Motivasi di radio IKIM

Hari Khamis (malam Jumaat) lepas saya dijemput untuk keudara di radio IKIM bersama Ustaz Zamri. Kali pertama bersama radio IKIM!

Topik perbincangan adalah mengenai buku terbaru saya- Nota Jutawan, Nota Motivasi yang kini sednag hangat di pasaran! Oh ya, bagi mereka yang belum tengok klip review buku saya di WW bersama Dangsuria, boleh klik pada YouTube di bawah…

Nota Jutawan, Nota Motivasi boleh didapati di kedai-kedai buku ataupun secara online di sini…

Radio IKIM menerima pemanggil ketika itu (yang turut memenangi buku saya!) dan salah satu soalan pemanggil yang saya ingin kongsikan…

Yang mana lebih hebat dan efektif: Motivasi secara dorongan, bimbingan dan galakan ATAU motiasi secara tekanan, cabaran dan dicabar?

Pada pendapat saya, kedua-duanya SAMA penting. Tetapi, jika diberi pilihan yang mana lebih hebat dan efektif, jawapan saya adalah: Tekanan, Cabaran dan perasaan di cabar!

Ini kerana, sekiranya kita lihat mana-mana jutawan atau usahawan yang berjaya kini, dan mengkaji latar belakang mereka, hampir kesemuanya (yang self-made millionaires) bermula dengan kesusahan dan kedaifan. Ini merupakan TEKANAN.

Maksud DICABAR pula, saya sebutkan bahawa, tidak semestinya dalam konteks “kawan kita cabar kita untuk berjaya… atau keluarga kita cabar kita untuk berjaya”. Tetapi, DICABAR dengan diri sendiri. Tercabar dengan keadaan sekeliling.

Mungkin kita lihat keadaan kewangan kita sekarang ni yang agak sukar, maka, kita terasa tercabar dengan keadaan sendiri.

Mungkin kita lihat orang lain punyai rumah bunglow besar-besar, kereta besar, hand phone je kecik, maka kita pun tercabar dengan keadaan sekeliling.

Mungkin juga anda sendiri dicabar oleh seseorang!

“Cabaran” adalah satu makanisma untuk kita bersaing dengan diri sendiri.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

21 thoughts on “Motivasi di radio IKIM

  1. Saya “tercabar” dengan Irfan Khairi. Menjadi jutawan pada usia yang muda, dan sekarang menjadi ikon jutawan internet.

    Cabaran ini akan saya jadikan dorongan untuk capai kejayaan. Nantikan kemunculan, HAIRUL FAIZAL ADLI, seorang jutawan internet pada tahun 2013.

  2. salam,
    saya bersetuju kedua-dua penting , saya rasa yg perlu bagi IM macam kami yg baru nie , sikap yg mau berubah dan cabar diri sendiri.. untuk kemajuan diri dan perlu ada matlamat yg jitu.

    Berkat usaha insyaallah ada perubahan ..

  3. saya sedang dicabar oleh kesukaran hidup yg tak dapat saya nak kongsi disini. cukup kalau saya katakan dah beberapa kali anak2 saya tak dapat minum susu oleh kesukaran hidup kami. tapi kebaikannya, saya mahu bangkit dan akan bangkit semula. saya akan buktikan kejayaan saya kepada mereka yg memandang rendah dan menghina.
    cabaran ini bagus. saya rasa tercabar dan ingin bangkit!

  4. tokoh maal hijrah kita, Tan sri Mokhtar Bukhari juga bermula dengan hidup yang penuh cabaran- rumah papan tidak berkerusi/meja & katil membuat dirinya tercabar keluar dari kepompong kemiskinan.

    kini menjadi billionaire!

    zida > anak tak dapat minum susu? teringat saya kisah pengasas sendayu tinggi yang hanya ada beberapa ringgit sahaja dalam poket ketika melahirkn anak…

    kini beliau menjadi multi-millionaire lagi tu!

  5. wah!!!, makin meletup-letup la nama sekrang kat corong-corong radio. ntah2 nanti dapat offer plak dari ikim untuk kendalikan satu rancangan baru. hehe

  6. Assalamualaikum semua,

    Akak tersentuh dengan kisah Zida. Alhamdullilah Zida ambil cabaran itu sebagai peransang untuk berjaya. Kehidupan ibarat roda, hari ini kita dibawah, insyaallah dengan doa & kerja keras kita akan berada diatas suatu hari nanti. Bila kita diatas, berdoa & terus berusaha supaya kita tetap berada disitu.

    P/S Irfan – Akak dah terima Nota Jutawan Nota Motivasi tu. Seronok membaca sebab contentnya padat dan direct to the point.

  7. Saya juga tercabar dengan keadaan sekeliling.. melihat mereka berjaya, saya juga turut mengimpikan seperti mana kejayaan mereka.

    Bukan dengki, tetapi menjadikan mereka ini sebagai panduan bagaimaa mereka boleh berjaya dengan cara asing2 dan unik..

  8. Saya dah membeli buku Alhamdulillah dah masuk kali kedua membacanya. Boleh dikatakan bagus dan santai.Tidak jemu membaca dan saya rekomenkan pada sesiapa sahaja tidak kira tua atau muda. Satu motivasi yang berguna dan padat.Buku ini tidak berkisarkan perniagaan internet tetapi meliputi pelbagai bidang aspek keusahawanan. Tahniah sekali lagi Saya akan follow up buku seterusnya.

    Tidak berbaloi kalau anda membelanjakan wang pada benda yang tidak berfaedah kalau anda tidak membeli buku Irfan.Satu pelaburan yang berbaloi. Anda tidak akan menyesal membeli buku beliau. Congrats

  9. SoalanMotivasi secara dorongan, bimbingan dan galakan ATAU motiasi secara tekanan, cabaran dan dicabar?

    Kedua-dua kaedah motivasi yang dinyatakan adalah sangat penting. Pada pendapat saya, motivasi secara dorongan, bimbingan dan galakan adalah paling sangat sesuai untuk kanak-kanak. Contohnya, ibubapa memberi galakan dan dorongan kepada anaknya. Anak-anak akan memberontak jika menggunakan kaedah motivasi cabaran kerana mereka masih kurang faham.

    Sedangkan bagi orang dewasa, jika motivasi dorongan digunakan, mungkin lambat bertindak. Tetapi jika dah tertekan, walau pun banyak halangan, mesti dilakukan juga. Kalau tidak, lagi teruk. Tapi..mental kena kuat lah..

  10. Motivasi yg kedua tu iaitu ‘cabaran’ lebih membawa kita kepada perubahan yg cepat, spt kita akan maelakukan sesuatu kerja dgn pantas tanpa berlengah..hmm

  11. >kak salmah, thanks
    tapi sukarnya jalan utk naik semula.
    baru saja minggu lepas dapat surat saman dari mahkamah berkenaan loan kereta yg tertunggak hampir setahun.. sedangkan kereta tu dilarikan bekas suami entah kemana. saya rasa seperti jatuh ditimpa tangga.rasa seperti jatuh terduduk tak mampu bangun lagi.
    kenapa ya, bila kita susah, akan datang susah bertimpa2…
    bila terlalu banyak cabaran hidup kita pun tak kan mampu nak hadapi jugak…
    betul tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published.