Bersambung kita untuk minggu tip-tip perniagaan MLM. Kalau semalam saya berikan beberapa tip apa yang kita tidak SEPATUTNYA buat dalam mempromosikan perniagaan MLM kita, iaitu SPAMMING. Hari ni pula, saya nak kongsikan tip apa yang PERLU kita buat untuk menambahkan lagi keuntungan perniagaan MLM kita.
Perniagaan berbentuk MLM mempunyai persaingan yang tinggi- Amat tinggi berbandingkan dengan perniagaan cara konvensional.
Sebabnya, bukan sekadar persaingan dengan perniagaan MLM yang lain seperti Stormreaders, Vemma, Score A, Uptrend, Amway, HPA, Cosway, Revell, CNI, Luxor, Zhulian, Avon dan BANYAK LAGI… semua ini pesaingan yang direct. Tetapi, juga, dalam sesuatu syarikat juga mempunyai pesaingan sesama ahli-ahlinya. Contoh, di bawah syarikat XYZ, pesaingan adalah dikalangan ahli. Mungkin bukan pesaingan dengan downline-downline kita, tetapi juga terdapat pesaingan dengan upline kita serta, ahli-ahli dibawah “kaki” yang lain.
Oleh kerana pesaingan yang tinggi antara syarikat dan ahli ini juga, menjadikannya sukar untuk mendapat keuntungan yang baik dalam perniagaan ini.
Oleh yang demikian, apa yang penting untuk bersaing dalam perniagaan MLM adalah sama dengan perniagaan bukan MLM. Iaitu, dengan mencari perbezaan!
Ciptakan perbezaan antara anda dan pesaing-pesaing anda. Walaupun produk dan perkhidmatan yang dijual mungkin sama, tetapi, dengan menciptakan perbezaan melalui pendekatan mempromosikan perniagaan MLM anda. Perbezaan lebih mudah dilakukan melalui Internet oleh kerana medium Internet yang pelbagai kemudahan dan perisian.
Dengan menciptakan perbezaan approach kita, sama ada melalui promosi, pendedahan dan strategi kita di Internet, berbeza dengan pesaing-pesaing kita, maka di situ kita mempunyai advantage untuk mendapat lebih ramai pelanggan, prospek dan downline!
Di Seminar Lipat Ganda MLM ini, saya akan kongsikan kaedah dan strategi melalui Internet bagaimana anda boleh membezakan diri anda dengan pesaing-pesaing anda dalam perniagaan MLM tak kira pesaing dalam syarikat yang sama, ataupun pesaingan dengan syarikat MLM yang lain. Strategi membezakan diri kita dengan pesaingan adalah amat penting dalam menambahkan pelanggan dan downline kita.
Sekiranya anda menyertai perniagaan MLM atau berminat untuk menyertai perniagaan MLM dan ingin tahu strategi membezakan antara anda dan pesaing-pesaing untuk mendapat keuntungan yang lebih tinggi, sertai Seminar Lipat Ganda MLM. Ikuti klip youtube di bawah untuk pesanan saya…
http://www.youtube.com/watch?v=t4pjdXnNrh4
Klik di sini untuk mendapatkan keterangan lanjut Seminar Lipat Ganda MLM. Jumpa di sana!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Salam,
Masih ditahap belajar mencari kaedah yang terbaik dan ‘smart’. Thanks
menarik jugak
Salam IK,
Saya totally setuju dengan post kali ni. memang dalam MLM terlalu besar persaingan bukan sahaja dengan syarikat lain tetapi yang paling besar adalah di dalam syarikat itu sendiri iaitu di kalangan side line.
so idea IK supaya membezakan cara dan pendekatan marketing sesuatu kumpulan adalah penting kerana ianya akan menentukan cara pimpinan seseorang leader di dalam kumpulan.
looking forward untuk join seminar ini. harap dapat diadakan pada bulan Jun kerana tarikh 29hb dah ter’clash’ dengan program syarikat.
tq IK for the great sharing.
Mungkin juga dengan ada beberapa BONUS tambahan kepada pembeli, merupakan perBEZAan yang dimaksudkan..
Salam…salam…
Yang bestnya ttg MLM ni, produk diorg berkualiti tinggi, halal, telah diinsuranskan, diiktiraf oleh badan2 dalam dan luar negara, siap dgn sijil ISO lagi, ada yg melalui proses kajian berpuluh-puluh tahun sebelum dipasarkan…
Tapi, yg peliknya, tetap payah untuk yakinkan pengguna supaya bertukar drpd jenama biasa kpd jenama MLM.
Kenapa ya? 😉
Mencari kelainan atau X-Factor…
Emm… suatu fenomena yang perlu dilakukan untuk perniagaan kita.
Agaknya apakah tip2 yang IK akan sampaikan nanti..
Jom pakat ramai-ramai pergi seminar
TQ IK.
Salam…
Topik yang bagus walaupun agak sukar untuk mencari kelainan dalam MLM.
Ini kerana kalau kita join secara online pun, selalunya upline dah siapkan template website yang sama untuk semua downline.
Ada sesetengah company mempunyai protokol ketat dalam kaedah promosi termasuklah hak menerbitkan/meletakkan logo, gambar, testimoni & sebagainya.
Harap2 IK dapat jelaskan hal ini nanti. TQ.
Yup, saya setuju…
Pendekatan baru yang memberikan impak kepada prospek sangat penting…
cari yang terbaik..
Banyak yang saya pelajri ni mungkin lebih banyak jika saya pergi insyallah akan diusahakan untuk datang.
Glassboutique,
rasanya kalau nak buat kelainan utk situasi upline dah siapkan laman web replika tu boleh di atasi. ini cadangan saja. mungkin boleh dapatkan domain name utk perniagaan MLM anda. buatkan satu landing page utk ceritakan serba sedikit latarbelakang perniagaan dan link kan dengan laman web replika tadi.
web replika ni dibuat oleh upline utk memudahkan ahlinya membuat promosi online tanpa bersusah payah membina laman web sendiri. so, mungkin ini satu cara untuk membuat kelainan dalam mempromosikan perniagaan MLM anda.