Menurut Joe Girard, seorang pemegang World Record sebagai “Jurujual Terbaik di Dunia” (tak percaya boleh search Google), secara purata, seseorang itu kenal 250 orang yang lain.
Konsep yang digunakannya untuk menjadi jurujual yang baik, adalah menganggap, setiap jualan yang dilakukannya bukan hanya kepada 1 pelanggan sahaja, tetapi, kepada 250 orang yang dikenali oleh 1 pelanggan tersebut.
Dengan ini, sebagai usahawan, apabila menjual, perlu memberi yang terbaik kepada 1 pelanggan oleh kerana, bakal-bakal pelanggan yang mungkin boleh diterima adalah lebih daripada 1 sahaja… ada 250 lagi orang lain yang mengenali pelanggan ini.
Fikirkan apabila membuat jualan produk atau perkhidmatan anda dengan TERbaik, pelanggan anda akan menyampaikan perkhidmatan anda yang TERbaik itu kepada kenalan-kenalannya yang lain. Mana tahu, berpuluh atau beratus pula pelanggan anda akan dapat daripada 1 pelanggan ini! Ingat, setiap pelanggan anda mengenali 250 orang lain- nasihat Joe Girard, jurujual Terbaik di Dunia!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Menarik tip ni. Sebelum ini fikir kalau dia sorang. Sorang je pelanggan yang ada. Minimum 250 kalau lebih lagi bagus (ramai kenalan)
Antara cara promosi #33 iaitu “word of mouth”, kan? π
Wah pagi2 dah dapat tip yang menarik. Thanks IK.
Memang betul, khidmat Terbaik dari kita pasti akan memberi impression positif. Pelanggan akan setia dan kalau ada rezeki, membawa pelanggan lain kepada kita. Boleh tak IK beri tips2 bagaimana kita nak beri khidmat TERBAIK tu?
p/s : Bagi saya, blog tips 1 minit ni antara khidmat TERBAIK dari saudara Irfan Khairi. Tahniah!
Wah! Jurujual terbaik di dunia! Pencapaian yang hebat tu! π
Betul Irfan. Mindset yang positif dalam dunia perniagaan (dalam apa bidang sekalipun) perlulah amat ditanam dan diterap dalam setiap perlakuan si peniaganya.
Cara ni sebenarnya, amat dititikberatkan oleh pengusaha-pengusaha restoran. Sekali mereka masak sedap, lokasi baik, suasana dan servis baik, segalanya baiklah… mesti yang datang tu, puas hati, akan sampai-sampai kepada rakan-rakannya secara PERCUMA (tanpa kita mengeluarkan sedikitpun modal! Fuh! Best!) π
Hebat tip ni! Thanks Irfan! π
ps. Bolehkah kita clasify tip ni sebagai ‘Viral Marketing’?
– Usahawanita Internet, IM Zainun. π
ye IK, wan setuju..seperti wan peniaga on9.
de juga customer wan yg promote blog wan pd kwn2 pejabat..jd ini benar2 membantu..
Terima Kasih! Pelanggan merupakan unit PROMOSI percuma yang terbaik untuk digunakan. Perantaraan mulut manusia umpama kertas dan emel yang pantas untuk menyebarkan iklan perniagaan. Seperti berbuat baik pada seseorang, anda akan mendapat sepuluh lagi kawan lain. Apa pun puncanya adalah lakukan yang TERBAIK, samada pelanggan itu berpotensi untuk membeli atau tidak. TQ, hari ini dapat kenal lagi seorang PRO salemans
Yang penting memberikan yang terbaik buat semua pelanggan.. Nanti mereka sendiri akan rekomenkan pada yang lain
Ya, secara tak langsung ia menjadi pemasaran dan pengiklanan percuma!
Tip yang bagus. Jurujual terbaik dunia…dan pastinya teknik ini telah terbukti.
Beri yang terbaik kepada pelanggan. Yang baik, bagus orang akan cari. Pelanggan yang gembira pasti akan berkongsi dengan yang lain di sekeliling mereka.
Betul apa yang ik katakan tu. Kadangkala 1 pelanggan sahaja, tetapi, kepada 250 orang yang dikenali oleh 1 pelanggan tersebut.
Konsep ini juga lebih kurang sama jika ada autoresponder dan sistem affiliate dalam perniagaan internet. Kerana lebih mudah disebarkan untuk 1 pelanggan tetapi mempunyai kuasa viral pelanggan yang ramai.Mouth to mouth.!
hohooo…antara tips yang perlu di implimentasi segera…
Apa yang saya belajar tentang pemasaran, seorang pelanggan akan bercerita kepada 10 orang yang lain.
Yang ni 250 orang mewakili seorang.
Cuba bayangkan jika kita berjumpa 250 orang pelanggan dan di darab dengan 250 orang kenalan mereka, 62500 orang akan mengetahui perniagaan kita π
salam, terima kasih atas tips positif ini. lepas ni kena tukar mindset, 1 orang ada 250 orang dalam dia.. π
tahniah, idea yg menarik, 1 pelanggan itu boleh di anggap lubuk emas dan mendatangkan pulangan yg lumayan sekiranya mereka berpuas hati dengan produk atau perkhidmatan kita.
Tip yg telah disampikan amat bagus….tq again kpd IK serta krew pd workshop 13/6/09. Semoga kita dpr bersua muka lagi….
Wahhh..kalo mcm tu xder lah kita akan kehabisan customer. yg penting bg servis terbaik punya!!
Salam IK dan rakan2..
Ya betul tu… kira ni teknik viral marketing juga ye tak? π
http://h2jbiz.com
Salam.
Gitu rupanya ye.
Kena guna tip ni pas ni.
TQ IK
Salam…sy pun ada menggunakan teknik ini, beri diskaun untuk pelanggan baru supaya boleh bagitau memberΒ². Pemasaran mulut ke mulut ni dari zaman dulu lagi, terbukti dan berkesan.
Mmg betul tips ni.Saya dah gunakan tips ni.Dan mmg betul dari seorang, kita blh dpt ramai prospek. Dalam ramai2 tu, takkan 2 3 org tak sangkut.
tips ni sangat2 bagus. tp antara kita, ramai yg tlupa… mahupun x sedar…
sangat praktikal. t’utama bg peniaga dan usahawan MLM dan jgk agen takafulllll