pantas

Pelanggan suka yang PANTAS?

Zaman ini, perkhidmatan yang pantas adalah antara kriteria yang penting untuk menentukan kejayaan sesuatu perniagaan.

Pernah terfikir mengapa McDonalds, KFC, Burger King dan lain-lain mendapat sambutan hebat ketika ini? Sebab, ianya FAST FOOD. Makanan yang disediakan dengan pantas!

Masyarakat kini inginkan sesuatu dengan pantas. Sekiranya anda mempunyai perniagaan yang memerlukan penghantaran, hantar dalam masa 24 jam. Sekiranya pelanggan memulangkan barangan rosak untuk diperbaiki, perbaiki dalam masa beberapa hari sahaja. Apabila anda menerima email pelanggan, balas dalam masa 24 jam. Sekiranya pelanggan memesan sesuatu dari kedai anda, berlari sedikit untuk mendapatkan barang tersebut dari rak!

pantas

Pernah tak anda menghantar sesuatu produk yang rosak kepada service center sesuatu perniagaan, dan perlu menunggu sebulan dua atau lebih untuk mendapatkan barangan itu kembali?  Dalam keadaan ini, pastinya kita pun rasa lebih baik sahaja membeli yang baru untuk menggantinya bukan?

Terutamanya pada zaman ini di mana pesaingan perniagaan amat tinggi, kepantasan perkhidmatan pelanggan perlu diberi keutamaan untuk menjadi perniagaan pilihan pelanggan.

Penyelidikan pengatakan pelanggan akan beli berulang kali dari perniagaan yang memberi perkhidmatan pelanggan terbaik! Oleh itu, jangan sia-siakan strategi perniagaan yang ini!

Selain dari keuntungan berganda yang anda akan terima, kepantasan juga akan memberi momentum kepada anda untuk menjadi lebih produktif. Bagaikan serampang dua mata 🙂

* Pemilik perniagaan kini mempunyai pelbagai cabaran seperti pesaingan yang tinggi, pelanggan yang lebih memilih, kos pengiklanan yang semakin mahal, waktu yang semakin suntuk, dan sebagainya.

[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, bersama Irfan Khairi kini dibuka untuk pengambilan baru tidak lama saja lagi, Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay 03-77292277]

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

15 thoughts on “Pelanggan suka yang PANTAS?

  1. “kepantasan juga akan memberi momentum kepada anda untuk menjadi lebih produktif”

    That is so really true. Setuju! Tapi itu sebenarnya yang kurang dalam diri kebanyakan pemberi perkhidmatan di negara kita sekarang. Sikap lembab, malas dan tiada kesungguhan sungguh melata di kalangan masyarakat peniaga. Kita generasi baru usahawan siber perlu merubah semua ini. Sikap “pantas dan betul” jika dibudayakan, pasti menghasilkan kejayaan. Lihat masyarakat Jepun, Korea, atau Barat… itu bukti nyata. Berusahalah bangsaku…

  2. Memang benar kata saudara Irfan. Saya pernah mengamalkan respon pantas kepada pelanggan dan ia bukan sahaja memuaskan pelanggan saya namun ia telah meningkatkan Omm semasa saya melakukan kerja tersebut dan ia buat saya enjoy pada ketika itu.

  3. Saya setuju seratus peratus.Kepantasan secara tidak langsung mencerminkan kesungguhan kita
    kepada pelanggan.Pelanggan akan gembira dan memberi pandangan positif kepada produk atau perkhidmatan kita jikalau tindak balas kita adalah cekap, pantas dan teratur.

    Irfan . Tip-tip satu minit yang anda beri sememangnya sangat bernas.

  4. pernahkah anda mengkaji adakah perubahan pelanggan atau anak didik anda sepantas yang diharapkan. Jika tidak apa yang perlu anda dan anak pelanggan anda lakukan?

  5. nak tanyalah, ini bukan abt tips satu minit, bila ada website kita kena register kat Yahoo ke ? if not takde ‘hits’ but kena bayar USD299 setahun, mahal…..ada orang bole advise saya abt this ?

  6. Saya rasa jawapan untuk soalan Maria tu ada dalam buku Irfan ‘Rahsia Jutawan Internet Terbongkar’. Dapatkan buku tu di kedai buku atau order melalui internet. Di dalam buku tu, macam-macam ilmu ada….!

    p/s Tolong promote b/p Irfan (“,)

  7. this is very me! saya suka pantas! pantas! dan pantas!
    im running food biz, i have to be pantas!
    time is money! : )

  8. saya ingin mintak pemdapat awak tentang kerja yang perlu saya buat.bidalam butik baju daripada menungu pelangan.

  9. Betul tu ik..kepantasan bertindak..dapat membuat pelanggan kita juga berfikiran positif terhadap wajah perniagaan yang kita jalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.