Tip untuk mendapat network berkualiti

Oleh kerana ekonomi down, ramai yang terlibat dalam bidang perkhidmatan (insurans, MLM, kewangan, hartanah, takaful, mutual funds dan sebagainya) semakin sukar mencari pelanggan. Oleh itu, minggu ini, saya ingin kongsikan sedikit mengenai cara mendapat Pelanggan Tanpa Had- ketika ekonomi down.

Hari ini sedikit tip untuk mendapat network yang ramai.

Kita sedia ketahui, dalam perniagaan perkhidmatan terutamanya, networking memang penting. Istilah yang selalu sangat digunakan adalah “If you are not networking, you are not working!”

Menurut buku Love is the Killer App: How to win Business oleh Tim Sanders, beliau menyebut untuk “mencintai” network kita. Maksudnya untuk benar-benar ingin membantu dan melihat orang lain berkembang. Dan bukannya semata-mata menggunakan network untuk kepentingan sendiri sahaja.
Dalam mendapat network yang berkualiti, 3 perkara penting perlu anda miliki:

  • Perlu berlimu
    Untuk mendapatkan network yang baik, anda perlu emnunjukkan anda seorang yang berilmu. Anda perlu banyak membaca buku dalam bidang anda sendiri. Sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari berkenaan dengan industri anda. Ilmu ini dapat dikongsikan dengan network anda.
  • Perlu menambahkan jaringan
    Cari peluang untuk ke majlis atau network gathering. Lebih ramai orang anda jumpa, lebih banyak peluang network anda boleh dapat. Satu peringatan di sini adalah, di sesuatu majlis, jangan terlalu sibuk berpindah-pindah tempat dan mengedarkan kad bisnes anda. Fikirkan KUALITI hubungan yang anda boleh jalinkan, dan bukan sekadar KUANTITI.
  • Perlu punyai perasaan tolong menolong
    Utamakan network anda dan bukan agenda anda terlebih dahulu. Lebih banyak bertanya dan mendengar daripada anda sahaja yang bercerita. Sebolehnya, bantu network anda tidak kira bidang apa pun, sebagai contoh, sekiranya network yang anda kenali seorang pemilik perniagaan cetakan, selepas berjumpa dan kenal, cuba dapatkan pelanggan cetakan untuknya. Anda tidak akan rugi apa-apa. Malahan, dengan mengutamakan agenda network anda, pastinya memberi kesan hubungan jangka panjang untuk anda!

Jadi, untuk memudahkan anda melakukan network, ingat 3 perkara itu: Ilmu + Tambah jaringan + Tolong menolong = Network yang berkualiti!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

43 thoughts on “Tip untuk mendapat network berkualiti

  1. Setuju sgt dgn tips IK.. Seoerti kata Robert T Kiyosaki “Manusia terkaya membina rangkaian, tetapi manusia biasa terus mencari pekerjaan”.

    Sama2 kita bina satu rangkaian yang memberi kita semua keuntungan.. Barulah umat Islam boleh maju dan bersaing

  2. kalau ada network senang urusan kita nnt.. klu ada masalah kita dah tau sapa nak di contact

  3. Tapi hati2 dgn network yg sering diserang virus…erm cam ner iyer nak hapuskan virus dlm kiter nyer network…? Kalau cakap marah tak cakap menderita dibuatnyer…cam ner…

  4. Saya suka kalau dalam biz ada sikap tolong menolong. Pd saya lagi byk kita tolong lagi luas peluang kita dpt. Jadi sama2 membantu jangan menjatuhkan…..TQ IK

  5. Dgn adanya networking, akan ada pemasaran mulut ke-mulut yang tentunya menguntungkan semua pihak. Tapi, pastikan bukan untuk memasarkan cerita yang tak mendatangkan faedah pula. 🙂 🙂

  6. Pandangan yang bernas..pentingkan networking yang berkualiti dahulu, dengan sedirinya kuantiti akan menyusul kemudian. TQ

  7. TQ Dr.Ik
    Satu perkongsian yg agak menarik..

    Sudah sememangnye network yg berkualiti dpt membntu kita dlm membina lg kredibialiti dan mluaskn pasaran dan prospek.. TQ ik ^^

  8. Salam semua.

    Tq Irfan for the tip. Satu halangan utama utk networking ni ialah sifat pemalu tidak bertempat dan m.a.l.a.s. Itu yang kita perlu kuatkan usaha buat networking online dan offline.

  9. Sesuatu perkara kalau dipandang keuntungan semata akan menyebabkan kita akan berada dalam kedaan tertekan….yang sebenrnya ia sudah merugikan kita…

  10. Assalammualaikum dan salam ceria IK,

    Memang betul kata IK..sebagai agen insurans memang firadila kekurangan pelanggan sekarang..tapi dengan tips yang diberikan oleh IK itu tadi mungkin selepas ini firadila dapat pelanggan..

    Senyum dan ceria selalu..

  11. Networking memang perlu ..tapi ada juga orang yang nak kan benda macam ni ,masalah dirinya tak pandai nak berkomunikasi atau tak semesra mungkin (tapi hati ingin menambahkan networking ) .
    Harap perlu ada perubahan dalam diri nya …betul tak ?

  12. Sy pernah mengalami kegagalan dalam MLM pada 2007 setelah invest sebyk RM30k (masih dalam proses pembayaran pinjaman)walaupun telah mengikuti ‘system’ yg telah dilalui oleh upline@business partner.
    Puncanya setelah sy kaji adalah pemilihan prospek. Tidak semua prospek sesuai dgn ‘system’ yg telah direka. Cthnya: tidak semua prospek willing untuk invest dgn jumlah yg byk walaupun mereka mampu / berkeupayaan untuk membuat pinjaman bank bagi memulakan perniagaan.(event good business opportunity to offer)
    Kini sy cuba beralih kepada perniagaan internet(masih menimba ilmu).

  13. sy dh lme folo dlm web ini dan mengenali perihal program ini, jd sy nk mengikuti worksyop ps 7hb mac ini

  14. tip yg sgt bagus : persoalannya di mana kita boleh dpt jumpa function bgini ? yg selalu dpt adalah gathering ttg satu product sahaja. BOleh Irfan create event utk hal sebegini . I really appreciate it.

  15. Saya tertarik dengan hubungan berkualiti dan bukan hanya kuantiti, memang betul kadangkala kita lebih menitik beratkan kuantiti daripada kualiti, jadi sama-sama kita ubah.

  16. Saya berminat dalam bidang pemasaran dan networking menjadi cara yang paling efektif untuk berjaya kerana persaingan semakin tinggi. apa pun, saya setuju dengan Ik dan akan digunakan dalam bidang ini. Cayalah!

  17. Setiap apa jua yang kita lakukan pastikan ia tidak melanggar batas-batas agama. Kita percaya setiap yang baik pasti ada balasan yang baik juga. Saya faham serba sedikit cara mencari network berkualiti sekarang.

  18. Betul, networking sangat penting dalam berbisnes. Namun walaupun ramai yang ada banyak networking, ada yang tidak menjaga relationship dalam bernetworking. Bagi saya, networking dan relatioship sangat penting dalam berbisnes. Terima kasih IK atas tips yang diberikan.. ^^

  19. Terima kasih kerana memberikan tips yang bernas, kerana saya baru je join biz. sbg newbie dlm alam biz, networking tu mmg penting sgt. like Robert Kiyosaki said â€Manusia terkaya membina rangkaian, tetapi manusia biasa terus mencari pekerjaan”. thanks IK
    http://bit.ly/kuNAB3

  20. Post ini mengingatkan saya kepada Robert Greene, 48 Laws of Power. Buku itu mengisahkan tentang 48 “undang-undang” yang digunakan oleh ahli-ahli politik, ahli-ahli perniagaan dan sesiapa sahaja yang ingin mendapat pengaruh.

    Jangan melebih-lebih daripada Tuan

    Sentiasa membuatkan mereka yang lebih tinggi daripada anda merasakan lebih hebat daripada anda. Dalam kehendak untuk membodek atau menarik mereka, janganlah terlalu melebih-lebih sehingga perkara sebaliknya terjadi – menyebabkan mereka takut dan tidak selamat (kerana anda mempunyai potensi melebihi mereka). Jadikan Tuan anda nampak lebih pandai daripada sebenarnya dan anda akan mendapat kuasa yang mahukan.

    Bagi saya, perkara yang sama juga boleh digunakan dalam networking…

    Dan favourite quote saya masa networking ialah… “respect the process” (daripada buku The 50th Law, Robert Greene & 50 Cent). Proses networking akan mengambil masa yang lama. Terutama sekali jika orang tak kenal (macam saya heheh).

  21. Setuju dgn pandangan IK..network makerting adalah berkaitan duplikasi.perlu ada pengetahuan tentang industri NM itu sendiri (sistem), produk, plan pemasaran, syarikat dan sokongan. Nilai terbesar dlm industri ini adalah jalinan perhubungan yang baik (persahabatan) bukan kemewahan semata-mata. Tolong ramai orang utk jana pendapatan…maka pendapatan kita akan besar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.