya bila di online…
    Yang penting kena jujur dan sentiasa menghubungi prospek terbabit..
    IK, kalau jual baja online ok tak???

  6. kadang2 ada jugak yang tertipu. cakap barang original. tapi bila dah dapat cis!!! barang klon rupanya. so, sebagai pembeli kita seharusnya berhati2 kalu nak bli barang melalui internet. nak buat transaksi duit pun kena barhati2. maknanya, kalu nak jadi pembeli pun kena blajar jugak la macam mana nak membeli melalui internet. bukan nak menjual je kena belajar tau. ada banyak tips nak membeli melalui internet. belajar2 la ya. hehehe…

  7. Kalau rakam gambar guna flash memang kurang cantik sebab tak natural. Rakam gambar di bawah cahaya matahari mendung atau under shade untuk dapat lighting yang lembut, sesuai untuk gambar produk. Kebetulan saya memang ada blog tips fotografi, sila lawat – http://www.fototeacher.com/blog

Leave a Reply

Your email address will not be published.