Perniagaan dan pelaburan

Untuk hari pertama, saya jawab dua soalan yang berkaitan…

SOALAN: Selain Internet Bizness, Saya pasti Dr Irfan mempunyai Investment offline yang lain. Bolehkan Dr kongsi apakah jenis Investment yang sedang Dr lakukan sekarang, dan apa Investment yang bagus.

Gerai makan ?, Hartanah ?, Saham ?, Mutual Funds ?, Jual baju ?

SOALAN: secara ikhlas pandangan dr, yang manakah mampu memberi pulangan yang lebih hebat sekiranya betul2 dilakukan dengan teknik2 yang betul, bisnes internet ataupun bisnes konvensional?

Selain Internet business, saya pernah juga mencuba dan menjalankan berbagai perniagaan konvensional dan juga pelaburan. Pelaburan seperti yang dikatakan seperti saham, hartanah dan mutual funds memang ada lakukan.

Pada pendapat saya, pulangan yang paling hebat adalah dalam perniagaan dan bukan pelaburan. sebagai contoh, dengan ilmu pelaburan, mungkin anda akan mendapat pulangan 20%, 30% daripada pelaburan anda.

Tetapi, dalam perniagaan, sekiranya anda hebat, anda boleh mendapat 200%, 300% atau lebihΒ dalam pulangan anda.

Sebagai contoh, saya pernah cuba real estate investement menyewa kondo. Untuk mendapatkan kondo, perlu ada down payment RM15,000 lah katakan. Kemudian, perlu install dapur, cabinet, almari dan sebagainya. Mungkin total cost pada awal adalah RM20,000 – 25,000. Perlu cari penyewa, dan dapat duit sewa, masih perlu bayar bank. Jadi, keuntungan dari sewa satu unit kondo adalah RM200-RM300 sebulan. Serta, kita assume, kenaikan nilai kondo tersebut bertambah 10% setiap tahun.Β 

Sekarang, dibandingkan dengan perniagaan Internet, sebagai contoh, Ebook Cara Promosi. Modal yang digunakan adalah kurang daripada RM500. Jumlah hari yang diambil, adalah 7 hari sahaja untuk menyiapkan perniagaan Internet tersebut (klik di sini). Pulangan? Lebih dari RM5,000 sebulan secara automatik.

Business Internet dan business konvensional, kelebihan Internet adalah modal kecil, dan pasaran yang amat luas (walaupun pasaran Malaysia sahaja). Seperti contoh cara promosi di atas… kalau business konvensional, sudah pasti modal >RM20,000 hendak memikirkan kedai, overhead, pekerja dan sebagainya.

Antara pulangan perniagaan konvensional dan perniagaan Internet pula, keduanya ada kekuatan dan kehebatan masing-masing. Keduanya saya lakukan.

Bagi saya, perniagaan (Internet dan konvensional keduanya sekali oleh kerana pasaran yang berbeza) adalah pilihan utama berbanding dengan pelaburan. Tetapi, ini bergantung pada individu dan kebolehan masing-masing.

Bila kita sudah biasa menjalankan perniagaan dimana kerja sedikit, tetapi pulangan besar, ianya amat sukar untuk berpindah ke industri hartanah yang memerlukan kerja banyak tetapi pulangan sedikit. Tetapi ini kata jutawan Internet la…

Kalau anda tanya Azizi Ali, sudah pasti Azizi akan kata, pelaburan hartanah adalah lagi best daripada menjalankan perniagaan oleh kerana beliau jutawan hartanah! πŸ™‚ Sekiranya ingin mendalami ilmu hartanah, saya cadangkan buku-buku Azizi Ali. Tepuk dada, tanya selera. Masing-masing mempunyai citarasa πŸ™‚

Juga, tip hartanah, untuk betul-betul mendapat pulangan yang tinggi dalam hartanah, perlu ada beberapa unit rumah/kondo/apartment untuk disewa sepertimana yang dilakukan Azizi Ali. Jangan bergantung kepada satu sahaja.

Sedikit mengenai pelaburan pula, saya melabur dalam mutual funds dan tidak dalam saham. Mutual funds lebih mudah dan selamat. Kalau saham, takut nanti tak tidur malam lah saya risau saham turun naik πŸ™‚

Tapi pelaburan yang saya hendak cadangkan kepada anda yang baru-baru ini saya terlibat adalah takaful. Sambil melindungi diri dan keluarga (insurans), ia juga sejenis pelaburan menurut syariah. Dari segi pelaburan, saya lebih suka mengambil pendekatan biar lambat, asalkan wang selamat! πŸ™‚

Kata akhir, berbanyakkan diversification. Walaupun saya prefer perniagaan, namun, pelaburan termasuk hartanah saya tidak lupa. Don’t put all eggs in one basket. Ciptakan multiple streams of income seperti mana Robert Kiyosaki katakan dalam Cash Flow Quadrant: berpindah daripada quadrant bekerja, kepada quadrant perniagaan & pelaburan!

Terjawab juga satu lagi soalan, tentang buku yang saya recommend & mengubah hidup saya, antaranya adalah Cash Flow Quadrant oleh Robert Kiyosaki. Saya pasti, ramai sudah baca- jangan lupa untuk implementasi πŸ™‚

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

18 thoughts on “Perniagaan dan pelaburan

  1. “Sedikit mengenai pelaburan pula, saya melabur dalam mutual funds dan tidak dalam saham. Mutual funds lebih mudah dan selamat. Kalau saham, takut nanti tak tidur malam lah saya risau saham turun naik”

    http://www.unitamanah.com – Utk mengetahui tip-tips mengenai Mutual Funds atau Unit Trust

    Benar kata .. “berbanyakkan diversification”.

    Walaupun anda prefer perniagaan, namun, pelaburan jangan dilupakan. DonÒ€ℒt put all eggs in one basket.

  2. Memang hebat pandangan ni..tidak dinafikan sebelum membaca buku Robert Kiyosaki saya bergitu jahil mengenai ilmu kewangan..buku Azizi Ali juga tidak kurang hebatnya dan yang paling bagus sebab isi buku tersebut sememangnya berdasarkan keadaan pasaran di Malaysia..

  3. yup..buku Azizi Ali tu memang best…ade lagi yang best..tajuk buku tu “Cukup Wang Hati Tenang” tulisan Rohani Dato’ Azranir..islamic method yang sgt santai…

    “Jika kamu mengejar akhirat…dunia ibarat sebesar tapak tangan”..(salah satu petikan buku tersebut yang menjadi azimat..)

  4. Pengalaman saya melabur dalam hartanah untuk dikongsi bersama kawan-kawan.

    Saya pernah melabur dalam hartanah iaitu beli apartment tetapi masaalahnya susah hendak cari penyewa kerana apartment saya tingkat 5 dan tiada lift. Sewakan nilai yang sama dengan ‘low cost flat’. Sudahlah saya bayar pinjaman bulanan melebihi dari sewa yang saya dapat ditambah pula terpaksa bayar ‘maintenance fee’ , cukai tanah dan cukai pintu. Akhirnya saya jual apartment tersebut yang rendah dari harga pasaran kerana susah hendak dapat pembeli. Harga yang saya jual tidak pulang modal kerana bayar interest tinggi.

    Regards Sharifah Azran Alam

  5. terima kasih berkongsi pengalaman. hartanah memang ada risikonya. sama juga dengan perniagaan. pelaburan, sekiranya bijak dan mengambil pendekatan biar lambat asal selamat, agak kurang risikonya. begitu juga dengan perniagaan internet- ada risiko, tetapi dalam contoh saya diatas, kalau CaraPromosi.com tidak menjadi, saya hanya rugi RM500 dan 7 hari bekerja. itu sahaja risikonya. alhamdulillah, sambutan yang terima adalah hebat!

  6. Saya sebenarnya minat perniagaan dan pelaburan. Saya juga impikan untuk melibatkan diri dalam pelaburan hartanah suatu hari nanti. Tapi buat masa la ni, bangunkan perniagaan dulu.
    Namun apa yang saya sedih sekarang ini, banyak sangat orang yg join pelaburan internet yg tidak pasti hujung pangkalnya. mcm mana dari segi syariahnya. Ramai yg tak ambil berat. Bagus juga kalau kita refer dengan pakar kewangan Islam, Ustaz Zaharuddin di http://www.zaharuddin.net. Banyak penjelasan isu halal haram pelaburan internet.

  7. kepada sharifah, jgn disebabkan kegagalan tersebut anda terus memilih untuk berhenti dari melabur dalam hartanah. cuba berhenti sejenak dan fikirkan balik kot2 anda ada tersilap mana2 dalam membuat pelaburan.. bagi saya kalau bab hartanah, lokasi adalah aspek yang tersangat penting.. insyaAllah kalau anda menilai balik kesilapan yang dibuat insyaAllah anda akan menjadi pelabur yang lebih baik di masa depan..

    kepada terima kasih kerana menjawab soalan2 saya.. saya memang berminat untuk menjalankan bisnes sebab saya dah nampak kehebatan2nya.. insyaAllah di masa depan saya bercadang untuk menjalankan dua2 bisnes sekali.. internet dan jugak konvensional doakan saya.. πŸ™‚

    kalau ada masa lehla jenguk2 blog saya.. http://muslimkaya.blogspot.com.. semoga bermanfaat..

    salam

  8. Saya amat bersetuju dengan topik ini. Saya pun mempraktikkan apa yang beritahu.

    Kini saya memperbanyakkan peluang menjana pendapatan saya seperti menjalankan perniagaan internet seperti perkhidmatan pelamin, menjual ebook, pelaburan hartanah, mutual, dan HYIP.

    Yang penting kita kena bijak menangani risiko. Jangan letak semua telur dalam satu bakul.

    Now, tak sampai 3 bulan saya dah berjaya kumpul duit kahwin.. πŸ™‚

  9. memang tidak boleh di nafikan 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan.Berniaga merupakan ibadah bagi saya dan saya gembira menjadi seorang peniaga.Setelah membaca tulisan saya mendapat ilham yang pelaburan juga perlu untuk mempelbagaikan cabang pendapatan kita.

    http://www.cetakbaju.com

  10. Assalamualaikum saudara irfan,

    Saya sememangnya kagum dengan kejayaan saudara, ingin hasrat hati nak menjadi mcm saudara. Nak ikuti program2 saudara memerlukan belanja, saya tidak mampu berbuat demikian. Harap satu masa dapat juga ilmu daripada saudara.Saya baru ja menceburkan diri dalam pelaburan di internet…saya telah berjaya membuat 40usd menjadi 300usd dlm 2 minggu. Jika dapat tau selok beloknya daripada saudara sudah tentu ini akan lebih hebat. Insyaallah azam saya nak jadi macam saudara…

  11. betul tu , tapi ramai yang tak tahu dan tak nak ambik tahu tentang takaful serta cara nya,, kerana sedikit sebanayk ia akan memberikan kelegaan dari segi kewangan dan juga lebih islamic,, klau nak tahu lebih lanjut tentang takaful boelh lah email saya buja_00@yahoo.com.my

  12. Hello Semua!!! πŸ™‚

    Persoalan antara pelaburan dan perniagaan dan antara konvensional atau secara internet nie memeng menarik minat dan juga telah lama dibuat pemerhatian dan juga kajian di kalangan pemikir dan pencari peluang. Kalau kita lihat perniagaan yang hot sekarang lebih berdasarkan trend berbandiang dengan soal risiko dan kredibiliti perniagaan tersebut….pelik ye. Walaupun cara ini bukanlah pilihan yang bijak atau selamat tetapi sambutannya adalah luar biasa. Saya rasa ramai yang maklum tentang biz pelaburan seumpama ini.. dan saya taknak komen lanjut. ” SENDIRI MAU INGAT LA” πŸ™‚

    Oleh kerana potensi Perniagaan VS Pelaburan ini mempunyai kehebatan masing masing maka muncul plak bentuk perniagaan kombinasi ala Perniagaan dan Pelaburan yang dijalankan juga secara kombinasi internet dan Konvensional(online & Offline). Pihak syarikat inggin mengetangahkan ‘NEW TREND SETTER’ dalam perniagaan untuk menyediakan kemudahan yang dirasakan boleh memenuhi kehendak pelanggan. Contohnya sila click website ini: http://www.teamfifi.co/raff-e

    Walau apa – apa pun pilih lah perniagaan yang memenuhi citarasa anda dan yang penting perniagaan tersebut sah disisi undang – undang serta mempunyai kredibiliti, potensi dan plan jangka panjang yang baik. ” REAL PEOPLE DAN REAL BUSSINESS”

    Sekian Terima Kasih….. Bye πŸ™‚

  13. Panjang post Irfan hari nie :-). Dah lama tak bagi komen, tapi biasa memang jengok kat blog Irfan nie. Banyak tips-tips tentang perniagaan yang diberi, selain dari motivasi diri. Kira kalau kurang baca buku.. tapi selalu jengok kat blog Irfan nie.. pun bole dapat tips-tips berguna ;-). Perniagaan internet tidak menghalang untuk anda membuat bisnes atau pelaburan lain. Sebab perniagaan internet adalah secara automatik. Tidak perlu penumpuan sepenuh masa.. hanya sekali sekala!

  14. Assalamualaikum

    Untuk mendapatkan pulangan terbaik, saya mencadangkan agar kita melakukan kombinasi kedua-duanya iaitu:

    80% untuk perniagaan (online/offline)
    20% untuk pelaburan (cth: hartanah/ASB dsb)

    Seperti yang telah cadangkan, kita memang perlu kepelbagaian dalam perniagaan untuk kestabilan pendapatan dan meminimakan risiko πŸ˜‰

    Mirul
    http://free.mirul.com

  15. saya mengagumi keupayaan dan semangat smga kaum melayu terutama belia2 muda dapat mencontohi termasuk saya untuk berjaya sekurang-kurangya berniaga menjadi jutawan dan menolong mereka yang ingin berkongsi ilmu dan memajukan diri demi bangsa dan negara

  16. Saya berminat dan mengagumi cara perniagaan Encik Irfan..
    tapi, bolehkah saya mengetahui risiko-risiko yang encik alami sebelum sampai ke tahap ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published.