Pastinya anda pernah dengar mengenai PERNIAGAAN PERTAMA di pasaran akan mendapat perhatian orang ramai dan mendapat pelanggan yang lebih ramai.
- Seperti Coca-cola menjadi perhatian kerana merupakan air karbonat pertama
- Seperti Colgate menjadi pilihan kerana merupakan ubat gigi pertama
- Seperti IK mendapat perhatian kerana merupakan pakar perniagaan Internet pertama
- Seperti Dato Dr Fadzilah kamsah menjadi piliham kerana seroang motivator pertama
Tetapi, sejauh manakah ini betul? Betul ke kalau kita merupakan perniagaan pertama sekali, pastinya ramai yang akan memberi perhatian? Sejauh manakah point di atas ni betul? Kerana…
- Coca-cola bukanlah soft drink pertama!
- Colgate bukanlah ubat gigi pertama di pasaran!
- IK semestinya bukan Internet Marketer mula-mula sekali di Malaysia!
- Sama juga my sifu Dato Dr Fadzilah Kamsah pun bukan motivator yang pertama!
Sebenarnya, perniagaan pertama, atau lebih dikenali sebagai “Pioneer” TIDAK menjanjikan perniagaan kita akan jadi top, dan menjadi pilihan.
Apa yang patut di ambil kira adalah perniagaan yang PERTAMA MENDOMINASI FIKIRAN ORANG RAMAI.
Jadi, tak semestinya sekiranya anda THE FIRST business. Ataupun PIONEER. Ataupun the FIRST COMER. Ia tidak menjanjikan sebarang keuntungan perniagaan.
Strategi yang sebenar adalah untuk menjadi pertama mendominasikan fikiran orang ramai dengan mesej perniagaan anda. Menjadi perniagaan pertama di pasaran akan memberi peluang yang lebih luas untuk melakukan ini. Tetapi, sekiranya tidak dilakukan dengan baik… nanti pesaing kedua… ketiga… keempat… atau kelima pula yang akan dominasikan fikiran pengguna.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Saya sangat bersetuju dengan pendapat IK…menjadi orang yang pertama yang mempelopori sesuatu buatlah tiket untuk terus menempa kejayaan dan kemasyuran..Yang penting bagaimana kita dapat mempengaruhi orang untuk mempopularkan idea kita itu…Lagi satu mestilah ikut zaman dan waktu…Yang penting perlulah ada strategi perniagaan baru boleh maju…tak boleh main redah je…
thanks IK !!
Saya akan gunakan tips kali ni untuk mengukuhkan lagi ‘branding’ dalam industri pembangunan diri. Thank you!
-Shueqry-
APA
KENAPA
BAGAIMANA
BILA
DI MANA
Perlu dalam perancangan dan strategi kita setiap hari.
Mungkinkah perlu pendekatan yang berbeza dan sentiasa ada pembaharuan yang berkaitan dengan keadaan semasa?
Pada saya mungkin perniagaan kita akan MANTOP jika mempunyai produk yang berkualiti, produk yang memberikan faedah untuk menyelesaikan masalah, service khidmat pelanggan yang top dan promosi yang top.
Salam IK dan kengkawan!
Apa yang paling penting walau kita bukan yang pertama adalah mengetahui teknik dan duplikasi kejayaan orang yang telah berjaya baru boleh berjaya dan jangan patah semangat jika mengetahui telah ada orang yang mendahului untuk mendapatkan yang pertama! 🙂
http://glowglokal.com/blog
Yang pertama dalam sesuatu perniagaan itu tidak penting!
Apa yang penting adalah matlamat pertama yang perlu anda letakkan adalah untuk menguasai pasaran dalam perniagaan anda…!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Ya betul bukan pioneer tapi kualiti dan cara promosi yang hebat
salam…bznes sebelom ni selalu xmenjadi..boleh kongsi petua? tima kasih..
Yap, sama macam Search Engine Yahoo dan Google.
Saper yang datang dulu, dan saper yang paling top sekarang? 😀
“perniagaan yang PERTAMA MENDOMINASI FIKIRAN ORANG RAMAI”
Pernyataan yang memerlukan pengorbanan yang besar…. TQ
Sebelum ini memang kita rasa takut untuk mula bisnes internet,ini mungkin kerana kita rasa kita baru dalam dunia internet.Mengikut apa kata DrIk bukan faktor siapa mula dahulu @ kemudian yang menentukan kejayaan tetapi faktor lain yang menyebabkan kejayaan seseorang dalam dunia perniagaan.
kelebihan mereka yang datang pertengahan dalam sesuatu niche adalah mereka dapat memastikan niche yang ingin dimasuki untung atau tidak dan juga dapat mengkaji strategi yang digunakan penggiat awal dalam niche tersebut dan seterusnya mencipta kelainan dan akhirnya berjaya menjadi yang terhebat.. itulah yang dr IK telah tunjukkan 🙂
saya tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh Irfan Khairi..
Memang menjadi pioneer dalam perniagaan tidak menjamin keuntungan..
yang penting cara kita mengaplikasikan strategi kita dalam perniagaan..
ini pernah terjadi kepada saya..
saya menjadi pioneer,dan pesaing mengkaji produk saya dan berjaya mendapat keuntungan 2kali ganda! waseh..
hmm..memang betol,
kita perlu kreatif dan fokus,
buat sesuatu dengan tersusun dan terancang,
orang pun akan nampak credibility kita dlam sesuatu bidang tu. Pandangan orang tu lah akan menentukan siapa yg akan conquer bidang tu!
Salam,
Menjadi pioneer adalah satu peluang untuk berjaya bukan satu kepastian untuk berjaya. Idea, kreatif dan ilmu adalah penentunya.
Pendapat saya…
…segalanya bergantung kepada strategi
dan momentom kita.
Sesiapa yang mempunyai momentom yang kuat
pasti mempunyai daya pecutan yang tinggi
lantas boleh mengatasi pioneer.
Kredibiliti, kualiti dan nilai. Inilah perkara yang menjadi tunjang sesebuah
kejayaan di dalam perniagaan.
Kita perlu 100% fokus,100% Original dan 100% pelik (kreatif le tu )….
Menjadi perniagaan pertama atau pioneer tidak menjanjikan kejayaan.
Tapi menjanjikan pengalaman…
Assalamualaikum IK & rakan2,
Menjadi perintis kepada sesuatu perniagaan adalah satu kelebihan. Jika kelebihan itu dimanfaatkan sebaik mungkin, saya berpendapat potensi untuk mencapai kejayaan lebih tinggi.
Sebaliknya kalau kelebihan itu dipersiakan, pasti ia memberi ruang kepada pihak lain untuk lebih menonjol dan dekat di hati pengguna.
Sapa yang dapat menawan hati pengguna akan ke depan mungkin kerana ia terawal atau dia mampu memanipulasi idea orang terawal untuk hasilkan sesuatu yang lebih menwawan hati pengguna.
jangan lupa …. KAIZEN!!!!
kalo kite boleh kawal minda orang rmai untk yakin ngan kite…perrgh! konpem berjaye!!