Menetapkan harga bagi produk anda adalah antara strategi terpenting dalam perniagaan. Terdapat 4 komponen dalam strategi pemasaran iaitu, Product, Place, Price dan Promotion.
Namun, seringkali HARGA (Price), tidak di ambil endah oleh peniga. Kebanyakan akan mengambil keputusan meletakkan harga yang rendah untuk bersaing.
Perlu diingat bahawa, meletakkan harga yang rendah sememangnya boleh menarik pelanggan. Tetapi, ia juga menarik pesaing anda untuk turut merendahkan harga dan terjadinya perang harga.
Akibat perang harga, keuntungan akan berkurang. Ini mengakibatkan dana untuk promosi juga berkurangan. Dana untuk promosi adalah amat penting dalam mengembangkan sesuatu perniagaan. Merendahkan harga produk atau perkhidmatan anda akan meyukarkan proses mengembangkan perniagaan anda di masa hadapan.
Daripada bersaing dengan mengurangkan harga, lebih efektif anda tambahkan nilai produk atau perkhidmatan anda… kemudian, duduk dan lihat perniagaan anda berkembang dengan pesat!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Pada dasarnya hal ini memang berlaku secara berleluasa terutamanya di dalam bidang pembinaan (kontak) dan kerja2 pembekalan melalui sebutharga & tender2 kerajaan. Hakikat ini menyukarkan dan hampir tidak munasabah apabila ada di kalangan kontraktor yang sanggup meletakkan harga tender pada kadar ‘terjun botol’ untuk mendapatkan harga terendah dengan matlamat ‘asal ada kerja cukuplah’, tanpa memikirkan keuntungan & nasib orang lain yang lebih berupaya melakukan kerja yang sama dengan cara lebih baik. Akhirnya apabila berlakunya kenaikan harga barang mentah di pasaran atau berlakunya kesilapan sedikit dalam pengurusan kos, kerja tak siap, kena LAD akhirnya….. TERMINATE.
ibnu, contoh yang memang baik. bukan sekadar bidang pembinaan sahaja, bidang2 lain juga turut berleluasa di Malaysia. menurunkan harga ada kalanya akan merosakkan industri bidang tersebut. terima kasih.
Memang benar… tetapi itulah harga yang harus dibayar akibat dari proses GLOBALISASI. Apabila syarikat besar dari luar memasuki pasaran negara kita, segalanya menjadi sangat murah. Antara sebabnya, kos pengeluaran mereka sangat rendah dan modal mereka sangat besar. Apabila pasaraya hypermarket spt Tesco dan Carrefour memasuki pasaran kita, apa yg boleh dilakukan oleh peniaga Mini Market dan kedai2 runcit utk menyaingi mereka? Apabila kereta2 imported dijual dengan harga murah tapi berkualiti tinggi, bagaimana harus Proton bersaing untuk memastikan jualan mereka terus meningkat? Jika mengambilkira faktor PERSAINGAN, manakan mungkin kita meletak harga yang SEDIKIT TINGGI sedangkan pesaing kita meletakkan harga yang SANGAT RENDAH?
Apa kata kita berfikir seperti pelanggan.
Adakah kita nak bayar lebih? sedangkan kita boleh dapat harga lebih rendah? (untuk sesetengah perkhidmatan)
Berfikir spt pelanggan? Hmmm, mungkin boleh, tetapi adakah kita sanggup mengeluarkan belanja berulang kali untuk mendapatkan barangan yang sama sedangkan kualiti yang diharapkan tidak munasabah (mudah rosak)? Adakah kita mahu projek seperti Makmal Komputer Sekolah2 yang tidak berkualiti berulang semula? Kenapa dasar pemberian kontrak secara design & build dimansuhkan oleh kerajaan sedangkan sistem tersebut cukup berjaya suatu masa dulu? Harus berfikir sejenak, barangan MURAH selalunya KURANG BERKUALITI. Alah membeli menang memakai.
Saya tidak kisah harga yg mhal yang penting berkualiti..
Barang-barang yang berjenama, walaupun mahal, masih mempunyai permintaan yang tinggi.
Cuba fikirkan kos membuat kasut Nike berapa agaknya? Adakah hampir dengan harga pasarannya?
Sudah tentunya tidak. Sekiranya anda mempunyai kasut Nike, cuba lihat. Silap-silap “Made in Malaysia” atau “Made in Indonesia” dimana harga buruh adalah amat rendah berbanding dengan “Made in USA”
Tetapi, orang ramai masih membeli kasut Nike walaupun made in Indonesia oleh kerana “Jenama”.
Org sekarang sebenarnya lebih ramai yang memandang kepada kuantiti daripada kualiti… apa yg penting adalh service after sales…
Mentalti skrg… rosak beli yg baru…. pinggan mangkuk dan brgn kaca yg kononnya from france or italy pun byk made from indon, china dan uae.. so how?
Tetapi persaingan harga sekarang kekadang tu sampai tak masuk akal…..
dari pengalaman saya..harga sesuatu barang sekurang kurang nya harus ditetapkan dengan keuntungan 50% lebih daripada kos kita..itu secara kasar,depends,kalau barang tuu rare@limited item,mungkin kita boleh tetapkan lebih..kenapa ukisan boleh dijual sampai beratus ribu seangkan kos nya tak seberapa,itu adalah nilainya..so, kita haruslah menilai sesuatu barang tuu..contoh macam jual alat aksesori kereta original daripada jepun..kos mahal,tak boleh consignment,kena bayar cash..takkan nak untung rm10 sebab bukan hari hari orang beli aksesori kereta..to be short,kita kena letakkan harga barang kita mengikut volume jualan kita sebulan..makanan tak bolehla jual mahal pasal tuu adalah keperluan,kalau produk lain,kita sebagai peniaga harus fikir adakah keuntungan kita tuu,boleh menampung kos company kita untuk jangka masa sebulan.. jangan pedulikan kalau ada minoriti yg mengatakan barang kita ni mahal,pengguna ni biasala,diaorang sebulan gaji nak sampai RM5000,kita ni yg nak untung tak seberapa dikatakan jual barang mahal..so, think like chinese,if not,kita takkan berjaya sampai bila-bila..modal tuu penting,so kalau untung tuu hanya cukup makan,macam mana kita nak mengembangkan modal kita.. capital is important so that we can grow our business in the future..
Sebut pasal harga ni.. terpulang pada individu.Tepuk dada tanya selera..ada duit apa saja boleh dibeli..pada saya apa keperluannya atau apa kepentingannya nak beli sesuatu barang. Tak semestinya barang yang murah tu tak berkualiti..dan tak semestinya barang yang mahal tu berkualiti.Kita sebagai pengguna haruslah bijak berbelanja..sekiranya perlu beli,beli lah..jika tidak tak payah, baik simpan kat bank ke, bawah bantal ke..sesak-sesak boleh gunakan..betul tak.. beringat semasa berada sebelum papa..beringat sihat sebelum sakit..Tapi kalau duit dah banyak bak kata orang tidur pun alas duit..belanja la..selagi nak belanja kalau dah masuk dalam lubang 7 kaki tu..tak dapat den nak tolong..org lain nanti yang perabih duit tu..maka berbelanjalah secara bijaksana.
harga yang rendah boleh tmbahka pelangan .tetapi bisanya ekonomi malaysia yang tidak menentu menyebapkan hrga brang naik dan tarikan pelangan turun disebap harga mahal.bagaiman kita hendak atasi masalah ni….
boleh tolong bagi tips untuk niaga di pasar malam
Secara kasarnya “permainan harga” bagi tawaran perkhidmatan atau jualan produk amat jelas kelihatan dilakukan oleh peniaga / usahawan dari kalangan Melayu.
Saya sendiri sedang mengalaminya ketika ini. Saya menjalankan perkhidmatan selenggara dan baikpulih sistem komputer serta jualan aksesori yang berkaitan di Jalan Hang Tuah,Melaka.
Baru-baru ini, ada sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan yang hampir sama dengan syarikat saya. Sudahlah “masuk” tak beri salam, syarikat tersebut tidak cuba untuk berpakat harga dengan peniaga-peniaga yang sedia ada dalam kompleks di jalan tersebut, untuk penetapan bayaran pada perkhidmatan yang tertentu.
Iklan / banner nya pula terlalu banyak digantung dan diletakkan di segenap sudut / kawasan dalam kompleks, cuma dalam tandas sahaja belum lagi mereka letakkan. Tapi perkara ini saya masih boleh “tahan” lagi, yelah orang tu banyak modal, bolehlah buat macam-macam. Jadi saya anggap segala banner atau banting syarikat yang dimaksudkan itu sebagai hiasan dalam bangunan.
Berbeza pula dengan kedai-kedai komputer di Jalan Ong Kim Wee. Mereka secara senyap-senyap telah berpakat dalam penetapan harga perkhidmatan dan jualan barangan. Harganya pula jauh lebih tinggi dari kadar harga yang terdapat di Jalan Hang Tuah. Dan bangsa Cina memonopoli perniagaan di Jalan Ong Kim Wee (dari segi nama jalanpun dah boleh tahu…)
salam.
saya dan suami menjalankan satu perniagaan pasar mini di kedah. ramadhan tahun ini genap setahun peniagaan kami. to make it short, kami adalah salah seorang mangsa perang harga!
ada sebuah kedai berhampiran kedai kami yg pada mulanya berniaga frozen and sayur, tiba2 menukarkan perniagaannya kepada runcit. mungkin dia nampak potensi kdai runcit yg lagi”masyuk”. pada mulanya saya dan suami redha wpun rasa agak risau pelanggan kami akn berkurang. apa yg kami risaukan menjadi nyata apabila pesaing kami ini meletakkan harga brg lebih rendah daripada harga kdai kami(fakta: harga brg d kedai kami lebih murah berbanding kdai2 di kwsan a.setar. cth: drinking water rm1.30 brbanding rm1.50 di tempat lain) harga di kedai pesaing kami itu kdg2 tk masuk akal kerana lebih murah dari wholesaler malah ada setengah brg dia jual harga modal semata2 nk tarik pelanggan . kesannya, pelanggan mula komplen katanya brg kdai saya mahal.realitinya, harga kami sangat berpatutan . namun, apabila dia menjual dengan harga yg lebih murah, kamilah yg nampak seperti pesalah disini.pelanggan mula bkurangan. namun, saya dan suami bertekad utk tidak menurunkan harga kerana yakin kami dilandasan yg betul.kami tahu ekonomi sekrg yg tdak menentu,susah kalau dah turunkn harga, nak naikkan pula nanti. kami abaikan saja komen2 yg datang. kalau pelanggan yg tak mau masuk harini, mgkn akan masuk hari lain. insyaallah rezeki tk kemana.
apa yg kami lakukan sekarang ialah, tambahkan modal,beli brg cash,elakkan hutang,tambah sayur,buah buahan,banaykkan kuantiti brg high in demand dn letak harga sama seperti peniaga2 runcit yg lain. alhamdulullah,kami dah rasa kesannya apabila pelanggan mula kembali ke kdai kami(apabila mereka kembali,maksudnya mereka nampak usaha kami itu.) alhamdulullah.
moral of the story:jgn sesekali kita berniat nk jatuhkan org. kita perlu berkongsi rezeki dengan semua. usaha tangga kejayaan.
salam..
pada pendapat IK, berapa percent % kah harga yang kita boleh tetapkan pada satu2 produk?