Nota: PERTANDINGAN DI BAWAH… ada hadiah untuk dimenangi 🙂
Susulan dari tip semalam iaitu menggunakan strategi pesaing, ramai mungkin terfikir cara terbaik sekiranya untuk bersaing adalah “mencari kelemahan pesaing dan ciptakan kelainan”. Dari segi teori, mungkin ianya benar. Tambahan, selalu kita dengar nasihat, cari kelemahan pesaing, dan kita lakukannya sebagai kekuatan, betul?
Cuba fikirkan, bukankah kalau kita mempunyai kelemahan, kita juga akan memperbaiki kelemahan tersebut? Ketahui bahawa pesaing anda juga adalah bijak seperti anda!
Contoh, sekiranya pesaing jual pada harga mahal, kita bersaing dengan harga murah. Tapi, apa akan jadi sekiranya pesaing turut turunkan harga? Anda boleh menurunkan harga, mengapa tidak pesaing?
Contoh lagi, sekiranya pesaing melakukan penghantaran lambat (2-3 hari), kita lakukan untuk penghantaran cepat-24 jam! Tapi, apa akan jadi sekiranya pesaing juga mengubah penghantaran kepada 24 jam? Anda boleh lakukan 24 jam, mengapa tidak pesaing?
Contoh tambahan, sekiranya kualiti produk pesaing kurang, anda sediakan produk yang berkualiti tinggi.Tapi, apa akan jadi sekiranya pesaing juga turut “improve” kualiti produk mereka? Anda boleh menyediakan produk berkualiti tinggi, mengapa pula pesaing tidak lakukan yang sama?
Adakah mencari kelemahan pesaing dan jadikannya kelainan jawapannya? Bagi saya tidak. Ini kerana apa sahaja kelemahan pesaing yang anda boleh tangani, pesaing juga boleh melakukan yang sama.
Di sini saya ingin kongsikan salah satu rahsia strategi bersaing dalam perniagaan. Sudah bersedia?… tunggu… saya mahu dengar pendapat anda dulu.
Jadi, siapa tahu jawapannya? Sekiranya bersaing melalui “menciptakan kelainan daripada kelemahan pesaing” bukan jawapannya, apa jawapan yang sebenar? Perlu jelaskan dengan sokongan sekali!
Siapa tahu jawapannya? Teka teki bisnes ni… Peluang mengasah skill perniagaan anda😉
Siapa yang betul/tepat, saya akan kasi hadiah SPECIAL. Ni perlu fikir advance sedikit ni… saya rasa ramai yang tak terfikir. 🙂 Hadiah menanti pemenang!
Anybody? (kalau salah atau kurang tepat, tak mengapa… janji cuba. Berfikir adalah cara terbaik dalam mendapat ilmu baru!)
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
hi,
contoh jelas untuk menciptakan “kelainan daripada kelemahan pesaing” ialah dengan mempromosi tawaran hebat-hebat seperti potongan harga (beli satu, dapat satu percuma); hadiah istimewa (seperti dlm kuiz ini berebut2 nak cuba)seperti tawaran yg di buat oleh KFC dan McD dan Haagen Daaz dan Baskin Robins. Hard rock dan Planet Holywood malam rabu ladies free (tak ke berebut ke jejaka masuk). Saya pun nak hadiah gak ni…laku la kuiz Irfan kita ni macam jual goeng pisang panas.
Assalammualaikum w.b.t kepada
Irfan Khairi dan saudara/saudari sekalian;
Mencari kelemahan pesaing dan ciptakan kelainan? Tidak?
*****Pada pendapat saya kita perlu amalkan sentiasa mempunyai STRATEGI”******
STRATEGI:
“di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”
STRATGEI YANG BAGAIMANA?
1) “CIPTAKAN PERASAAN INGIN TAHU DI SUDUT HATI ORANG RAMAI, Biarkan mereka sentiasa ingin, ingin dan ingin mengetahui selanjutnya”
CONTOHNYA:
ciptakan sesuatu yang MENARIK
cth mudah “BENGKEL JUTAWAN INTERNET” di bawah kolaan irfan khairi!
Bukankah acapkali kita melihat iklan bengkel ni, kita sentiasa rasa “tertarik”? kenapa? sebab kita tertanya kelebihan bengkel ni?????? KENAPA?? SEBABNYA hasil dari:
GANDAKAN PROMOSI DENGAN PELBAGAI KAEDAH. NAMUN TINGGALKAN SESUATU UNTUK DI HATI PEMBACA.
2)STRATEGI MENCARI KELEBIHAN PESAING DAN CIPTAKAN KELEBIHAN
omong kosong! tapi betullah…bukankah di mana ada kfc di situ ada mcD? KELEBIHAN kfc adalah ayam…McD pun ada ayam apa?? tapi dia juga ada daging lembu? KFC tambah IKAN…begitulah seterusnya….namun tak rugi mecipta kelebihan…asalkan meninggalkan kesan di hati orang ramai
SEKIAN TERIMA KASIH!
WASSALAM (” “,)
shuth.. kamu ni dah terer, tak yah jawab le.. tak dapat saye menang hadiah irfan nanti.. waaaa tidakkkkkkk
Ahh.. nie lagi satu contoh Kenapa dalam banyak-banyak yang beri komen kat atas Syima kata Shuth yang akan menang? 🙂 Rasanya bukan Syima yang berfikir macam tu mungkin ramai lagi termasuk saya 🙂 .
Saya tanya saya jawap, sebab Shuth telah membina identiti dan jenama dalam perniagaan internet ini. Kira ‘pertama memasuki fikiran komenter’ kat sini 🙂 .
Walaupun tiada kaitan dengan post cuma nak buktikan pentingnya membina identiti atau jenama kerana ianya secara automatik ‘pertama memasuki fikiran kita’ 🙂
pendapat saya,
kita bagi value added terhadap produk kita tu. mungkin kita leh tambah bonus! kadang orang leh tertarik dengan bonus…
Saya rasa â€menciptakan kelainan daripada kelemahan pesaing†adalah juga salah satu strategi untuk bersaing dalam dunia perniagaan ini.
Bak Kata tadi, jika kita buat perubahan terkini, tidak mustahil juga pesaing akan berbuat demikian. Tapi salah satu cara untuk menanganinya sebelum pesaing membuat perubahan adalah menjadi Pelanggan kepada Pesaing tersebut. Sudah tentu pesaing akan memberi info terkini apa yang telah mereka perbuat dan perkemaskini pada laman web mereka kepada dan menghantar maklumat tersebut melalui email pelanggan tadi.
Jadi dengan cara ini, kita sebagai pelanggan dan juga pesaing sebenar sudah mengetahui langkah2 yang di perbuat pada pesaing tadi. Dan sudah tentu kita juga akan perbaiki sejurus pesaing membuat perubahan. Betul dak?
Untuk bersaing dengan pesaing kita, kita mesti mencipta sesuatu yang unik supaya kita dapat ‘log’ pelanggan kita dan mereka menjadi ‘loyal customer’. Caranya seperti kita menjadikan mereka ahli syarikat kita. Dengan keahlian mereka mendapat kemudahan seperti beli barang dengan harga discount, kursus percuma, consultation percuma dan lain-lain. Produk kita juga mesti melalui R&D agar produk kita berkualiti, ada testimonial, ada produk survey dll.
Regards Sharifah Azran Alam
Untuk menang dalam persaingan kita perlu tampilkan kelainan yang tidak pernah terlintas difikiran pesaing-pesaing kita. Begitu juga halnya dengan bisnes, kita tidak semestinya perlu mencari kelemahan pesaing kerana setiap perniagaan mempunyai kelemahan masing-masing, namun jarang terdapat perniagaan yang mempunyai kelainan atau keunikan tersendiri.. kelainan dan keunikan itulah yang perlu ditonjolkan.. bukankah manusia amat mudah teruja dan gemar serta meniru kepada sesuatu yang pelik dan lain dari yang lain?? seharusnya ketaksuban mereka mesti bijak dieksploitasi oleh usahawan dan golongan peniaga untuk menang dalam persaingan.. bukan sahaja untuk menang malah mencetuskan suatu fenomena atau trend baru dan terkini yang menjadi kegemaran dan ikut-ikutan orang ramai dan juga pesaing perniagaan mereka.. seperti wujudnya KFC di tempat beradanya Mc D 🙂
oh ya, bila kamu tahu kredibiliti seseorang atau sebuah kedai makanan tu, kamu sentiasa ingin mendekatinya.
ya sangat setuju
berikan pesaing ruang untuk meningkat dengan cara kita tingkatkan qualiti dan servis kita. Apabila kualiti pesaing meningkat disebabkan kehadiran kita dengan sendirinya akan mencipta pasaran yang lebih besar. Orang yang tidak biasa dengan produk atau kedai kita akan mula membuka mata dan akan cuba untuk menggunakan produk kita atau singgah ke kedai kita, atau kedai pesaing kita.
Bermakna, pasaran yang lebih besar membolehkan kehadiran pesaing sangat dialu-alukan dan akan menggalakkan pertumbuhan.dengan wujudnya pesaing-pesaing ini, perniagaan akan menjadi lebih terkenal, maka produk lebih senang dipasarkan. Perniagaan kita menjadi lebih makmur apabila kita menghargai pesaing kita.
klau kita fikirkan,sedar tak sedar korang semua dah jadi pesaing… ape yang dikejarnya?
â€mencari kelemahan pesaing dan ciptakan kelainan”
sape yg menang ekh
wow…Irfan Khairi membuatkan orang yang membaca artikel ini berfikir seperti otak seorang bisnesman..I like
Saya tertanya juga,siapa yang menang?
Tahniah atas topik ini dan panjang juga masa diambil sehingga 2010 dah hampir 3 tahun lebeh masih tercari2 jawapan yg tepat ! Rasa nya semua jawapan yg diberi itu Betul belaka tapi belum memuaskan, boleh ambil pakai tapi kureng sikit… rasa nya Irfan cuma nak duga semua dan dan beri peluang kpd semua untuk memberi pendapat dlm forum ini dan secara tak langsung juga mempromosi blog ini juga. Terima kasih !
salam,en.irfan..boleh x berikan sedikit keterangan ttng mee segera untuk warga tua..terangkan bagaimana untuk mewujudkan dua pesaing dalam industri yang sama…
Tonjolkan USP produk kita
Tonjolkan USP produk kita
Wah, baru tahu setelah baca postingan ini. Semangat min….
Makasi, infonya sangat bermanfaat. Saya pembaca setia
di blog ini. Kontennya bener-bener joss…