Survey yang dilakukan di restoran-restoran menunjukkan bahawa, pelanggan memilih sesuatu restoran berdasarkan kriteria berikut (mengikut turutan):
- Perkhidmatan
- Kualiti makanan
- Harga
Agak menarik oleh kerana “perkhidmatan” menjadi pilihan utama, dan “harga” menjadi pilihan terakhir.
Pada zaman ini, perkhidmatan adalah amat penting dalam mencapai pulangan perniagaan yang tinggi dan bersaing dengan pesaing. Berikan keutamaan kepada perkhidmatan perniagaan anda.
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Mungkin juga tu, cuba kita pergi makan di kedai mamak, baru jer nak duduk, diorang dah sampai nak lap meja. Kalau kita komplen pasal makanan yang dihantar tak betul ke apa ke, diorang masih senyum lagi layan kita ( tapi jangan amalkan sangatla… berpada-pada…). Skrin TV lak besar. Nak dok berjam-jam tengok bola pun tak pe. Harga makanan mahal gak, tapi servis bagus punya pasal, kita OK jer…Cuba kalau kita dah sampai, dah panas kerusi, belum ada yang datang lap meja lagi, apa lagi nak tanya order, hangin juga tu… Bisnes lain pun sama jugakla rasanya. Niaga kereta ke, kedai buku, kedai gambar, dsb… sama la.
Sangat setuju… sbb tiada perkhidmatan dan layanan yang baik pelanggan akan lari sebagai contoh dengan menunggu terlalu lama untuk mendapatakan makanan.
betul pendapat ,
hasil kajian saya terhadap restoran yg paling laris jualannya di tempat kerja saya ialah;
a. semua stafnya sentiasa senyum, cekap dan cepat melayan “order” pd pelanggan
b. banyak lauk/menu yg dihidangkan kpd pelanggan dan berkualiti/masih panas lagi
c. harganya pula agak murah dan berpatutan iaitu mengikut taraf hidup pelanggan di sini.
hasilnya slps 1 thn menjalankan perniagaan, pendapatan sehari beliau mencecah RM3000.
dan saya menjadi pelanggan tetap beliau di sini.
(kalau free, boleh la saya bawa cuba masakannya)
ok?
bagi saya, konsepnya juga sama dalam bisnes internet..kalau nak pelanggan come back dan tak kisah pasal berapa harga yang kita letak, eService perlu diutamakan..cepat,
berkualiti tinggi dan add value pada diri mereka..ni lebih perlu diutamakan utk bisnes service ,misalnya cybeer cafe, eCover, Multimedia dan Web design
sebab tu kalau tengok kat cafe hotel atau Pizza Hut, diorang tak komplen pasal harganya walaupun mahal sebab yakin staff beri service terbaik dan buat pelanggan mereka rasa lebih selesa dan dihormati..ikut pegalaman saya sebagai Customer Service Officer dulu, pelanggan lebih suka dengan yang peramah, cekap dan membuat mereka lebih senang berbual..
kesemua pasal tip hari ini saya ada baca malam tadi dalam buku bertajuk Wealth Magic, tulisan Peter Spann, millionaire Australia..di dalam tu ada diberikan panduan pada 3 Magnet Kekayaan yang dia gunakan, salah satu adalah tip hari ni..
memang betul…perkhidmatan perlu diberi keutamaan.
kalau servis cepat, pelanggan tak lari ke tempat lain.
tapi , kalau servis lambat dan tak berkualiti, pelanggan mesti akan lari.
pelanggan tak larat nak tunggu lama-lama.
saya pun akan cabut lari..kalau servis tak bagus.
Jika dilihat dari sudut perniagaan internet, perkhidmatan boleh dijadikan satu produk yang boleh dijual. Kita boleh menjual perkhidmatan kita di internet bagi mereka yang memerlukan seperti ‘Workshop’ yang kendalikan. 😀
Sudah semestinya perkhidmatan yang diberikan mestilah berkualiti untuk meletakkan nilai yang sebenar pada perkhidmatan (produk) tersebut.
B) Hisham;
PromoProsper.Com
Perkhidmatan + Kualiti = Harga (nilai);)
Perkhidmatan penerbangan pun begitu juga.
Contohnya,Emirates Airlines.Huh!hebat perkhidmatannya daripada booking online,
(tiada banyak kerenah)
sehingga tiba ke destinasi.
Di dalam pesawat,cabin crew mereka sangat
ectiv dan peka dgn kehendak penumpang2.
Walaupun mereka tidak pernah mengadakan offer
utk bersaing dgn pesawat2 lain yg lebih murah
(2 jenis penerbangan lain yg ke Malaysia).
Saya tetap memilih Emirates Airlines setiap kali pulang ke Malaysia.
Saya bukanlah kedekut cuma saya lebih mementingkan harga yang rendah dalam banyak hal atau barang yang saya beli yang penting kualiti masih boleh diterima dan menepati keperluan.Saya tidak mementingkan status dan pandangan orang terhadap apa yang saya pakai. Saya gembira bila saya dapat menjadi jutawan dengan mengecilkan kehendak dan permintaan saya terlebih dahulu.Saya ingin meniru En Azizi Ali atau Sir R. Branson.
Perkhidmatan pelanggan yg bagus akan membuatkan pelanggan sedia ada akan dtg lagi utk mendapatkan produk/servis yg kita tawarkan. Dan mereka juga akan menyebarkan perihal perkhidamatan kita yg bagus kpd rakan dan taulan mereka. “Word of Mouth” sebegini yg penting dlm menaikkan imej perniagaan kita di mata pelanggan. Lagipun ianya PERCUMA!
Saya juga mementingkan mutu perkhidmatan berbanding dengan harga. Pernah sekali makan kat satu warung..Order makan n minum. Makan cepat sampai, minuman lak sampai nak bayar tak sampai-sampai. Punyalah kebulur masa tu.. Ye la makan dah habis minum tak lagi.. Order ngan cakaplah dah 4 – 5 kali.. Tapi asyik lupa jer. Yang pelik tu masa order makan n minum tulis kat kertas pun boleh lupa.. Sampai la ni tak nak g kedai tu lagi 🙁
Memang perkhidmatan menjadi keutamaan.Pelanggan tak kisah berbelanja lebih asalkan servis bagus.Kalau tengok di kawasan bandar,servis yang diperlukan rata-rata mahukan yang cepat & pantas.Mungkin sebab tu ramai yang pergi ke restoran makanan segera dan kedai mamak berbanding restoran biasa.
Well done!
[url=http://kkspldel.com/bdzd/oqrx.html]My homepage[/url] | [url=http://jhfykylx.com/jawk/myma.html]Cool site[/url]
Well done!
http://kkspldel.com/bdzd/oqrx.html | http://qisidkes.com/vmfz/dvwc.html
Good design!
[url=http://ohnttgoa.com/rvef/ouox.html]My homepage[/url] | [url=http://zjrfbfea.com/qveh/qphu.html]Cool site[/url]
Good design!
My homepage | Please visit
Nice site!
http://ohnttgoa.com/rvef/ouox.html | http://kmzctvmb.com/uaxt/adrp.html