Alasan tidak dapat memulakan perniagaan yang paling menjadi kegemaran ramai sering saya dengar adalah :-
“Tak ada modal… macam mana nak mulakan perniagaan?”
Jawapan saya adalah, always mulakan secara kecil-kecilan dulu. Jarang saya galakkan menggunakan pinjaman daripada Institusi kewangan. Gunakan duit sendiri atau keluarga yang memahami. Bila kita bermula kecil, makin banyak ilmu yang kita akan pelajari dalam membesarkan perniagaan kita.
Satu pilihan memulakan perniagaan tanpa modal (atau modal minima) adalah dengan menjalankan perniagaan berbentuk “affiliate” di Internet. – Perniagaan affiliate ialah apabila kita menjual produk usahawan Internet lain melalui laman web kita dan mendapat komisyen daripada hasil jualan.
Ramai yang beranggapan atau fikir, perniagaan berbentuk affiliate adalah perniagaan kecil-kecilan dan hanya wujud secara sampingan.
Sebenarnya, untuk berjaya dalam perniagaan affiliate, anggaplah perniagaan tersebut adalah perniagaan utama anda!
Berikut adalah tiga contoh laman web yang berkonsepkan menjalankan perniagaan affiliate (perniagaan Internet tanpa modal) :-
- http://www.livingroom.org.au/photolog/ Laman ini menjual berbagai-bagai jenis kamera- tanpa mereka menyimpan stok satu kamera pun! Dengan hanya menyertai program affiliate daripada Amazon.com
- http://www.gatzet.com/ juga adalah peminat gadget-gadget canggih dan menjalankan perniagaan Internet tanpa modal dengan menyertai program affiliate!
- http://www.thetoyreview.com/blog/ pula adalah usahawan yang berminat menjual permainan kanak-kanak, tetapi tidak menggunakan sebarang modal – hanya dengan menyertai program affiliate perniagaan internet lain yang menjual permainan di Internet!
[Bersambung di “Menjalankan perniagaan Internet TANPA MODAL (Bahagian 2)”]
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021