motivasi pantas

Perniagaan dan motivasi yang pantas

Dalam perniagaan DAN motivasi diri, “kepantasan” adalah kunci. Dalam buku The Secret, ia menyebutkan tentang…

The universe likes speed (Alam sukakan pada kepantasan)

Kalau melihat mereka yang berjaya, ramai melakukan kerja dengan pantas. Pantas bukan sahaja maksudnya melakukan perkara dengan cepat, tetapi, juga yang penting, memulakan sesuatu itu dengan cepat!

motivasiterpantas

Kepantasan akan memberi seseorang itu:

  • Momentum yang sukar untuk dihentikan. Bayangkan sebuah kereta yang laju… kalau tekan break, mesti masih sukar untuk berhenti.
  • Berganda-ganda pengalaman. Bila pantas, kita dapat melakukan banyak kerja dalam masa yang singkat. Teringat saya kisah Anthony Robbins ketika masih muda (dan bekerja sebagai trainer sebuah syarikat), beliau memberi 4 training sebulan berbanding rakan2 pejabatnya yang menjalakan 1 training sebulan. Katanya, dengan menjalankan 4 training sebulan, dirinya mendapat 4 kali ganda pengalaman berbanding rakan-rakannya.
  • Kepantasan memberi kita fokus yang hebat. Apabila kita mempunyai matlamat perniagaan dan hidup dan memberi komitmen untuk mencapainya dengan pantas, minda kita akan memeberi fokus yang amat tinggi untuk mencapainya.

Sekiranya anda terasa diri anda dalam keadaan yang tidak bermotivasi. Atau belum lagi mencapai matlamat-matlamat anda, tanya pada diri sendiri… adakah anda melakukan perkara2 untuk mencapainya dengan pantas? Ataupun anda berlengah-lengah dan melakukan segalanya perlahan-lahan… kata mat salleh:

Taking your own sweet time 🙂

So, crank up the volume, dan lakukan segala-galanya dengan pantas!

Untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan internet, Intake akan datang akan bermula tidak lama sahaja lagi. Sekiranya anda berminat, pastikan anda daftar awal oleh kerana sesi program OpenEducation adalah terhad kepada jumlah peserta yang kecil dan sering penuh DENGAN PANTAS– seperti artikel saya hari ini! 😉 Klik di sini untuk maklumat lanjut!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

36 thoughts on “Perniagaan dan motivasi yang pantas

  1. huhuhu….sy mmg nak jd pantas tp…
    selalu tersekat disebabkan ilmu yang kurang.

    tp sy akan berusaha dan terus berusaha:-)

  2. Salam,

    Melalui pengalaman saya berkerja di syarikat multinational, kepantasan sangat dititikberatkan untuk mencapai kejayan. Sehingga kepantasan diterapkan sebagai salah satu value atau nilai yang penting dalam syarikat. The C-level (CEO,CFO,CTO etc) management sering bercakap tentang kepantasan dan bagaimana untuk mempratikkannya dalam urusan kerja.

    Bagi saya kepantasan itu ialah salah satu element yang penting untuk menentukan kejayaan tapi pada masa yang sama kena ada plan yang baik dan berkesan untuk memastikan tindakbalas dari kepantasan yang diambil itu selari dengan kemahuan dan kemampuan.

    Sekadar berkongsi pendapat.

    http://www.resumeweassist.com/blog
    Tips for effective career marketing

  3. Kesimpulannya tentukan matlamat anda + beri komitemen untuk capai dengan pantas = fokus yang hebat untuk mencapainya. Saya selalu bergurau dengan kengkawan “dengan pantas aku buat” .Kepada diey,dalam masa menambah ilmu,ilmu yang sedia ada kenalah dipraktikkan dulu, jadi ianya seiring

  4. haha..btol2..dalam hidup ni sememangnya segala2 mesti dilakukan dengan pantas.Dalam perniagaan, pelajaran, apa-apa sajalah.Kalau kita lambat, orang yang cepat yg dapat dulu. Even kalau nak bercinta pun kena pantas bertindak nanti gadis idaman dikebas orang…cheewah…:)

  5. Secara tak langsung Ik telah menyedarkan saya yang saya ni kurang pantas..memang skrg saya masihbelum mula bina laman web, sbb saya terlalu asyik membaca dan mencari info.dan Alhamdulillah.. banyak yang saya pelajari, tp apa yang penting saya teringat IK pesan suruh mula dulu walaupun hanya 2-3 muka surat.. OOOpps.. maksudnya saya kena buat 2 sekali jalan… ok.. thanx IK mengingatkan saya..memang kePANTASan akan membuat kita sukar berhenti..

    aida6907.blogspot.com

  6. Masa tidak menunggu kita….kepantasan, ketepatan dan kejituan dalam melaksanakan kerja….akan menghasilkan sesuatu yg amatmenakjubkaN dalam kehidupan kita….

  7. salam,

    org yg pantas mmg hebat!

    saya rasa keadaan sekeliling juga membuatkan kita pantas, mcm saya; saya hanya ada sedikit masa utk diri sendiri, yg selebihnya work & errands.
    rugi kalu saya berlengah2, terhegeh2 & sbgnya.

    TIME IS MONEY!

    byebye

  8. Salam..
    Saya setuju dgn topik nie..
    Bru smlm kepantasan bermula wat sample kuih raya..mula2 balik ofis rs malas sgt,bl bc buku Nota Motivasi Nota Jutawan terus je saya buka oven,adun tepung wt sample kuih raya.. 🙂 sampai la kul 2 pg bru siap.. 🙂
    Buku IK btul2 wat saya bersemangat..ada aura.. 🙂 Thanks IK 🙂
    Oh ya pg2 lg dasenyum coz membe ofis da order… 😉

  9. dunia pada masa skg ni sume kena pantas….
    kalau tidak ketinggalan di belakang le….
    sy pun nak berusaha lebih pantas drp biasa….
    chaiyok2…..

  10. Assalamualaikum…

    Kepantasan memang mustahak. Si pantas dapat melakukan lebih dan bakal mendapat pulangan yang lebih. Bukan sahaja dari segi pengalaman tapi juga keuntungan. Pokoknya yang baik-baik.

    Seorang guru saya di secondary school pernah mengingatkan,’Masa itu umpama pedang’. Jika kita tidak menandinginya kita yang akan terluka atau lebih dari itu. Benarlah!

    Terbaru, saya telah membuat satu keputusan yang agak besar dalam usaha saya. Tip ‘JUST DO IT’ telah berjaya mendorong saya megambil keputusan menambah peralatan yang bernilai RM10,000, secara tunai (sebulan gak memikirkannya – akhirnya saya tawakkal). Harap dengannya saya bertambah pantas….

    Salam dari Adilla.

  11. Salam,

    Saya pun turut setuju ngan topik hari ni…jgn jadi macam saya… dah beli buku RJJIT Irfan hampir setahun, tapi asyik tangguh je nak gi Workshop dia…but at last dah buat the best decision.. gi jugak Workshop dia Sabtu lepas kat KL…baru la nak start…kalau saya dah buat keputusan setahun lalu… dah tentu agaknya saya somebody hari ni…tu la padahnya asyik tangguh… orang lain dah ke mana… saya masih di sini… but bila dah gi workshop IK memang semangat semakin naik…every day mesti do something pasai internet…dah mula sikit2 cari produk yang sesuai ngan minat… Insya Allah tak lama lagi…akan keluar laman web saya…

    Terima kasih banyak2 Irfan….dan semua rakan-rakan di Workshop kat KL Sabtu lepas… Best sangat2 dpt kenal you all… Wish u all the best!

  12. Ya, pantas!
    Kalau kita naik kenderaan dgn pantas, kita cepat sampai ke destinasi. Sama juga dalam kehidupan atau perniagaan,kalau kita buat kerja pantas, kita akan cepat capai matlamat.

    Tapi perlu diingat..kena ada PANDUAN.Kalau tidak, destinasi atau matlamat kita tak akan sampai dan tercapai!!

  13. Kadang2 banyak betul mehnah dan cabaran sampai kerja banyak sangkut2

    Yang lagi teruk kalau cabaran tu dari sikap kita bukan dari external factor

    Anyway, tip yang amat baik, terutamanya dari segi pengalaman. LAgi cepat buat, lagi banyak yang kita dapat.

  14. benar. kita kene pantas dalam setiap apa yang kita buat. Lambat pun tak apa. Tapi jangan lambat dalam keputusan yang perlu dibuat dengan pantas.

  15. IK memang hebat! Tapi bila dia beri penerangan terasa sangat mudah difahami. Oleh itu bila pulang ke rumah dari workshop, saya pun terus ubah & update website saya sepantas fahaman saya.
    Itu lah kelebihan IK. Terima kasih, you’re the best Mentor I’ve ever met!
    -Adnan (Singapore)

  16. Thanx IK..sememangnya sy tgh trcari2 sesuatu yg boleh menaikkan semangat sy kmbali..Alhamdulillah sy jmpa ruangan motivasi ni..mmbuatkan sy jd hidup lbh bermatlamat n brsemangat!!betul, kepantasan itu penting..walau sebnyk mana ilmu yg kita ada, tnpa tindakan yg pantas pasti kita akan ketinggalan..semuanya kena jalan seiring..baru kejayaan pasti tiba!

  17. Sememangnya kalau kita nak berjaya dan mempunyai tahap motivasi yang tinggu, perlu kita mendapatkan pengalaman dan ilmu daripada minda jutawan seperti IK nie. Banyak yang perlu kita dengar dan belajar tentang rahsia kejayaannnya. Satu lagi perkongsian ilmu yang bagus.

    http://www.BisnesTDTone.com

  18. Betul dan benar apa yang dikongsikan oleh IK dalam kariernya. keikhlasan dan kesungguhan membantu orang lain bukan untuk kepentingan sendiri sahaja malah menjadi asas kejayaan IK seperti mencampakkan benih yang boleh berkembang dan memberi faedah pada semua yang mempunyai impian. IK contoh terbaik bg saya yang tak tahu banyak tentang IT/ perniagaan internet, tq.

Leave a Reply

Your email address will not be published.