Mentor Jutawan: Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah

Kali ini sedikit sedutan dari Mentor Jutawan Dato’ Dr Fadzilah Kamsah…

===================

Saya lihat perniagaan Dato”™ “˜Excel Training & Consultancy”™ amat berjaya Alhamdulillah. Apa tips untuk jadikan perniagaan itu berjaya?

DDFK: Untuk berjaya dalam apa perniagaan pun, kita mesti ada niche atau bidang yang kita pakar. Sebenarnya Irfan Khairi berjaya kerana pakar dalam bidang yang orang lain tidak nampak sebelum ini. Motivasi pula saya adalah antara kalangan yang tertua. Jadi kita jadi yang pioneer… (edited)

Pada pendapat Dato”™, di Malaysia ini, ada tak banyak ruang untuk memulakan perniagaan yang baru (pioneer)?

DDFK: Masih banyak lagi. Saya baru masuk kedai Sup and Bun. Perniagaan yang simple sahaja. Sup Ekor dan roti.Tapi oleh kerana presentation yang luar biasa ramai yang berkerumun. Apa yang kita buat sebenarnya boleh menjadi pakar, tetapi dengan syarat mesti kreatif, mesti luar biasa, mungkin produknya sama, cuma pakejnya berbeza. Kita cuma inovasi, dan ia akan menjadi luar biasa. Dan untuk mendapat inovasi, kena mendapat ilham dari Allah, kena buka pintu hidayah, dan bersihkan hati kita luar dan dalam… (edited)

===================

Ulasan jawapan DDFK: Saya ingin DDFK dedahkan apa yang membuat perniagaannya (motivator/trainer) berjaya sehingga beliau menjadi motivator #1 di Malaysia, dan secara telus DDFK menjawab, menjadi pioneer! Begitu juga dengan saya katanya.

Sememangnya menjadi pioneer, atau pertama dalam industri akan memberi pulangan yang lipat kali ganda kepada anda. Namun, soalan utamanya adalah, adakah lagi ruang untuk menjadi pioneer? Sudah tentu ada! Jawapannya adalah dengan mencari niche sendiri.  

mentorlogo-small.gifBanyak lagi tips-tips bagaimana hendak menjadi hebat dalam perniagaan daripada DDFK. Yang saya berikan di atas ini pun sikit je dan saya dah tebuk2 untuk tujuan preview. Jadi, bagi anda yang belum dapatkan Mentor Jutawan, dapatkan di sini. Memang terlalu banyak permata2 yang disampaikan oleh 8 Mentor Jutawan! 

Tip panas untuk affiliate: Tahniah kerana ramai juga telah memperolehi pendapatan dari program affiliate Mentor Jutawan. Ada affiliate yang mendapat dalam lingkungan RM200 hanya selepas 48 jam menyertai & promosi. Buat masa ini, menurut statistik Mentor Jutawan, bagi setiap 70-80 orang pelawat, seorang akan beli. Dalam kata lain, sekiranya ada 70-80 orang klik banner anda, selalunya anda akan dapat RM10. Mudah kan? Jumlah RM akan meningkat mendadak sekiranya yang klik adalah targeted (kumpulan yang berminat dengan perniagaan & nak jadi jutawan).

Saya akan terus tweak laman web Mentor Jutawan untuk memastikan convertion rate (nisbah pelawat kepada pembeli) semakin baik, jadi, memudahkan anda mendapat RM! Bagi yang belum daftar untuk affiliate, boleh daftar di sini.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

33 thoughts on “Mentor Jutawan: Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah

  1. creativity
    itulah yg saya perlu ada sekarang.
    dalam apa jua perniagaan, creativity perlu ada,barulah perniagaan kita mndapat perhatian orang ramai.
    seperti DDFK ulas, bersihkan hati kita luar dan dalam.dengan cara ini kita dapat membuka hati dan minda kita kpada perkara2 baik dan menguntungkan =)

    nasihat yg sangat berguna.simple but awesome.

    http://wordsofsaramsak.blogspot.com

  2. Saya memang minat dengan cara Dr.Fadzilah memberikan kata-kata hikmat yang boleh menggegarkan semangat kita. Kedudukan rumah saya berhadapan dengan bangunan sekolah menengah d Muar, jadi sebelum 7.30 suara rakaman suara beliau berkumandang dari hari Isnin sampai Jumaat.

    Apa yang dikatakan oleh Dr.Fadzilah dalam Mentor Jutawan memang ada kebenarannya. Setiap perniagaan yang hendakkita mulakan mestilah dari niche yang kita minat. Ini akan membantu perniagaan kita sentiasa maintain atau bertambah baik kerana kita akan sentiasa mencari dan mencari ruang dan peluang baru.

    Sekiranya kita tidak berminat..ibarat terpaksa maka apa yang di buat adalah acuh tak acuh sahaja. Ada kalanya kita berminat setelah melihat atau membaca sesuatu. Dari itu cuba baca ebook Mentor Jutawan agar anda menjumpai minat anda yang sebenar.

    Fikir-fikirkanlah…..ARB Dagang.

  3. salam..

    huhuu… belum ada kesempatan utk beli ‘Mentor Jutawan’.. balik Malaysia nnt, insyaallah, baru nak beli.. anyway, dah jadi affiliate.. hee~

    “Jadilah insan biasa yang luarbiasa hebatnya”

    -RuhanaRazak

  4. Salam buat semua,

    Terbaca aje kisah “kedai Sup Ekor dan roti” itu teringat saya dahulu masa makan pertama kali dikawasan tempat medan ‘Benteng’ (area sg.bonus KL dekat-dekat semua House kalau tak silaplah..)

    Huuh tak sangka benda cam tu leh jual kat kedai sekarang, tapi tak mustahilkan. Tapi masa tu roti cicah ngan sup ekor tu roti biasa aje bukan gardinea (maaf kalau salah ejaa ye..)

    Saya setiap masa sentiasa memikirkan bahawa tidak ada sesuatu pun yg Allah ta’ala jadikan dgn sia-sia.. Jadi utk jadi yg pertama kita perlu kajiselidik dahulu dan cuba try test tengok baru nampak apa sambutan org ramai nanti..

    Buat masa ni saya lebih suka mengumpulkan seberapa banyak idea kreatif yg mengalir bagai air di minda saya.. maka sentiasalah kena stand-by kertas/pen dipoket buat mencatatnya..

    Bak kata kata-kata hikmah: kalau kita bersedia utk belajar sesuatu yg baik maka guru yg baik akan hadir dlm apa jua keadaan mahu pun situasi org perseorangan.

    Sptmana terbitnya ebook ‘Mentor Jutawan’ merupakan sesuatu yg perlu didedahkan buat sesiapa yg mahu berjaya dlm apa jua bidang yg diceburi.

    Tahniah buat sdr IK..

  5. Impressions (unique / all) 2013 / 2433
    Sales 0

    ini saya punya statistik untuk 2 hari
    Macam mana saya nak tingkatkan sale?

  6. mawi > impression dengan klik berbeza. kena tingkatkan klik dulu, baru sales naik.

    amin> insyaallah… Mentor Jutawan ni kira test round. nanti yang lain2 akan susul kemudian. lagi meletup 😉

  7. Salam IK…

    Saya dah join affiliate, so far baru dpt 3 org…saya belum beli ebook tu lagi…

    tengah tunggu nih.. 🙂

    All the best utk semua yg dah join..

    Salam…

  8. Salam IK dan semua pembaca,

    Saya pun dah beli ebook ni dan
    akan menelaahnya sebaik mungkin.

    InsyaAllah saya akan review
    di blog kemudian.

    Saya memang kagum dengan semua
    jutawan yang terlibat dalam
    mentor jutawan ni dan perkongsian
    mereka memang tidak ternilai.

    Terima kasih mentor jutawan!

  9. Oopps..Untuk pengetahuan anda, Irfan Khairi TIDAK terlibat dalam mana-mana aktiviti berikut:

    Menyertai sebarang skim MLM Internet
    “Menyertai sebarang skim “network” di Internet”
    “Menyertai sebarang skim yang perlu mencari “downline” atau “ejen” atau “ahli””
    Menyertai sebarang skim “autosurf”
    Menyertai sebarang skim berbentuk “piramid”
    Menyertai skim yang mengiklankan mendapat wang melalui surfing dan membaca email

    Mungkin irfan boleh beritahu apa beza network dan ejen dengan program affiliate, banyak yg kurang faham termasuk saya yang baru belajar.

  10. Assalamualikum ik….

    wah, banyaknya respon pasal affilate dr.ik nie…
    seronok plak…heheheheh

    pasal ulasan DDFK plak…memang betul…kalau tak salah saya, dalam bengkel dr.ik pun ada sebut pasal niche kan???

    pagi tadi pensyarah ada bagi soalan on d sport…
    sape idola, matlamat, cita2, kelemahan, kekurangan, ect.

    Alhamdulillah saya tak ada sebarang masalah dalam menjawab, sebab start saya mengikuti blog ik n selepas baca mentor jutawan, dengan relax je saya jawab matlamat saya 5thn akan dtg, 10thn akan dtg, cita2 saya, kelemahan, kelebihan….ect

    Alhamdulillah saya boleh jawab dengan yakin sebab saya dah nampak dengan jelas apa yg ada & tiada pada dri saya dan apa matlamat saya…

    once again, thanks to ik and another 8 successfull people in mentor jutawan…

  11. Baru jumpa DMFK ahad lepas..
    DMFK bagi ceramah di sini.
    Memang best!

    Penat ketawa 🙂

    p/s: DMFK suka kata dia hensem 🙂 memang hensem

  12. Salam…
    En Irfan nak tanya sikit…
    misal kata la ada satu orng tu free register dia akan dapat satu url promosi…
    kemudian dia free register satu nama lagi under url yang dia dapat tadi..
    kemudian sekali lagi dia free register bawah akaun kedua dan membuat bayaran ebook ini..
    maka itu dia akan dapat RM10 + RM2..keseluruhannya dan saya akan dapat promosi sahaja…

    Cadangan …
    Setiap org yang mahu menyertai program ini perlulah mambuat bayaran…RM40 tu kecil dan berbaloi untuk buku yang yang setebal 250 muka surat ni.
    saya yakin semua org bersetuju dengan cadangan saya..

    Slamatkan Ebook MENTOR JUTAWAN

  13. maksudnya, siapa yang beli ebook Mentor Jutawan sahaja boleh meyertai affiliate?

    boleh di pertimbangkan. apa apa pun, untuk minggu ini affiliate free. minggu depan?? tunggu….

    apa pendapat yang lain. kebaikannya adalah jumlah affiliate limited. oleh itu, mudah siapa yang dah beli je buat promosi. kurang persaingan, maka tambah pendapatan.

    -ik

  14. Salam IK..

    Sy dah join affiliate tp tak tau nk buat camna dah?confuse..

    link banner tu copy pas tu paste kat page mana?
    Kna buat website dlu ke baru bleh letak banner?

  15. yup.

    cam bonus la sapa beli ebook tu bleh join program ni.
    minta di segerakan bagi mengelakkan dimanipulasikan oleh kaki2 affiliate. 😛
    kos promosi dah abis byk ni.

    terima kasih

  16. kalau mcm tu, sape2 yg dah register affiliate tanpe beli buku kene dibatalkan ke membership die kalau die xbeli langsung ebook?
    saje tanye… =)

  17. Salam,

    Saya bersetuju dengan Mawi.Mungkin IK perlu pertimbangkannya.X guna seseorang tu promote ebook Mentor Jutawan tapi tidak memilikinya.Program affiliate amat besar maknaya bagi yg berpendapatan rendah.Kita perlu ada knowledge mengenai sesuatu produk yg ingin dijual…..

    Saya dah membeli hari ini tapi belum memiliki.Terima kasih banyak2.Dari testimonial yg lain saya yakin ebook ini akan lebih memberi motivasi dan informasi kepada saya.Sebelum ni saya dah memiliki buku Rahsia Jutawan Internet dan ebook membina laman Web 123.Tengah mengumpul duit untuk membeli 101 Promosi.Tapi untuk ebook Mentor Jutawan saya x teragak2 mengeluarkan separuh simpanan saya yg sebenarnya untuk membeli 101 Promosi.Terima kasih…. Anda adalah Idola saya.

  18. IK,

    Berdasarkan apa yang pernah saya pelajari dalam workshop, IK ada menyebutkan perlunya meletakkan gambar untuk menambah kepercayaan orang terhadap laman web tersebut.

    Untuk laman web IK kali ini, tiada gambar langsung. Adakah ini strategi baru? atau inikah cara design minisite yg sebenarnya?

    Harap dapat beri tunjuk ajar.

    Terima Kasih.

  19. mawi > bab manipulasi, jangan takut. kami ada krew untuk pantau semua jualan secara manual… jadi sebarang manipulasi, akan kena terus ban. Infact, sejak lancarkan, dah 2 kena ban kerana cuba manipulasi.

    hartini> mengenai permintaan buka affiliate kepada pembeli sahaja, perlu dilihat dari banyak sudut. so far, top 5 affiliate mentor jutawan (berpendapatan >RM100) semuanya memiliki ebook mentor Jutawan. jadi, basically pemilik buku sememangnya mempunyai advantage sedia ada 🙂 tinggal nak buat atau tidak je.

    Zamri> ebook cover… hmmm… agaknya ada sebab tak saya tak buat ebook cover? dah la saya seorang designer 🙂 tambah, tak siapa lagi tanya pasal kenapa Mentor Jutawan takde domain sendiri… pelik betul strategi IK kali ini… insyaallah, nanti ada la ebook cover tu.

    amalia > dengar apa yang saya ajarkan di workshop. jangan ikut contoh mentor jutawan 🙂 Strategi mentor jutawan perlu pengalaman lebih sikit, dan tak semua boleh buat lagu ni. So, stick to apa yang di ajar di workshop. insyaallah, nanti saya akan kongsikan.

  20. Abang Irfan saya create blog hebat khas untuk abang irfan kalau saya dapat bertemu bergambar ngan abang saya akan create satu blog terbest di Dunia

  21. Fuh, saya agak IK wat testing pada launch ebook mentor jutawan ni sebab tu banyak benda yang luarbiasa dan pelik pada web jualannya.Nak tunggu IK kongsikan rahsianya ni.Mungkin new approach ni

  22. saya kerap melayari website anda… saya adalah salah seorang peminat dalam bidang jutawan internet…….. anda tak berminat ke nak buat di kota kinabalu, sabah….
    susahle kalau nak gi kl.. saya amat berminat sekali dengan kursus anda

  23. Salam IK dan semua pembaca,

    Dr. Fadzilah ni memang salah seorang
    pakar motivasi yang saya cukup suka.

    Dalam e-book Mentor Jutawan ni
    pun banyak perkara yang dapat
    dipelajari dari beliau. 🙂

  24. Dato Fadzilah adalah idola saya.saya kagum dengan gaya berintraksi beliau.IK juga adalah impirasi untuk org seperti saya menjadi tabah dalam kejayaan dan kehidupan….impian saya di masa depan adalalah untuk jadi seperti IK…dulu saya rasa org seperti saya tdk layak untuk jadi org seperti IK..tapi tdk sekarang….alahamdulillah…terima yang tidak terhingga kpd IK..

  25. saya minat sgt dgn Dato Fadzilah,saya tak faham pasai e book ni.minat nak jadi jutawan tapi camna……

  26. salam..
    saya bru saje lpas mndngar talk dr irfan di UTeM Melaka pd hr rabu lpas..umur saya bru sahaja 19 tahun.ttapi saya rase msh blom terlmbat lg untuk saya mempunyai azam yang yang tinggi untuk menjadi sperti apa yang igin sya impikn pada masa yang saya sendiri tetpkan.
    saya rase teruja dengan apa yg dr irfan smpaikan dan kagum dengan pencapaian yang diperolehi oleh dr irfan dlm usia yg masih muda.saya telah menyeru kpd diri saya sendri bersama2 anak2 melayu diluar sane agar sedar dengan kemampuan diri sendiri dan plez think out of d box..
    jadi apa yang kamu impikan..=)

Leave a Reply

Your email address will not be published.