Untuk mencapai keuntungan RM1,000,000 dalam perniagaan Internet memerlukan usaha. Seringkali, sekiranya matlamat dilihat terlalu besar, mungkin ia melemahkan semangat kita. Caranya adalah, pecahkan matlamat perniagaan Internet anda kepada unit yang boleh di lihat dengan mudah.
Katakan anda ingin mencapai keuntungan RM1,000,000 dalam masa 5 tahun.
Ini bermakna, anda memerlukan keuntungan RM555 sehari! Masih nampak agak besar 🙂
Tetapi, apa kata anda gunakan ilmu aliran pendapatan berganda (multiple streams of income) dan anda menjalankan 5 perniagaan Internet serentak…
Ini bermakna, untuk setiap satu perniagaan Internet, anda hanya perlukan keuntungan RM111 sehari. Hmm… kecil sikit!
Pengiraan:
- RM111 sehari x 5 laman web = RM555 sehari
- RM555 x 365 hari (setahun) = RM202,575
- RM202,575 x 5 tahun = RM1,012,875
Sekiranya matlamat anda untuk menjadi jutawan Internet dalam masa 5 tahun, pecahkan matlamat anda menjadi lebih kecil supaya mudah untuk dilihat.
Anda perlu 5 perniagaan Internet dalam masa 5 tahun- setiap satu laman web memerlukan keuntungan hanya RM111 sehari!
Contoh:
Sekiranya anda menjual produk katakan dengan keuntungan RM55. Ini bermakna, anda hanya perlu menjual 2 produk sahaja sehari untuk setiap perniagaan!
Mudah kan? Mungkin ia tidak mudah, tetapi, ia adalah matlamat yang agak reasonable untuk kita tuju 😉 Permudahkan matlamat besar anda dengan memecah kecilkannya.
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH!
ps: Workshop Jutawan Internet hanya tinggal beberapa tempat sahaja lagi. Sekiranya berminat, klik di sini…
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Menarik teknik ni Mudah sikit nak lihat dan berapa pendapatan yang harus di capai setiap hari.
Teknik ni saya rasa bkn saja sesuai digunakan untuk ahli perniagaan,tetapi boleh juga diaplikasikan untuk para pelajar.
Cth: target saya untuk menjawab 1000 soalan matematik(banyaknya!!) dalam masa 5 bulan(sebelum exam).
5 bulan kali 30 hari=150 hari
1000 soalan bahagi 150 hari=6 atau 7 solan
maka,dlm sehari saya perlu jawab 6 atau 7 soalan sahaja.tak lah rasa beban sangat…
terima kasih (^_^)
Matlamat hidup yang besar perlu dipecahkan kepada matlamat-matlamat kecil yang mudah dicapai.Seterusnya, menterjemahkan matlamat-matlamat kecil itu kepada aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan setiap hari.Jika tidak matlamat hanya akan menjadi angan-angan.
Itulah yang cuba aku buat sekarang. Dapat 5 sales sehari dah cukup membantu. belum campur kalau dapat 2-3 service yang lain. SAtu hari boleh dapat 100-200 ratus its enough to me..
cara ni agak penting especially kalau market kita Malaysia sahaja- market lebih kecil, maka perlu ada beberapa perniagaan Internet 😉
slmt pg ,
hari tips utk perniagaan internet pula…
memang bagus idea ni…
tapi nak buat multiple income tu agak susah tu…
nak buat satu pun susah …hehe
mlm ni saya dah nak ke KL, esk kul 3 jumpa shah…
tak biasa dgn KL ni…hehe
sesak entah esk…kekeke
han
Kalau susah, join MIBO and dapatkan 2 streamyx signup setiap hari… tak sampai 5 tahun, dah jadi jutawan dah! Jutawan ICT 😉
teknik yang bagus kali ini.. dengan memecahkan kepada unit2 yang lebih kecil kite boleh menentukan target sesuatu perniagaan kite dan dapat merancang strategi pemasaran dengan lebih berkesan.
terima kasih untuk tips kali ini..
selamat menyambut maal hijrah.
Wow seems to be so simple on paper. InsyaAllah, dengan usaha yang gigih dan disiplin yang kuat, the mission is achievable.
Selamat Menyambut MAAL HIJRAH. Semuga segala usaha kita diberkati Allah dan dilimpahkan rezeki yang luas dan halal.
Good luck to everybody and all the best.
Betul, inilah caranya untuk mempermudahkan pencapaian matlamat yang besar.
Untuk menambah aliran pendapatan, sekiranya belum dapat untuk memiliki lebih dari satu perniagaan internet (laman web), bolehlah menyertai beberapa program affiliate atau menjalankan perniagaan bukan internet dari rumah.
Salam,
I know what u mean and will figure something out..
Salam Maal Hijrah..Your idol,Tan Sri Al Bukhary jadi penerima anugerah sempena Maal Hijrah today and I understand why he is your icon…Tapi Sifu sama hebat to me ..
Wow.. ni sememangnya hebat.Walaupun saya tak sehebat mana, namun iallah saya akan cuba ikut petua yang bagi.Selamat menyambut MAAL HIJRAH pada semua internet marketer.
Melihta target yang besar, boleh membuatkan kita cepat berputus asa, apatah lagi bila terdapat banyak halangan sewaktu hendak mencapai taget besar tersebut..
Tetapi bila pecahkan kepada target kecil, sudah tentu halangan juga kecil dan mudah di atasi.. jadi, tak mustahil matlamat tersebut dapat dicapai..
boleh ke ,
takkan tak guna duit jualan tu…hehe
rm555 sehari tu tak termasuk belanja harian tu…
kena kira juga tu …hehe
han
Memang menarik …..
Bagaikan pepatah Melayu –
“Sikit – sikit, Lama -lama jadi bukit”.
Paling penting, sabar & istiqamah.
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1429H.
“Cabaran Itu Satu Peluang”
Selamat menyambut Maal Hijrah
Baguslah tips hari ni…!!
Selalu pikir besar je….rupanya pecah2kan yang besar jadi yang kecik untuk lebih mudah….Tq
Assalamualaikum Irfan…
TQ Irfan, tip hari ni nampak begitu simple tapi sgt bernas. 1 idea yg bagus! Tq.
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1429. Semuga tahun ini lebih baik thn2 yg lepas…
Amiin…
Bagus tip hari ni. Saya selalu ingat yang besar je nak dapat mungkin dalam masa 5 tahun.
Saya buat apa yang patut untuk mencapainya. Kadang-kadang tak buat, lupa ke, penat ke, saya sendiri pun tak pasti.
Hari ni saya yakin salah satunya sebab tidak dipecah menjadi kecil jadi tak nampak fokus.
Terimakasih
Selamat menyambut Maal Hijrah 1429
Berikut contoh perkiraan yang menyeronokkan:
Ada 50 produk. Setiap produk menghasilkan RM200.00 setiap bulan.
Pendapatan bulanan anda = RM10,000.00 🙂
Bila kita jual banyak produk, maka kita tak perlu sangat target income yg besar untuk setiap produk. RM100 – RM200 sebulan bagi satu produk tak lah susah sangat nak capai.
Kalau satu produk berharga RM50, 4 jualan sebulan dah dapat RM200. Tapi biasanya, anda akan dapat lebih jika kena caranya.
Inilah yang best kalau ada produk yang banyak dan kecil-kecil. Tekanan untuk dapatkan income yang besar akan menjadi rendah.
tips menarik.dikit2 lama jadi bukit
kalau ada web yang banyak produk tak bagus ke ….. web saya ada 2700 produk, kalau dari segi nak maintain rasanya tak jadi masalah kan…
wow!
saya suka sangat tips yg ini.
sebelum ini saya hanya fikir angka yg besar sahaja dan tidak memecahkannya!( seperti yg di sarankan)
juga bersesuaian dgn cadangan IK iaitu; satu produk, satu website ; )
wassalam.