Fikirkan masa hadapan
Mereka yang berjaya mempunyai visi dan sering memikirkan masa hadapan. Kebanyakan masa dihabiskan dalam melakarkan visi yang positif di masa hadapan. Kurangkan fikir tentang apa sahaja yang sudah lepas, sama ada kejayaan ataupun kegagalan lepas oleh kerana ia tidak lagi relevan.
Apakah gambaran hidup anda satu, tiga, lima atau sepuluh tahun akan datang? Seringkali lakukan senaman ini oleh kerana mereka yang mempunyai minda positif akan sedia mempunyai jawapan yang jelas kepada persoalan ini.
Punyai matlamat dalam minda
Miliki matlamat yang jelas setiap kali dalam minda. Memikirkan masa hadapan sering kali berorientasikan jangka panjang, manakala mempunyai matlamat adalah sesuatu yang lebih spesifik untuk dilakukan dan dihasilkan.
Adakah anda mempunyai matlamat hidup? Sekiranya ada, tahniah oleh kerana anda adalah antara 2% yang punyai matlamat hidup. Sekiranya tidak, maka, dapatkan pen dan kertas dan tuliskan dengan spesifik apa, bila dan bagaimana anda ingin mencapai matlamat anda.
Komitmen kepada kecemerlangan
Berikan komitmen kepada kecemerlangan. Mereka yang berjaya sering memikirkan cara untuk menjadi hebat dalam industry mereka. Walaupun, belum mencapai kecemerlangan, fikirkan kearah itu.
Dalam apa sahaja industry sekalipun, telah terdapat mereka yang berjaya dalam bidang tersebut. Tidak kira apa pun bidang anda, lakukan penyelidikan keatas mereka dan ketahui teknik dan strategi yang telah digunakan. Beri komitmen kepada minda anda bahawa untuk berjaya, kecemerlangan perlu diutamakan- dan kecemerlangan memerlukan ilmu. Minda hebat, kejayaan pun pastinya hebat!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Salam Ramadhan IK 😉
Saya amat bersetuju artikel kali ni.. untuk berjaya kita sangat perlukan ilmu dan pelajari dari orang yang dah berjaya (mentor) supaya kita boleh tiru strategi kejayaan yang mereka guna
Ramai orang biar circumstances yang berlaku pada diri diorang sebagai penghalang kepada masa hadapan mereka… sedangan semuanya hanyalah mainan minda mereka.
Kerana manusia ada minda maka banyak ilmu yang telah dan akan terbongkar.
Betul tu segalanya bermula dengan minda, nak buat sesuatu perubahan perlulah difikirkan dengan minda yang terbuka terlebih dahulu. Saya teringat seorang kawan ada berkongsi satu teknik dalam membuat perubahan diri iaitu Minda-Soul-Body dimana fikirkan dulu perubahan yang ingin dibuat seterusnya hayatinya seolah-olah sudah berlaku barulah tubuh badan akan bertindak. Sekian…
Agreed dgn IK. Focus & Consistent leads to success.. :-))
Dari minda turun ke hati terus ke ‘aktiviti’…
Masalah information overload melanda diri kalau takde matlamat. Tanpa motivasi, usaha akan terhenti dengan mudah. Tanpa komitmen, hasil kerja tidak berkualiti…… Thanks Bro Irfan for this motivational entry.
Selalunya saya akan gunakan peta minda supaya setiap haluan saya tidak menyimpang dari matlamat yang saya mahukan. 🙂
Apa-apa pun, terima kasih atas perkongsian ini. (^_^)
Benar, kejayaan tidak akan muncul jika minda masih tidak dioptimumkan penggunaan sepenuhnya.
Pemikiran adalah kunci kejayaan yang bakal diterokai. 🙂
Terima kasih di atas motivasi terbaik lagi percuma.
Motivasi yang memberangsangkan.
Ya, betul tu sifu. Minda menentukan hala tuju hidup kita samalah seperti kita menentukan destinasi jika kita hendak ke mana-mana. 😉
Yep saya setuju. Untuk mencapai sesuatu memerlukan kita memerlukan kompas dan peta. Memanah perlu ada target, jika tiada tiada makna.
If you’re born poor,it’s not your mistake…
but if you die poor,its your mistake..
-Bill Gates-
Salah satu cara yang Sha gunakan adalah bayangan di minda.. bayangkan kejayaan kita dengan spesifik, hingga seolah kita dapat rasa dan bau apa yg kita inginkan…
setuju dgn artikel ni…elok kita lakarkan apa yg kita idamkan di atas kertas setiap malam ketika sebelum waktu tidur..bila bangun pagi, kompom kita rasa lebih bersemangat tinggi..