Minggu Pelanggan Tanpa Had: Pertemuan kali pertama = penampilan & keyakinan

Bila menjalankan perniagaan perkhidmatan, perhubungan pertama (first contact) adalah penting. Dan waktu paling penting sekali adalah minit pertama pertemuan dengan bakal pelanggan. Bak kata Mat Salleh…

First impression lasts forever

Di sini lah penampilan & keyakinan kita memainkan peranan penting.

Penampilan:

Bagi mereka yang “kureng” sikit bab-bab dressing (macam saya πŸ™‚ ), nasihat saya, dapatkan majalah-majalah lifestyle yang berada di pasaran. Bagi lelaki, majalah MASKULIN is good dan bagi wanita, majalah NUR is good too. Keduanya mempunyai sisipan grooming & fashion. So, ini yang anda perlukan untuk memperbaiki penampilan diri anda.

Bakal pelanggan akan lebih yakin dengan penampilan yang lebih menarik oleh kerana first impression lasts forever!

Keyakinan:

Di sini, malu-malu kucing takkan menjadi. So, kena buang perasaan malu tu dan ctunjukkan keyakinan diri. Sekiranya anda “kureng” bab keyakinan berdepan dengan pelanggan, nasihat saya adalah untuk anda rajin practice. Practice di hadapan cermin apa yang anda hendak katakan pada pertemuan pertama. Sediakan beberapa “skrip” yang berkaitan dengan keadaan. Practice bercakap… practice senyum di cermin. Kalau anda malu practice bersendirian dihadapan diri anda… apatah lagi hendak berdepan dengan orang bukan?

Dengan penampilan & keyakinan yang tinggi, pastinya kita akan memberi good first impression kepada prospek kita. Dan lebih dekat prospek itu akan menjadi pelanggan πŸ™‚

Boleh tak anda berikan juga tips penampilan & keyakinan… so, dapat bantu sesama kita πŸ™‚ Tinggalkan tip anda di sini!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

26 thoughts on “Minggu Pelanggan Tanpa Had: Pertemuan kali pertama = penampilan & keyakinan

  1. orang putih jgk pernah berkata ‘don judge a book by it cover’..ttp whose bersetuju dgn pndpat IK bahawa 1st impression tu pntng dalam bidang perniagaan…

  2. Aku sokong pendapat Irfan…kredibiliti perlu diserlahkan……satu communicating skills pun penting gak woo….

  3. Rambut kena kemas…tak semesti nya potong pendek…ade sesetengah designer yang berambut panjang..tapi kemas

  4. One tip: Pakai pakaian yang sesuai, tak menjolok mata dan yg paling penting – SELESA

    Kalau anda rasa selesa dgn apa yg anda pakai, anda akan lebih yakin. Bila dah yakin, tentu pertemuan dgn pelanggan akan berjalan dgn lebih lancar.

  5. salam ik..

    Saya rase amat berguna sekali tip dan panduan yang diberikan. Keyakinan dan penampilan adalah amat penting dalam bidang perniagaan berteraskan perkhidmatan.

    zairi

  6. Majoriti masyarakat kita masih menilai dari “first impression”.
    Tips penampilan dan keyakinan : Rambut kemas, pakaian bersih dan penting juga nafas tidak berbau busuk πŸ™‚

  7. Setuju. Sy pernah diberitahu rakan yg bernak berkerja dgn institusi kewangan masa mula2 masuk kerja sesi grooming khas diadakan utk latih staf2. Maklumlah nak deal dgn duit org mesti lah bg keyakinan pd pelanggan. TQ IK

  8. Penampilan yang menarik akan meningkatkan keyakinan pada diri dan pada orang yang memerhatikan kita.

    Bagi lelaki mesti kemas & bagi perempuan juga kemas dan tidak la sampai menjolok mata.

    “SERLAHKAN KEYAKINAN ANDA, HEBAT, BERGAYA” πŸ˜‰

  9. Untuk jadikan diri kita lebih yakin….
    Sampaikan sesuatu tu dengan anggapan prospek tak tau apa pun…
    Biar bende sekecil2 atau seremeh2 pun. Anggap prospek tak tahu tentang apa yang disampaikan tu…
    Inilah biasa yang dipraktikkan oleh perunding.. Benda sama jer n biasa orang tahu.. Tapi dalam mind always set prospect not know abaout that..just told her and try to fill blank n close them..

  10. Hi saya orang baru..banyak yang nak belajar tentang internet business dari rumah. 1st impression memang penting. Tapi bukankah ni perniagaan tanpa berjumpa pelanggan? Adakah in the end kita mesti jumpa?

  11. Memang, penampilan ada kesannya pada bisnes. Customer mungkin tak akan mudah menerima servis dan produk kita jika tengok kita macam orang baru bangun tido.

    Mungkin ada sesetengah pelanggan jer yang boleh terima. Tapi most of them cannot accept that condition tau.

    So, be careful & always hati2! πŸ™‚

  12. Kalau saya, saya ada set baju yg ‘spesel’ khas untuk urusan biz saja. Baju ini sangatla cantik dan hanya dipakai untuk biz saja. Kalau nak keluar jln2 ke ape ke baju2 yg lain la.

    Tak tau nape bila satu baju ni slalu sgt pakai kadang2 rasa kurang ‘spesel’ baju tu jadinya. So kita rasa kurang menyerlah dan kurang konfiden. Kalo kita ada satu baju ni yg sgt power mesti kita akan konfiden. Mcm superheroes dengan outfit mereka πŸ˜€

    Saya pun ada baju untuk dating gak tapi buat masa ni baju tu ada kat dlm almari XD

  13. as for me saya akan ‘judge the book by its cover’ sbb saya tak selesa berurusan dgn org yg tidak mempunyai penampilan kemas, cantik, bersih etc.
    bau nafas, badan, rambut semuanya sama penting.

  14. kia> u got the point.
    however, kalu u in sevice industry (mcm IK), u have to meet people rite. so apapun be prepared dgn kemungkinan2 yg akan dtg.

  15. Disini saya ingin berkongsi tip yang saya praktikkan untuk membina keyakinan disamping menampilkan personaliti yang hebat.

    Tip#1: Apabila kita berjumpa prospek, kita kena jadi somebody yang lain, means, kena ada 2 watak, watak tu hanya untuk first impression shj, bak kata IK “First impression lasts forever”, jangan terlalu berlagak tapi cukup sekadar seperti profesional, jaga tingkah laku, jgn ketawa berlebihan, segala2 nya seperti contoh yang ada dlm tv seperti drama tv, apabila bos nak masuk mtg dimana semua staf dah tunggu di bilik mtg..itu Pandangan Pertama yang orang akan nilai kita.. Bagi saya dalam bisnes, ayat “Γ’β‚¬Λœdon’t judge a book by it’s coverÒ€ℒ tak sesuai diamalkan coz memang kita sebagai manusia tidak lari dari hakikat hidup, kita akan melihat orang tu kali pertama dan trus menilai mereka..(for me ayat tu sesuai untuk memilih kawan atau pasangan hidup bukan untuk Biz)..

    Tip #2: Apabila kita mula nak berjumpa prospek, kita letakkan diri kita sebagai prospek dulu dan kita pastinya dapat bayangkan penampilan yang sepatutnya ditampilkan oleh orang yang membawa bisnes untuk kita tu,contoh yang pernah dilakukan oleh sebuah syarikat Antarabangsa yang membawa bisnes ke Malaysia, ejennya diberi kereta mewah mercz c class dan telefon bimbit yang paling canggih dan mahal.. dan yang paling penting ejen itu tidak perlu bercerita ttg bisnes mereka hinggalah prospek sendiri yang datang bertanya bisnes apa yang dijalankan sehingga berjaya dan mewah begitu sekali dengan umur yang masih muda.. itulah kekuatan penampilan first impression.. sehingga orang yang datang dekat kita, tak perlu kita mencari prospek, ttpi prospek yang akan datang sendiri..itu adalah strategi salah sebuah syarikat xxx… and it’s working..syarikat tu berjaya menarik berjuta2 rakyat malaysia..

    Tip#3: Untuk mengelakkan perasaan malu dan hilang keyakinan, kita cuba jadikan prospek seperti kawan kita disamping menjaga tingkahlaku,tidak terlalu over, tetapi ramah mesra. Seperti berjumpa dengan sahabat lama.. ia dapat mengurangkan perasaan gemuruh.. jangan terlalu formal, just relax dan mulakan dengan bertanya sejauh mana prospek tahu ttg bisnes yang kita bawakan itu..

    Tip#4: Tip ini agak penting bagi saya,iaitu sebelum kita nak yakinkan prospek, kita sendiri kena yakin 200% dengan bisnes yang kita bawakan itu, secara automatik kita akan bercakap dengan penuh keyakinan sehingga dapat menarik prospek dan seterusnya close them!Jadi pelanggan..soalan.. “Mcmmana kita nak yakin dengan bisnes kita tu?” Cara saya, saya akan selidik sepenuhnya dari management sendiri dan bukan dari mulut ke mulut, ttg bisnes tersebut, dari segi keselamatan, jangka hayatnya, pulangannya, dan apa saja yang kita ingin tahu, sekali lagi jadikan diri kita sebagai prospek…apa yang kita ingin tahu sebelum kita join biz tu?jadi secara tak langsung ia satu persediaan jika prospek bertanyakan soalan tersebut.. at least kita dah prepare..

    Yang paling penting..,Niat kena ikhlas untuk berjumpa prospek untuk memberi peluang kepadanya menyertai bisnes kita dan jangan sekali-kali mengharapkan prospek akan join…klu dia join, itu satu bonus untuk kita, jika tak, tak mengapa..at least kita dah sampaikan berita bisnes ini untuknya.. supaya kita tidak mudah putus asa dan berasa kecewa..Apabila kita dah berniat begitu Secara automatik ia akan menghilangkan perasaan gemuruh kerana kita just jumpa sebagai sahabat.. bukan untuk nak dapat pelanggan walaupun hakikatnya memang kita nak profit dari apa yang kita lakukan itu.. tetapi jika kita dah set memang nak sgt prospek itu trus mjadi pelanggan, kita akan gementar dan gugup seterusnya kita tak mampu bercakap dengan penuh keyakinan…

    OOOppss.. IK… Terlebih sudah… dah lawan sifu pulak..i’m Sorry…

    p/s :Just Berkongsi pengalaman.. Thanx IK..

    aida6907.blogspot.com

  16. mmg da jd adat,org akan tg luaran dulu sblm tgk dalaman…mcm nak beli buah jgak,mne ade org pilih buah yang kulitnya lebam2…sedap ke x tu no 2..tol x??

    yg pnting, biar luaran dan dalaman tu canteeek.baru cool!

Leave a Reply

Your email address will not be published.