Tip ni saya sudah sebut beberapa kali, tetapi, saya akan ulang lagi oleh kerana kepentingannya serta, ada yang terkeliru.
Dalam perniagaan, seperti dalam pelaburan juga, perlu diversify! Jalankan beberapa perniagaan dan tidak hanya mengharap pada satu sumber pendapatan sahaja.
Yang menjadi kekeliruan adalah, apabila disebut diversify, ada yang keliru pula dengan…
Eh… bukan ke Irfan kata perlu ada niche? (fokus kepada satu perniagaan)
Ya, niche memang perlu. Tetapi niche pada peringkat perniagaan secara individu.
Contohnya, Air Asia. Niche Air Asia adalah penerbangan kos rendah. Tetapi, Tony tidak hanya bergantung kepada Air Asia. Beliau diversify kepada Tune Hotel.Niche Tune Hotels pula adalah penginapan kos rendah….
Sudah pasti, perniagaan pemilik Air Asia & Tune Hotels bukan berhenti di situ sahaja, tetapi diversify!
Perniagaan besar-besaran melakukan ini, kita yang mempunyai perniagaan kecil juga perlu melakukannya. Niche! Maksimakan pendapatan sesuatu perniagaan dan Diversify! Jadikan pendapatan anda berganda dengan lebih pantas
Keduanya perlu 🙂
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Saya setuju..:D
Perlu diversify untuk mendapat arus pendapatan yang berterusan dengan mencari peluang-peluang lain yang berkaitan dengan ‘core business’ kita.
Fikirkan dalam lingkungan ‘niche’ perniagaan yang sedang kita lakukan untuk diversify kerana kita sudah ada asas untuk bergerak lebih pantas. 🙂
Hisham;
P2..DotCom New!!! 😉
Slmt pg ,
tips yg bagus …sebelum ni saya tak tahu pun yang ada perkataan diversify di dunia ni…hehe
kalau niche tu tahu la…
thanks
han
Assalamualaikum
Saya setuju dengan Memang kebanyakan usahawan yang berjaya diversify perniagaan mereka. Ini kerana apabila mengharap kepada satu perniagaan sahaja, pendapatan kita akan terhad dan maka sekiranya perniagaan tu jatuh, kita tiada backup perniagaan lain.
Diversify + Niche
Betul juga kalau tengok konsep Air Asia dan Tune Hotel.. konsep asas adalah “kos rendah”.Hotel murah, penerbangan murah dan nampaknya banyak lagi cabang yang boleh dimajukan..
terima kasih atas tips tersebut
betul apa yang cakap, perniagaan kos rendah tapi untuk masa panjang memang berkesan, tapi perniagaan yangcekik darah tengok mesti tak kan bertahan lama..
Saya tak sabar nak tunggu web cayalah!!
Terima kasih
Sememangnya Air Asia adalah contoh yang baik dalam niche dan diversified dan mereka juga menggunakan medium internet dalam perniagaan mereka
Saya bersetuju dengan pendapat kita perlu diversify dalam perniagaan. Saya ada satu soalan, masa yang paling sesuai kita perlu diversify. Adakah bila perniagaan sedang meningkat, telah berjaya, sedang menurun dan sebagainya?. Terima kasih
Assalamualaikum,
Saya setuju dgn pendapat
kita memang tak boleh bergantung pada satu2 sumber sahaja kerana sumber tersebut kita tak akan pasti akan bertahan sampai bila.
bila satu perniagaan dah berjaya, kita create satu lagi, lepas tu create lagi setakat yang kita termampu 🙂
wassalam
Errr just start my online business website. Tolong komen sikit Irfan. Many thanks.
http://www.leechfx.com
Dear All,
Saya cadangkan mulakan dengan mempublish affliate product dekat blogspot.com and wordpress.com. Buat permulaan 100 blog representing 100 products.
assalamualaikum..
untuk semua bakal jutawan(EnshaAllah)!!!
kita perlu sentiasa berfikir “out of the box”..itulah yang membuatkan kita kreatif dan inovatif..diversify hasil pemikiran yang kreatif.. (“,)
Assalamualaikum Irfan & semua…
Oh! Gitu ke? Baru sy faham. Ini memang persoalan yg dah agak lama bermain dlm kepala sy. Tq
Boleh sy tahu adakah bisnes2 yg kita diversify tu perlu ada perkaitan di antara satu sama lain spt Air Asia & Tune Hotel?
Tq Irfan, I appreciate your answer very much.
Tips menarik…
Always from Irfan… 🙂
There are so many books regarding the topic of
‘niche’ and ‘multi-streams of income’.
I think both topics are worth considering.
And just like any other business, both has its own advantages and disadvantages.
David Lee
Don’t worry, be happy.
http://www.team-cahaya.com
Bagi saya, klu kita nak diversify… kita pilih untuk terjun di dalam bidang yg mana kita ada kepakaran. Mcm yg Sasha tanya, perlu ke bisnes tu ada perkaitan antara satu sama lain? Saya rasa bila kita venture into businesses berkaitan bidang yg kita mahir dan minat, maka ianya akan secara automatik di dalam lingkungan yg sama.
Klu kita tambahkan kepakaran kita dan cambahkan minat kita di dalam bidang lain, maka tak mustahil juga utk kita fokus pada niche yg baru dan situ terus diversify kpd beberapa cabang perniagaan utk memperoleh multiple streams of income! 🙂
Mazny – sekadar memberi pandangan
Salam Irfan..bercakap mengenai niche..yes I started dengan buat ebook “Langkah Demi Langkah Membuat Kek Lapis Anda Yang Pertama”. Almost 30 ebooks yang berjaya dijual..walau secara malunya saya berkata..saya tak sempat nak promosi laman web saya seperti yang diajari..Walaupun begitu, I manage to have student for my kek lapis class di rumah saya di Klang!..Sekarang tahun ke 2 keklapis.com di alam cyber..sudah berwajah baru..(masih dalam trial and error)..sudah ada e-book kedua “Langkah Demi Langkah Membuat Roll Lapis Sarawak”, Kelas Kek Lapis, KekLapis Shoppe – yang menjual alatan dan bahan untuk kek lapis sarawak..This is part of the diversify..alhamdulillah..I learn a lot..Thank you Irfan..Saya dah beli ebook yang kedua..tapi tak sempat baca..sebab sibuk dengan order untuk Raye..
Thank you for sharing!
Juraiza aka Nomie