Ingin saya celoteh sedikit mengenai apa yang dikenali sebagai “perniagaan ikut-ikutan”, atau perniagaan mengikut “trend”… orang jual X, kita pun jual X. Bukan menjual serbuk cuci jenama X… tetapi, gantikan ‘X’ tu dengan apa sahaja produk atau perkhidmatan…
Contohnya, kita boleh lihat trend di Internet…
- Ramai sahaja yang menjual ‘tudung’ di Internet. Tak salah, malah bagus pun jual tudung… disamping mencari rezeki, menggalakkan tutup aurat.
- Bila lihat industri fotografi, banyaknya ‘wedding photographer’ di Internet. Berbagai harga yang disediakan… sampai ada kenalan profesional photographer saya mengadu makin susah nak cari makan.
- Time musim perayaan, sudah tentunya trend menjual ‘kuih raya’ di Internet. Kalau muka kita tak kena tag dengan kuih raya di Facebook, memang tak sah la masa bulan Ramadhan π
Anyway, seperti saya kata, tak salah mengikut trend, atau mengikut perniagaan lain, dan menjadi perniagaan ikut-ikutan. Rezeki ada di mana-mana sahaja.
Dalam banyak-banyak ikan yang menarik ni, ikan mana yang anda tertarik?
Ikan yang berbeza bukan? π
Cuma, dalam perniagaan, bila persaingan terlalu tinggi, maka makin susah untuk perniagaan kita mendapat keuntungan yang hebat. Keuntungan yang HEBAT ya saya sebut… nak dapat keuntungan yang biasa-biasa, memang boleh. Tetapi, dalam perniagaan, kita mahukan keuntungan yang HEBAT.
Bila nak mulakan perniagaan, kita perlu sedikit kreativiti. Kreativiti dalam meminimakan pesaingan kita. Bila kurang pesaing, lagi mudah kita hendak mendapat keuntungan yang hebat. Sebagai contoh…
- Kalau minat fesyen muslimah, tak semestinya menjual ‘tudung’ sahaja. Menjual ‘baju renang muslimah’ juga adalah fesyen muslimah.. dan mungkin persaingan adalah jauh lagi rendah dari menjual tudung.
- Kalau bidang ‘wedding photography’ terlalu ramai pesaing, bidang forografi lain masih ada… product photography, family photography, baby photos… dan macam-macam lagi. semuanya permintaan tinggi juga.
- Time-time raya, memang tak boleh lari dari kuih raya π Tetapi boleh sahaja jadi lebih kreatif seperti masih lagi menjual kuih raya yang di pakejkan dengan unik dan lebih cantik. Dan disasarkan kepada pasaran koprat sebagai high class ‘gift’. Menjadi kreatif, tak semestinya tukar produk ya… tukar sasaran pelanggan pun kreatif juga.
Jadi, dalam perniagaan, cuba cari kelainan…Β sukar sekiranya terlalu ramai pesaing untuk mendapat keuntungan yang HEBAT. Cuba fikir kreatif dan jangan terlalu mengikut-ikut perniagaan lain.
Bila saya sendiri hendak mulakan sesuatu perniagaan, soalan pertama yang saya akan tanya pada diri sendiri adalah ‘how to make it different?’. Anda juga patut lakukan yang sama π
ps: Join me di Revolusi Perniagaan InternetΒ dan ketahui teknik2 bagaimana hendak menjadikan perniagaan anda berbeza dan mendapat keuntungan yang HEBAT!Klik di sini.
pps: Kongsi artikel ini ya! π
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Sangat menarik dan tepat sekali, thanks
article ni dapat membantu kita berfikir lebih jauh supaya lebih kreatif dalam mencari idea.
ya saya sangat setuju dengan post ini sebab kalau tiada kreativiti nampak sangat kita meniru tanpa berusaha untuk lebih nampak istimewa di kalangan pelanggan. kelainan akan menampakkan keisimewaan dalam produk/servis yang kita tawarkan dalam perniagaan.
Salam,
betul betul betul kita perlu kreatif kalau nak ikut cara oarang lain , kalau kita kurang kreatif lebih baik kita buat apa yang orang lain tak buat lagi, contoh kita mula apa bisnes yang orang lain tak buat lagi, sama macam tip di facebook IK semalam.Biar kita mula dahulu…betul tak?
good info….ada perniagaan bermusim..ada perniagaan maintain…nakjoin tp takut tak acheive target
http://bit.ly/fAdcaz
Setuju dengan artikel ini. Berniaga perlu ada keunikan agar kita lain daripada yang lain. Keunikan menjadikan kita mudah diingati berbanding yang lain.
Azahari Waid
Bleh ker copy entri nie and paste kat lman sesawang sya..??
Salam 1 Malaysia π
Nak mencari kelainan memerlukan bahan rujukan yang pelbagai… Betul tak ?
TQ π
Salam Tuan IK,
Saya setuju tue untuk membuatkan kita bersaing dengan persaingan dalam niche yang sama seharusnya kita harus memiliki keunikan tersediri mungkin dari segi logo, tema perniagaan atau tagline..
Lihat sahaja Air Asia.. π
Thankas
Tak salah kalau orang jual X, kita pun nak jual X. Apa yang perlu tambahkan sekali dengan X-factornya. Apa yang paling dilihat oleh pelanggan pasti kualitinya untuk dibanding dengan harganya. Biar berbaloi. Sama-sama puas hati.
Pada saya setiap perniagaan perlu ada ilmu, kena ada niche market, buat market survey, take risk selebih kita serah pada Allah.
Salam ik,
[Quote]Kalau muka kita tak kena tag dengan kuih raya di Facebook, memang tak sah la masa bulan Ramadhan ;)[/Quote]
hehehehe.. adeeehh.. kelakar, tapi informatif..
Semoga dipermudahkanNYA!
semoga dimanfaatkan..
semoga dimanfaatkan…
idea yang terbaik…!
Terima kasih sifu di atas tip yang diberikan.
Tip kali ni memang sangat berguna kalau nak biz kita maju. Betul ke?
Tip yang baik dan berguna. Dapat membantu sesiapa yang ingin berniaga
tip yang baik dan berguna. Dapat memmbantu sesiapa yang ingin mulakan sesuatu perniagaan
Memang setuju..bila jual brg yg sama, peniaga mcm nak pancing customer, so jual harga bukan-bukan..
i want to be a millioner..
mari ramai2 ke blog saya. tt tumpang sekejab
Perniagaan ikut ikutan kadangkala memberikan rezeki melimpah ruah yang tak terhingga kepada individu yang terikut2 jenis atau produk perniagaan orang lain…
Isk… betul ke nie ??? apa pon tahniah atas info ni.. saya hargai penulisan awak.