Menjadi personaliti perniagaan anda

Terima kasih atas ucapan takziah dan doa anda semua.

Life goes on!

Anda perlu menjadi seperti personaliti perniagaan anda. Maksudnya, sekiraya anda menjual barangan untuk bersenam, pastikan diri anda juga selalu bersenam dan mempunyai gaya hidup yang sihat.

Sekiranya anda menjual barang kecantikan, pastikan anda juga menggunakan barangan kecantikan tersebut dan mencantikkan diri anda sendiri.

Sekiranya anda seorang pakar motivasi, anda juga perlu mempunyai motivasi yang tinggi dan mengamalkan apa yang anda ajar.

Teringat saya pesan Dato Dr Fadzillah Kamsah, takkan pula nak jual ubat jerawat, tapi wajah kita dipenuhi jerawat!

Ini penting kerana anda sendiri menjadi iklan kepada perniagaan anda. Patikan anda hidupkan nilai-nilai dan gaya perniagaan anda oleh kerana anda adalah personaliti perniagaan anda!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

28 thoughts on “Menjadi personaliti perniagaan anda

  1. Salam,

    Tidak terlewat untuk menyampaikan ucapan takziah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
    Al-fatihah.

    Sebelum pelanggan membeli sesuatu produk mereka akan memerhatikan penjual terlebih dahulu. Jika kita didatangi oleh jurujual menjual produk dengan keadaan yang tidak menyenangkan, berpakaian lusuh, rambut tidak terurus dan berbau busuk adakah kita sanggup membeli daripadanya. Personaliti seseorang itu mempengaruhi produknya. Kita semua adalah pelanggan dan pernah mengalami pengalaman ini.

    Ahmad Azal Afarok
    http://www.binausahawan.com

  2. Salam,

    Ya,satu lagi teknik promosi/pemasaran yang kita sering terlupa atau tidak ambil berat..dengan cara inilah kita dapat mendekati hati pelanggan..(tetapi aku masih seperti dulu) hmmm..

  3. saya setuju dgn irfan…
    kalau kita nak beli ubat jerawat pun, kita pun akan tgk juga yang penjual tu ada jerawat tak…hehe

  4. Salam Takziah pada saudara irfan di atas musibah yang menimpa …

    setiap personaliti yang di nampakkan melalui sosok yang begitu menarik pasti menjadi tumpuan orang untuk mengetahui lebih mendalam akan sesuatu …

    penampilan juga tidak cukup untuk menilai akan sesuatu tetapi sebaliknya dengan kehadiran akal dan minda yang kreatif lebih menuju kepada kesempurnaan pada sesuatu ..

    all the best ape yang kita fokuskan dalam apa jua kita lakukan ….

    usaha dan terus usaha kerana TUHAN TELAH JANJIKAN pada orang yang rajin berusaha akan nikmat bakal di perolehi dan di rasai …

    amin …

  5. strategy ini sering digunakan oleh mereka yang berjaya dalam MLM. apabila berjaya, menggunakan kereta besar & rumah besar untuk menunjukkan kredibiliti perniagaan mereka.

    bukan maksud tip ni kalau anda jual laptop yang berbagai jenis (acer, ibm, compaq,dell), semua laptop anda perlu miliki dan guna 🙂

    maksudnya, anda sebagai personaliti, perlu menggambarkan apa yang dijual. dalam kes ini, anda perlu pandai selok-belok laptop & IT. kalau gaya ada sedikit nerd, dapat juga membantu 😉

  6. Betul tu..
    Untuk meningkatkan jualan adalah dengan banyakkan promosi. Salah satu cara promosi yang terbaik adalah “Guna Produk Sendiri”…..

  7. Apabila saya baca sebuah buku tentang rahsia jutawn, saya sangat terharu dengan kejayaan anda. saya mahu tahu bagaimana hendak membuat lelaman web sendiri. Adakah ia dibayar dan apa yang membuat perniagaan anda berjaya?

    semoga di jawab dengan secepat mungkin
    terima kasih

  8. Setuju sekali.. Boleh lihat contoh CEO Al Jabbar yang mempromosikan produk beliau dengan hanya menonjolkan diri.. Dengan kekemasan dan keyakinan beliau mampu menarik orang ramai untuk membeli produk beliau…

  9. Hai raihan saya harap saya dapat menjawab persoalan anda. Untuk membuat laman web sendiri memerlukan modal. namun ianya tidaklah mahal.sepertimana dalam buku RJJT untuk membina web sendiri ianya dalam Rm500 ke bawah. Untuk mengetahui lebih mendalam lagi saya sarankan anda mengikuti workshop irfan khairi untuk meningkatkan ilmu dalam bidang yang anda maksudkan. Terima kasih kerana saya dapat berkongsi pendapat kepada anda.

  10. TOLONG!!! saya memerlukan pertolongan..saya dah pergi seminar irfan bulan januari 12/1/08, tolong komen saya nyer website n saya juga tgh cari pereka website yg tak mahal..n boleh tolong selesaikan masalah website saya. sila email ke muslimah@muslimahchantik.com (online boutique for muslimah)..tolong bg komen jugak yg lain2 ya..terima kasih.IRFAN! TAKZIAH…TUHAN NAK BAGI LEBIH LAGI TU SEBENARNYA….

  11. Ya, benar sekali…

    Sebagai seorang jurujual yang profesional anda perlu jadikan diri anda sebagai MODEL pengiklanan yang pertama. Ini kerana sebelum membuat keputusan, prospek atau pembeli sudah pasti akan menilai diri anda terlebih dahulu..

    Salam kekayaan,

    Thinkerich

  12. Saya sokong. Rakan-rakan sekalian,berniagalah apa saja yang anda ingin niagakan…
    Letakkan jiwa dan ‘positive passion’pada produk anda sehingga anda dapat menerokai dunia ‘menguasai pelanggan’!!! Ingat : GOOD SERVICE BEGINS WITH YOU!

  13. Takziah dan Al-fatihah.
    Tip Satu Minit bukan saja sesuai utk golongan usahawan bahkan sesuai utk golongan pelajar juga.
    Terima kasih, byk membantu!

  14. first of all, salam TAKZIAH…
    btol tu doc..sy setuju..personaliti kita pun dah cukup untuk convince people tentang keberkesanan produk atau memberi keyakinan kepada orang terhadap perkhidmatan kita..sy dah bc buku doc..tapi sy ada banyak benda nak tanye…camner nak e mail doc ek???

Leave a Reply

Your email address will not be published.