Cara memilih warna perniagaan terbaik

crayon.jpg

Pernah saya tulis sebelum ni mengenai kepentingan warna perniagaan. Hari ni, nak kongsi pula beberapa maksud warna yang digunakan dalam perniagaan. Oleh itu, bila buat logo, atau memilih corporate color, pilih lah dengan bijak. Menurut buku perniagaan Al & Laura Reis

  • Putih = Kesucian
  • Hitam = Kemewahan
  • Kuning = Amaran
  • Biru = Kepimpinan
  • Purple = Royalty
  • Hijau = Alam semulajadi
  • Merah = Menarik perhatian

Oleh kerana warna-warna tertentu memberi fokus yang berbeza pada retina mata, maka, pemilihan warna perniagaan yang bijak juga akan menjadikan jenama perniagaan anda lebih menarik dan mesej perniagaan anda juga dapat disampaikan dengan warna.  Di atas kiranya 7 warna sahaja, tetapi, daripada warna-warna ini, kita juga boleh mendapat ton-ton warna yang berbeza.

So, sekarang anda tahu mengapa laman web saya RahsiaInternet.com dan IrfanKhairi.com menggunakan warna merah & hitam!

Fikirkan logo-logo dan warna koprat jenama-jenama yang terkenal disekeliling anda. Kini anda tahu rahsia di sebalik warna perniagaan 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

36 thoughts on “Cara memilih warna perniagaan terbaik

  1. Salam IK,
    Suatu perkongsian ilmu yang bagus untuk rakan-rakan pembaca sekelian.
    Pemilihan warna dalam kehidupan telah saya maklum sebelum ini cuma tak dapat simpan sebagai sumber rujukan.
    Warna adalah penting bukan sahaja untuk logo bisnes, malah dalam pembelajaran dan perkara-perkara lain.
    Mungkin dalam pemilihan warna ini ia depends kepada keadaan dalam kesesuaian serta maknanya. Apa pendapat IK?
    Oh ya, kepada IK dan rakan-rakan, saya baru sahaja membuat blog post terbaru yang memperlihatkan Datuk Azran Rukh Khan memakai baju melayu berwarna hitam!
    http://dayaglokal.blogspot.com
    Thanks IK!

  2. Sememangnya warna memainkan peranan yang penting dalam perniagaaan. Mengenai warna juga saya banyak belajar dalam bidang multimedia application saya. Warna menampakkan imej yang sebenar dalam perniagaan.

    Sebenarnya lagi banyak maksud dan makna yang membawa kepada warna. Ianya juga memainkan peranan yang penting dalam perniagaan.

    Telah banyak saya pelajari dalam bidang multimedia application yang saya ceburi.

    Ianya memang tepat pada pilihan saya, banyak ilmu yang telah saya pelajari dan banyak ebook yang saya boleh hasilkan dan untuk dikongsikan kepada awam.

  3. Salam semua,

    Kadang2 pemilik bisnes pilih warna yg digemari..semudah itu membuat pilihan..Tak mengambilkira langsung maksud kebiasaan di sebalik sesuatu warna..

    Rasanya bagi pelanggan, lebih tertarik kepada keunikan logo (kombinasi warna + rekabentuk) tak lupa juga tagline/motto yang senang lekat di kepala.. memang penting untuk cinta pandangan pertama..

    Hafiz
    http://bisnes-impian.blogspot.com

  4. Salam IK&teman-teman..
    Saya teruja dengan topik today..
    sy suke bermain dgn warna, ia melambangkan jati diri seseorang..
    Sy suka pada MERAH krn ia melambangkan keberanian seseorg..betul tak IK?
    1 question for IK, kalau PINK apa pula ye? 🙂

  5. Macam Airasia.. pilih warna merah.. maksudnya menarik perhatian

    Celcom, Avon.. mereka pilih warna biru.. maksudnya kepimpinan, peneraju

    Maxis.. kombinasi biru hijau.. kepimpinan & alam semulajdi

    Tabung haji.. hijau.. alam semulajdi.. atau fitrah

    umobile.. warna orange? apa maksudnya tuu??

    INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

  6. Salam buat ik dan pengunjung blog penuh ilmu dan informatif ini. Saya suka warna biru dan oren, rasanya kombinasi tu sesuai tak untuk perniagaan yang sedang saya usahakan sekarang?

  7. tapi rasanya color merah and hitam ni dah ramai sangat orang guna dekat sales page,blog and websites…so will effect tu still ada?hmm….juz a question from me.

  8. biru warne tema…..biru itu menawan…:D
    kena pilih combination yg sesuai…baru ade ummpphhhh……

  9. Merah sememangnya menarik perhatian.

    Saya baru revamp blog Team Seni Cinta
    dan sekarang kelihatan lebih elegen dan
    mesra pengguna.

    Sape yang bukak blog ni, akan terus lihat
    tema merah yang menarik perhatian.

  10. Abang Abu > maybe untuk abang abu pink kot? 🙂 ha ha… i think for u, dark blue would be good. Shows your leadership! Kira on your blog, ubah from black to dark blue. The gold tu dah tunjuk wealth 🙂

    To all > Yang saya listkan ni, is warna mengikut “perniagaan”. bukan mengikut keperibadian. kalau keperibadian, barulah merah=berani, kuning=kuat jeles, hitam=kematian… dan sebagainya. ingat ya… ni warna mengikut perniagaan. lain sikit!

  11. nasib baik penggunaan warna bukan hak cipta
    kalau tak payah tu 😀

    tapi kan maxis hotlink dan airasia kan pakai warna merah. tak konfik ker???

  12. hai….nk tny kn wn yg ssuai tuk logo syrkt y sya cpta..x tw nk ltk wna cz ia mnggunakn bnyk wna…leh srankn wna y ssuai digunakan.

  13. Saya suka warna hijau tapi orang selalu cakap saya lebih menyerlah dengan warna merah. Untuk bisnes baru ni…saya mixkan kedua-dua warna HIJAU & MERAH..

  14. wahhhh….seronoknya tau pasal warna perniagaan kbetulan saya mmg nak tkar warna cat di spa saya, mmg dah plan nak letak warna hitam,merah dan putih. tq IK coz syer tip ni… lpas saya dgr talk IK d karnival 1 nita saya terus berminat utk selalu buka website IK.k tq ALLAH….

  15. Alhamdullilah saya buat logo berwarna hijau dan biru yang bermaksud alam semula jadi dan kepimpinan. kenalah dengan nama Global Mobile dimana Global – alam semula jadi (hijau) dan Mobile itu menawan Global (kepimpinan).. Saya Atiqah fresh graduate dari UMP buat logo dan juga website.

  16. Alhamdulillah, kena dengan tema
    pemilihan warna bagi web saya ini.

    Tentang panduan (kepimpinan)
    untuk menghasilkan produk
    dengan jenama sendiri.

    TQ Sifu.

  17. Info yang sangat berguna..
    kena tau apa tema yg kita nk guna utk perniagaan kita..
    tq for sharing..

    ummigenius.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.