- Di mana ada McDonalds, di situ juga ada KFC…
- Di mana ada Haagan Dazs, di situ juga ada Baskin Robbins…
- Di mana ada Hard Rock Cafe, di situ juga ada Planet Hollywood…
Di mana ada perniagaan,di situ ada pesaingan. Strategi yang digunakan di sini adalah mengikut langkah pesaing. Bila pesaing utama menjalankan perniagaan di sesuatu tempat, perniagaan kedua akan menyusuli menggunakan strategi yang sama.
Dalam perniagaan, mengikut strategi pesaing adalah strategi yang sering digunakan. Tidak perlu penat membuat penyelidikan pasaran, gunakan strategi pesaing sahaja yang telah membuat penyelidikan pasaran. Menjimatkan masa & kos!
Tapi, meniru pesaing, ada kelemahannya. Jadi, sebelum meniru strategi perlu juga fikirkan…
Apa akan jadi sekiranya strategi pesaing itu salah, dan kita mengikut sahaja?
Apa akan jadi sekiranya pada pandangan mata, kita ingatkan kita sudah meniru strategy pesaing, tetapi pada perkara dalaman yang tidak boleh dilihat, kita tidak tahu apakah strategi rahsianya, dan menjadikan strategi yang ditiru tidak menjadi?
Apa yang anda akan lakukan sekiranya pesaing meniru strategi anda? Di samping itu, menggandakan keuntungan perniagaan anda sendiri?
Jawapannya ada dalam gambar di atas! (… dan juga di Workshop Jutawan Internet)
ps: Workshop Jutawan InternetΒ adalah terakhir pada harga promosi. Selepas ini, harga Workshop akan datang dinaikkan lagi. Bagi yang berminat menyertai pada harga promosi terakhir, klik di sini.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
bila pesaing meniru kita,kita ubah strategi yang lebih mantap.
Sudah tentu saya bengang jika ada orang lain yang copycat. Sebagai tindakbalas perbuatan pesaing tadi, saya terpaksa sentiasa meng’evolusi’kan perniagaan saya seperti keluarkan produk2 baru, promosi2 baru, turunkan harga (jika perlu), dll.
Kalau nak win-win situation, mungkin buat satu gabungan perniagaan dengan pesaing. Kalau ada cashflow yang kencang, buy over je pesaing tu!
Untuk mengikut strategi pesaing perlu ada strategi juga. Kita tidak boleh meniru bulat-bulat. Kita perlu cipta satu kelainan bagi memantapkan lagi perniagaan kita.
Cuba kaji kelemahan pesaing dan ambil peluang untuk meningkatkan/memperbaiki kelemahan tersebut dan gunakan dalam perniagaan kita. Cuba cipta kelainan.
Untuk mengguna strategi pesaing kita mesti menyediakan ‘back-up plan’ atau plan B kita sendiri supaya risiko dapat dikurangkan. π
Meniru strategi pesaing adalah satu risiko kerana kita tidak dapat lihat strategi dalaman (‘secret weapon’) pesaing kita. π
Jika pesaing meniru strategi yang kita, kajian perlu dilakukan untuk mengetahui apa kelemahan pesaing itu. Gunakan kelemahan pesaing kita untuk memperbaiki strategi yang kita gunakan.
Hisham;
“Untung batu timbul, untung sabut tenggelam” π
Bila ini terjadi lebih2 lagi pesaing yang meniru tu menang dlm pesaingan maka bagi orang melayu akan timbulnya perasaan IRIHATI dan DENGKI dan sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan pesaing tersebut bukannya untuk mencari peluang bagaimana nak meningkatkan prestasi perniagaan sendiri.
Saya tak percaya dengan cakap responder2 diatas ubah strategilah, mengevolusi perniagaanlah cipta kelainanlah. Itu semua cakap2 diplomatik.
apa yang mcd buat.. kfc akan cuba ikut.. begitu juga sebaliknya.. mereka sentiasa bersaing.. dalam bersaing mereka masih lagi mengekalkan jenama… itu yang baiknya… π
dimana ada KFC,di situ ada McD. haa…kat perlis je ada KFC tapi takde McD π
saya nak share 1 cerita..
1 hari saya tnapak biz oppurtunity dalam paper..ada satu company ni, tawarkan peluang kepada orang ramai utk buka francais..Mula2 saya excited sangat2! Tp at last, lps tahu company tu TIRU BULAT-BULAT 1 company lagi (yg brand nya sudah mndapat sambutan ramai), saya terus tawar hati…eii..TAK NAK lah!!
Ada ke patut..bukan jer nama hampir sama, tapi font utk tulis nama company pun SAMA! isy!isy!..tak patut betul..
Bdasarkan pngalaman saya, company yg tiru BULAT2 idea company yg dah mencipta nama dlm industri tu, mula2 mmg mcm nak “boom”, tp lama2 senyap sunyi..
Ada yg pernah saya jumpa, dah la tiru idea company org..siap buruk2 kan lagi co.tu… Tak patut..tak patut..
Kalau pun nak tiru idea pesaing, tiru sikit2 udah laa..bg saya, ada benda kita boleh tiru, dan ada benda yang tak boleh ditiru..Yg penting, JGN sesekali tiru BULAT2! Akibatnya..Bukan je org tak percaya kita, tapi orang akan lebih percaya kan company yg ditiru tu sbb mesti idea dorg sangat bagus,sampai ada company lain nak tiru… tak gitu? π
So, apa benda yang kita BOLEH tiru? dan apa benda yang kita TAK BOLEH tiru?…
Kalau dalam perniagaan internet,
boleh tak kita aplikasikan cara ini?
contohnya..Kalau pesaing/org yg buat biz seakan2 sama dengan kita buat PROMOSI kat satu website, kita pun buat promosi biz kita di situ juga..
ok tak strategi ni? Apa pro & kon nye?
Strategi ini memang menarik…
strategi adalah perkara yang tersusah…
kalau salah boleh rugi besar…
sebelum tiru strategi pesaing, kita kena kaji dan cari kelemahan mereka untuk mengatasi msalah tersebut…
Salam. Pesaing bagi saya adalah penting, jangan anggap itu sebagai penyibuk yang tidak menyenangkan dan menyakitkan hati anda. Be positive dan cari yang positif dari pesaing anda untuk memajukan perniagaan dan memberikan yang terbaik untuk para pelanggan.
Cuba cari apa yang pesaing anda tiada. Apabila anda mencipta sesuatu yang hebat, sudah pasti apa sahaja yang pertama itu akan jadi lebih diutamakan oleh pelanggan.
http://www.successidea4u.com
topik yang bagus ni…
nak jadi pesaing kepada sudoku,he,he.
suatu masa akan tiba satu-satunya pesaing kpd “sudoku”.InsyAllah.
betul tu..kite x leh tiru bulat2…kantoi nnt..
pada saya, orang yang meniru tak akan mendapat pengalaman yang diperolehi oleh orang mula2 memulakannya. yang penting kena ingat, rezeki dalam apajua bisnes adalah luas.
sebagai contoh, kalau kita nak beli ubat gigi, selalu kita tanya kat taukeh kedai tu, “taukeh, colget ada tak.” padahal, sepatutnya kenalah tanya, “taukah, ubat gigi ada tak?”
Kenapa jadi begitu? kerana jalan yang dirintis oleh colget sukar ‘dipecahkan’ oleh orang lain…
Siapa ada pengalaman dijatuhkan pesaing? Mungkin boleh kongsi sikit.
Di internet juga boleh aplikasikan strategi mengikut pesaing ini. Tiada masalah.
Cuma, seperti yang di sebut, ada kelemahannya. bukan setakat apa yang saya sebutkan sahaja, tetapi, daripada pemberi komen yang lain juga.
Antaranya adalah, meniru, tidak bermaksud anda mendapat pengalaman perniagaan untuk memantapkan strategi anda. Meniru bulat-bulat pula, anda akan jadi copycat.
Saya ada banyak pengalaman “percubaan” dijatuhkan pihak ke-tiga… (tak semestinya pesaing. bukan pesaing juga ada yang ingin jatuhkan kita tak tahu kenapa). tetapi, dengan ilmu dalam perniagaan yang mantap, insyaallah, segala percubaan boleh ditepis. Tu yang penting ilmu dalam perniagaan π
betul tu …saya pernah jumpa dengan “KLON Irfan”…
Nasib baik saya jumpa KLON tu lps hadiri workshop . Dapat lah saya bezakan yang mana kaca dan yang mana permata.. π
sy bukak perniagaan sybercafe,mula2 memberangsangkan tp mkn lame mkn kurg plangan,sy tk thu mcm mane nk atasinya,bleh tk bg pndpt n tip untuk atasi mslh ini disamping memajukan lg bisnes sy,
sy bkk bisness cyber cafe ade lak membe bkk kat kdi sebelah cyber cafe gak.past tu same plak ngan ape yg sy buat tu.past tu siap pujuk cust ke tpt dia.jgn la mcm tu.membe sy sebdri plak tu.sy rs mcm nak pindah bisness pon ade gak.sebab x nak gaduhh.itu je.tp bg sy cuba la cr satu bisness same xpe tp isi kandungan bisness lain la skit.hr nir hr kita besok hr org plk ,,,klu mcm nie bila melayu nak maju asyik nak meniru je..
bagi saya orang yang berpengalaman itu harus punya tanggung jawab berat semua bisnis cafenya itu.
ada orang yang mau buka restoran harus mempunyai idea atau akal supaya bisnis anda berjalan dengan lancar dan sukses.
bagi saya orang berpengalaman itu harus menpunyai tanggung jawab berat pada semua bisnis cafenya itu.