Baru-baru ini saya berpeluang bersama-sama mentor Jutawan Dato Dr Azman Ching, selama 3 hari 2 malam di Janda Baik, mengendalikan Business School Boot Camp bersama Peoplepreneur Business Community. Memang happening! Terlalu banyak yang hendak saya kongsikan pengalaman di sana, tapi, sebaiknya anda mengalami pengalaman itu sendiri.
Satu tip yang saya ingin kongsikan dari mentor jutawan Azman Ching, adalah mengenai usaha dalam mencapai matlamat. Memang banyak dah artikel mengenai matlamat saya kongsikan, tetapi, apa salahnya kita dengar inetrpretasi Azman Ching pula…
Matlamat ni, kita bayangkan seperti kita sedang mendayung sampan di tengah lautan. Di mana, kita boleh lihat satu pulau yang berhampiran. Kita dayung dengan kuat untuk menghala ke pulau tersebut. Dayung memang kuat, maklumlah, kita sorang-sorang je mendayung.
Tiba-tiba, datang ombak… menolak sampan kita ke arah lain. kita lawan ombak tersebut dengan menambahkan lagi kekuatan mendayung. Tetapi, ombak menolak lagi… lagi kuat kita dayung ke arah pulau itu, makin kuat pula ombak menolak kita ke arah lain…
Sampai satu tahap, kita give up… and kata… alamak, susahnya nak capai pulau yang tu… takpe lah. kita ikut je ombak ni dan cuba cari pulau lain pula yang lebih mudah.
Tanpa mengetahui bahawa, nanti ke arah pulau yang baru, pastinya ada juga ombak yang akan menghalang dan membawa kita ke arah yang lain…. dan lain… dan lain…
Memang ini sering terjadi. Matlamat yang kita lihat sememangnya jelas. Saya percaya anda yang membaca, anda mempunyai matlamat hidup dan kewangan yang jelas. Tetapi, akibat “ombak” yang sering menganggu kita dalam mencapai matlamat tersebut, sering kali, kita terbawa kearah yang lain… sehingga tak tercapai satu pun matlamat kita yang boleh dibanggakan.
Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut teknik menetapkan matlamat perniagaan anda dan juga bagaimana hendak mencapai apa sahaja matlamat kewangan anda, pada hari Rabu ini, jam 8-11 malam, Peoplepreneur Community akan mengendalikan seminar percuma bersama Dr Azman Ching dan juga saya sendiri.
Speaker undangan: Dato Dr Azman Ching & Irfan Khairi
Kelolaan Peoplepreneur Community
Tarikh: Rabu, 15hb Julai 2009
Waktu: 8.00mlm – 11.00mlm
Tempat: Cititel Hotel, Midvalley
Masuk: PERCUMA
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Salam.
TQ IK.tip yg menarik hari ni.
betul tu..pulau lain x semestinya takde ombak..
FOKUS FOKUS FOKUS!!!
Dalam kita mengejar matlamat mmg pelbagai dugaan mcm ombak jugaklah..Tetapi org yang berjaya biasanya akan konsisten tanpa mengubah matlamat demi matlamat. Akhirnya semua melepas.. Kesimpulannya kena KONSISTEN atau ISTIQAMAH
Assalamualaikum.Sungguh tepat perbandingan mengejar matlamat bagai “mendayung sampan” itu…saya sangat setuju dan tak terfikir pula mendayung sampan boleh dijadikan motivasi mengejar matlamat. Terima kasih atas perkongsian.
dari “diari seorang pedagang forex”
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
Kalau kail panjang sejengkal, usah lautan hendak diduga.
Mencapai impian tuh seumpama berenang di lautan luas. Jika kita ada matlamat (contohnya pulau tuh), pasti kita akan berusaha untuk menujunya. Jika kita tak kuat semangat melawan ombak, pasti kita akan kelemasan.
Bukan semua orang yang berusaha itu akan berjaya, tetapi semua orang yang berjaya itu adalah orang yang berusaha. Renungkanlah..
**Kalau nak cepat sampai ke pulau yang diimpikan..jangan hanya berenang (lambat sampai.hehe!), tapi gunakan kelengkapan & persediaan yang mencukupi cam sampan atau bot laju tuh (maknanya ilmu pengetahuan & pengalaman ler..). 😉
fuh…!!
perumpamaan yg sgt bernas…
menambahkan motivasi diri…
😀
Mendayung-mendayung juga..Pastikan air ombak xmasuk ke dalam sampan..or sampan bocor..Kalo x, sia-sia je dayungan tu..Pasti kita akan tengelam…:D
Terima kasih IK dgn cerita tentang kapal dan ombak ni
Untuk mencapai matlamat yang jelas rasanya perlu berusaha setiap hari
Perlu wujudkan jadual dan disiplinkan diri mengikuti jadual
Yang penting kena buat setiap hari dan berterusan
ombak sentiasa ada tak kira dilaut atau didarat, kalau ikut ombak alamatnya xkemanala, kalau nak bermain ombak kena sediakan peluncur ombak
Betul .tu ..kalau takut di lambung ombak jangan datang ke pulau langkawi ..joke hehe .
Bagi saya untuk mencapai matlamat atau impian kita kena berusaha setiap hari ..tapi saya belum capai impian lagi ..walaupun berusaha setiap hari ….baru setahun dua …
Buat ape pun mesti bermula dari bawah.Bile berjaya kepuasannya memang tak dapat di bayangkan.Tapi dalam kita berusaha, banyak pulak halangan.Jadi jangan sampai mengalah.Selamat berjaya untuk diri saya dan anda semua.
Salam ceria sihat kaya bahagia,
Tq, smga menjadi bahan renungan yg berkesan.
Ape2 pun asal nawaitu tak berubah Insyaallah kejayaan sebenar pasti tercapai. Kegagalan hanya petunjuk jalan ke arah “KEJAYAAN SEBENAR”….
apa yg penting …….(tringt wonder pets ler plak…;)..)
perlu cari cara utk mengekal dan memberi momentom yg kuat kepada semangat utk tros berjuang ke arah matlamat.
Notes:Matlamat kita masih blom trcapai krn ombak yg dtg terlalu besar…..sampan kecik kot…;p
Doa Usaha Istiqamah Tawakkal = DUIT
masalah saya…selalu hilang fokus dan cepat demotivate walaupun dalam keadaan dah struggle gileer…tolong bagi pendapat tq
betul tu.. kena kayuh pelan-pelan dah konsisten.. kalau terus laju cepat penat..
tapi sedih bila citer pasal bot ni..
baru-baru ni orang kampung lemas ..
best betul tip hari ini.. boleh kita share kat orang lain pasal fokus eh..
Memang kadang-kadang kehidupan kita sering kali bersangkut paut dengan seperti cara diatas. Malah saya sendiripun pernah mengalami pengalam sebegitu beberapa kali. Sehingga sekarang masih lagi cuba mendayung dan ingin menuju ke pulau yang satu sahaja sehingga berjaya.
Memang betul dalam kehidupan kita mesti ada matlamat hidup kita.Kita yang tentukan perjalanan arah hidup ini. Untuk mencapai kearah tersebut, mesti ada sifat keyakinan diri, kesabaran dan setiap apa yang kita lakukan haruslah fokus supaya apa yang kita hendaki akan tercapai.
huhu..
skali bace mcm terasa lakk..
ah-ah la…betul ape yg abang Irfan ckp..ape yg abang ckp memang betol sebab abang Irfan da lalui banyak pengalaman pahit dan manis..huhu kadang2 saya sendiri pon rase sedih tau ngadap laptop sambil buat promosi blog dan website saya..nak dapat satu dollar punya la payah bangat..
kadang2 sampai nangis teresak2 depan laptop sambil wat keje..dugaan tu campur2 gak.
sebab xde duit..xsihat..penat..dan fikiran tak fokus..tapi saya yakin kalau kita nak ape2 kita usaha dan yg penting banyak doa dan bace quran..
Allah lebih tahu apa yg kita nak dan apa ada dalam hati kita.Dia juga tahu apa yg terbaik buat kita walapun kita rase kita ni dah kenal dan tahu sangat apa yg bagus dan tak …Jika kita nak yg terbaik untuk diri kita dan mase depan kita..Allah sendiri lebih lagi nak yg terbaik untuk hamba2-Nya..
Jadi bila kita rase give up sebenarnya Allah nak uji kita…dia nak kita bina kekuatan sebelum kita tempuh kejayaan kerana lepas kita dapat kejayaan pasti akan ada dugaan yg lbih mencabar..
Kalau kita tak bersedia takut bila kita da usaha sikit dan terus dapat kejayaan besar nanti bila ade dugaan yg menimpa kita ..kita akan rase lebih pedih lagi..sebab dugaan selepas berjaya lebih hebat daripada dugaan sebelum berjaya..betul x abang Irfan?
sebab da ramai org ckp tak ada kejayan tanpa usaha dan air mata..so bila kita da ambil keputusan untuk memilih jalan untuk berjaya kita perlulah tempuh perjalanan tu wpun susah skalipun..
ape2 pun kita perlu sentiasa yakin dengan pertolongan Allah swt dan tawakal pada kita..slalu solat dan doa..kalau kita lupa pada Allah..Allah juga akan lupa pada kita..kalau kita slalu ingat Dia dan harapkan bantuan Dia…Dia pasti akan tolong kita..Tuhan tak pernah zalim pada kita untuk meraih rezki atas dunia ni..kita aje yg menzalimi diri kita…
kalo sesape pembaca blog abang Irfan yg xbace post abang Irfan pasal MJ baik bace cepat..post tu ade kaitan dengan post yg ni..
p/s:saya suka bace posting abang waktu abang pegi uk then abang tunjuk rumah sewa abang yg kecik je..boleh tak abang post pasal dugaan2 abang lalui zman2 dulu yg mana dugaan tu terkesan dekat ati abang..
saya yakin pembaca blog abang lebih mendapat inspirasi..
Semua yang kite lakukan perlu ada kesabaran..Berdoalah..dan yang paling penting sekali ialah ilmu di dada…
Keyword yang best utk rungkasian oleh TUAN I.K..
FOKUS kepada apa yg kita lakukan.. Jika bnyk mana pun yg tidak berkaitan dengan hala tuju kita..
Pasti kita akan dibuai ombak.. Dan Cepat MEngalah..
Betul… untuk berjaya..harus berusaha.. berusaha dan berusaha.. sabar.. dan tawakal.. sanggup hadapi dugaan dan cabaran paling penting jgan mudah putus asa…..
Semoga kita sama2 berusaha dan berjaya.. Ape yg Abg Irfan kate dlm penulisannya adalah sesuatu yg amat berguna dan motivasi untuk kite sama2 berjaya… !! TQ so much , Abg Irfan.. terusla memberi kata2 motivasi untuk kami…
Apa kata kita tepis ombak tu senang sikit nak sampai pulau…..lepas dah sampai kita cari pulak pulau lain
semalam, bila dengar dr azman chin bercakap, punyelah happening dia tu yek.alhamdulillah ada peluang saya lihat dr azman dan IK live. ye lah, kita kalau lihat wajah orang yang berilmu pun dah dapat pahala. thank you IK bagi kami platform utk berjumpa dan sama2 jadi org yg BERJAYA!
oleh itu..mari kita persiap sampan kita dengan kemudahan yg lebih hebat..
Invest sampan kita dengan enjin boat horse berkuasa tinggi(invest dalam ilmu dan pengetahuan dlm sesuatu bidang ape yg kt nak capaikan)..
sediakan safety tools sperti pelampung dan life jacket(sediakan planning B sekiranya planning A xmenjadi)…
upgrade sampan kita kepada boat yg lebih kukuh dan kuat supaya xbocor dan kukuh bila dilanda ombak dan gelora.(mentality yg teguh dan hebat supaya kuat bila ada masalah)
sebelum belayar pastikan semua nya ok.. percayalah dan yakin sekira semua sudah dilengkapi dan diusahakan hanya Allah shj penentu dan akan beri terbaik untk kt..
Kepada Allah kita datang kepada Allah kita kembali…Selamat berjuang..!!
-warrior-
thanks IK.. fokus dan konsisten sgt penting dalam mencapai matlamat. Kadang2 kita akan hilang punca apabila datang masalah/’ombak’ menimpa.
matlamat mestilah:
s- spesifik
m- measureable
a- achieveable
r- realistic
t- time bounded
any comment?
Ya, setuju. Kalau tiada matlamat, lagilah teruk. Tapi jika sudah ada matlamat sekurang-kurangnya membantu kita lebih fokus usaha dan tenaga untuk sampai ke ‘pulau’ tersebut. Jika tiada matlamat bererti, sebarang ‘pulau’ pun tak nampak. So mana nak tuju? Itulah peri pentingnya hidup bermatlamat! Sekian tengkiu.
cuma jadi insan realistik.tak ada pulau,sampan dan ombak.ape nak risau..hehe…aku di atas darat yg selamat..hehehe…mesti aku boleh punye..?
matlamat itu apa ya kalau boleh tahu.