Minggu Pelanggan Tanpa Had: Kumpulan referal profesional

Salah satu cara terbaik untuk menambahkan pelanggan perkhidmatan kita adalah referal (recommendation) dari profesional yang lain.

Kita sering fikirkan recommendation datangnya daripada pelanggan-pelanggan sedia ada. Memang betul!

Tetapi, kita juga perlu ada sekumpulan profesional yang saling recommend produk dan perkhidmatan masing-masing.

Contoh, baru-baru ini saya membeli rumah dari seorang agent hartanah. Agent hartanah tersebut mempunyai satu kumpulan referal profesional seperti…

  • Peguam (untuk mengendalikan soal undang-undang berkaitan rumah pelanggan)
  • Bank (untuk mengendalikan pinjaman bank pelanggan)
  • Financial Advisor (untuk menasihatkan tentang investment pelanggan)

Dengan mempunyai satu kumpulan referal professional seperti ini, ia bukan sahaja memudahkan kerja agent hartanah tersebut, tetapi juga kumpulan profesionalnya juga akan sering menghantar pelanggan kepadanya untuk melipatkali gandakan pelanggan!

Kiranya satu keadaan win-win!

So, dalam menambahkan pelanggan perkhidmatan anda, bukan sahaja fikirkan referal dari pelanggan, dari orang ramai… tetapi juga golongan profesional-profesional lain yang berkaitan dengan industri anda untuk melipat kali gandakan pelanggan.

Dapatkan kumpulan referal profesional untuk perkhidmatan anda! 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

14 thoughts on “Minggu Pelanggan Tanpa Had: Kumpulan referal profesional

  1. Wow , betul ckp Irfan . Soalan saya kata mana kita boleh dapatkan referral profesional. perlu register service kita dlm directory mereka ker ?

  2. salam semua..

    Pandangan yang bagus mengenai referal profesional untuk meningkatkan jualan dan perkhidmatan. Bukan setakat networking perlu mantap tetapi kita sebagai peniaga atau agent mesti mempunyai rangkaian yang mantap dalam perniagaan bagi memastikan perniagaan kita berjalan dengan lebih lancar.

    Pakar Runding Cinta

  3. Recommendation dari golongan profesional memang akan membantu banyak dari segi promosi produk kita. Terutamanya bagi yang baru dalam industri.

    Menadapat recommendation dari profesional-profesional semestinya akan menaikkan lagi jenama kita.

  4. Thanks IK tip yang bagus sy boleh guna utk busines UT sy. Ehmmm kena mula semak list sy berapa ramai golongan profesional yg sy ada……

  5. Yes..tepat sekali…itulah jaringan kumpulan profesional yang sedia ada sekarang ini…link dengan biz mereka masing2..sebagai customer pastinya itu memudahkan mereka kerana ianya ibarat onestop, all in 1…

    aida6907.blogspot.com

  6. Saya pun setuju ngan IK. Dengan cara ni, kita tak perlu terlalu bersusah payah cari pelanggan.

    Pelanggan yg akan datang sendiri sbb mereka mmg perlukan khidmat kita. 🙂

  7. Wow.. sambil membina rangkaian dan nikmati konsep menang-menang… Tips yang bijak

    Dalam diam2 IK beli rumah lagi eh…kat mana eh.. ? 😉

    IK tunjuklah gambar rumah tu 🙂

  8. Setuju! (bukan nak “ngampu” > :thamsup: ), memang kenyataan sebab baru minggu ni sedar antara list yang takde dalam simpanan adalah golongan profesional ini. Kebetulan pulak IK pilih isu yang hampir sama. Ada cadangan untuk saya dari kawan-kawan kat sini..?

  9. mcm mane saya nak mulakan perniagaan di internet…
    cth…
    saya nak kembangkan perniagaan saya tapi saya xthu nak memulakan…dari mane…
    harap en ifran khairi dapat bantu saya

Leave a Reply

Your email address will not be published.