Adakah peluang perniagaan datang pada saya dengan sendiri? memang selalu peluang perniagaan datang kepada saya- tetapi, kebanyakan yang datang pada saya tidak begitu menarik atau berbaloi untuk difikirkan.
Sering kali, saya sendiri memaksa diri sendiri mencari dan mengejar peluang perniagaan!
Antara kita, ada yang suka menunggu peluang datang kepada mereka. Menunggu bila tibanya “big break”. Menunggu segalanya disuapkan.
Tetapi, apa yang membezakan mereka yang mencapai kejayaan cemerlang, adalah mereka mengejar peluang perniagaan. Mereka mencipta peluang sendiri. Mereka mencari dan menangkap peluang yang sering kali BUKAN di depan mata.
Sekadar contoh:Â
Adakalanya kami mendapat email dari pembaca bertanyakan, “Bila nak buat seminar di Klang? Kalau anda lakukan seminar di Klang, saya pasti akan hadiri!”. Klang dan KL bukan jauh sangat bang! 🙂
Ada juga pembaca yang sanggup menaiki bas dan bermalam dalam bas dari Kelantan atau Perlis ke KL untuk menghadiri seminar. Alhamdulillah, sehingga kini, ramai yang melalui pengorbanan sebegini telah berjaya!
Anda tergolong dalam golongan yang mana? Adakah anda lebih suka tunggu peluang perniagaan datang kepada anda? Atau adakah anda suka berlari mengejar peluang perniagaan?
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Dulu sy tertanya kenapa anda menjadi icon kepada para penggemar internet business.
Rupanya anda sgt istimewa kerana cara anda berfikir.
Saya suka mencari peluang….
Saya tak suka menunggu
Bertindak segera!
sekiranya mahu kita akan mencarinya..
take it or leave it
ilmu tidak boleh diwarisi…ilmu perlu dicari dan dicari seterusnya dipelajari dan di praktikkan….ilmu perlukan usaha dan pemgorbanan.
berilah sesuatu sebelum anda memperolehi sesuatu yang anda inginkan…
wah mcm pakar motivasi pula..he he
Orang yang mencari sahaja yang akan dapat.
So, kalau tunggu bulan jatuh ke riba sampai bila pun tak akan dapat.
Selalunya bila melalui kepayahan, mereka terpaksa meancari balik apakah pulangan pengorbanan dan kepayahan mereka itu.
Hasilnya pasti akan memuaskan.
peluang memang ada di mana-mana dan bila-bila masa. orang berniaga sentiasa melihat peluang dan mencipta peluang. Biasanya yg berjaya dlm perniagaan akan mengambil peluang sebelum orang lain nampak.
contoh: mendiang tan sri lim goh tong, melihat peluang perniagaan dgn mencipta taman tema di genting yg sewaktu dulu tiada seorang pun terfikir akan menjadi tempat peranginan yg terkemuka.
banyaklah lagi peluang-peluang yang sentiasa ada di keliling kita.
seorang peniaga nasi lemak mungkin melihat peluang perniagaannya di sekitar perumahan yg mempunyai kepadatan penduduk yg tinggi atau
seorang pelajar melihat peluang berniaga sambilan dgn menjual nasi lemak di asrama..
ringkasnya, peluang ada di mana-mana dan anda perlu menjadikan peluang kepada keuntungan perniagaan anda..
Lihat http://alphalipid.fotopages.com untuk peluang perniagaan kesihatan
slmt pagi,
mana ada kerjayaan yang datang mencari kita kalau kita tidak berjaya dulu…
kalau tak berlari mengejar kerjayaan, kegagalan mengejar kita dari belakang…
maknanya gagallah kita bila kegagalan tu berjaya mengejar kita…
so kita kena selalu mengejar kerjayaan baru boleh berjaya…
han
Assalam alaikum
apabila bercerita mengenai peluang, selalunya berlaku keadaan 5-6 peluang datang serentak.
Memang ujian Allah, nak uji kita bijak memilih atau kaki sapu. Adakalanya Allah hendak uji sama ada kita ini kaki bolot atau suka berkongsi peluang. Pertimbangan kita bergantung kepada gerak hati dan fakulti (minda) selepas menyenaraikan pro dan kon.
Peluang pada mata adalah sesuatu manis.
Peluang apabila diambil harus terima ringan atau beratnya.
Peluang itu saya lihat sebagai rezeki.
ZAMRI MOHAMAD
http://www.zamrimohamad.com
Salam Aura buat Saudara Irfan..
Kita telah berkenalan sewaktu rancangan AURA RASA terbitan Wayang Tinggi Production beberapa bulan lalu.
Tahniah untuk perkembangan terkini: rncngn JUTAWAN di radio24.
Tujuan sy menulis adalah untuk maklumkan bahawa episod AURA RASA untuk tuan telah ke udara beberapa minggu lalu di RTM1. Saya telah paparkan ulasan & gambar aura tuan di blog saya. Saya juga telah uploadkan sesi tuan bersama saya di ‘youtube’. Besar harapan saya, jika tuan dapat luangkan masa untuk ke http://www.7chakra.com/blog/index.php/category/aura-rasa/
kelak episod ini juga boleh ditnton di http://www.mych57.tv , buat masa ini baru 3 episod yg telah dikemaskinikan di web tv ini.
Mudah-mudahan peminat & penyokong tuan dapat banyak informasi darinya.. AURA JUTAWAN!!
Salam dari saya…
Dr Mir Hazil Azran Ramli
peluang memang sentiasa lalu di depan mata. tapi malang bagi mereka yang tunggu disuap kerana tidak mampu mengambil peluang itu untuk digunakan. mereka masih tunggu orang lain juga untuk mengambilnya dan kemudiannya menyuapkan untuk mereka. malangnya mereka tidak berjaya juga.
Saya telah menghadiri seminar anda di J.W. Marriott pada 4hb Nov. Saya memandu dari Alor Setar ke KL pada malam 3hb dan menghadiri semina anda pada pagi esoknya dan terus bertolak balik ke Alor Setar sebaik sahaja tamat seminar pada pukul 7pm.
Sehingga ke hari ini masih terasa letih lagi. Nak buat macam mana, saya tersepit di antara mencari ilmu dan tugas harian. Namun begitu saya amat berpuashati dari apa yang diperolehi dalam seminar tesebut.
Masalah saya dalam mengejar peluang perniagaan ini ialah perasan ragu-ragu terhadap barang keluaran saya. Setelah menghadiri seminar anda saya merasa barangan keluaran saya ini sukar diniagakan melalui internet, walaupun berkali-kali anda menyatakan dalam seminar tersebut kerepik dan serunding boleh dijual melalui internit.
Saya rasa, kalau boleh saya masih memerlukan sedikit lagi hidmat nasihat secara langsung dari pihak anda.
(Perniagaan saya ini dilakukan secara sambilan berdasarkan tempahan)
…Terima Kasih
alamat buat malu orang klang jek..
saya duduk klang, siap bodek hubby hantarkan lagi, now I can see the feedback.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih..You will appreciate your effort after facing all the trouble..
Mula-mula dapatkan peluang, dah ada peluang, buat saja apa yang sepatutnya dengan minat dan senang hati, rezeki pasti mendatangi anda berturusan semakin laju selagi anda dalam ‘haluan’ yang betul.
Tiada kebetulan bukan juga nasib…
WHEN WE WAKE UP IN THE MORNING , WE HAVE 2 SIMPLE CHOICES, GO BACK TO SLEEP AND EAM, OR WAKE UP AND CHASE THOSE EAM, CHOICES IS YOURS!
Hendak seribu daya. When you dare to eam, chase the eam now or you’ll eaming forever.
Peluang perniagaan ada di mana mana, terpulang kepada anda untuk rajin mencarinya..
Nak berjaya Paksakan diri dan bukannya manjakan diri….
Bersusah-susah dahulu dan bersenang-senang kemudian…
saya nak mengejar terlalu jauh hingga ke KL. saya di sabah la ni..jadi saya minta sangat la kpd irfan supaya buat seminar MIBO ni di sabah.. saya pernah ikuti sms saya lik ke KL, dia memang mantap! Klu irfan buat di sabah lagi mantap JOOO…
sangat sakit hati selepas beliau mati….genting adalah satu tempat yang “interesting”
work is only for people who don’t know how to fish
Assalam….sy nak mnta pndgan abg khairi….ttgg perniagaan yang blh dijalankan di hostel yang terletak dalam kem tentera…harap boleh bantu saya…saya perlukan duit sokongan sekarang
Ada yg menggangap pelik tapi tak kisah, ada yg menggangap biasa sebab tak pernah buat sedangkan itulah yg dicari kalau malas masak bila bangun pagi…
Ada yang pernah menjual juada pagi atau sarapan pagi seperti nasi lemak, goreng pisang atau apa apa sahaja makanan rutin harian. Kita tahu sarapan pagi menjadi satu keperluan pada semua orang setiap pagi tidak kira yang berkerja, duduk rumah, kanak-kanak, pelajar atau sesiapa sahaja. Ada suatu ketika perniagaan akan terumbang ambing dan kita perlu mencari alternatif lain untuk mencari pendapatan harian.
Dalam perniagaan pasti ada turun naiknya cuma kita kena pandai bermain dengan minda sendiri untuk mencari kelainan dan berusaha melawan kegagalan yang sedang dihadapi dan mencari jalan penyelesaian.
Sedang duduk-duduk di meja sambil melihat isteri menyediakan makanan pagi sebab ianya satu keperluan untuk kita serta semua orang untuk bersarapan sebelum pergi berkerja dan yang pasti ada orang di luar sana sedang mencari juadah pagi atau sedang makan di warung-warung kecil sebagai pengikat perut untuk mencari nafkah seisi keluarga.
Saya bertanya pada diri, kalau saya jual juadah pagi..bagaimana? boleh ke dapat menampung perbelanjaan harian keluarga? hummm! disebabkan pendapatan semakin merosot saya kena cari sesuatu sebagai ketua keluarga untuk mencari perbelanjaan harian untuk anak-anak dan isteri. Saya terfikir jika emak saya dahulu dengan hanya menjual mee goreng dan nasi lemak boleh membesarkan kami 8 beradik dan sayalah tukang jual dan tukang promote, mengapa saya tidak mencubanya..mungkin segala teknik dan cara menjual serta promosi 20 tahun lepas saya boleh dikemaskini dan mencari perubahan mengikut peredaran masa dan zaman, siapa tahu jika kena pada caranya tidak mustahil boleh hasilkan pendapatan ratusan ringgit dalam sehari.
Apa tindakan susulan saya dari pengamatan tadi? Saya pun mengorak langkah, buat analisis, kajian demi kajian, survey setiap pelanggan, kaji cara menjual dan promosi akhirnya!jika saya boleh hasilkan dalam lingkungan RM500 – RM1000 tidak sampai jam 12 tengahari dan jika tidak mengenal penat dan letih ia boleh dihasilkan lebih dari itu. Jika ada sesiapa yang ingin mencuba boleh bertindak sekarang!!. TAPI…
Beberapa kriteria seperti sudah tentu yang pertama tahu memasak pelbagai juadah pagi tidak kiralah nasi lemak, mee goreng, rebus, telur dadar, mata kerbau, kuih muih atau apa sahaja yang difikirkan boleh dijadikan sarapan pagi kepada sesiapa sahaja dan rasanya untuk melakukan semua ini tidak memerlukan modal yang tinggi dan jika tidak ada kemahiran memasak pun boleh meminta bantuan dari mak atau kakak dimalam hari untuk persediaan anda menjual esok pagi. Beberapa kriteria lain yang perlu ada ialah:
1. Tak kenal tapi mesra
2. Sabar
3. Malu biarlah bertempat
4. Khidmat Pelanggan
5. Komunikasi dua hala
6. Jaringan talian hayat – Telefon bimbit
7. Rangkaian internet – ofsyen
8. Komputer peribadi – ofsyen dan kalau mesti ada kenderaan.
Ini adalah 11 strategi unik yang saya lakukan dan memang agak pelik sedikit tetapi jika sesiapa yang telah mencubanya, diaorg boleh menilai sendiri sejauh mana keberkesanannya, TAPI jika belum pernah! jom ikut saya…
1. Bongkar Minda Jutawan-No 2 tidak akan wujud jika minda bawa tempurung tidak dibongkar!
2. Delivery Order
3. Juadah pagi tumpang sekaki
4. Warung Kopi Kedai Mamak
5. Siang Malam Jaga Pintu
6. Sekolah Bergerak
7. SMS Order
8. Online Order
9. Resipi Order
10. Pasar Tani
11. Nasi Lemak Lesen Bergerak
(teknik update dari 20th lepas ke 2010)
Terimakasih….