Sampai kita ke tip terakhir minggu MLM sempena Seminar Lipat Ganda MLM pada 29hb nanti… alhamdulillah, sambutan adalah amat baik! Ramai usahawan-usahawan MLM dari pelbagai perniagaan sudah mendaftar untuk mengetahui lebih banyak dan mendalam strategi yang paling efektif untuk bersaing dalam perniagaan MLM.
Tip hari ini adalah untuk mengumpul maklumat pelawat laman web anda! Sekurang-kurangnya dapatkan nama dan alamat email pelawat anda. Anda juga boleh mendapatkan nombor telefon. Caranya adalah dengan menyediakan borang untuk pelawat memasukkan nama, email dan nombor telefon.
Kita perlu ingat bahawa, seseorang pelawat yang tiba di laman web kita bermaksud mereka sudah mempunyai minat. Hanya memerlukan sedikit lagi anjakan untuk mengubah mereka menjadi pembeli atau downline.
Dengan mendapatkan nama dan email pelawat anda, anda boleh melakukan follow up dengan mereka. Follow up juga boleh dilakukan dengan menggunakan autoresponder- iaitu email yang di hantar secara automatik kepada prospek. Lebih menjimatkan masa anda!
Dalam perniagaan Internet, perniagaan yang berjaya mengumpul banyak nama dan email prospek sering kali adalah perniagaan yang dapat menjaminkan kejayaan. Sebagai usahawan MLM online juga, lebih banyak nama dan email yang dapat dikumpulkan melalui laman web anda, lebih berjaya perniagaan MLM anda- dijamin!
**Penting untuk tahu bahawa, nama dan email pastikan datang daripada PELAWAT ANDA. Dan bukannya dibeli dari sumber-sumber yang menjual 50,000… atau sejuta email. Kerana, menghantar maklumat anda ke senarai email yang dibeli hanya mengakibatkan SPAMMING dan akan menjatuhkan kredibiliti anda dan pastinya akan merugikan perniagaan anda! (rujuk tip hari pertama di sini)**
Di Seminar Lipat Ganda MLM saya akan dedahkan bagaimana anda boleh menambahkan lagi prospek anda menggunakan Internet dan mengautomasikan 80% daripada kerja jualan anda! Tidak perlu lagi melakukan follow up secara manual, dan smeuanya dilakukan secara automatik untuk menambahkan jualan, prospek dan downline anda.
Sertai saya pada 29hb May ini, di Cititel Kuala Lumpur pada pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari (boleh bawa keluarga sekali sambil-sambil mereka shopping di Mid Valley) 😉 Ikuti klip YouTube saya di bawah…
http://www.youtube.com/watch?v=t4pjdXnNrh4
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Ya… betul kata IK..
Cuma nak buat ayat yang power2 tu yang nak kena pandai mengayat…
Memang patut semua affiliate kat malaysia ni hadir seminar IK.
Salam Dr
Terima kasih kerana menganjurkan kursus MLM ni. Saya dah register untuk sesi 29 May 10.
Berminat untuk belajar lebih lanjut walaupun dah mula serba sedikit menggunakan autoresponder.
Hi IK,
Lama tak dengar pasal Workshop Jutawan Internet IK???
Bila lagi diadakan di KL…?
Lama dah saya menunggu…simpanan dah cukup untuk join nih…
Harap dapat diadakan masa terdekat…bukan apa, takut habis pulak wang nyer..
Salam…salam…
Nak guna autoresponder, rasanya tak termasuk dalam bajet lg buat masa sekarang ni.
Cuma apa yg termampu, create group kat facebook, pastu invite rakan2 atau pun pengunjung laman web utk join sama.
Dia punya fungsi tu ada la sikit2 ala autoresponder… 🙂
Memang betul tu senarai nama prospek penting untuk perniagaan anda dimana dengan senarailah anda akan membuat jualan ulangan
Satu lg seminar yg memberi pengetahuan pd penggiat MLM..Tahniah IK!!
Seminar yang bermanfaat untuk pengiat MLM seperti saya. Terima kasih IK.
macam nak apply herbalife dalam sistem internet yg dibuat oleh taiwan je
Hebat tapi tak dapat join tarikh ni insyallah saya kan daftar tarikh yang akan datang (kalo ada) 😉
Salam IK.
Terima kasih di atas artikel pada minggu MLM ini.
Saya nak tanya, adakah artikel2 ini disebabkan IK telah menyertai MLM? 🙂
Maka ini adalah satu teknik marketing untuk menarik lebih ramai peminat IK untuk menyertai MLM bersama IK?
Kerana kalau tak silap saya, sebelum ini, IK ada menyatakan IK tak pernah join mana2 MLM .
Dengan Telaga Biru adalah yang pertama.
(adakah saya tersilap? sila betulkan ye kalau-kalau saya tersilap.)
terima kasih.
Asslamualaikum IK,
Sebelum ni saya tak pernah menggunakan autorespender. Tetapi selepas seminar percuma IK tajaan stormreaders di hotel vistana, memang telah terbukti ia bekesan. Sekalung terima kasih saya ucapkan pada IK kerana memberikan ilmu yang bermanfaat untuk dipratikan.
Untuk pengetahuan IK, semua website saya dah ada autoresponder. Dengan adanya sistem ini, kita hanya buat kerja sekali sahaja. The rest sistem uruskan. Tak ke menarik ?
Shamsul
http://www.rahsiastormreaders.com
http://www.mentorjutawanebook.com
salam,
Terima kasih IK atas tip yg sgt b’manfaat utk penggiat MLM secara online, mb ada beberapa perkara yg kita terlepas pandang dan ambil mudah. Satu perkongsian yg hebat!!
trima ksek saudra irfan..semoga anda trus maju dlm bisnes anda dan sy..