Perniagaan apa?
Ni memang soalan favourite ramai yang tanya saya. Perniagaan apa yang boleh jadikan kita usahawan jutawan?
Selalunya saya akan tanya balik kepada yang bertanya. Rasa-rasanya perniagaan apa? Dan jawapan yang saya selalu dapat…
- Perniagaan hartanah
- Perniagaan construction
- Perniagaan telekomunikasi
- Perniagaan restoran…
- …dan sebagainya!
Hendak tahu jawapannya? Jawapannya adalah….
Semua perniagaan boleh jadi jutawan!
Tak kira apa sahaja perniagaan, kita boleh jadi usahawan jutawan. Tak percaya? Lihat sahaja semua industri… bukankah ada jutawan yang tercipta?
- Jual produk kecantikan boleh jadi jutawan tak? Tentunya boleh… usahawan Sendayu Tinggi, De Navichee dan ramai lagi telah membuktikannya!
- Jual kasut boleh jadi jutawan tak? Tentunya boleh… siapa tak kenal Jimmy Choo, usahawan jutawan kelahiran Malaysia yang menempa nama sampai ke Hollywood!
- Jual perkhidmatan design boleh jadi jutawan? tentunya boleh… thats where my first million came from! 🙂
Jual baja boleh jadi jutawan? Jual kacang boleh jadi jutawan? Jual keropok boleh jadi jutawan? Jual ikan boleh jadi jutawan? Jual basikal boleh jadi jutawan? Jual dompet boleh jadi jutawan? Jual gitar boleh jadi jutawan?
Semuanya boleh. Sebut sahaja apa sahaja industri dan pastinya ada usahawan jutawan dalam industri tersebut!
Oleh itu, berhenti dari mencari alasan industri ni tak boleh… indistri itu tak boleh… industri ni susah dan sebagainya. Semua industri boleh mencipta usahawan jutawan. Ianya bergantung kepada usahawan – ANDA – sendiri! Kalau tak jadi usahawan jutawan, bukan salah industri. Tetapi SALAH KITA.
Okie dokie? 😉
ps: Workshop Jutawan Internet terdekat akan diadakan. Masih ada beberapa kekosongan sahaja lagi. Sekiranya berminat untuk mulakan perniagaan Internet (tak kira industri apa), klik di sini.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Info yang baik dari IK. Betul, ramai yang tanya soalan itu. Soalan favourite
saya setuju dengan artikel ni.semua bidang boleh jadi jutawan asal rela dan sanggup belajar dan berusaha
Betul, Betul, Betul
Setuju sgt dgn pendapat IK..Apa jenis perniagaan pun boleh jd jutawan yg penting kita fokus betul2 pd jenis perniagaan itu.. Tak sabar nak ikut jejak IK jd JUTAWAN!!
Salam semua.
Setuju sangat yang kita boleh jadi jutawa nawalu dalam apa bidang dan industri pun.
Saya tengah kumpulkan bahan dan cerita tentang jutawan yang lahir daripada pelbagai industri dan yang menjadi persamaan antara jutawan ini ialah sikap, azam dan matlamat mereka yang jelas untuk berjaya.
Semua perniagaan boleh jadi jutawan, saya sangat bersetuju…:) Terima kasih kerana memberi inspirasi kepada semua yang sedang tercari-cari perniagaan yang memberikan hasil yang lumayan. Yang penting, usaha dan minat yang mendalam.:)
yup! selain daripada kreatif, nak jadi usahawan jutawan dalam apa jua industri perlu “think big”
for example, kalau jual kacang kat tepi jalan atas basikal, sampai bila pun tak boleh jadi jutawan. tapi kalau fikir ubah kacang tu jadi kacang bersalut coklat ke… fikirkan francaiskan perniagaan tu… fikirkan pengedaran luar negara… then, baru lah boleh jadi jutawan kacang.
think big! 😉
-ik
btl apa yg IK ckpkan tu, apa yg sy tgk la kan, usahawan melayu byk, mmg byk yg berniaga, tp nape diorg still kat takuk lama, sbb xda think big
Salam…salam…
Berniaga apa pun, kalau betul caranya, pulangannya tetap sama. 9/10 daripada punca rezeki.
Jadi, tak perlu risaulah, kalau kita berniaga apa pun gerenti boleh jadi jutawan… 😉
Setuju dengan artikel ni, makin bersemangat saya untuk terus berusaha dalam bidang yg sedang dijalankan sekarang. Walau apa pun bidang kita, usaha paling utama.
setuju sangat…
kita mesti hormat apa jua perniagaan..
yang penting perniagaan itu halal..
Selalu sgt kerana tak sabar, kita mudah lompat dari satu bisnes ke satu bisnes.
Lebih parah dok marah kat bisnes tapi tak pernah cermin diri kita sendiri apakah kita dah cukup fokus . Pesanan untuk diri sendiri jugak, supaya tak jadi katak…
Memang betul..IK memang pembakar semangat usahawan untuk ke peringkat global.
IK sendiri pun dah buktikan bahawa perniagaan internet ni juga salah satu cara utk jadi jutawan! Sebab tu makin ramai orang memilih bidang pemasaran internet sekarang. Mereka mendapat aspirasi kejayaan IK. Moga lepas ni makin ramai orang malaysia jadi jutawan internet la ye, termasuk saya, hehe..
ni kawan saya ada tanya.. jual ‘apam balik’ boleh jadi jutawan ke.. saya jawab ye.. pas tu dia tanya macam mana boleh jadi jutawan dengan jaul “apam balik”… ha yang saya tak dapat jawab.. sifu Ik atau kawan2 tolong saya nak jawab macam mana..
info yg bagus….saya pun nak jadi jutawan…usaha dan terus usaha
Paling penting usaha , fokus dan tidak putus ada. Ada sinar nanti untuk anda.
Info yang baik
hari ni saya nampak group seminar irfan khairi
kat hotel vistana
🙂
Okie..!!
banyak perniagaan yg boleh menjadikan anda jutawan, tapi kalau dilihat bisnes yg paling simple dan menjadikan ramai jutawan ialah MLM..
bukan perniagaan apa yg bakal menjadikan jutawan yg menjadi persoalan pertama..ia boleh di kategorikan ke soalan kesepuluh. yang utama mulakan dulu bisnes yg sesuai dgn diri dan apa org mahu apa bila sudah mula baru boleh fikir pasal jutawan. tapi jika mahu fikir, dan letakkan dalam minda untuk jadi jutawan itu bagus.
Thanks Irfan, jadi bermotivasi saya lepas baca post ni..maknanya, tulis blog pun boleh jadi jutawan!
yup semua perniagaan boleh jadi jutawan asalkan ada perancangan.
MHNizam
Pengarah
Pusat Rawatan Cancer
http://cancer-breast-treatment.info
Semua bidang boleh jadi jutawan, tapi tak semua orang yang ceburi bidang tu boleh jadi jutawan..
ramai lagi yang buktikan apa jua perniagaan boleh jadi jutawan
😀
jutawan dobi mcm mana plak bro??
😕
jutawan dobi plak mcm mana ya?
aside from all the virtues of good business strategies and attitude, nak jadi big fish dalam lautan keusahawanan ni, terutama di Malaysia… hubungan yang intim dengan pihak yang berkuasalah yang paling penting secara realitinya.
Ramai jutawan senyap.
Salam,
Hai IK, a good article from u… biar minda kita terbuka supaya apa2 perniagaan boleh membuatkan kita jutawan asalkan kita Think Big
Mmg semua industri pernah lahirkan jutawan tetapi ada industri yang ketinggalan zaman dan industri yang memerlukan modal yang besar dan bukan semua orang sesuai untuk menceburkan diri..
Em niat sy dgn azam tahun ni nk jd usahawan makanan,skg kerja kt kedai ayam goreng,t0key dia melayu,jual ayam goreng ala2 KFC gtu,dh ada byk cawangan kat kelantan,sy keje sambil cr pengalaman,tp bla baca post ni sy jd brsemangan thanks I.k.
semua benda boleh jadi jutawan kalau fokus dan rajin
saya lebih minat perniagaan internet..sekarang dunia dan makin maju,dlu nak promte barang kena jumpa dan promte face 2 face..dan ada had..bukan senang nk kejar ke sna ke sni..tapi sekarang dah zaman IT…berjuta2 org guna internet..yang penting cara promte yang tepat dan jujur 🙂
buatlah perniagaan apa2 pun (yg halal) yang penting kena ‘think big’ macam IK cakap tu… bukan setakat pikir jer, kena go for it!
utk jadi bussiness man kita kne jadi kuli dulu… insyaallah dng ketekunan, ketaatan kpd perniagaan kita blh b’jaya…
pada mulanya saya fikir betul ke niat saya nak jadi usahawan(dalam fikiran sealalu x fokus..kejap nak berniaga,kejap kang nak cari keje)..tapi bila baca artikel ni saya jadi fokus semula..maklumlah kerjaya usahawan ni mcm dipandang rendah sikit..
Mmg semua bidang blh lahirkan jutawan tp kita kdg2 hilang fokus…baru try bisnes 2 skejap xberjaya tukar bisnes lain lak..bg saya fokus 2 pnting…perlukan perancangan jagka panjang & pendek…tq IK byk bg sumber inspirasi…
camane dgn mlm?? adakah kerjaya ini dikira sbgai kejaya usahawan juga?? sesetgh pihak menganggap mlm suatu penindasan, benarkah????
niat memang dah lama teringin nak buat bisnes melalui internet.. tapi tak tau cara… boleh sape2 tlg tak????
Yg penting fokus…Suma biz pun bole jd jutawan…Plan dan strategi…