Apabila anda mempunyai idea perniagaan, sudah tentu anda teruja bertanya pada kenalan, saudara mara atau sesiapa sahaja OK atau TIDAK idea perniagaan anda. Namun, anda perlu tahu juga bahawa, CARA anda bertanya tentang idea perniagaan anda juga akan menentukan jawapan yang anda dapat!
Sekiranya anda ingin mendapat jawapan yang lebih bermanfaat mengenai perniagaan, produk atau idea anda, ubah cara pertanyaan anda!
Sekiranya anda tanya “OK TAK IDEA PERNIAGAAN SAYA NI?”
Sudah pasti, soalan berbentuk meminta “pujian” begitu mengundang jawapan yang positif. Dan memang betul pun, 100% akan menyokong idea tersebut… sebab cara ditanya pun adalah nak meminta jawpan “OK”
PENGUMUMAN: Sertai Program 6-bulan Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi. Untuk maklumat lanjut, klik di sini sebelum tempat penuh.
Selalunya bila kita tanyakan pendapat tentang produk atau idea kita, kita akan tanya:
- Ok tak idea saya ni?
- Bagus tak idea ni?
- Best tak produk saya?
- Hebat tak proposal saya ni?
- Betul tak cara saya ni?
- Cun tak idea ni? Cun kan?
Kesemua soalan sebegitu pastinya akan mendapat jawapan yang positif!
Sekiranya anda ingin jawapan yang lebih manfaat, tanya seperti ini:
- Apa yang saya boleh perbaiki dalam idea ini?
- Di mana silapnya idea saya ni?
- Apa yang tak bagusnya dengan produk saya ni?
- Bagaimana hendak perhebatkan lagi proposal saya ni?
- Apa yang salahnya dengan cara ni?
Dengan bertanyakan soalan sebegini, meminta “kritikan” sudah tentu anda mendapat jawapan yang lebih bermanfaat dan yang lebih jujur dan anda boleh memperbaiki produk atau idea perniagaan anda.
Lain kali ingat, untuk mendapat jawapan yang lebih baik, kaedah soalan anda perlu di tanya seperti meminta kritikan, dan bukan pujian 🙂
PS: Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan dan mungkin belum mendapat idea perniagaan terbaik untuk anda, sertai saya di Program 6 bulan Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Di mana saya, serta pelatih-pelatih bertauliah saya akan membantu merelisasikan matlamat anda untuk memulakan perniagaan Internet dari rumah. Kalau tiada idea, jangan risau, kami akan membantu anda dalam mencari idea yang terbaik sehingga idea tersebut menjadi perniagaan online!
Untuk maklumat lanjut, layari http://www.OpenEdu.com.my atau hubungi Cik Jay di 03-77292277
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
setuju!!!….cara bertanya pun kena belajar juga..skill yang wajib untuk usahawan, betul ke?
slmt pagi irfan,
tips yang hebat ni…
tak perasan selama ni…hehe
han
Huhu…saya pun guna teknik ini untuk mendapat kritik yang membina. Tapi tidak semua orang sanggup menerima kritikan jika dibandingkan dengan pujian(takut sedih @ kecewa)
Tapi kritikan itulah yang membantu kita membaiki kelemahan kita manakala pujian hanya menjadikan kita “syok sendiri”…hehe
Adalah lebih baik menjadi seorang yang benar-benar gagal daripada menjadi seorang yang berjaya dengan penuh ‘kepalsuan’, dan mati tetapi sebenarnya ‘hidup’ daripada hidup tetapi sebenarnya ‘mati’.
Faham betul-betul ayat tu…mendalam skit maknanya…huhu
Soalan yang berbentuk negatif biasanya akan menyebabkan sesiapa yang menjawab itu berfikir dengan lebih mendalam.
Tetapi apabila dikritik janganlah pula rasa sedih…jadikan ia sebagai salah satu cara untuk lebih berusaha untuk memperbaikinya.
-TakLaku.Com-
Malu bertanya sesat jalan..
Menerima komen yang positif akan membuatkan kita kadang2 lupa tentang kelemahan yang ada.. lebih baik menerima komen yang negatif untuk memperbaiki kekurang tersebut dan jadikan komen positif sebagai pendorong terus untuk berjaya..
Orang yg sedia menerima kritikan adalah salah satu ciri orang yg berjaya.
So, biasa2kanlah menerima kritikan tanpa memberi reaksi negatif.
p/s – saya pun susah nak kawal emosi. Masih belajar lagi. He, he … 😉
betul tu.. bak kata fadzilah kamsah… org yg memuji saya ialah musuh saya…org yg mengkritik saya ialah tok guru saya 🙂
org yg memuji tidak akan beritahu dimana kelemahan kita…dan mereka sentiasa mahu menjatuhkan kita..
dibandingkan dgn org yg selalu menkritik kita dengan pedas (kaw2)…dia tahu dimana lemah kita.. dan sedia membantu untuk memperbaiki keadaan..
so bile kena kritik.. jgn le kecik hati.. kene bersyukur tuu.. 🙂
Abang Irfan…tak buat ke taklimat percuma Mibo di Ipoh??
kita mesti mencari kritikan membina untuk mengubah diri kita untuk menjadi lebih baik dan lebih baik..
mmm…tips hari ni bagus..memang kena catat ni….nak minta kritikan camnilah kaedahnya
Idea yang sungguh bernas nie 🙂
Disebalik kritikan itu terdapat kelemahan, kekurangan dan kesilapan yang patut di analisa untuk memajukan diri. Terimalah kritikan yang membangun dan perbaikilah ia, kerana setiap kritikan yang membangun itu menjadikan kita selangkah kearah yang lebih baik.
Assalamualaikum Irfan…
Tq di atas tip bertanya soalan. Sy tak perasan la selama ni.
Sy akan gunakn dgn sebaik2nya. Kritikan tidak menjadi masalah bg sy kerana ia akan memperbaiki diri dan menyedarkan kesilapan sendiri. Selain dpd tu ianya boleh diabaikan.
Tq Irfan.
Saya memang selalu tanya soklan cam tu “ok tak bla bla bla?” sebab saya rasa cam tak ok jer “bla bla bla” tu he he he he .
Boleh ke nak bli cd rom sahaja cz 168 terllu bsr jmlah wlaupun akan dilipat ganda tapi bagi glongan rendah ia mmg sukar
salam abg irfan…
bagus tips hari nih… tapi takut pulak x boleh terima kritikan…
kena belajar terima kritikan dan gunakan sebagai pembakar semangat dengan lebih lagi nampak gayanya nih..
http://www.extrememan2u.com/ezymoney
askum..nak minta pendapat dari IK ni..saya bercadang nak buat website sendiri tapi tak tau nak refer sape,so saya nak tanya berapa modal kalau nak ada website sendiri.saya tak ade kemahiran dlm membuat website sendiri terutama untuk jual beli barang dalam website…sila respon ok thnks…
sila komen blog saya untuk membina diri saya.. 😀
askum…. apa khabar skg? sy telah pun mengikuti kursus tu d s’pore pd sep 2007 yg lalu. tnks very2 good. tapi, i need yr service to design 4 me the website(sy rujuk respon 18)how much yr service. pls response tnks
En Johari boleh hubungi encik zul kat virtualniaga.com . Pakej yang disediakan memang murah.
Assalamualaikum IK & kwn2 tip 1 minit,
Teknik pertanyaan memang memainkan peranan yang penting in order to guarantee a positive feedback dan contoh2 soalan yang didedahkn oleh sifu kita ni mmg bagus sekali.
-Azmin-
Emm…. Saya baru saja habis baca sebuah buku tulisan Paul Arden – “Whatever You Think, Think The Opposite”.
Salah satu topiknya – ASK FOR A SLAP IN A FACE.
Ulasannya –
If you show somebody a piece of your work and you ask them ‘What do you think?’, they will probably say it’s okay because they don’t want to offend you.
Next time, instead of asking if it’s right, ask them what’s wrong.
They may not say what you want to hear, but the chances are they will give you a truthful critism.
Truth hurts, but in the long run it’s better than a pat on the back.
saya rasa semua pihak perlu baca post topik ini. terutama kawan-kawan yang asyik bertanya saya soalan-soalan diatas. 😀
Minta kritikan pun kenalah cari orang yang ikhlas membantu kita. Minta kritikan daripada sebarangan orang boleh melemahkan kita, lari daripada tujuan asal untuk membaiki diri kita.
Assalamualaikum..
Saya sendiri pada kena berkorban untuk mula terlibat dengan penerbitan majalah IBRAHzine ini. Pada mula memang susah nak korbankan PERASAAN dan SENSITIVITI. Nak dengar yang baik sahaja daripada kawan-kawan dan pelawat laman web. Kadang2 sampai terpaksa reka2 cerita untuk dapat reaksi positif. Astaghfirullah.
Namun, bila sedar semua tu tak membantu untuk maju, barulah saya cuba untuk bersedia menerima teguran dan kritikan. AlhamdulilLah kesan dan makin nampak..
johari> anda boleh gunakan http://www.cayalah.com
ASSALLAMMUALAIKUM WBT,
TO ALL MALAYSIANS OUT THERE,
THINK POSITIVE,BE POSITIVE,LIVE ALIVE
AND DISCOVER…..THE MOST POWERFUL MIND U WOULD EVER HAVE IN YOUR LIFE.
TO IRFAN, CONGRATS & LETS EXPLODE THE VICTORY!
Irfan selalu cakap kat
dalam Maskulin,selalu cabar diri sendiri
ke tahap maksima…
selalu juga tanya pendapat agar dikritik,
sebab kritik membuka lebih peluang untuk kita memperbaiki skill kita menuju kejayaan…hehe
http://www.rindok.com
sangat setuju…
memang ramai org yang apabila saya minta pendapat mereka akan kata ok2 bagus2…(mungkin nak jaga hati kot) huhu
oleh itu lebih baik minta kritikan 🙂
Biasanya 50 akan menyokong dan 50% akan mengkritik. Buktikan kepada yang mengkritik bahawa kita mampu melakukannya!
Jarang terfikir macam ni… soalan yang bernas mengundang jwpn yg bernas jugak… bg diri saya, kena bersedia utk dikritik sblum tanya soalan camni kat kwn2 supaya tak demotivated :)… TQ saudara irfan