Mencari kelemahan pesaing dan ciptakan kelainan? Tidak!

Nota: PERTANDINGAN DI BAWAH… ada hadiah untuk dimenangi 🙂 

Susulan dari tip semalam iaitu menggunakan strategi pesaing, ramai mungkin terfikir cara terbaik sekiranya untuk bersaing adalah “mencari kelemahan pesaing dan ciptakan kelainan”. Dari segi teori, mungkin ianya benar. Tambahan, selalu kita dengar nasihat, cari kelemahan pesaing, dan kita lakukannya sebagai kekuatan, betul?

Cuba fikirkan, bukankah kalau kita mempunyai kelemahan, kita juga akan memperbaiki kelemahan tersebut? Ketahui bahawa pesaing anda juga adalah bijak seperti anda!

Contoh, sekiranya pesaing jual pada harga mahal, kita bersaing dengan harga murah. Tapi, apa akan jadi sekiranya pesaing turut turunkan harga? Anda boleh menurunkan harga, mengapa tidak pesaing?

Contoh lagi, sekiranya pesaing melakukan penghantaran lambat (2-3 hari), kita lakukan untuk penghantaran cepat-24 jam! Tapi, apa akan jadi sekiranya pesaing juga mengubah penghantaran kepada 24 jam? Anda boleh lakukan 24 jam, mengapa tidak pesaing?

Contoh tambahan, sekiranya kualiti produk pesaing kurang, anda sediakan produk yang berkualiti tinggi.Tapi, apa akan jadi sekiranya pesaing juga turut “improve” kualiti produk mereka? Anda boleh menyediakan produk berkualiti tinggi, mengapa pula pesaing tidak lakukan yang sama?

Adakah mencari kelemahan pesaing dan jadikannya kelainan jawapannya? Bagi saya tidak. Ini kerana apa sahaja kelemahan pesaing yang anda boleh tangani, pesaing juga boleh melakukan yang sama.

Di sini saya ingin kongsikan salah satu rahsia strategi bersaing dalam perniagaan. Sudah bersedia?… tunggu… saya mahu dengar pendapat anda dulu.

Jadi, siapa tahu jawapannya? Sekiranya bersaing melalui “menciptakan kelainan daripada kelemahan pesaing” bukan jawapannya, apa jawapan yang sebenar? Perlu jelaskan dengan sokongan sekali!

Siapa tahu jawapannya? Teka teki bisnes ni… Peluang mengasah skill perniagaan anda😉 

Siapa yang betul/tepat, saya akan kasi hadiah SPECIAL. Ni perlu fikir advance sedikit ni… saya rasa ramai yang tak terfikir. 🙂 Hadiah menanti pemenang!

Anybody? (kalau salah atau kurang tepat, tak mengapa… janji cuba. Berfikir adalah cara terbaik dalam mendapat ilmu baru!) 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

70 thoughts on “Mencari kelemahan pesaing dan ciptakan kelainan? Tidak!

  1. selamat pagi ,

    untuk bersaing dengan pesaing, kita kena selalu bersedia dengan senjata rahsia…

    kalau perniagaan yang mempunyai modal yang besar, mereka boleh lawan harga sehingga pesaing tidak tahan dan berhenti dari bersaing denganya…sekarang perniaga yang mempunyai modal besar tu berjaya mengatasi pesaing tersebut…

    han

  2. Salam… secara teorinya gunakan kekuatan dan perbaiki kelemahan diri serta menggunakan peluang-peluang yang ada sebaiknya dan tangani ancaman dengan berkesan merupakan strategi yang baik…. dengannya mudah tapi bagi saya perlaksanaanya… itu art of business. Betul tak?

  3. salam sejahtera…saya setuju apa yang dikatakan AZSOUT. this is an art of business. peniaga yang mempunyai kesenian yang paling “cantik dan kreatif” selalunya akan berjaya.

    contohnya, dulu promosi Aktive Campus zone, skrang celcom plak buat bonus hari jadi pula..begitu juga dengan Digi..

    jadi masing2 ada gerak tari seni yang tersendiri.terpulanglah kepada pembeli sebagai juri untuk menilainya..

  4. bersaing pada harga sesuatu yang saya tidak recommendkan 🙂 ia memudaratkan diri sendiri dan industri sahaja.

    sebab itu, Workshop Jutawan Internet tidak pernah bersaing pada harga. 2 tahun lepas harga RM690… baru-baru ini dinaikkan ke RM8xx. Adakah RahsiaInternet.com bersaing pada harga? Tidak. Adakah RahsiaInternet.com semakin maju atau semakin mundur?

    Bulan hadapan Workshop Jutawan Internet akan diadakan di Singapura pada harga RM1,000 lebih dah penuh FULLHOUSE dah pun! Adakah harga mengurangkan penyertaan?

    Sudah tentu tidak… malah, harga dapat mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa lagi 😉

    Usahawan yang bijak tidak sepatutnya berperang dengan menurunkan harga*. Merugikan sebenarnya 😉

    *Note: Saya sebut “berperang harga”. Bukan harga rendah 🙂 IKEA harga rendah tetapi tidak berperang harga. AirAsia harga rendah, tetapi tidak berperang harga. Kedua perniagaan ini mencapai kejayaan kerana harga rendah dan bukan “berperang harga”.

    Jadi, siapa tahu jawapannya? Sekiranya bersaing melalui “menciptakan kelainan daripada kelemahan pesaing” bukan jawapannya, apa jawapan yang sebenar?

  5. Salam…
    â€menciptakan kelainan daripada kelemahan pesaing” bukan jawapannya, pendapat saya ialah kita perlu mencipta identiti tersendiri yang menunjukkan kekuatan perniagaan kita. Contoh : Pakar-pakar motivasi spt Irfan Khairi, Dato’ Fadzilah Kamsah dll. masing-masing mempunyai identiti, cara penyampaian yang berbeza tanpa menjatuhkan mana-mana pihak…dan masing-masing mempunyai peminat yang tersendiri…betul tak.

  6. Salam..

    Saya rasa pesaing patut “menciptakan kelainan daripada KELEBIHAN pesaing”..contohnya, McDonalds, terkenal dengan marketing dan customer service yang bagus..tetapi kualiti makanan biasa-biasa saja..mungkin lebih baik pesaing mencari cara marketing yang lebih bagus dan tingkatkan mutu customer service..bukannya mencari resepi makanan yang lebih sedap..

    hehe..ni pada pendapat saye la..

  7. Establish JENAMA sendiri dahulu then kita tak perlu rasa takut dengan pesaing kita. Jenama yang kuat tidak bergantung kepada penurunan harga untuk mendapatkan pembeli.

  8. Adakah mencari kelemahan pesaing dan jadikannya kelainan jawapannya? “Doc. kata tidak” 🙂

    Jawapan saya: Cari sasaran pasaran kita sendiri tetapi menggunakan strategi yang sama dengan pesaing kita.

    Contoh: Kita dan pesaing kita menjual sabun pencuci (produk yang sama) tetapi kita cari ‘niche’ yang berbeza; misalnya pelanggan yang memerlukan sabun pencuci yang tidak meninggalkan bau hapak apabila pakaian tidak dijemur dibawah cahaya matahari (pasaran di musim pada musim hujan).
    Contoh lain seperti produk cat, kita cari pasaran pengguna yang tidak suka bau cat dan jual cat yang tak berbau. ;D

    Hisham;
    P2..DotCom Founder 😀

  9. jawapannya ialah…

    kita bersaing dengan cara mencipta kelainan daripada KELEBIHAN yang kita ada.. bukannya dengan cara mencipta kelainan daripada kelemahan pesaing..

    maksudnya, apa kelebihan business kita.. kita tambah nilaikan lagi (added value)… improve lagi.. jadi, bertambah kehadapan business kita.. ini boleh menjadikan business kita lebih jauh meninggalkan pesaing kita… mungkin pada masa yang sama, pesaing baru nak memperbaiki kelemahan yang dia ada.. sedangkan kita sudah jauh ke hadapan.. sekian..terima kasih.

    betul tak Doc jawapan saya nie? 🙂 camana nak claim hadiah nie?

    roti_planta
    KL

  10. hmm… saya rasa ianya ada kaitan dengan memilih & mencari “niche” tersendiri.

    Macdonald, KFC dan Pizza hut.. walaupun mereka adalah merupakan “makanan segera”, tetapi mereka mempunyai niche mereka masing2..

    KFC dengan ayamya
    MacDonald dengan burgernya dan
    Pizza hut dengan pizzanya..

    just teka je.. 🙂

  11. salam.

    Cuba pelbagaikan product dan ikuti persaingan sihat tanpa merosakkan imej perniagaan asal.

  12. seperti yang saya sangka:

    1: semuanya betul (tiada yang salah), tetapi, untuk tujuan pertandingan ni (hadiah beb), saya ingin mencari jawapan yang TEPAT dengan perbincangan kita semalam & hari ini…

    2: sorang pemberi komen, telah memberi jawapan TEPAT. Tapi, penjelasan tidak memuaskan!

    3: sorang pemberi komen, telah memberi penjelasan yang TEPAT, tetapi, cara diolahkan tidak berkaitan dengan perbincangan kita semalam & hari ini.

    4: Sebolehnya, beri jawapan berdasarkan ketiga-tiga contoh saya semalam iaitu KFC & McDonalds, Hagaan Dazs & Baskin Robbins dan Hard Rock & Planet Hollywood. Saya tulis panjang lebar, anda pun perlu tulis panjang lebar jugak. Jawapan-jawapan pendek walaupun tepat, tidak akan diterima! Sertakan penjelasan terperinci sekali. (takkan senang2 boleh menang hadiah special ye tak?)

    ps: yang dah tulis, boleh perbetulkan jawapan masing2.

  13. Didalam persaingan, ada kala kita dihadapan dan ada kala kita dibelakang. Sekiranya kita selalu berada dibelakang, kita perlu menjada follower iaitu mengikut daribelakang hanya perlu pastikan kita tidak tertinggal jauh tanpa perlu meneriak kepada keliling dihadapan kita kosong dan penuh kepalsuan. Hanya bila pesaing kita letih barulah kita tinggalkannya dibelakang.

  14. pada saya…mungkin..dari segi branding sesuatu..jenama…dan produknya yang tersendiri…
    contohny kalau petronas…ada primax 3.
    shell lak ada v-power,
    dan bila sebut petronas..”pastinya lebih jauh”

    dan kalau shell “lebih kilometer dengan shell

    so ada kekuatan yang sendiri..untuk meyatakan/menerngkan produk mereka

  15. Assalamualaikum..bagi pendapat saya

    Pastikan Barang Anda Diupgradekan Selalu dan Berkualiti

    Maksudnya disini,kita mestilah mengupgrade kualiti produk kita.Kita tidak boleh membiarkan kualiti produk kita masih ditakuk yang lama.Selalu upgradekannya.

    Contohnya mudah,kita lihat persaingan antara KFC dan McDonalds.Mc Donald adalah market leader.Tetapi KFC mampu menyainginya melalui produk-produk mereka yang baru.Mereka akan sentiasa mengupgrade produk mereka.Lihat sahaja seperti sekarang,produk baru yang dikeluarkan KFC iaitu Chicken Chop.Ramai nak mencubanya.Chicken Chop memang biasa kita temui tetapi ini adalah Chicken Chop versi KFC.Mesti terliuh bila dengar.

    Kesimpulannya,kita mestilah sentiasa upgrade dan meningkatkan kualiti produk kita supaya pembeli tidak lari.=)

  16. Jawapan Saya : Ya! setuju dengan satu komen diatas, Establish JENAMA terlebih dahulu. Jadilah yang ‘pertama memasuki fikiran pengguna’.

    Contoh jika anda kata ‘ayam goreng’ orang akan fikirkan terus KFC. Kenapa tidak macdonald, sedang macdonald juga menjual ayam goreng :-).

    Jika anda kata ‘burger’ orang akan fikirkan macdonald dan kenapa tidak KFC, sedangkan KFC juga ada menjual burger :-). Ini adalah kerana pembinaan jenama yang membolehkan ‘pertama memasuki fikiran pengguna.

    Sebab itu KFC & McDonalds, Hagaan Dazs & Baskin Robbins dan Hard Rock & Planet Hollywood biasa ada bersebelahan. Salah satu tujuannya memang untuk bersaing. Soalannya ‘tidak takut ke kehilangan pelanggan?’. Jawapnnya! Sudah tentu tidak, kerana mereka telah ada kekuatan terhadap jenama masing-masing ‘pertama memasuki fikiran pengguna’ :-).

    Nie pandangan saya ;-).

  17. Ok.. saya cuba perbaiki jawapan saya.

    Jawapan saya ialah, membina & memiliki niche yang tersendiri.

    Huraian:

    Membina & memiliki Niche bermaksud, kita menfokuskan perniagaan kita kepada satu segmen pasaran untuk memenuhi permintaan-permintaan pelanggan yang lebih khusus.

    Contohnya seperti KFC & McDonald. Jika dilihat secara umum, pasaran mereka adalah pasaran “makanan segera”, tetapi, apa yang menjadikan kedua-kedua mereka tetap teguh untuk bersaing adalah kerana mereka mempunyai niche yang “berbeza”. KFC memiliki niche ayam, manakala mcdonald pula memiliki niche burger. Ini sekaligus menjadikan mereka mempunyai market segmen masing-masing. Orang yang lebih mengemari ayam.. akan pergi ke KFC, manakala orang yang lebih mengemari burger akan pergi ke mcDonalds.

    Sama halnya juga dengan Hard Rock cafe dan juga planet Hollywood, walaupun kedua-dua mereka menjalankan perniagaan “kafe hiburan”, tetapi planet hollywood lebih menjurus kepada “niche” filem & pelakon manakala hard rock cafe pula memilih niche muzik & penyanyi.

    Berkenaan Haagen Dasz & Baskin Robins pula.. hmm. yang ini saya tak pasti pula sebab saya tak familiar dengan 2 brand ini. Kalo tak silap saya, kedua-dua perniagaan ini menjual aiskrim, tetapi saya tak pasti apa pula niche mereka sebab tak pernah dengar pun nama brand nie. Mungkin sebab niche “kemewahan” yang digunapakai oleh Haagen Dasz menyebabkan saya tidak pernah mendengar jenama ini.. oh!.

  18. sambung skit lagi….

    Jika dipandang secara kasar.. memang ia kelihatan seperti mcdonald dan KFC ini bersaing, tetapi, disebabkan mereka mempunyai niche yang tersendiri, ini menjadikan mereka mempunyai pasaran masing-masing dan sekaligus membezakan mereka dengan pesaing mereka.

    Mengenai jawapan “memasuki fikiran pengguna yang pertama”.. itu adalah teknik yang akan digunakan bagi persaingan antara KFC dan juga marry browns. Ataupun persaingan antara Mcdonald dengan A&W.

  19. sistem ‘duplikasi’ adalah lebih baik daripada kita bersusah payah â€menciptakan kelainan daripada kelemahan pesaing”. lihat apa saja kelemahan yang ada pada diri kita yang menghalang kita untuk berjaya dan ambil contoh cara orang-orang yang telah berjaya berfikir dan bertindak untuk memperbaiki kelemahan kita. ‘Duplikasi’ diri kita sendiri untuk menjadi seperti orang-orang yang telah berjaya. Contohnya jika kita hendak menjadi seperti irfan, ‘duplikasikan’ diri kita untuk menjadi pakar internet dengan banyak membaca dan mengkaji perkara yang berkaitan.

    ..minta maaf sebab tak pandai nak tulis,
    banyak lagi rasanya nak beritahu…

    sila beri tunjuk ajar,
    sunadi

  20. Assalamualaiku Irfan.

    Untuk bersaing dan menang dlm persaingan tersebut kita hendaklah mempunyai niche kita sendiri. Keistimewaan dan kelebihan yg ada pada produk atau servis kita mestilah melebihi pesaing. Gunakan kreativiti utk mdptkannya.

    Dgn adanya perkara2 tersebut kita akan mudah menundukkan para pesaing semua.

  21. Seeloknya kalau kita dapat menjadi yg pertama memasuki fikiran pengguna adalah yg terbaik. Kalau kita bkn yg pertama di dalam market perniagaan yg kita ceburi, cara terbaik ialah membina satu jenama yg kukuh berserta kualiti produk dan perkhidmatan pelanggan yg terbaik. Juga, kita boleh mengisi niche/kekosongan yg terdapat dlm pasaran yg sebenarnya sgt luas dan aim pada target market yg berbeza. Gunakan juga daya penarik/strategi pemasaran yg berkesan agar kita boleh bersaing dengan pesaing terdekat kita.

    Contohnya, bandingkan antara KFC dan McD. Target market mereka secara amnya ialah penggemar makanan segera ala western. Tetapi KFC memenuhi niche menu ayam goreng yg menjadi trademark restoran mereka, manakala McD pula mengisi niche dan sasaran pasaran penggemar burger. Jenama KFC begitu sinonim dgn ayam goreng dan McD pula dgn burgernya.

    Dr segi marketing strategi dan daya penarik mereka, kedua2nya menyediakan meal set khusus utk kanak2 dan memberikan permainan percuma dgn pembelian set tersebut. Merka juga mengadakan keahlian utk kelab kanak-kanak sebagai satu lagi daya penarik dan nilai tambah kepada perkhidmatan yg disediakan. Cuma yg membezakan adalah apakah aktiviti yg disediakan utk ahli, manfaat yg akan didapati dan sebagainya. Di sini mereka perlu lebih kreatif dan mengintai strategi pesaing masing2 bagi memantapkan lagi servis mereka. Di dalam perkara sebegini, tdk salah utk kita mengikut strategi pesaing yg dirasakan bagus dan mendapat sambutan. Tetapi, ia harus diberikan sentuhan dan identiti kita yg tersendiri supaya tdk dikatakan meniru bulat2.

    So, saya cuma dpt bagi contoh psl KFC dan McD saja sbb saya kurang arif ttg Hard Rock vs Planet Hollywood dan Haagen Daaz vs Baskin Robins. Semuanya penah dengar nama dan tengok dari jauh je laa… hehe… Semua tu bukan dunia saya… 😉

  22. di dalam perjalanan perniagaan ada kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman..

    kita tidak boleh melihat kelemahan semata-mata untuk memajukan perniagaan..

    oleh itu keempat-empat aspek itu perlu di stabilkan di dalam perniagaan..

  23. wow! banyak nye reply hari ni!!

    Semuanya nak bersaing merebut hadiah yang telah dijanjikan…

    Hmm..untuk jadi pemenang..adakah ANDA mencari kelemahan jwpan org lain, dan mencipta kelainan dalam jawapan anda??

    hehe… 🙂

  24. Assalamualaikum dan pembaca semua…

    Pada pendapat saya, dalam bersaing, untuk membezakan produk kita dan persaing ialah KEUNIKKAN produk kita….

    Walaupun McD dan KFC adalah pengeluar makanan segera, tapi produk mereka unik… Sebut “Original recipe” sudah tahu itu KFC,,… kalau sebut BigMac pula,..pastinya McD….

    Antara Hagen Dazz dan Baskin Robin,.. Walaupun kedua-duanya adalah jenama syarikat pengeluar aiskrim terkenal dari Amerika Syarikat, namun perkataan “Haagen Dazs” (bahasa Scandinavian) yang digunakan memberikannya keunikkan tersendiri. Apabila disebut Baskin Robin apakah yg terbayang difikiran anda? Bukankah itu menjadikannya unik?

    Dan antara Planet Hollywood dan Hard Rock pula, saya rasa anda semua dapat bezakan keunikkan antara keduanya. Siapa boleh lupakan persembahan “live band” di Hard Rock Cafe manakala persembahan mengunakan artis terkenal di Planet Hollywood adalah antara strategi pemasarannya.

    So, dlm bzness, setiap produk perlu UNIK dalam kategorinya yang tersendiri untuk memastikan terus bersaing dengan produk-produk lain di dalam kategori yang sama.

    p/s : Kalau sebut “Jutawan Internet” di Malaysia, pastinya merujuk kepada keunikan Irfan Khairi… betul tak?

    Hheheheh!!

  25. Kebanyakan jawapan yang diberi memang best-best..Sampaikan terbit pula 1 lagi teka-teki..

    “SIAPAKAH PEMENANG PERTANDINGAN INI?”

    Kalau saya nak jawab teka-teki sendiri

    Jawapan saya.. SHUTH 😛

    Saya teka sahaja..Tapi kalau kata tak puas hati lagi dengan jawapan-jawapan yang ada ni, saya nak beri jawapan saya pulak.. 🙂

    ps: Kalau jawapan teka teki saya tu betul, bo claim hadiah juga ke? hehe..

  26. Ops!

    Ada tambahan…

    Kalau diperhatikan, blog “Tips 1 Minit” ini ada kelainan dari blog-blog lain…

    Bukankah menjadikannya UNIK?? Hasilnya, membantu penjualan produk RahsiaInternet.com…

    “To be a better person is to be positively different everyday”.

    Ngeh! Ngeh! Ngeh!

  27. Assalamualaikum

    Share the cake.Bersainglah dengan sihat dan bukan nak menjatuhkan pesaing kita. Bergaul mesralah dengan pesaing kita dan kalau mampu ‘take over’ sedikit demi sedikit sampai jadi kita punya atau bantu dia untuk berkembang dan merge menjadi sesuatu yang lebih besar.Waulahua’lam.

  28. Jawapannya cari sasaran pasaran yang berbeza dari pesaing kita. 🙂

    KFC dan McD bersaing pada menu dan mempunyai sasaran pasaran yang berbeza. KFC lebih kepada ‘local taste’ berbanding dengan McD. 😀

    Haagen Daaz (made like no other) dan Baskin Robins (irresistible treats, smiles and fun) bersaing pada rasa produk yang dikeluarkan. Baskin Robins lebih kepada mencipta rasa yang terbaru manakala Haagen Daaz lebih kepada keaslian dan kualiti bahan yang digunakan dalam produk mereka. 😀

    Hisham;
    “Saya menang hadiah ke.. he he he” 😉

  29. hmmm…

    kalau di gabungkan 2 jawapan komentar di sini, dah memang TEPAT dah.

    ingat, jawapan pendek (walaupun TEPAT) tapi tiada sokongan dan tidak menjawab persoalan 2 posting saya yang lepas, tak kira 🙂 Sebab penat2 saya tulis panjang (siap research lagi), takkan jawapannya pendek je kan? (4-5 baris kiranya pendek la tu)

    sebab ada satu je hadiah, satu je pemenang :). kalau tiada jawapan yang seTEPAT-TEPATnya, hadiah akan diberi kepada jawapan yang PALING HAMPIR dan mengikut turutan terawal.

    Sekarang ni, dah ada jawapan yang HAMPIR (dah ada “hampir pemenang”). tapi, kalau nak beat ni, perlu beri yang TEPAT!

    Siapakah yang HAMPIR TEPAT tu? 😉

  30. sentiasa kena ingat pada SWOT(kekuatan,peluang,kelemahan,ancaman)

    KEKUATAN-sentiasa memberi kelebihan pasaran atau ruang dimana perniagaan boleh membangun. ia melibat ciri2 seperti kedudukan pasaran semasa, saiz, struktur kepakaran pengurusan, sumber fizikal dan kewangan, pengambilan pekerja, imej dan reputasi.

    PELUANG-situasi memberangsang yang terhasil dari perubahan dalam peserkitaran luaran. organisasi perlu sensitif pada masalah dan bertindak balas dengan segera. memberi potensi pada organisasi utk menawarkan atau membina sesuatu yang baru.

    KELEMAHAN-aspek negatif atau sikap kurang daya tahan dalam persaingan atau sumber dalam organisasi, atau imej dan reputasi yg menyekat keberkesanan dan perlu diperbaiki utk mengurangkan kesanya terhadap syarikat. contohnya melakukan operasi syarikat dalam linkungan pasaran yang kecil, menggunakan perkakasan lama, kos tinggi dan struktur birokrasi.

    ANCAMAN-situasi tidak memberangsangkan terhasil dari pembangunan luaran yang boleh menggugat operasi dan keberkesanan organisasi. organisasi perlu peka pada perubahan yang berlaku dan bertindak cepat.

    btl ?

  31. kita jual brg sama, tapi rasa lain. kfc n mc d jual awam goreng n rasanya tak sama, ditambah pula dgn side dishesnya yang berlainan. orang pergi berdasarkan citarasa mereka.. betul tak jwpn ni..?

  32. Bismillah. Assalamualaikum, Irfan Khairi. Dua faktor yg penting dlm persaingan :
    1 – NIAT – niat kita untuk bersaing semata- mata kerana Allah. setelah itu, kita berniat persaingan yg positif iaitu utk meningkatkan perniagaan kita.

    2 – DUIT – Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakkal kepada Allah. Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan segala-galanya yang mana baik untuk kita.

    bila lagi nak buat talk d Brunei Darussalam, kami mengalu-alukan kedatangan. pasti siuk tu.

  33. A’kum..

    Seronok saya membaca komen rakan2 sekalian.. saya pun nak mencuba juga lah..

    Bagi saya adalah lebih baik menjadi diri kita sendiri, keluarkan produk/identiti kita sendiri, dan punyai nitch kita sendiri. Orang akan mengenali kita dgn sendirinya. Walaupun kita tahu kita punyai pesaing tetapi jika berpegang kepada keunikan kita itu orang lain tidak akan mempertikaikannya.

    Contohnya spt irfan sendiri, orang lain tentunya menjadikan idola jutawan muda, pakar motivasi internet, walaupun terdapat ramai pakar motivasi yg lain tetapi jika mereka cenderung kpd usahawan/ingin berjaya di arena siber ini sudah tentunya mereka ingin mengenali dgn lebih dekat lagi..

    sekian, sekadar pendapat saya..

  34. Depan rumah saya asalnya ada Mc Donald. Awal tahun ni sebelah tu dah ada KFC dan Pizza Hut.

    Persaingan antara Mc D, KFC dan Pizza Hut sememangnya nampak seperti sama, ‘Fast Food’ tetapi niche market berbeza. Kenapa berada berdekatan? Untuk kumpul pelanggan. Bila berdekatan pelanggan ada pilihan dan ini dapat tarik lebih ramai pelanggan dan tentunya kumpul lebih ramai perlanggan berbanding hanya ada 1 jenis perniagaan sahaja.

    Kemudian persaingan begini dapat tarik pelanggan ‘kenal’ kategori/industri fast food. Sebelum ni agak janggal makan ayam goreng atau burger untuk lunch. Mesti makan nasi berlauk. Tapi kini tak pelik. Secara tak langsung dah mengubah budaya masyarakat di Malaysia.

    Mencari kelemahan sebenarnya seperti kata sentiasa akan di atasi oleh persaing dan persaingan akan berterusan. Persaingan yang baik sepatutnya membuat pelanggan lebih mnegenali ‘industri’ kita secara positif dan lebih banyak dapat pengetahuan mengenainya. Untuk berjaya, pada saya kita cipta identiti dan jenama kita sendiri dari kategori yang sama tetapi kegunaan/target market yang lain. Dan sampaikan maklumat yang berguna tentang industri dan produk. Terangkan kenapa perlu industri dan produk kita, keistimewaan produk. Mainkan emosi pelanggan jadi pelanggan akan rasa perlunya guna produk itu. Seperti perniagaan di internet, dulu agak janggal bidang internet ni. Tapi telah berjaya mencipta ‘industri internet’.

    Sekian

  35. Assalamualaikum dan pembaca semua!

    , berikut adalah hasil pembacaan dan kajian saya terhadap 3 post yang nyatakan,

    FORMULA:

    **GUNA + CIPTA + KEKALKAN**

    1.GUNA Pasaran Yang Telah Dicipta Oleh Pesaing.
    2.CIPTA Produk @ Service Yang *UNIK* dan *DIINGINI @ DIPERLUKAN* oleh Pasaran.
    3.KEKALKAN Pasaran dengan Backend Product @ Service tersebut.

    CONTOH:

    McDonalds & KFC

    GUNA – mereka guna @ berkongsi pasaran yang sama iaitu *makanan segera ala barat*

    CIPTA – produk yg mereka cipta masing2 adalah *unik* dan *diingini* oleh pasaran (penggemar makanan segera ala barat) iaitu McD (burger) manakala KFC (Ayam Goreng)

    KEKALKAN – mereka ‘menjaga’@ mengekalkan pasaran dengan mempelbagai @ mengoptimumkan produk tersebut sbg contoh,McD (BigMac) & KFC (Original recipe)

    Haagan Dazs & Baskin Robbins

    GUNA – mereka guna @ berkongsi pasaran yang sama iaitu ‘frozen dessert’

    CIPTA – produk yg mereka cipta masing2 adalah *unik* dan *diingini* oleh pasaran (penggemar frozen dessert) iaitu Haagan Dazs (ice cream,yogurt, cookies ) manakala Baskin Robbins (ice cream, cakes, beverages )

    KEKALKAN – mereka ‘menjaga’@ mengekalkan pasaran dengan mempelbagai @ mengoptimumkan produk tersebut sbg contoh,Haagan Dazs (cinnamon dulce de leche ice cream) & Baskin Robbins (Fudge Crunch Cake)

    Hard Rock Cafe & Planet Hollywood

    GUNA – mereka guna @ berkongsi pasaran yang sama iaitu ‘cafe @ restoran hiburan’

    CIPTA – produk yg mereka cipta masing2 adalah *unik* dan *diingini* oleh pasaran (penggemar cafe @ restoran hiburan) iaitu Hard Rock Cafe (temanya berkaitan *penyanyi*) manakala Planet Hollywood (temanya berkaitan *pelakon*)

    KEKALKAN – mereka ‘menjaga’@ mengekalkan pasaran dengan mempelbagai @ mengoptimumkan produk @ service tersebut sbg contoh,Hard Rock Cafe (menjual souvenier & baju berkaitan penyanyi) & Planet Hollywood ( mengadakan majlis @ parti bersama pelakon)

    Sekadar berkongsi ilmu,

    Azmin Wil,
    Penaung,
    AzminWil.com

  36. Isu disini ialah apakah strategi bersaing dalam perniagaan, dengan melihat kepada sampel; dimana adanya Mc Donald disitu ada KFC, Haagan Dazs ada Baskin Robbins & Hard Rock Cafe..
    pandangan saya ialah..pertamanya para pesaing seolah2 mengikut jejak pesaing dan menambahbaik dengan mencipta identiti tersendiri. Sbg contoh, di dalam promosi, kedua2nya ada ikon. MC Donald ada ikon badut, KFC ada Chicky…masing2 mempunyai gaya & identiti tersendiri, tetapi matlamatnya 1, iaitu promosi & nak suruh budak2 pi kedai depa. hasilnya pelanggan yang tertarik kpd badut, pergi ke McD, dan yang minat pada ayam boroi pergi ke KFC.
    Keduanya, mereka mengguna kekuatan yang ada dan mencipta kelainan daripada apa yang ada pada pesaing.Seperti yg rakan2 di atas sebut, bukan tak ada ayam di McD, tetapi kekuatan resepi ayam yang ada di KFC ditambah dengan kelainan citarasa, pilihan, dan promosi menyebabkan ayam di KFC menjadi pilihan.

    Ketiganya, mengestablish jenama sendiri dengan disasarkan pelanggan dan diberi tumpuan killer produk… contohnya bg kedai Hard Rock Cafe & planet hollywood, masing2 ada sasaran pelanggan tersendiri.. ada yg minat live band, pergi tempat yg ada live band, ada yg minat idola2 tertentu, pergi ke tempat yg ada..pelanggan akan buat pilihan sendiri berdasarkan apa yang dorang minat & apa yg disediakan. kalau saya, walau semeriah manapun kedua2nya, saya pilih kedai jual cendol pulut lg.. takut nak masuk, nanti kopiah terbang :).
    manakala contoh menumpukan killer produk, kfc tumpu kepada ayam sampai jilat jari ayam..manakala McD tumpu kat Burgernya yg sama besar dengan kopiah sy :). Dengan tindakan mempromosi, iklan & persembahan yang berkelainan, masing2 berjaya di dlm strategi bersaing dgn pesaing yg menjual produk yg sama.

    Kesimpulannya, dengan gabungan ketiga2 strategi bersaing secara sihat dlm persaingan, maka mereka mampu berjaya didalam bisnes masing2 walaupun duduk bersebelahan.. tak macam makcik warong sebelah tu, ada ke patut disantaunya kasim yang jual mee sampai org muntah2…

    Itulah hujah saya yang arif, mohon dicadang 🙂

  37. Selain dua faktor itu, saya nak tambah satu lagi bagi memantapkan persaingan. Iaitu MEMBERI HADIAH KEPADA PELANGGAN – Sekali sekala apa salahnya kita memberi hadiah kepada pelanggan terutama sekali pelanggan tetap. Dengan ini secara tidak langsung menggalakkan pesaing kita juga memberi hadiah dan ini akan menjadi ibadah kepada kita dan pesaing kita. Walaupun hadiah mungkin inda seberapa tapi pelanggan akan menghargainya. Dimana ALLAH juga memberi hadiah berupa pahala kepada setiap hambaNYA yang beribadah kepadaNYA. Macam lurus tah pendapat ku ani?

  38. a’kum ,

    saya rase “niche market” dan USP “unique selling point” adalah penting sbb dgn adanya kedua2 elemen tersebut, kite x perlu takut utk letak sabarang harga utk produk kite kerana kite ade sasaran pelanggan yg unik yg sanggup membeli produk kite.

  39. -ninche target market tersendiri,bina USP. kalau ninche market kita hampir sama, bina “RE-NINCHE” target market.
    -elak daripada “lap market”(masih ingat lagi tip yg lepas,macam hadapi exam pulak, baca,hafal,re-call)

  40. “UNIK – LAIN DARI YANG LAIN DALAM MEMBENTUK IDENTITI”

    Apakah yang membezakan kita antara satu sama lain? Jawapannya, fizikal kita, minda kita, (cara berfikir) personaliti, tingkahlaku (perangai) dan latarbelakang keluarga.

    Perbezaan antara individu dgn satu individu yang lain menjadikan kita unik dan sekiranya keunikan kita itu menyerlah, membuatkan kita lebih menonjol berbanding orang lain.

    Lumrahnya, setiap orang boleh membaca. Namun, sesiapa yang mempunyai kelebihan membaca dengan pantas membuatkan dia lebih menonjol dari orang lain. Tetapi,…

    Adakah orang yang membaca dengan lembab tidak menonjol? Tidak juga… orang yg membaca dengan terlalu lembab juga turut mendapat perhatian…

    Walaupun perhatian diberikan agak negatif tapi hakikatnya si dia lebih menonjol berbanding orang lain,…

    Maka, dapat kita perhatikan, jikalau sesuatu perkara ketara berbeza dengan perkara-perkara lain yang LAZIM, maka, perkata tersebut akan lebih menonjol. Dalam persaingan, untuk mendapat perhatian, maka perlulah menonjol.

    Dalam konteks persaingan dalam perniagaan, maka sesuatu produk perlu menonjol untuk menarik perhatian bakal pelanggan/pembeli. Bagaimana untuk produk kita lebih menonjol berbanding produk lain (dlm kategori yang sama) dalam pesaran?

    Ini bergantung kepada taktik, teknik dan strategi pemasaran yang kita gunakan.

    Satu teknik baru yang saya pelajari ialah “Sentuhan Manusia (Human Touch)”.

    Penerbangan Malaysia ketika ini mengkehendaki semua kakitangannya yang berurusan dengan pelanggan/bakal pelanggan, memanggil para pelanggan dengan menggunakan nama mereka.

    Contohnya, jika kakitangan berurusan dengan mereka akan terus memanggil sebagai Irfan Khairi sebaik sahaja mengetahui nama . ( instead of just calling you “”)

    Layanan istemewa ini akan membezakan Penerbangan Malaysia, berlainan dan unik, berbanding dengan syarikat penerbangan yang lain. Ianya memberikan suatu identiti baru yang lebih kepada ‘mesra pelanggan’.

    Saya percaya sekiranya dalam setiap workshop mengenali dan memanggil nama setiap peserta menggunakan nama mereka, pasti membuatkan workshop lebih unik dan diingati oleh setiap perserta… “Oh! menyebut nama aku!” mungkin antara yang terdetik di hati setiap peserta.

    Nokia memperkenalkan “Teknologi Insan”… Simbolik dua tangan berpaut menjelaskan maksud komunikasi iaitu menghubungkan dua pihak tak kira samada jauh ataupun dekat. Pada pendapat saya, Nokia adalah syarikat Telco yang paling menonjol berbanding syarikat-syarikat lain.

    Saya percaya, dalam persaingan, seandainya kita dapat melayan pelanggan seumpama seorang sahabat membantu sahabatnya yang memerlukan bantuan, maka tidak akan wujud lagi persaingan. Sudah pasti, kita akan menjadi tumpuan.

    Kajilah sendiri melalui pemerhatian Irfan Khairi dalam menghasilkan jutawan internet setiap hari. Dapat di lihat sendiri akan kebenarannya,….

    Sekian, terima kasih.

  41. Assalamualaikum dan pembaca semua…

    Saya rasa jawapannya ialah dengan menggunakan strategi Blue Ocean,iaitu memfokuskan kepada mewujudkan pasaran di mana persaingan akan menjadi tidak relevan. Ini dilakukan dengan melaksanakan value innovation iaitu meningkatkan ‘nilai’ kepada pelanggan dan perniagaan itu sendiri.
    Differentiation (kepelbagaian) + menurunkan kos produk = nilai kepada pelanggan. Nilai yang wujud akan meningkatkan jualan dan menurunkan harga. Akhirnya satu pasaran baru diwujudkan tanpa perlu ada persaingan dengan mana-mana pihak.

    Contoh: KFC & McD
    – Kedua-duanya restoran keluarga.
    – Kepelbagaian & Penurunan kos: Fokus kepada 1 produk utama. KFC – ayam goreng, McD – Burger. Masa yang sama wujudkan pelbagai pilihan dan penjimatan (contohnya value meal),juga suasana kekeluargaan dan keceriaan.
    – Ditambah dengan marketing (terutama positioning) yang berkesan & menjadi yang pertama dalam industri, kedua-duanya dalam pasaran mereka sendiri.

    Planet Hollywood & Hard Rock Cafe
    – Kedua-duanya cafe hiburan
    – Niche: Planet Hollywood – Penggemar filem hollywood, Hard Rock Cafe – Penggemar muzik barat.
    – Kepelbagaian & Penurunan kos
    Kepelbagaian & penurunan kos – liveband, suasana glamour tanpa perlu mengeluarkan belanja besar ke US.
    – Kedua-duanya yang pertama dalam niche masing-masing.

    Haagen Daaz & Baskin Robbins
    – Kedua-duanya cafe/kiosk ais krim
    – Niche : Haagen Daaz – Orang dewasa yang bercitarasa mewah, Baskin Robbins – Kanak-kanak & Remaja
    – Kepelbagaian & penurunan kos -Pelbagai jenis aiskrim dalam harga yang berpatutan dengan konsep yang ditawarkan.

  42. Mencipta kelaian dan niche perniagaan yang tersendiri..

    Yang penting branding kita.. Jika kita dapat menyaingi branding pesaing kita, kita mampu mengatasinya..

    Tidak semestinya dari segi warna tetapi keseluruhan..

  43. A’kum

    Nampaknya semakin sengit rakan-rakan kita punya pendapat. â€Menciptakan kelainan daripada kelemahan pesaing” bukan jawapannya, memang susah nak jawap persoalan ni nampaknya…

    Pada pandangan saya pula untuk terus bersaing dalam perniagaan yang pertama perlu ada ialah takrif perniagaan kita itu sendiri. Apabila kita sudah jelas dengan takrifan ini barulah kita akan terus dapat bersaing dalam dunia perniagaan. Kita perlu tahu dan memahami dengan jelas, terang dan nyata tentang bidang perniagaan sebenar yang kita ceburi. Takrif ini dapat diperkukuhkan lagi dengan adanya pernyataan akan misi dan wawasan perniagaan kita.

    Apabila kita sudah jelas tentang takrif perniagaan kita maka perkara seterusnya adalah untuk kita harus dilakukan ialah meletakkan pasaran (market positioning). Ini bermaksud kita mewujudkan perbezaan dalam fikiran pengguna tentang produk yang kita tawarkan ataupun mengenai perniagaan yang kita jalankan.
    Tanpa adanya perbezaan sesuatu produk yang kita tawarkan akan dilihat sama dengan produk lain yang sedia ada dalam pasaran.Ia tiada keunikan dan pengguna akan berasa tiada sebab untuk membeli seterusnya menggunakan produk berkenaan atau mereka akan menggantikan produk yang mereka guna pada tika ini.
    Contohnya Produa dan BMW kedua-duanya merupakan pengeluar kereta dan memasarkan kereta mereka. Kebanyakkan kita menganggap kereta BMW lebih baik dari segi kualiti,prestasi termasuklah ciri-ciri keselamatannya….walaupun harga yang mahal ia tetap mendapat sambutan, syarikat ini tetap berada pada kedudukannya dan masih terus bertahan. Kita lihat pula kepada Perodua mengapa mereka juga berjaya ketika ini sebagai pendahulu pasaran kereta di Malaysia kerana pengguna menganggap inilah kereta yang paling murah di pasaran walaupun tidak setanding dengan BMW. Kalau dibuat perbandingan memanglah kereta Produa ini tidak setanding jika dibandingkan dengan kereta BMW dari segi kualiti,harga,prestasi dan dari segala-galalah… Tetapi Perodua telah menggunakan harga dan juga segmen kereta kecil sebagai asas peletakkan pasarannya dalam memasarkan keretanya di Malaysia, begitulah juga dengan BMW menggunakan kewewahan dan status sebagai strategi utama mereka.
    Samalah juga dengan yang telah disebutkan oleh rakan-rakan contohnya KFC, Mc Donald dan sebagainya tadi…. kenapa mereka ini boleh berniaga sebelah menyebelah dan mengapa tetap ada pelanggan yang datang ke restoran mereka, asasnya ialah peletakkan pasaran mereka. Telah terdapat perbezaan dalam fikiran pengguna akan perbezaan mereka, kalau nak ayam goreng sedap mestilah KFC dan kalau nak burger mestilah Mc Donald yang sedap.
    Sebanarnya terdapat banyak cara yang boleh digunakan untuk membezakan perniagaan dan juga produk yang ditawarkan.Kita boleh menggunakan jenama, kualiti, perkhidmatan yang kita berikan, jurujual dan bahan yang kita gunakan untuk menghasilkan produk kita. Rasanya lokasi pun boleh memainkan peranan kot….

  44. Promosi, Promosi, Promosi…
    Promosi memainkan peranan penting dalam perniagaan. Sehebat manapun sesebuah perniagaan tanpa promosi yang hebat, tiada siapa yang akan mengenali perniagaan tersebut. Mempromosi perniagaan adalah aktiviti yang paling penting dalam menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Tanpa Promosi yang betul, bagaimana pelanggan akan mengatahui perniagaan anda di antara berjuta-juta perniagaan yang lain?.

  45. Pendapat saya
    Strategi perniagaan KFC,McDonald dan apa-apa syarikat adalah membina jenama yang kukuh.Sebabnya bila jenama dah kukuh,letaklah apa-apa produk,atau letaklah apa-apa harga,orang ramai pasti akan beli.Sebab orang ramai beli sebab jenama.Kebanyakan syarikat yang mempunyai jenama yang kukuh ni jarang buat promosi iklan kat TV.Sebagai contoh tengok je Hagen Daz…ade iklan?Lagi satu jenama kereta mercedes..ade iklan?Sebab jenama dia dah kukuh…Jadi tiada siapa pertikaikan kualiti dia….So bagi saya syarikat seperti KCF dan mcdonald ni sebenarnya berlumba-lumba mebina jenama yang kukuh.Supaya bila kita pikir pasal burger, mcdonald lah muncul dalam kepala otak kita dan bila kita teringin nak makan ayam goreng semestinya KFC lah terbayang-bayang dalam fikiran kita.Kesimpulannya penjenamaan tu yang utama dalam sesebuah syarikat.Strategi penjenamaan boleh dilakukan banyak cara.Pengiklanan,penghasilan produk berkualiti,tajaan dan bermacam-macam lagi.
    Sekian terima kasih

    P/s-saya menerima tempahan nak bina logo bg sape2 yang belum ada logo syarikat tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published.