Mengapa ramai masih ragu-ragu membuat belian di Internet?

Sudah lama menunggu, tapi mana program affiliate Mentor Jutawan ni? 

 

mentorlogo-small2.gif

 

Kasi suspense sikit! dalam beberapa jam sahaja lagi laman web Mentor Jutawan + program affiliate akan online! So, bersedia ok! jangan lupa untuk daftar awal-awal!

By the way, terima kasih atas pembeli2 awal Mentor Jutawan- ramai tak di sangka-sangka. Belum ada website lagi tu! Saya masih menunggu beberapa sahaja lagi testimonial. 2-3 je lagi dah kautim 

==========

Sebelum tu, saya ingin buka satu perbincangan berkaitan dengan perniagaan Internet dan minta anda beri idea-idea yang bernas ok?

Soalannya!

Apa yang akan membuatkan seseorang itu takut untuk buat belian online? Mungkin anda mempunyai kenalan yang “tak percaya langsung” melakukan online transaction (atau tak tahu!). Bagaimana caranya untuk hilangkan keraguan orang beli online?

Sedikit cerita!

Ketika saya di UK 5 tahun dulu, saya dah tak pergi kedai runcit. Internet adalah lifestyle. nak beli barang2 runcit macam beras, telur, ikan, pisang, gula! semuanya  saya guna Internet je. Masuk laman web hypermarket, kemudian order segalanya. 3-4 jam kemudian, mereka akan hantar ke rumah.

Kita di Malaysia bagaimana?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

35 thoughts on “Mengapa ramai masih ragu-ragu membuat belian di Internet?

  1. ingatkan takde orang berminat untuk berbincang… rupanya ada “error” di page ni sejak pagi tadi 😉

    ingatkan semua tengah tak habis demam “mentor jutawan” lagi… demam tunggu affiliate tak start2 lagi ni… ;p

    ok… sekarang boleh mula bincang. error dah diperbaiki!

  2. hehe…saya pun pelik jugak takde yang komen.Ingatkan sebab tak ‘tapis’ lagi… ni baru saya nak komen 🙂

    Saya tak sabar nak tunggu program Affiliate 2 tier ni…

  3. Salam IK!
    Tula, pagi tadi lepas keluar posting ni ingat nak komen tengok² ada error sampai lepas jumaat! Nasib baik dah ok sekarang.

    Ok, pada pendapat saya jualan secara online ni masih baru di malaysia. Walaupun banyak website terutamanye forum yang membuat jual-beli secara maya ni, tak ramai yang berani meletakkan wang secara ‘maya’ tanpa melihat sesuatu barang itu secara fizikalnya. Pengguna ragu² kerana banyak mendengar cerita² -ve akibat ditipu oleh sesetengah penjual internet.

    Macam pengalaman saya sendiri, first time saya berurusan membeli barang di internet ialah bila saya menjual handpon saya di sebuah forum. walaupun banyak promosi dibuat tapi keadaan ragu² pengguna untuk membuat bayaran menyukarkan saya. Dari situ baru saya belajar sesuatu. TRUST & CONFIDENT. Bukan senang nak create kepercayaan orang ramai terhadap produk kita. Tapi syukur, lepas 3 bulan baru terjual handpon saya tu! Pembeli pulak di sebelah utara, saya pulak di sebelah selatan. Sekali lagi kepercayaan pembeli kita kena jaga. Dia dah deposit duit full payment pada kita, so kita kenala hantar produk tu pada dia sebaik mungkin! Siap bagi personal waranti lagi. Mula-mula dia nak bayar deposit dulu. Lepas hantar barang baru dia bayar full. Tapi dalam hati sya sendiri ragu². mana taknya, kalau tetiba dia tak bayar lagi separuh tu camana? tak ke naya! So, kepercayaan kene diwujudkan antara penjual dengan pembeli! macamana kepercayaan itu wujud? terpulang pada sikap masing².

    tentang pengalaman IK di UK tu, memang menarik. Saya rasa kat malaysia belum adalagi kott. Maybe kita boleh cadangkan pada hyper² market untuk buat macam tu

    Tu saja pendapat saya. Tak sabar nak tunggu program affiliate Mentor Jutawan 🙂

  4. Ye dah try pagi tadi nak bagi pendapat tapi page error la IK. Pada saya tahap pembelian secara online di Malaysia sudah agak baik ditambah lagi dengan revolusi yang dibuat oleh Air Asia, cuma saya rasa sebabnya adalah mereka tidak tahu bagaimana nak buat belian secara online ni ditambah lagi dengan kes penipuan di internet.Sekadar berkongsi anda juga boleh dapatkan Ebook percuma Panduan Membeli secara Online di Malaysia oleh sauadara Sham, nice info: http://rajaadsense.com/blog/download, ni bukan link affiliate ye.

  5. Salam,

    Apa yang akan membuatkan seseorang itu takut untuk buat belian online?

    Mungkin kerana laman web biasa nampak statik. (tidak seperti blog yang lebih mudah di update dan ada komunikasi)

    Mungkin juga kerana design website nampak kurang kemas & kurang pro menyebabkan pelanggan takut utk buat belian.

    Bagaimana caranya untuk hilangkan keraguan orang beli online?

    Salah satu cara, letak nombor telefon untuk dihubungi. Tapi, pastikan ada orang yg jawab panggilan nombor tersebut.

    Nampak simple. Tapi it’s works! 🙂

  6. Salam IK..

    Saya rasa mungkin atas sebab2 berikut :

    1)Cara hidup/budaya rakyat kita masih kuat utk bershopping dgn family & kawan2

    2) Kekurangan peniaga benar2 dikenali & dipercayai yg bekalkan produk/perkhidmatan secara online. Kalu ada pun sambutan secara online masih kurang kerana sebab yg pertama tadi iaitu rakyat kita lebih cenderung pergi membeli-belah sendiri. Boleh belek2 sebelum beli

    3) Faktor kemudahan utk membuat bayaran secara online. Sebelum ni terlalu begantung kpd kad kredit. Tapi sejak ada online banking yg memudahkan rasanya minat org ramai makin meningkat. Mungkin bank di Msia ni perlu ikut jejak Public Bank dlm memudahkan transaksi dgn PayPal.

    4) Mungkin kita rasa lebih berbaloi beli sendiri di kedai sbb nilai dulu sesuatu produk sebelum membeli. Mungkin ada yg pernah terkena pd cubaan kali pertama (spt saya.. 😉 Sale letter/promosi di Web bukan main berapi, tapi bila beli rasa x setimpal dgn faedah diperolehi. Seolah rasa tertipu. Lagi pun dalam jual beli sebaiknya si pembeli tahu kualiti produk terlebih dahulu sebelum membeli.

    Itu jer yg terlintas di fikiran sekarang. Mungkin suatu hari nanti kaedah di UK akan diamalkan di Malaysia. Tapi rasanya banyak perubahan yg perlu dilakukan dan pastinya makan masa. Mungkin kiter perlukan 100 usahawan seperti IK baru boleh ke arah itu. 😉

    P/s: Esok saya akan join Dinner MIBO. IK akan turut serta kan..? Jumpa di sana ya..

  7. patut la…org malaysia ni msh ramai yg takut,takut tak bersebab atau tak ada sebab.mungkin masih ragu2 dan takut tertipu,masih belum cukup terbuka dgn sistem belian online,suka beli kat pasar mlm,psr borong dn supermarket.mungkin setelah irfan lancar “mentor jutawan” ni akan terbukalah hati dn bertambah keyakinan mereka utk membeli sec online.sebabnya semua org kenal siapa Irfan Khairi..tak gitu.promosi ttg belian sec. online blm byk dn belum cukup utk meyakinkn rakyat malaysia bhw belian sec online adlh selamat.sama2 kita promote belian sec online adlh betul dn selamat….;p

  8. En. Irfan,
    pada pendapat saya ye..takut untuk membuat online transaction adalah disebabkan kurang pendendahan terhadap perkara tersebut kerana dulu saya tergolong dalam golongan itu dan kurang celik mengenai internet..tapi sekarang saya mula menjadikan internet sebagai sebahagian dari dunia saya ditambah pula saya telah menghadiri workshop jutawan internet En. Irfan yang lepas, saya rasa online transaction ni lebih memudahkan..

    mshalim
    _________________________
    ==========================================
    Dapatkan rahsia terbaru meningkatkan minat
    anak-anak anda untuk belajar :
    http://www.kamusgambar.com/
    ==========================================

  9. Betul..di Malaysia ni mmg lain sikit, faktor budaya mempengaruhi sebagai contoh orang suka pergi ke kedai runcit beli beras sekilo dari gunakan internet untuk tujuan sama sebab sambil2 jalan boleh jumpa awek2, boleh jumpa kawan2 atau boleh singgah rumah jiran…

    ada kemungkinan beras sekilo (contoh) RM2.00 jika beli ke kedai tapi bila beli guna internet ada caj tambahan termasuk penghantaran jadi mungkin mahal 50sen dsbnya.

    mungkin beras jadi pembuka bicara padahal ada ‘benda’ lain yg saudara IK maksudkan

    tapi sekarang, dengan kekangan harga minyak yang naik orang sudah mula pandai menggunakan internet untuk beli barang keperluan harian…tapi still dalam kuantiti banyak.. 🙂 – untuk jimatkan caj tambahan ler tu

  10. En. Irfan,
    Pada pendapat saya juga, sebenarnya konsep online transaction atau offline transaction adalah sama..seperti apa respon saya yang lepas ini adalah faktor pendedahan..saya ada satu soalan..bila kali pertama kita membuat offline transaction tidak kira samada di kedai runcit ataupun pasaraya???..cube kite ingat semula adakah kita betul2 berani menyerahkan wang kita untuk mendapatkan sesuatu???..Ya kite berani untuk berbuat demikian kerana adanya bimbingan ataupun pendedahan daripada orang lain contohnya seperti ibu bapa kita mengajar kita bagaimana hendak membeli sesuatu di kedai..ataupun kite pernah melihat mereka membeli sesuatu di kedai…betul x En. Irfan?

    mshalim
    _________________________
    ==========================================
    Dapatkan rahsia terbaru meningkatkan minat
    anak-anak anda untuk belajar :
    http://www.kamusgambar.com/
    ==========================================

  11. Saya rasa faktor utama orang takut buat belian online sebab penaga internet nie nak kontek susah cuma melalui email saja melalui ym ke handphone mereka tak bagi macam mana kita nak trade

  12. ingatkan IK takkan pasang affiliatte utk produk IK, maybe IK jeles dgn IM yg lain kot seperti mawardee & lebanon yg baru2 ni je buat lebih 10k dlm masa singkat.

    tapi.. mari kita pakat2 tgk.. IK dapat buat rekod tak dgn adanya affiliatte ni..hehe

    =========================
    tips2 perniagaan internet
    http://armanibrahim.blogspot.com/

  13. ..itula ada eror dr pg td,sy dah bersemngat nak bg komen :)..sy pun brpndapt budaya di msia yg kurng pendedahan trhadp bnda2 ni..org pun takut kalu kena tipu,mnla tahu brg x seelok spt yg ditunjuk dlm web page

  14. satu lagi pada pendapat saya, kita-kita orang asia ni extra kurang percaya sebab dikelilingi dengan banyak produk2 ciplak. so, mentaliti kita dah sedia “takut” dengan tipu2 ni…

  15. dalam takut sebenarnya nak buat,tapi tak cukup berani…masih takut la tu.buat apa la nak takut

  16. Faktor 1
    Sebab Malaysia tak ada 4 musim. Cuma ada 2 musim. Musim panas dan musim hujan.
    Alasan macam kelakar tapi itu adalah kenyataan. Bila cuaca sejuk, ramai yang suka duduk di rumah. Internet dan games begitu popular untuk mengisi masa lapang.

    Faktor 2
    Budaya membeli-belah pun jauh berbeza. Banyak tempat yang kedai hanya dibuka setakat pukul 6 petang. Cuba bayangkan kedai di Malaysia tutup pukul 6 petang.

    Faktor 3
    Mereka bertuah kerana mempunyai teknologi internet lebih awal. Jadi taraf pemikiran untuk membeli-belah online lebih ke hadapan.

    Faktor 4
    Cerita tipu-menipu/ scam. Undang2 mereka jelas dan hukuman setimpal. Pendakwaan juga tidak mengambil masa yang lama.

  17. Jangan ragu-ragu untuk membuat belian online dilaman web saya iaitu http://www.harisbio.com

    Produk yang anda beli daripada saya secara online dijamin sampai. Tiada penipuan.

    Terima kasih Irfan Khairi diatas tunjuk ajar anda kepada saya dalam Workshop Jutawan Internet.

  18. Ni orang Pantai Timur (keropok leka) nak bagi pendapat sikit..saya mula berjinak pembayaran online ne sekitar tahun 2002 dan sampai sekaran Alhamdulilah tak pernah kena tipu.Pada pendapat saya lah berdasarkan persekitaran di tempat saya,orang kita sebenarnya tidak begitu terdedah dengan internet dan bagaimana diaorang nak kenal lebih jauh lagi mengenai perniagaan internet dan lain2 lagi..

    lankub

  19. Slm..byk faktor mmgnye nape ramai masyarakat kita belum berani beli secara online;
    -mmg spt kata IK-maybe tak tahu nak buat camner-esp-bila tang nak buat pembayaran
    -dah tu-takut lak kalau nak bayar fikir mcm2 (bukan x boleh fikir)-cth: duit kene kebas, kad di caj lebih lah-padahal sistem prbankan kita sdh terbaik.
    -mmg juga-mentaliti org kita-takut brg2 ciplak-kurang kualiti-maklumlah-kdg2 peniaga kite juga salah-ckp lebih2 ttg produk mereka!
    -takut2 brg x sampai ada juga! lambat kira okey lagi-tapi dh dikira tipu pengguna.
    -so far-sy byk beli brg secra online hya berkaitan-buku,gadget,produk kesihatan yg dipercayai (dari MLM), majalah, alat tulis & paling berat penah try-beli cam.digital! (Alhamdulillah, produk benar2 kualiti dan terjamin selamat & x rosak!)

  20. Assalamualaikum IK,

    Saya amat baru dlm bidang IT ini, usia dah senja baru berpeluang. Jangan kata beli barangan online, kekadang tu kawan-kawan pinjam duit pun susah nak bayar, masa nak pinjam tu bukan main manis janjinya! Itu yang menyebabkan ada masyarakat yang kurang percaya dgn perkara tersebut. Tq

  21. Faktor psikologi!

    Walaupun pernah ditipu berulang-ulang kali melalui online bisnes, tapi keyakinan dan kepercayaan terhadapnya tetap ada.

    Bukan di Malaysia jer, kat mana-mana tempat pun sama. Bahkan, bukan internet bisnes jer, dalam bisnes biasa pun ada juga begitu.

    Apa yang penting, macamana nak ubah psikologi manusia terhadap perkara ni.

    Pendidikan, pendedahan, promosi semuanya memainkan peranan.

    Media mmg bnyk membantu.

    Seminar, talk-show, kursus mesti dihadiri..kemudian tanamkan kepercayaan.

    Saya juga mencuba, pernah gagal dan Alhamdulillah, berhasil.

    Yang penting psikologi (dan niat) kita kena betul.

  22. saya sndri pd mulenye x brani sgt…
    tp blom try lom tau…
    so 1st time wat online transaction agak susah hati…hehehehe…
    sy rse internet itu sndri kurang terdedah kpd msyrakat…
    kalau terdedah pon,trdedah kpd email,chatting dan friends space je…
    so bg mreke, internet is just for fun and entertainment…
    that maybe the reason ramai msih ragu2…

  23. Macam2 faktor:-
    – peratusan yg guna internet masih rendah
    – yg buka kedai nak ambik order dr internet lagi rendah
    – soal kepercayaan masih kurang (dgn kata lain belum professional)
    – takut rugi, bila dah buat payment, barang atau service tak sampai
    – lain kali tambah lagi la point2 ok.

  24. dari perbincangan ni, ada satu point yang teramat penting… pusing-pusing, kita balik pada isu “kepercayaan”.

    isu “keselamatan” jatuh kepada nombor 2. betul?

    -ik

  25. yup…
    i agree with that…
    perasaan x prcya kpd e-commerce memang sngat berleluasa di Malaysia…
    akhbar2 pula bnyk memperlihatkan penipuan internet…
    perkara ini pada saya boleh mnjadi penyebab ketidakpercayaan consumer trhadap e-commerce…

  26. salam,
    Semua ni terjadi akibat pendedahan yang terlalu kurang berkenaan kemudahan internet.kalau adapun cuma berita keburukan,penipuan etc..etc..seolah2 deny the bright side of vast opportunity,
    Saya yakin,dengan evolusi pemikiran yg rancak oleh glongan muda,tak lama lg kita pun akan orde barang dapur dengan click je…

    wassalam.,

  27. salam,

    yes its about trust!

    saya noticed lain negara, lain concept trustnya.

    contoh; di negeri saya(boleh sebut tak nama negeri? kot2 ada yg marah..hehe), kalau saya pesan makanan di gerai, once food is served kena bayar. meaning bayar dulu, makan kemudian. as if, pegerai tak percaya customer.

    berbeza di m’sia, kalau saya pesan makanan/minuman di gerai, makan dulu bayar kemudian. that shows, ada kepercayaan.

    berbalik pada pembelian di internet,
    bagi saya, selain dari kepercayaan, kemungkinan cara transaction dilakukan mungkin ramai yang masih belum faham/kurang faham. mungkin juga cara pembayaran yg rata2 memerlukan credit card,(hanya beberapa tahun lepas debit card diperkenalkan).

    unless pembelian dlm negeri sendiri, boleh guna ibanking.

    secara peribadi, saya rasa selamat membeli dari online, kerana saya ada rekod transaction, dan sekiranya saya nak refund or apa2, boleh offset..ye kan?

    mengenai barang ciplak atau tiruan, tips saya ialah; sekiranya barang tersebut jauh lebih murah dari apa yg anda tahu, confirmlah barang tu tiruan!

    pertama kali saya shop online, saya beli barang yg harganya rendah(kurang $10). ianya adalah percubaan, sekiranya barang tak sampai/barang rosak saya taklah rugi sangat.
    alhamdulillah, item received in good condition. dan sedikit demi sedikit saya dah selesa dgn pembelian online.

    oh lagi 1, di negeri saya belum praktis beli barang runcit secara online…maksudnya belum ada hypermarket/supermarket yg menawarkan khidmat tersebut.

    saya mmg menunggu such service, jimat masa saya dan jimat petrol!

    terima kasih

  28. di tmpt sy,blum ad lg pkhidmtan pgntran utk pmbelian scra online ni…

    ssh plak kalo nk wat pmbelian scra online ni…n sy stuju ape yg seri ckpkn 2…

    kalo beli brg scra online ni mmg jimat petrol..nak2 lg hrge minyak yg da makin naik ni…

  29. aiza shopping barangan dapur memang secara online di http://grocer.berrybunchbox.com sejak awal tahun nih

    masa mula-mula dulu takut jugak so aiza order sikit dulu tapi sekarang nih mmg lagi senang jer order online. kadang-kadang suruh hantar kat opis.. kadang-kadang suh antar kat umah… bukan apa malas nak redah giant carrefour tu nak amik barang kejap nak bayar kena bratur panjang pastu bila pegi sana kena bayar askar-askar aiza yang ader jer nak beli something.. heheh.. online bleh budget pembelian…

  30. Salam Semua,
    Saya nak beri pendapat mengapa consumer di Malaysia masih ragu-ragu untuk membeli barang melalui internet,ini mungkin kerana tiada satu badan swasta atau kerajaan yang memantau perniagaan melalui online.Saya sekarang tinggal di USA dan semua urusan kewangan,shopping boleh dikatakan 70% saya buat melalui internet,ini kerana di sini kita mempunyai satu badan swasta yang boleh memantau mana-mana syarikat yang membuat urusan jual beli online BBB iaitu BETTER BUSINESS BUREAU,jadi sekiranya ada penipuan berlaku kita boleh membuat aduan dan perniagaan mereka akan terjejas kerana reputasi yang buruk.Pengguna di USA biasanya akan merujuk kepada syarikat yang berdaftar dengan organisasi tersebut sebelum membuat pembelian dan mempunyai logo BBB dalam website mereka.Masih banyak lagi kelemahan sistem keselamatan online di Malaysia yang menyebabkan orang ramai masih ragu.Saya sendiri mempunyai produk penjagaan kulit(mandisplurge) yang di jual melalui online di Malaysia yang pada mulanya agak sukar untuk saya membuat jualan,tetapi setelah saya berikan kepada satu website yang sudah lama mejalankan urus jual beli online,barulah ia berjalan lebih baik.Kepercayaan adalah satu perkara yang perlu untuk mendapat keyakinan pengguna dan sebagai peniaga kita perlu jujur untuk meraih kepercayaan tersebut dan perniagaan yang berterusan.Sebenarnya ada banyak kelebihan jika kita berurusan melalui online,jimatkan masa dan tak perlu bersesak di jalan raya dan jimatkan wang.Ini kerana kita hanya membeli barang yang diperlukan sahaja,biasanya kaum wanita kalau sudah pergi ke shopping center tu,semua benda pun dia nak beli(komen-berdasarkan pengalaman-saya pun perempuan juga..).Mungkin semua ini(online shopping) akan menjadi trend di Malaysia juga tidak lama lagi,just wait and see…

  31. salam tuan, amat mengecewakan apabila posting saya dipadamkan oleh tuan, apa yang saya cakap ada kebenaraya…dan bukti sekali….

    sepatutnya ia dijawab bagi mennjukkan perniagaan internet ini akan berjaya…

Leave a Reply

Your email address will not be published.