Perlu ke ‘cable’?

Perlu ke cable? Saya setakat speaker cable, network cable, guitar electric punya cable ada la… 🙂

Maksud saya kali ini perlu kah kita mempunyai orang dalam, terutamanya geng2 politik untuk memajukan perniagaan kita? Sering kita dengar orang-orang kita selalu luahkan kalau takde ‘cable’, memang susah untuk perniagaan berjaya. Sejauh manakah ini benar?

Secara peribadi, saya sendiri dalam perniagaan tidak pernah mempunyai cable atau menggunakan cable untuk mencapai kejayaan. Ramai juga usahawan-usahawan yang saya kenal bermula daripada kosong, tanpa cable, dengan hanya matlamat dan hasrat yang amat tinggi, boleh mencapai kejayaan berjuta.

Sekiranya kita terlalu mengharapkan ‘cable’ dalam menentukan kejayaan perniagaan kita, maka perniagan kita umpama bukan dalam kawalan kita. Mengharapkan cable atau orang dalam, baru boleh berjaya… not my type of business.

Saya juga sering melihat keadaan di mana perniagaan yang terlalu mengharapkan cable ni… terus gagal apabila cable tersebut tidak lagi dapat membantu perniagaan. Ini hanya menunjukkan kurang cekapnya usahawan apabila terlalu bergantung pada cable.

Ketahui bahawa, dalam perniagaan, tak semestinya kita mempunyai kabel/org dalam untuk berjaya… dengan idea, matlamat & usaha, tak kira apa sahaja perniagaan boleh berjaya 😉

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

32 thoughts on “Perlu ke ‘cable’?

  1. cable…
    1.kalau nak niaga online kena ada kabel talipon, kalau xde bole guna wireless
    2.kalau nak niaga offline kena ada kabel talipon gak, kalu xde boleh pakai handphone.
    3.sebenarnya perlu kabel(kabel manusia) atau tidak bukan alasan untuk berjaya, ada yang ada kabel berjaya dan xkurang yang lingkup ada yang xde kabel berjaya dan lingkup. Sebenarnya faktor kejayaan adalah atas usaha sendiri, dan rezkinya. Apa pun yang penting usaha dan berbaik sesama orang xkira pelanggan atau pun sesiapa saja.

    psstt..kalau nak kabel klik di sini

  2. Tak perlu bantuan ‘cable’.Usaha macam tu tak iklas & menipu diri sendiri.Kalau berjaya dengan usaha sendiri barulah dapat dirasai nikmat kejayaan tersebut..

  3. bagi saya yg kata macam tu biasanya org2 bisness kontraktor ajer, tak dapat projek dah pening, yg jenis perniagaan lain jarang dengar perkataan macam tu contoh spt perniagaan tuan irfanlah ek, make you happy life, spirit of confidence, tampilkan aura anda yang sebenar.

  4. Assalamualaikum IK. Post kali ini mamang menarik untuk dibincangkan.

    Secara peribadi saya setuju dengan pendapat IK.

    IK kata,

    “Ramai juga usahawan-usahawan yang saya kenal bermula daripada kosong, tanpa cable, dengan hanya matlamat dan hasrat yang amat tinggi, boleh mencapai kejayaan berjuta”

    Kebetulan pula inilah yang sedang saya mulakan. Hanya bermodalkan impian dan hasrat yang tingi.Bolehlah dikatakan bermula dengan kosong.

    Oh ya, bilama IK ada kelapangan, saya jemput singgah di blog saya. Sangat dihargai jika dapat mencoretkan sesuatu di sana. Moda bermanfaat untuk pembaca.

    Salam ceria dari saya & selamat menyambut Ramadhan (3 hari lagi)

    Singgah ye IK, bilamana ada kelapangan.

    Assalamualaikum

  5. Kalau tarik kuat sangat nanti kabel putus…hehe. Betul, business needs knowledge more than anything else!, In fact everything does.

  6. Cable/’kabel’?

    Saya amat bersetuju dengan pendapat IK…mungkin banyak orang beranggapan bila kita ada ‘kabel’, senang nak berurusan… tapi tak semua macam tu..

    Yang paling selalu didengar jika kita nak keje kat satu tempat, kalau tak de kabel, jangan harap nak dapat keje atau kenaikan gaji..sebenarnya anggapan tu tak benar..jika prestasi kita tak bagus dan kurang memberikan sumbangan kpd syarikat, belum tentu ada orang nak menggajikan kita..sebab takde istilah beri gaji percuma..

    Pandangan saya, untuk perniagaan, kabel mungkin kurang penting…yang penting network..lagi besar network kita, lagi berkembang perniagaan kita…camna nanti kalau ‘kabel’ kita tiba2 hilang, mesti susah jugak tu jika bergantung pada ‘kabel’…kan lebih bagus jika kita banyak bergantung kpd network..

    betul tak IK? 😉

  7. kredibiliti itu penting 🙂
    kalau ‘cable’ kena ‘pindah’ pun takde masalah besar dlm business 🙂

  8. Betul tu..macam nak mintak keje gomen lak cable2! hahaha
    Anyway bagi saya daripada asyik mengharapkan cable lebih baik mintak direct dari Allah. Bukan ke rezeki tu Allah yang tentukan. Buat yang wajib, tinggalkan yang haram, nak lagi best buat yg sunat (Solat Dhuha misalnya) lagi berbaloi-baloi!
    Selamat menyambut Bulan Ramadhan yg mulia buat semua kawan-kawan peniaga diinternet..

  9. Inilah permasalahan yang sering berlaku di kalangan yang mempunyai mentaliti lama ini. Begitu juga mereka yang terlalu berharap untuk mendapatkan tender kerajaan. Mereka terlalu mengharap untuk mendapat pulangan lumayan melalui ‘cable’yang mereka kenali.
    Sebagai seorang yang menjalankan bisnes, mentaliti lama perlulah diubah kepada mentaliti baru. Baru dalam konteks ke arah yang lebih positif.Sy setuju dengan IK.

  10. Slm. Pd sy unsur2 “cable” dlm perniagaan hanya akan mengundang padah dan memang tiada jaminan perniagaan yang cerah pd masa depan. Adakalanya kita akan terperangkap dgn kata-kata “Dulu aku dah pernah tolong engkau, sekarang engkau kene tolong aku pulak…” sedangkan anda pada masa yang sama sedang tersepit dengan pelbagai masalah sendiri. Ada baiknya jatuh bangun dalam memastikan perjalanan perniagaan diusahakan secara sendiri, tanpa penggunaan atau kebergantungan pada “cable” semata-mata. P/s: Boleh mati woo kalau terjerut dengan “cable”!

  11. Hai IK…
    Hem.. good info untuk menambah keyakinan sy untuk berdiri sendiri membina perniagaan tanpa bantuan ‘cable’. Dulu sy pun pikir gitu ‘susah la kalo takde cable’ huhuuu….
    N..now bile dah bace artikel IK n dengar talk IK kat seminar baru2 ni… sy lebih yakin untuk berusaha gigih mencipta kecemerlangan untuk jangka panjang.. TQ IK…

    SELAMAT BERPUASA UNTUK IK N FAMILY DAN JUGA SEMUA PEMBACA SETIA…BLOG IK…

  12. Salam..
    Kalau dilihat pd konteks masyarakat kite hari ni, penggunaan ‘cable’ seolah2 satu kperluan. Dan dek kerana itulah wjudnye stigma masyarakat bahawa ‘susah nk bjaye kalo xde cable’! Yg paling penting adalah usaha yg dtg diri kite sndri(bukan berusaha utk mndapatkan ‘cable’!). Kjayaan ats usaha sndiri itu lebih manis nkmatnye, dan mampu membina keyakinan diri utk terus maju dan maju!Saya stuju dgn IK..

    p/s: Xpayah cari cable. Klu kite dh btol2 bjaye kelak, silap haribulan kite plak yg dijadikan cable. Bersediala mnghadapi sbarang kemungkinan..

    SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN KPD IK DAN SEMUA PEMBACA..

  13. – Kang kalo takde ‘cable’ internet, cemana nak bisnes? (heheh…)

    – Satu lagi keburukan ‘cable’…orang senang curi (heheh lagi…)

    – Pepehal pun, ada byk baiknya kalo kita bergantung saja kpd ‘cable’ kita yang Maha Agung…Allah SWT.
    Kadang2 rasa bersalah lak sebab kita lebih percayakan ‘cable’ manusia drpd ‘cable’ Pencipta kita sendiri.

    Selamat menyambut Ramadhan, bulan seribu rahmat.

    runaldystore.blogspot.com (on progress)

  14. Saya tertarik dengan topik ni.Cerita pasal cable ni dah jelak nak dengar.Jangan cakap bisnes besar2.Nak dapat tapak pasar malam pun kena pakai cable.jdi naik letih dengan cable ni.Tapi kalau wat bisnes internet ni rasenyer tak memerlukan cable lansung.Hati pun senang bersaing dengan positif.SELAMAT BERPUASA

  15. cable?….apa guna klu kita ada cable besar bawah tanah lgi kalau x berusaha sungguh2 x guna gak..tanpa usaha cable pn x nk ngan kita…sebenarnya cable ni pn ada benda nk kat kita gak…ingat rezeki datangnya dri ALLAH…bkn cable2 ni…wasalam..

  16. Mungkin kita nak pertikaikan kenapa mesti gunakan ‘cable’ jika ingin buat bisnes. Tetapi, terimalah kenyataan bahawa sampai sekarang boleh katakan MAJORITI bisnes perlukan ‘cable’ (kecuali bznes internet). Ini REALITI.
    Nak biznes pasar malam, kena ada cable, baru dapat tapak OK. Nak masuk tender kena ada ‘cable’, baru dapat tender. Nak bznes peruncitan/pemborongan, kena ada ‘cable’ supplier, baru dapat harga kos murah. Nak bznes MLM, kena ada ‘cable’ downline yang kuat, baru bertambah-tambah downline. Nak bznes libatkan kerajaan pulak, mmm…pikirlah sendiri…
    Memang menyakitkan hati, tapi REALITI.
    ‘Terpaksa menelan walaupun pahit’

  17. btol la..aku sokong 100 % kata2 zua cariwang ne ha,,.mmg ank hrm sguh la..nak dapat tapak pasar malam pon sampai kena pkai kebell.kena jolok2..hapa.hangpa igt ngeri ne..mak pak hangpa ja yg bayaq hasil ka?aku mmg smph seranah aih pada depa yg keja dok kebel mengebel ne..bagi aku yer la kalo nak mengebel pon biaq la berhemah sket..jgn smpai jerot hak owg len sm..sm2 kita cari makan la beb…be persaign yg positif..ok///

  18. perlu cable, klu xde kabel tnb, tmnet nak niaga susah

    tapi cable menggunakan orang dalam tak diperlukan untuk berjaya, ituhanyalah jalan2 untuk menyeleweng.

    mereka bukan pencetus kejayaan, tetapi hanya perosak

    lupakan cable seperti itu untuk berjaya dalam bisnes

  19. to naim, kalau nak mintak tapak pasar malam pun mau kabel, cari jek tapak yg xde lesen, kalau x tumpang sekaki tapak org, jika tidak pun tunggu penguasa blah baru buka . apa pun belasah jek dulu, kalau nak tunggu dpt lesen alamatnya xniaga la.

    belasah jek…

  20. Jika kita seorang yg jujur dan berniat baik tidak perlu “cable” pun boleh mencapai kejayaan. Apa yg penting niat kita bila mendapat sesuatu itu elok atau ingin bermegah.

  21. ‘Cable’ biasanya dikaitkan dengan usaha untuk mendapatkan kontrak terutamanya di jabatan kerajaan.

    Daripada kabel pula timbulnya budaya rasuah sebab dari situ ramai orang ambil kesempatan daripada kedudukan mereka.

    Perkara yang paling saya tidak suka dan sebab itu saya lebih suka jalankan perniagaan secara online.

  22. Kabel… sahlah bagi usahawan-usahawan cendawan.. yang kaya sekejap.. sekejap papa.. yang pasti kabel-kabel yang digunakan tetap betambah kaya.. heee… syer mesti ada. kabel yang ala-ala confirm 10 % yang kabel demand sure 50-50…. iatak…. kepada yang guna kabel tu… tingkatkan ilmu.. sure tak perlu kabel punya… mcm ik…jutawan muda berwawasan.

  23. Assalam alaikum Dr IK.
    Lama tak jumpa. hehehe.. oklah kalau sesiapa yang pernah baca Jutawan Senyap Series mesti pernah baca bab bertapa perlunya cable (orang atas dan orang dalam).

    Hehehe.. mulanya saya agak tekejut tapi bila penerangan lanjut dari buku itu. Yang dimaksudkan ‘Orang Atas’ ialah ALLAH s.w.t. Setiap kerja yang kita lakukan mestilah memohon ALLAH memberi pertolongan dan kemudahan kepada perniagaan kita.

    Manakala ‘Orang dalam’ pula ialah roh diri kita sendiri. Jadi itulah cable yang dicanangkan.

    Kalau Cable yang dapat projek besar-besar. cara itu kurang genltemen laa..

  24. cable?? tak perlu untuk berjaya..

    bermula dari bawah.. sedikit demi sedikit naik.. bila dah berjaya, insyaallah ‘cable’ yang akan cari kita..

Leave a Reply

Your email address will not be published.