Seperti biasa, masuk bulan baru, tiada tip satu minit untuk hari ini.
Ada juga yang tanya kepada saya, kenapa setiap kali masuk bulan baru, kita berhenti sebentar tanpa tip. Jawapannya adalah, dalam mempelajari apa sahaja, kita perlu berikan masa untuk membuat rujukan dan ulangkan bacaan supaya kita lebih ingat dan memahami apa yang dipelajari.
Kajian menunjukkan, 90% dari apa yang kita pelajari akan dilupakan dalam masa 2 minggu pertama sekiranya tidak membuat rujukan/ulangkaji. Oleh itu, setiap kali masuk bulan baru, kita ambil masa untuk buat rujukan tip-tip yang lepas untuk mengingatkan kembali. (tip juga ni :))
Terdapat 15 tip perniagaan dan 15 tip kejayaan untuk bulan Julai. Rujuk kembali dengan klik di sini
So hari ni kita cuti sebentar untuk mengulangkaji, dan sambil cuti, saya ada soalan untuk anda…
Tip-tip perniagaan/kejayaan dalam topik apa yang anda inginkan bulan ini? atau apa sahaja soalan yang anda ingin tanyakan kepada saya…
Salam hormat 🙂
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Saya mengingikan tip2 mengenai laman web yang mampu menjual…
Assalamualaikum.
Boleh kasi tip untuk menghilangkan/mengurangkan kemalasan?
Gagahnya sang helang terbang di langit tinggi.
Terima kasih.
Apakata tips mengenai memilih perkhidmatan perkahwinan (maklumlah ramai yang nak kahwin bulan ogos nih)
p.s: siti nurhaliza kahwin bulan nih.. 😉
salam…
nak tanya..ada tak formula untuk jadikan kita ni bukan jenis yang suka menangguhkan kerja lebih-lebih lagi dalam melaknasakan apa yang telah dirancangkan?tq
saya mahukan lebih banyak tips perniagaan internet dan juga lebih banyak tips bagaimana berfikiran positif
Salam sejahtera, melalui penulisan yang tulis kebanyakan adalah tips berguna dan bermanfaat untuk diamalkan, ianya bukan sahaja tertumpu pada urusan bisnes semata-mata, tetapi dari segenap segi terutama dalam menjalani kehdupan ini. Satu jer saya nak tanya, bagaimana memotivasikan diri untuk sentiasa bersemangat dalam melakukan sesuatu kerja dan bagaimana nak mengekalkannya.
Kadang-kadang rasa bersemangat berkobar-kobar, tapi dalam keadaan tertentu semangat tersebut hilang.
Saya mempunyai masalah meletakkan harga pada produk 🙂 Seperti biasa, bila campurkan harga produk dan kos penghantaran, akan menjadi mahal… Ini menjadi masalah sekiranya produk kita perlu dipos ke luar malaysia.
Saya dah survey utk Fedex, Pos Laju, Pos Ekspress untuk ke luar negara agak mahal. Cuma hantar pakai kapal murah. Akan tetapi,mengambil masa 3 hingga 4 minggu untuk sampai ke pelanggan kita.
Mungkin boleh bagi tips berkaitan penghantaran barang ke luar negara 🙂
Terima Kasih Tuan Jutawan!
Pendapat saya, irfan teruskan macam biasa,kongsikan segala ilmu irfan bersama kami.Semua topik sama penting,itu semuanya ilmu.
Merdeka pemikiran… tapi ingat.. jangan merdeka tingkahlaku..
Banyak topik yang saya nak tahu..Antaranya..Bangunkan Minda Separa Sedar..Kaya atau Sihat?, Inner Power, Pengurusan Masa….tapi..aper info yang sampaikan..saya tetap..akan membacanya..Thanks ..
Assalamualaikum .
Saya nak tanya , minat saya adalah ‘memandu’.
Bagaimana saya nak aplikasikan minat saya ini kpd bisness utk saya?
Andaikan adalah pengganti fadzilah Kamsah, ADAKAH akan tinggal dunia internet ini? maklumlah mcm fadzilah jemputan mesti penuh sana sini.
Irfan…saya inginkan kita masih mempunyai nilai pekerti yang tinggi. Di samping itu minta wujud satu network ( mungkin group Tips 2 Minit ) utk share business kerana ada org ada business tapi tak ada modal dan ada org punya wang tapi tak punya business. Wujudkan satu internal market utk group tips 2 minit.
1. Tips deal dengan mat saleh
2. Tips shipping (farizal)
3. Tips shopping internet
4 Tips berforum
5. Tips internet marketing
6. Tips accounting for small internet business
7. Tips elak fraud
8. Tips business ethic
9. Tips niche
10 etc..
Bolehkah kita mengambil produk orang lain untuk dijual dlm internet? Tidakkah nanti mereka akan menuntut royalti conthohnya citaan resepi, produk yang siap dibungkus macam rempah kari/kunyit yang dah berjenama mcm adabi ke.
Banyak tip sudah diberikan. saya ingin dapat tip melancarkan product kepada pelangan. Saya memngendalikan pakej percutian ke pulau langkawi.P.Tuba sabenarnya. 3 hari 2 malam..makan tanggung..Nak register merchant bank takut tak ada orang nak pergi….nak register local bank rasa macam menyusahkan pelanggan..dr ada cadangan sebagai permulaan perniagaan saya..bagai mana ya..any help
Ajar cara-cara promosi dengan berkesan. Serta bagaimana mengawal pelbagai perniagaan internet dengan mudah.
Pikiran saya bingung banyak habis duit blajar buat website, satu tak menjadi.Mungkin Ginko Biloba saya tak menjadi kot?Dah lebih karat agaknya juga !!
Saya sedang memesan cd untuk buat website
sebelum nak hadir wokshop oktober(?) ni.
Ya, ingin juga mengetahui selok belok ‘dropdown’page, counter, banner placing,affiliate marketing tips(yang betul2 menjadi), apa nak buat kalau tak ada kad kredit untuk mempromosi website dan affiliateship?TQ
Sempena bulan merdeka ini, kita tanamkan di minda kita bahawa kita bukan dilahirkan untuk bekerja dengan orang lain tetapi bekerja untuk diri sendiri. Wujudkan jiwa merdeka dan jadilah usahawan berdikari dan penuh jati diri.
Hayat – “Dilahirkan untuk berjaya”
Hmm…
1. Laman sudah siap, ramai pun yang masuk. Soalannya, bagaimana hendak tukarkan pengunjung kepada pembeli?
2. Selain p testimoni, apakah cara lain untuk pengunjung mula membeli di laman kita?
3. Selain daripada 3 komponen dalam mengiklan, bagaimanakah bentuknya ayat isi yang meyakinkan pengunjung untuk membeli?
4. Berapakah kerapkah Newsletter perlu diedarkan?
5. Adakah orang kita masih sangsi dengan pembelian melalui online banking? dan bagaimana hendak meyakinkan mereka?
6. Bagaimana bentangkan strategi daripada mula perniagaan dan seterusnya mengembangkannya?
7. Terdapat pesaing yang juga merupakan peserta wokshop, jika saya pun peserta wokshop? maka masih boleh bersaingkah? bagaimana jika pesaing internet kita pula mempunyai produk yang sama untuk dijual??? 😕
Ada lagi nie, boleh tanya dalam ruangan komen akan datang?? 🙂
Setuju dengan Anas dengan Farizal.Lagi satu bolehkah satu produk dijual dalam US dan RM berkonsi satu website.Kalau harga diturunkan tak boleh cover shipping cost pulak. Kalau kita jadi customer mesti expect cepat dapat sebab dah bayar. So ada tips untuk shipping option?
Assalamualaikum
Sebagai org yg baru nak berjinak-jinak ngan dunia E-Biz ni, tentunya saya nak lagi banyak ilmu-ilmu baru berkenaannya.
Saya kagum dengan individu seperti yg dah berada di tengah-tengah dunia E-Biz ni.Saya pasti E-Biz yg berjaya yg ada di M’sia yg pernah saya lawat blognya hampir semuanya bercerita tentang virus yg sedang hebat melanda E-Biz sekarang iaitu terlalu banyaknya muncul skim-skim yg diragui kesahihan dan juga sejauh mana kukuhnya perjalanan Biz mereka.
Terkadang, sebagai org yg baru nak kenal dunia ini seperti saya hairan sebegitu mudah ke nak join E-Biz ni atau saya mahu terus yakin dengan ulasan yg memberitahu sebenarnya mahu berjaya dlm E-Biz ni tidak mudah seperti yg disangkakan.
Jadi saya cadangkan kasi kami tip-tip berkaitan bagaimana mahu bezakan skim itu betul-betul boleh dipercayai dan juga tip bagaimana nak mengelakkkan penipuan berlaku keatas diri kita.
Keadaan seperti saya ceritakan ini begitu hebat melanda rakan-rakan sekerja saya dan saya pun hampir terjebak tetapi sebelum terlambat saya ambil langkah survey blog-blog E-Biz seperti ini dan beberapa lagi komuniti E-Biz yang lain.Macammana betulkah tindakan saya ini?
Banyak idea2 tips di sini… insyaallah akan di jawab dalam tip satu minit bulan ini.
Tip2 perniagaan Internet, semua ada di jawab di Workshop Jutawan Internet. Maklumat Workshop Jutawan Internet ada di http://www.rahsiainternet.com/workshop
Assalamualaikum,
saya ingin bertanya apa pendapat saudara mengenai direct-selling seperti Amway dan E-Cosway sebab saya dapati ianya adalah satu langkah permulaan untuk belajar perniagaan memandangkan direct-selling mempunyai sistem tersendiri.
Sungguh bagus tips-tips begini diadakan. Keprihatinan harus diberikan kepada soalan-soalan yg dikemukakan. Juga kalau boleh dipaparkan website atau online bisnes para peserta yg sudah berjaya setelah melalui program Irfan sebagai motivasi. Terima kasih.
Dapat bagi sdikit idea perniagaan yang mudah2 bagi kami yang baru belajar ni. Dari mana pulak bekalan boleh didapati.contohnya lah, yang lain kami usaha sendiri.
dr ifran, saya minat buat barang kraf tangan dan boleh menjahit pakaian (kecil-kecilan je) saya cadang nak jual sarung tangan spt untuk oven ke, angat periuk ke..saya dah cuba buat…tapi negok kat kedai tu bila ada sale harganya murah sangat…saya jadi pening…dah tak ada idea brg apa saya nak buat…tolong irfan bagi idea bagus pada saya,,, t, kasih.
Salam ..
Soalan saya ialah,…
Bagaimanakah blogger boleh menukar blognya menjadi suatu perniagaan internet?