Untuk perniagaan bukan Internet, sering kali terdapat 2 perniagaan yang sama “kuat”.
Sebagai contoh:
- Coca-Cola, bersaing sengit dengan Pepsi
- Mercedes, bersaing sengit dengan BMW
- Mc Donalds, bersaing sengit dengan KFC
Tetapi, sekiranya perniagaan Internet, ianya adalah agak sukar untuk mendapat 2 perniagaan Internet yang sama kuat.
Contoh:
- Amazon.com bersaing dengan siapa?
- Dell.com bersaing dengan siapa?
- YouTube.com bersaing dengan siapa?
Oleh kerana Internet merupakan perniagaan tanpa batas, ia menjadi semakin sukar untuk bersaing bersemuka. Ianya sangat sukar untuk 2 jenama dalam kategori yang sama menjadi kuat.
Pengajaran #1: Pastikan jenama perniagaan Internet anda mendapat tempat pertama terlebih dahulu. Ini kerana, di Internet, tiada ruang untuk tempat ke-dua mendapat perhatian (bukan tiada, tetapi amat sukar!), tidak seperti jenama bukan Internet.
Pengajaran #2: Sekiranya anda menjalankan perniagaan bukan Internet, anda masih mempunyai ruang untuk berkongsi tempat yang sama dalam minda pengguna dan menjadi sama kuat dengan perniagaan utama.
Tip penting… ramai yang tidak perasan keadaan ini berlaku ๐
ps: Workshop Jutawan Internet,ย Klik untuk maklumat lanjut (hanya 5 tempat kosong sahaja tinggal) Klik di sini untuk video Workshop Jutawan Internet
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
wow…begitu hebat sekali penangan perniagaan internet…sape yang belum mencuba perniagaan internet tu…coba2 lah
Thanks for sharing. Tapi dalam penjualan ebook apa pendapat IK. Nak-nak yang menjualkan dalam produk MRR+PLR? Apa pun persaingan yang sihat terjadi juga. Tapi produk MRR+PLR bukan unik produkkan?
Bila difikirkan betul juga kata IK. Persaingan perniagaan kurang di internet berbanding yang bukan internet. Lagi pun untuk mencapai saiz pasaran lebih luas di internet dengan kos yang minima dengan bantuan teknologi maka semuanya auto. Jadi usaha perniagaan internet hanyalah fokus untuk memasarkan produk atau perkhidmatan. betul tak?
Yahoo bersaing dengan Google dari segi search enjin dan e-mail.
Namun begitu, Yahoo lebih menonjol dan hebat(rank alexa maintain 1st) kerana jenama itulah yang pertama melekat di hati pengguna.
Friendster bersaing dengan Myspace. Tetapi dalam julat pasaran Internet yang luas, ia bukan satu masalah ๐
persaingan adalah sesuatu yang bagus..semakin banyak saingan, semakin bagus produk dan perkhidmatan yang ditawarkan..di internet, masing-masing ada target atau pelanggan tersendiri. sekali dapat “ikat” kepercayaan pelanggan, memang di lain kali mereka akan menjadi pelanggan setia. kerana dunia internet ini memerlukan kepercayaan,satu kunci kejayaan dalam perniagaan internet ๐
memang betul la IK…business internet kurang persaingan compared business non internet….tp mempunyai ramai pelanggan di seluruh dunia…..dah cost kurang,saingan pn kurang tp banyak untung…..bagus la cam ni….
tip hari ini bukan mengenai persaingan, tetapi “penjenamaan”. dalam erti kata lain, untuk menjadi jenama yang hebat di Internet, perlu cepat sebelum perniagaan lain yang mendapat jenama di internet. sebab, kalau lambat, memang sukar untuk jenama anda diingati di internet.
Persaingan di Internet memang banyak, tetapi, perlu bijak untuk menjadi perniagaan Internet yang “diingati” pelanggan. Itu maksud sayaย dalam tipย ini ๐
berkenaan MRR pula, bagi saya MRR is ok, tapi pastikan ia mempunyai limit, contoh, hanya 100 orang sahaja boleh dapatkan MRR. kalau tidak, sukar untuk bersaing sekiranya MRR tidak dikawal dan dibuka untuk sesiapa sahaja ๐
-IK
Branding atau penjenamaan ni sangat2 penting kan. Ia adalah salah satu sebab utama kejayaan sesebuah biz tu.
Lepas Bro baca buku internet branding semalam, rasa teruja dan gementar dengan penjenamaan yang hanya sekelip mata boleh mengubah nasib seseorang atau syarikat itu. Perrrghh ngeri!
Namun, jika kita dapatkan keunikan branding itu dan cepat penerimaan orang ramai. Boleh meletup! Yang hebatnya internet biz ni… “There’s no 2nd place, only 1st!” ๐
Let’s go for it!
irfankhairi.com bersaing dengan siapa?…hehe
Saya suka info ini. Tak perasan pulak…
Assalamualaikum … betul tu. Kalau hendak berjaya di internet ni kena kreatif sedikit. KIta mesti advance daripada orang lain. Kalau kita buat apa yang orang buat ,hasilnya adalah sama seperti orang tersebut.
Thanks for reply about MRR product. Kita kecilkan skop penjual supaya mereka dapat menjual semula.:)
Betul. Saya amat bersetuju. Persaingan perniagaan internet kadang-kadang ada risikonya juga.
Tapi ianya semua terpulang pada kita. Cuma nak tak nak jer. ๐
Blh nak tanya? mcm 2CO internet payment gateway tu, dia x ada ke yang buat service dengan bank2 di Malaysia?
biasanya MRR takde limit sebab kita boleh jual lesen bagi kat orang lain pula…
kalau RR tu ada lah yang limit…
utk bab hari ni, memang menarik…
yahoo lawan google…
sosial networking pula, ada tiga yang top…(myspace, facebook, friendster)
tp apa pun, mereka bersaing tidaklah seperti perniagaan bukan internet ni…
han
Salam Bro Razzi,
Bole tahu buku penjemaan yang bro baca ? Mana lah tau boleh membantu ๐
Salam Usahawan!