Perniagaan bila nak jadi besar

Terlalu banyak perniagaan saya lihat “membesar” dengan cepat dan kemudiannya, habis rebah… kalau tak rebah pun, “surviving”.

Take note, saya guankan perkataan “membesar” bukan maksudnya “mengembang”. Perniagaan yang mengembang is good. Perniagaan yang membesar ni adalah, bila belum mempunyai pelanggan yang ramai, atau belum ada banyak job, terus menyewa ofis besar… ofis mahal. Belum jadi hebat, terus beli kereta besar. Belum banyak jobs, terus dapatkan ramai pekerja… untuk meramaikan pejabat yang besar tu tadi 🙂

Perkara ini sering terjadi oleh kerana salah anggap bahawa, untuk menjalankan perniagaan yang berjaya, perlu ada kesemuanya besar- pejabat, kereta, pekerja (ramai… bukan besar. kalau pekerja besar, lain cerita :)). Usahawan beranggap, kalau semuanya kautim, semuanya boleh nampak dek mata, perniagaan pun akan jadi besar dan hebat.

Tidak semestinya!

Pada peringkat awal, apa yang penting, bukanlah pejabat, kereta, pekerja dan sebagainya, tetapi, apa yang penting adalah pastikan terdapatnya pelanggan! Pastikan terdapatnya jobs berbayar untuk dilakukan.

Bila anda mendapatkan semuanya besar-besar, nanti overhead perniagaan pun besar juga. Dan sekiranya tiada aktiviti perniagaan atau kurang aktiviti perniagaan untuk menampung overhead yang besar, maka di situlah banyak perniagaan terperangkap dalam kitaran “surviving”. Maklumlah, overhead sampai RM15,000-RM20,000 sebulan. Maknanya nak cover cost sahaja perlu business >RM20,000.

Itu baru cost… nak bayar diri sendiri dan promosi perniagaan, takkan bayar guna bulu kening kut? 😉

Jadi, berhati-hati bila memulakan perniagaan. Jangan terperangkap dengan kitaran ini. Seperti saya, dan ramai lagi usahawan-usahawan lain, start small. Kembang sedikit demi sedikit. Tak salahnya bermula kecil. Jaringan gergasi BodyShop, Cadbury, HP semuanya bermula dengan hanya tempat kecil sahaja dengan diri sendiri sebagai usahawan, penjual dan melayan pelanggan!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

29 thoughts on “Perniagaan bila nak jadi besar

  1. setuju dgn saranan IK.. kalo boleh kita cuba utk minimumkan kos dan maksimumkan keuntungan.. mcm Toyota buat kaizen utk memastikan kos dpt dikurang, hatta terpaksa cut bajet tisu toilet office.. apa yang penting adalah untuk meningkatkan keuntungan tanpa melibatkan kenaikan kos overhead yang terlalu tinggi..

  2. Sebagai seorang usahawan internet, dulu saya pun start dari kecil juga, tak perlu lengkap semuanya baru nak start. Buat dulu apa yg anda tahu dan apa yg anda mampu, lepas tuh baikki dari semasa ke semasa.

    Kalau nak tunggu ilmu cukup dan segalanya cukup baru nak start, alamak anda ketinggalan.

    Ikhlas
    Arman Ibrahim
    http://armanibrahim.blogspot.com/

  3. Saya setuju sangat2 dengan pendapat dr khairi tu. Banyak buku yang saya baca dan juga melihat contoh daripada apa yang disebutkan, sebahagiannya bermula secara kecil-kecilan seperti Subway, Microsoft, Dell dan lain-lain.

    Jika bisnes berkembang tetapi pemilik atau pengurus perniagaan tidak dinamik atau turut sama berkembang pun tak menjadi jugak.

    Pengalaman saya sendiri pun begitu juga di mana saya bermula dengan blog cendawan yang simple dan mula kembangkan dari semasa ke semasa.
    ‘Leverage’ yang digunakan ialah semestinya internet sebab kat situlah banyak propek yang berpotensi.

  4. Salam IK.
    Saya setuju sangat dgn ape yg dikata.Mmg kalo over head besar membawa musibah yg besar jika tidak dpt ditangani seterusnya menambah beban hutang.
    Bermula dr kecil kembanglah perlahan-lahan seingga betol2 mantap.

  5. Saya setuju dengan pendapat IK

    “Biar Papa Asal Bergaya” slogan yang sering diamalkan oleh segelintir usahawan kita. Bagi saya yang penting “Biar Selekeh Tapi Sukses!”, Biar kecil tapi berhasil!

    -start Small Grow Big

  6. Salam IK..

    Sesetengah perniagaan menuntut modal yang besar walaupun bermula dari kecil. Maksud disini ,fokus pada sesuatu perniagaan itu dan setelah mendalami, mempelajari, mencari pengalaman, menerima nasihat dan benar-benar yakin keatas sesuatu perniagaan itu, ternyata bermula kecil menunjukkan hasil biasa. Bagaimana menginginkan hasil yang luar biasa? tetapi tujuan akhir disini bolehkah IK membaca cara pemikiran hasil sedikit luahan dan persoalan diatas.
    Boleh? Kiranya tiada sebarang masalah wahai En IK Tokoh Jutawan Internet Malaysia kt ni hahaha….
    atau IK boleh terangkan disini melalui cara 5W + 2H.

    5 What
    + bermula kecil??????????????
    2 How

    atau IK beri nasihat dahulu kerana cara pemikiran diatas mungkin terlalu menginginkan keuntungan yang besar, walaupun telah mengetahui bermula kecil dahulu dan harus percaya keuntungan tidak berpihak pada tahun pertama dalam perniagaan.

    Besar hati ini kiranya diberi sedikit nasihat dari ikon Jutawan walaupun sedar diri ini jauh bedanya.
    Doa dipohon kepada seluruh ummat Islam supaya diampuni dosa-dosa kecil dan besar,juga memohon menemukan kesejahteraan hidup dan kejayan kelak.
    Salam perkenalan, salam tidak membenci, dan salam kemuliaan.

    Salam IK.

  7. yaa..saya setuju dengan IK dan saudara pitt. Biarkan kecil tetapi berhasil daripada besar tetapi bubar. MAcam Ik. Kecil je, tetapi income….

    🙂

  8. ooo, saya hari ni mendapat tip yang berguna.
    kembangkan perniagaan sikit demi sikit. tak salah mula dari rumah sendiri

    seperti yang IK tulis “tak salahnya bermula kecil. Jaringan gergasi BodyShop, Cadbury, HP semuanya bermula dengan hanya tempat kecil sahaja dengan diri sendiri sebagai usahawan, penjual dan melayan pelanggan!”

    cuma sekarang ni tengah fikir patut ker beli laptop sedangkan rumah dah ada desktop??? saudara pun ada laptop , boleh pinjam tapi orang punya, tak kan nak buat harta sendiri 😀

    tunggu pc fair aje bulan 12 kat muar

  9. Salam perkenalan IK & friends,

    Membesar bukan mengembang 🙂

    Saya tertarik dengan kisah IK mula2 buat bisnes ‘offline’. Boleh je IK nak terus ‘membesar’ hasil untung bisnes online IK..tapi IK meilih untuk start small. IK walk his talk.

    Cuma..mungkin biasa orang ingat semua company besar terus start besar sebab tak tau kisah sebelum diorang berjaya..atau tak nak ambik tahu.

    Lifetime learning and growing.

  10. Salam;

    Berakit-rakit ke hulu,
    berenang-renang ke tepian,
    bersakit-sakit dahulu,
    bersenang-senang kemudian.

    InsyaAllah, apa yang kita usahakan walaupun dari kecil akan membesar sekiranya kita berusaha dengan sepenuh hati.

    FOKUS pada perniagaan dan sentiasa POSITIF kearah kejayaan yang CEMERLANG.

    .

  11. Ya saya setuju 100% dgn saudara IK…Yang paling nyata ialah syarikat yang berunsurkan produk kosmetik dan kecantikan…Saya tengok baru 5-6bulan di pasaran pemiliknya sudah tukar pejabat, kereta, dan pekerja hanya semata-mata produk mereka laris di pasaran dalam masa yg singkat!!!

  12. Salam sekali lg.sy stuju jugak dgn kata2 dino tu.mmg bisness health & beuty ni kalau silap2 hb akan meletup cepat dan tgk caranya macamna.kalau short term mmg ok lah.tp utk long term jrg yg kekal lama.produk2 yg betol bagus akan thn lama.byk sgt produk yg tumbuh dan oleh kerana byk sgt permintaan.boleh kata setiap hari pasti ade saje produk br akan keluar.

    brbalik dgn cerita IK td besar dan kembang.yg sy tgk lumrahnya bisnes yg besar& kembang akan terus besar & kembang.manakala bisnes yg kecil & kuncup akan pasti layu dan kuyu.kerana org yg byk duit akan lebih byk duit .

    sebabnya peniaga kite selalu mengalami masalah kewangn dlm mengembang kan perniagaan masing2.yg xde masalah tu alhamdulillah lah.ape pendapt semua??
    tu yg sy rasa skang ni.

  13. Jadi bila nak membesarkan…

    Ada guidelines tak?

    Positive cashflow for 6 months ke? Itu pun kena tengok the profits doubling ke tak kan..

    So mungkin Dr boleh kasi guide ah..bila boleh start expanding..

    Saya banyak hire intern ah..tapi end up banyak juga kita kena buat.. pasal nak ajar, kalau dia tak boleh buat ikut standard kita juga kena buat..hmmmm..tapi long term kita dapat loyal following juga..Alhadullilah..

    Orang Singapore

    Fadzuli
    http://www.fadzuli.com

  14. S Amin> bermula kecil tak semestinya melihat aspek keuntungan sahaja. bermula kecil akan membantu kita mempelajari selok belok perniagaan dan lebih berhati-hati. bila mula kecil, untung probably kecil, but lagi penting, kita dapat tambahkan ilmu dan kurangkan risiko at the same time. bila ilmu dah kira ok, dan lebih yakin, then, boleh besarkan 😉

    fadzuli> sebab sy dah biasa perniagaan internet, perniagaan bukan internet pun saya akan selalu biarkan pada cost rendah (overhead rendah). So, kalau soalan “bila nak besarkan business”, bagi saya, selagi tak perlu dapatkan premis besar, selagi tu, biarlah premis kecil dan overhead kecil. selagi tak perlu extra pekerja, tak perlu lah ambil. but once kerja semakin banyak, dan perlu agihkan kerja, then dapatkan the extra hand.

    apa yang perlu kita perlu lookout adalah, makesure perniagaan grows selari dengan keuntungan (atau biar keuntungan lebih!). jangan bila perniagaan besar (overhead besar) memakan keuntungan kita.

  15. mase kecik kite terpakse menjerit untuk org kenal kite…bile dah besar kite dh berdiri pun org dh nampak….

  16. Salam En IK n Friends

    Terima kasih atas nasihat yang diberikan oleh En IK.

    “Setiap usahawan itu adalah diantara orang yang terpilih”.

    Banyak cara untuk memulakan perniagaan, tetapi setelah tamak yang menguasai permulaan perniagaan, sesuatu yang diluar pemikiran bakal terjadi.

    Terima kasih sekali lagi buat En IK yang sudi memberi nasihat yang amat berguna bagi diri ini yang ingin melangkah ke dalam dunia perniagaan.

    Doa harian yang diminta menginginkan kejayaan setiap apa yang dilakukan.

    “Salam perkenalan, salam tidak membenci, dan salam kemuliaan”.

    Salam En IK n Friends.

  17. Hi…
    Tips yg sgt berguna 🙂
    Spt di dalam buku Chef Li.”apa gunanya perniagaan yg besar tetapi keuntungannya kecil berbanding perniagaan kecil ttp untungya besar”

    -A very helping tips

    Thanks IK 🙂

  18. Start small. Saya setuju. Saya sering di “push” untuk beli stok ribuan ringgit, but saya tidak ikut cara tu. Bagi saya promosi & dah ada strong market, baru saya akan dapatkan stok sebanyak tu. Saya bukan nak cepat kaya. Ada business yg sihat cukup dah.

  19. Saya sangat-sangat bersetuju sbb pernah mengalaminya disebabkan desakan partner saya walaupun pada masa tersebut saya taklah mampu sangat nak pakai kereta besar tu…..

    Walaubagaimana pun ianya menjadi pengalaman hidup dan pengajaran yang sangat2 berguna dan itulah nasihat saya kepada setiap pelanggan saya…..

    Yg penting sekiranya kita bekerja makan gaji…at least sediakan dulu wang kecemasan utk 6 bulan…utk yang berniaga kena ada lebih at least 24 bulan. Wang emergency ni baiknya kita simpan dlm ASB. My 2 cents!!!

  20. Salam IK,

    Hai, ini yang pelik ni. Saya memberikan penerangan beserta idea tapi tak keluar pulak… Emm takpelah sedikt kesilapan yang datangnya dari saya juga agaknya.
    Untuk komen ruangan ini secara ringkasnya tidak semestinya bisnes yang kecil untung kecil, tetapi bisnes besar untung besar… Biar bisnes kecil tetapi untungnya besar! dari bisnes besar untungnya kecil lepas tu menghadapi kegagalan yang amat perit.
    Buat yang kecil dahulu akan dapat tahu pengalaman, jika mengalami kegagalan pun taklah sakit sangat ye tak?
    Wassalam
    http://www.glowglokal.com

  21. Salam ceria sahabat semua,

    Saya memang mengamalkan apa yang IK tuliskan tu dalam perniagaan saya.

    Mula-mula buat ofis (kena buat ofis sebab nak sesuaikan jenis bis yang mana pelanggan perlu datang berurusan. Kalau di rumah tak sesuai lah..) sediakan perkakasan yang asas aje. Ofis simple tapi kemas (rupa ofis).

    Untuk ofis pun saya sewa apartment (shop apartment) jer – murah! Tapi ramai client datang tak tau ofis ni apartment. Ada pulak yang kata ofis saya ni kosnya RM200K.. huhuhu nak tergelak saya dibuatnya.

    Apapun dalam bis, perlu bijak merancang… jangan terburu-buru. Biar bersederhana… yang penting juga – biar nampak Pro walau bis kecil-kecilan sahaja!

    ikhlas dari

    Zaki Yusof
    P/S: Biarlah co kecil jer… asal bis besar daripada co besar, bis rugi!

Leave a Reply

Your email address will not be published.