Mat Salleh selalu sebut, A picture worth a thousand words. Oleh itu, gunakan gambar/imej dan juga video untuk laman web/blog ataupun facebook kita.
Dulu-dulu lebih kurang 14…15 tahun dulu ketika saya belajar membina laman web, zaman tu, Internet hanyalah text sahaja. Bila boleh masukkan imej pula, hanya sekadar imej yang punyai 216 warna.
Zaman ini, terlalu banyak perubahan. Imej/gambar pun dah tiada masalah untuk gunakan yang hi resolution. Begitu juga video yang high definition! 😉
Dalam perniagaan Internet, gunakan sepenuhnya kebolehan gambar dan juga video dalam menjelaskan lagi produk dan perkhidmatan kita. Manusia suka melihat gambar-gambar kerana a picture paints a thousand words. Jangan lupa juga menggunakan video seperti Youtube. Kalau a picture paints a thousand words, apatah lagi video yang turut sama boleh menunjukkan pergerakkan, ekspresi muka, dan juga bunyi dan suara.
Sememangnya penggunaan gambar dan video yang efektif memerlukan kita korban kan sedikit masa. Dan adakalanya wang. Tetapi, bila ‘leceh’ sebegini la, pesaing kita pun akan rasa ‘leceh’ dan mereka pun tak lakukan. Oleh itu, baik kita lakukan dulu sebelum pesaing lakukan! Betul?
PS: Checkout YouTube channel dan subscribe di http://www.Youtube.com/irfanTV
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Zaman sekarang informasi lebih menarik dalam bentuk video sebab ada suara dan gambar yang bergerak-gerak… dah tak bosan macam guna teks saja 😉
Betul… tapi tu lah… muka kene selalu hensem lah… sebab satu dunia tengok.. good for our personality..