Apakah sebab utama perniagaan MLM kita gagal apabila kita mempromosikannya di Internet?
Jawapannya adalah- kurangnya KEPERCAYAAN
Internet merupakan medium perniagaan di mana kita tidak berjumpa bersemuka dengan prospek kita. Oleh itu, “kepercayaan” memainkan faktor yang penting sama ada anda akan berjaya ataupun tidak mempromosikan perniagaan MLM anda di Internet.
Dengan hanya memiliki laman web sahaja, ia masih tidak mencukupi untuk membina kepercayaan. Apa yang anda perlukan adalah laman web yang boleh membina kepercayaan prospek anda. Apabila anda telah berjaya membina kepercayaan, barulah prospek tidak ragu-ragu menyertai perniagaan anda.
So, misi utama anda adalah untuk BINA KEPERCAYAAN atau BUILD TRUST!
Bagaimana hendak melakukannya?
Salah satu cara membina kepercayaan adalah dengan menggunakan gambar.
Manusia secara psikologinya akan tertarik dengan manusia yang lain. Dengan adanya gambar orang di laman web, kepercayaan akan meningkat. Ia akan mengurangkan jurang tidak percaya terutamanya apabila di Internet prospek tidak berjumpa dengan penjual. Gambar sedikit sebanyak akan melegakan lagi prospek untuk melakukan urusan bersama usahawan MLM. Malah, dengan hanya mempunyai gambar di laman web, ia akan menambahkan kepercayaan 3-4 kali ganda!
Ada lagi kaedah-kaedah yang LEBIH efektif untuk membina kepercayaan prospek kita– topik yang amat penting bukan sahaja untuk perniagaan MLM tetapi perniagaan di Internet juga. Semuanya akan dikongsikan pada 29hb May ini di Seminar Lipat Ganda MLM. Sekiranya anda tidak berjaya meningkatkan kepercayaan prospek anda, maka, ianya akan menjadi amat sukar untuk prospek menjadi pelanggan dan downline anda. Klik di sini untuk maklumat lanjut Seminar Lipat Ganda MLM…
ps: Kami juga menyediakan diskaun untuk pendaftaran berkumpulan. Kalau datang bertiga atau lebih, jimat RM150…
pps: Bagi anda yang TIDAK menjalankan perniagaan MLM dan ingin menjalankan perniagaan Internet menjual produk atau perkhidmatan, boleh sertai Workshop Jutawan Internet 😉 Klik di sini untuk keterangan lanjut.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Diri sendiri perlu kena yakin dahulu barulah boleh menyakinkan orang lain…baru nak mencuba ni.
Soal membina kepercayaan ini amat penting dalam apa juga perniagaan apatah lagi perniagaan menggunakan medium internet. kalau di dunia MLM konvensional cabaran lebih kepada memenangi hati pelanggan atau bakal tajaan.
bagi saya, soal kepercayaan dan soal memenangi hati pelanggan amat berkait rapat. pelanggan atau prospek hanya akan sertai kita sekiranya mereka percaya dan yakin dengan kita.
jika kita dapat kuasai kedua-duanya, insya Allah kita akan berjaya dalam MLM.
yes…betul tu the trus is very important!!!
regards,
muzri i-rich696
Kita perlu percaya dengan diri sendiri barulah kita mampu membuatkan orang percaya dengan kita.
Percayalah… percaya itu sgt penting..
Betul, nk dptkan kepercayaan prospek mesti tunjuk bukti…
Assalamualaikum…sy dh cuba mcm2 jenis perniagaan MLM. Sekadar berkongsi pengalaman, kenapa sy x berjaya…sebab utama ialah sy simpati kt prospek (awal2 lg sy dh fikir, tentu prospek x de duit nk beli brg sy). Sy nk mtk formula bagaimana nk mengatasi masalah ini.
Pengertian Kepercayaan Diri. Dalam bahasa gaul harian, pede yang kita maksudkan adalah percaya diri. Semua orang sebenarnya punya masalah dengan istilah yang satu ini. Ada orang yang merasa telah kehilangan rasa kepercayaan diri di hampir keseluruhan wilayah hidupnya. Mungkin terkait dengan soal krisis diri, depresi, hilang kendali, merasa tak berdaya menatap sisi cerah masa depan, dan lain-lain. Ada juga orang yang merasa belum pede/percaya diri dengan apa yang dilakukannya atau dengan apa yang ditekuninya.
Ada juga orang yang merasa kurang percaya diri ketika menghadapi situasi atau keadaan tertentu. Berdasarkan praktek hidup, kita bisa mengatakan bahwa yang terakhir itu normal dalam arti dialami oleh semua manusia.