Mencari idea hebat dalam perniagaan

Sebagai seorang usahawan, kita perlu mempunyai banyak idea. Idea mencari perniagaan baru, idea memberi inovatif kepada perniagaan sedia ada, idea mendapatkan strategi dalam memasarkan produk kita, dan sebagainya idea…

Ramai kenalan saya sering kata “IK ni memang banyak idea”. Memang betul pun, saya sendiri rasakan saya selalu mendapat idea bernas dalam perniagaan.

Tetapi, ada juga yang kurang mendapat idea dalam perniagaan. Nak dapatkan idea… memang susah! Apatah lagi idea yang baik. Sering kali mereka ni katakan diri mereka “tak kreatif”.

3 idea

Sebenarnya, mendapat / mencari idea adalah satu skil yang boleh dipelajari. Bukannya semua orang dilahirkan terus mempunyai banyak idea. Tetapi,ย  idea adalah satu kemahiran yang dipelajari.

PENGUMUMAN: Mempunyai idea untuk memulakan perniagaan Internet? Klik di sini untuk Program 6 bulan Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama Pakar Perniagaan Internet #1, Irfan Khairi.ย 

Berikut adalah beberapa tips dalam mendapatkan idea:

  1. Berlatih mendapatkan idea! Mereka yang kurang dapat idea adalah mereka yang kurang cuba fikirkan idea. Lebih banyak kita cuba mencari idea, lebih banyak idea akan datang. Practice makes perfect. Selalu fikirkan idea tak kira sama ada ianya idea yang baik ataupun tidak.Dengan melatih minda kita selalu berfikir dan mencari idea, lebih mudah anda akan mendapat idea pada masa yang akan datang. Seperti bersenam, senamkan minda anda dalam mencari idea. Perlu selalu lakukannya!
  2. Thomas Edison pernah berkata “The greatest invention in the world is the mind of a child”. Cuba kita lihat kanak-kanak. Mereka tidak meletakkan had pada diri sendiri. Tidak risau dan takut melakukan sesuatu kerana “proses pembelajaran”. Tetapi, bagi kita yang telah dewasa, sering meletakkan had dalam kepala kita. Itu tak boleh… ini tak boleh… itu susah… ini susah… segala had pada pemikiran kita sebenarnya menghentikan idea dalam diri kita berkembang.Sering saya nasihat di talk saya bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan, cari idea perniagaan dan jangan fikir sama ada anda boleh lakukannya, atau mana nak cari supplier, atau mana nak cari pelanggan… just bebaskan fikiran kita dari had-had yang ada.. dan fikirkan idea!
  3. Banyak membaca! Sering kali idea-idea datang dari pembacaan. Seperti membaca blog ini… pernah tak anda mendapat idea? Ketika membaca akhbar… pernah tak dapat idea? Ketika membaca majalah… pernah tak dapat idea? Atau membaca di Internet? Pastinya pernah!Melalui bacaan, lebih banyak idea kita akan dapat. Tetapi, masalahnya ianya dikatakan budaya membaca adalah amat kurang di Malaysia. Mungkin sebab itu juga kita kurang mendapat idea. Lebih banyak input (melalui bacaan), lebih banyak output (idea-idea bernas) akan tercapai. Tanamkan tabiat membaca dan ini juga akan menanamkan tabiat mencari idea dengan sendirinya.

Selalu berfikir, jangan letakkan had di minda dan selalu membaca adalah kunci asas dalam mencari idea!

Ramai yang mempunyai ideaย untuk memulakan perniagaan. Tanpa bantuan dan bimbingan yang betul, idea tersebut sering terkubur begitu sahaja. Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama Irfan Khairi. Program ini akan membantu anda dari A hingga Z memulakan perniagaan Internet disamping bantuan dan bimbingan selama 6 bulan. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

29 thoughts on “Mencari idea hebat dalam perniagaan

  1. Salam…salam…
    Kadang2, banyak tengok TV dan layan DVD pun boleh datang idea bisnes ;-).
    Macam cerita Jackie Chan, Gorgeous.
    Jadi jutawan hanya dengan bisnes kitar semula sampah.

    Filem American Gangster (Denzel Washington) plak, walau pun kisahnya tentang dadah, tapi kita mungkin boleh mengambil idea melalui cara bisnesnya yang unik…

  2. Assalamualaikum Tuan Rumah

    Saya setuju dengan idea ini,

    “Banyak membaca! Sering kali idea-idea datang dari pembacaan.”

    sedikit tambahan,

    lebih ummmpph! lagi, jika sebelum membaca memang sudah dipasangkan niatnya untuk dapatkan idea…

    Salam ceria & inspirasi

    Assalamualaikum

  3. Kaedah2 mencari idea yg IK beritahu ni memang praktikal. Saya sendiri bila banyak membaca, tercetus macam2 idea utk perniagaan berbanding dulu bila kurang membaca..Sama2 kita praktiskan kaedah2 ni

  4. Betul3, sprt talk IK sblom ini juga, buat apa yg anda suka. Ia secara automatik akan membantu anda menjana idea w/pon kekadang perniagaan tu gagal tp anda akan berasa puas krn melakukan sesuatu yg anda suka dan yg pasti anda pasti akan tetap berusaha keras utk memastikan apa yg anda suka itu berjaya …;p
    try & error !!!

  5. idea ini datang bila kita banyak berfikir tapi sebelum berfikir mesti banyak membaca. Nabi kata berfikir sesaat lebih baik daripada amalan sunat setahun….. tapi orang Melayu majoriti malas nak berfikir…

  6. Salam,

    Topik yang menarik!

    Otak ni pun perlu latihan ‘mencari idea’ rupanya.. Mungkin waktu mula2 tu, susah idea nak datang, tapi lama2 kita mungkin dapat idea secara spontan aje. Saya pernah baca dalam post IK sebelum ni betapa penting utk buat catatan setiap idea yang datang. Bila kita perlukan idea ni semula, boleh rujuk semula catatan tu..

    Thank IK atas perkongsian ini.

  7. Selalunya didalam mencari idea perniagaan atau apa sahaja, kita perlu kretif dan inovatif untuk memikirkan supaya idea kita relevan dan diterima umum. Kadangkala kita mempunyai idea tetapi tidak mempeterjamahkannya. So kita kena olahkan apa yang kita fikir relevan

  8. Kita selalu diajar dengan perkataan ini ‘Belajarlah dari kesilapan’tetapi dengan membaca kita tak perlu membuat silap untuk kita belajar kerana kita mampu belajar dari kesilapan yang dilakukan oleh orang lain dengan cara membaca kisah kesilapan orang lain….

  9. Betul itu Tuan..
    Kadang kala idea datang mencurah2 tetapi secara otamatik pemikiran2 negatif pun muncul seiring dengan idea yang datang.

  10. mencari idea memang susah. lebih2 lagi kalau malas nak berfikir.

    membaca adalah hobi saya yg dipupuk sejak sekolah lagi. tapi dulu mula dengan baca buku komik ๐Ÿ˜‰ sekarang tidak lagi, lebih membaca buku ilmiah, kewangan dan motivasi ๐Ÿ™‚

  11. Terasa berbeza saya beberapa tahun dahulu dan sekarang. Sekarang idea mudah datang. Betul seperti tip diberi kena rajin berfikir dan banyak membaca. Jika ada bertanya pendapat contohnya tentang bisness, saya mudah memikirkan apa idea yang boleh dicuba. Semasa mula tulis blog setahun lalu, saya risau ketandusan idea. Alhamdulillah sentiasa ada.

  12. Salam.

    Adakala idea datang kpd kita tak kira masa atau tempat. Maka, kita perlu sentiasa bersedia – segera catatkan idea pada buku catatan kita.

    Semakin byk pendedahan kita dgn perihal sekeliling kita, maka, semakin banyak idea akan bercambah di fikiran kita.

    Kalau takdak idea jugak, layari weblog SatuJutaIdea ๐Ÿ™‚

  13. IK,,,nak dptkan idea tulis hari hari dlm blog pun payah…inikan pula idea perniagaan.
    ๐Ÿ™‚ seloroh aje…

    Kekerapan IK mencurahkan ilmu yg pelbagai dlm blog ini amatlah menunjukkan IK ini menepati 3 points di atas itu..Terima kasih…

  14. Thanks IK, maklumat yang penting untuk menjamin survival bisnes saya. Nanti IK share bnyk2 lagi ya. ๐Ÿ˜€

    Alhamdulillah saya berjaya hasilkan website kedua saya dari ilmu Workshop IK Mac 2009.

  15. saya sangat takut dgn cabaran..tapi dh separuh jalan saya tempun dunia perniagaan dalm takut-takut..masalh sya ialah saya sgt kurang keyakinan diri dah berasa rendah diri bila berhadapan dengan orang ramia..boleh tak bantu saya…

  16. Ye stuju, idea bukan datang bergolek atau datang sewaktu bertapa dalam gua atau datang ke rumah mengetuk pintu kita. Ia ada skill dan perlu latihan. Perlu banyak input baru boleh ada output!

  17. Sejak saya beli buku NOTA JUTAWAN NOTA MOTIVASI tulisan IK, saya amalkan menulis apa saja idea yang datang. Saya tulis ( conteng, lakar atau apa-apa saja yang teringat..) dgn letak tarikh masa saya menulis tu dalam buku nota kulit tebal. Macam magic pulak bila tetiba bila saya ada persoalan berkaitan bisnes dan bila baca balik apa yang saya tulis, saya akan jumpa point2 tersebut dan memang ia sangat membantu memantapkan bisnes saya.

  18. Salam..
    Saya gemar membaca sejak 2007 sehingga sekarg & buku motivasi Dr.Tuah adalh pilihan sy dan sy akan membeli buku Irfan Khairi pula sb utamanya sy ingin keluar dr belenggu hutang dan ingin hidup bahgia mcm org lain tp yg pentig iman..Doakn kejayaan sy.Amin

  19. pada pandangan saya dalam mencari idea adalah sesuatu yang tidak dijangka. kadang kala idea itu datang dengan sendirinya.
    saya percaya kepada satu konsep yang saya praktik kan sehingga hari ini dalam mencari idea, iaitu jika saya ingin mencari idea saya akan selalu memimirkannya, sentiasa mengingatinya,terlalu inginkan idea, kuatkan minda dan saya yakin mungkin dalam 2-3 hari idea itu datang dengan sendiri..kerana saya percaya ada satu kuasa pada minda kita untuk menarik sesuatu.. percayalah, lakukannya.. kita akan dapat bila kita terlalu inginkan nya hanya masa yang menetukan..

  20. sya sgt suka baca motivasi tp trbatas dgn waktu. Byk idea yg terfikir dn ada juga idea tu yg dh jd..mesti kerja keras lg untuk berjaya.

    Terima Kasih IK..

  21. Perkongsian yang menarik. Pembacaan penting untuk mengekalkan dan meningkatkan motivasi diri. Kadangkala org sekeliling suka downkan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published.