Cara seterusnya untuk menambahkan keuntungan, adalah dengan mengurangkan kos- jimatkan kos. Dalam perniagaan, tentunya terdapat kos mengendalikan perniagaan. Boleh tak kita kurangkan beberapa kos tersebut?
Cut cost to increase profit!
Matlamat pertama adalah untuk kurangkan kos pada 10% sahaja. Dengan mengurangkan kos 10%, boleh dikatakan keuntungan pula yang bertambah 10%.
Apa yang penting adalah untuk anda jejak semua wang keluar dalam perniagaan anda- senaraikan segalanya dan lakukan pantauan terperinci di mana anda boleh kurangkan kos-kos tertentu. Antaranya mungkin…
- Dapatkan supplier lain yang boleh memberi pada harga yang lebih rendah (pastikan kualiti tidak terganggu)
- Runding untuk mendapatkan lebih banyak stok pada harga diskaun
- Ubah daripada menyewa, kepada membeli aset
- Bayar sales team komisyen atas pencapaian (daripada bayar gaji tinggi untuk menggalakkan lebih jualan)
- Jimat pada overhead asas seperti elektrik, air, gas, etc…
- Guna semula apa yang boleh diguna semula (contoh, print atas kertas kedua-dua belah)
- Gunakan email daripada menghantar surat melalui pos
- Pelajari teknik-teknik mengurangkan kos petrol kereta
- Mencari ruang pejabat yang lebih murah
- Boleh tak pekerja anda kerja dari rumah? Jimatkan kos sewa ruang pejabat
Dan banyak lagi…
Sekiranya anda lihat senarai di atas (atau senarai anda sendiri), dan hanya mengurangkan 1% untuk setaip kos yang disebutkan, itu pun sudah dapat mengurangkan kos sebanyak 10%, dan menambahkan keuntungan 10%!
Sikit-sikit… lama-lama jadi bukit 🙂
IKLAN:
Workshop Jutawan Internet akan dijalankan dalam waktu terdekat. Sekiranya anda berminat, layari http://www.rahsiainternet.com/workshop untuk maklumat & pendaftaran.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
assalamualaikum
IK,saya amat tertarik dengan pandangan tersebut.insyallah saya cuba praktikkan didalam perniagaan saya.
Kadang2 itula…seronok nak berbisnes
last bila kira2 untg rugi
lagi banyak tang rugi
Salam IK,
Satu lagi idea yang simple tapi selalu ter’miss’ pandang oleh ramai orang. Biasanya usahawan lebih menumpu kepada menambah jualan untuk naikkan keuntungan, tp lupa kepada aspek mengurangkan kos..
Thanks IK.
Tapi untuk memulakan perniaggan @ melancarkannya kos paling diambil perhatian adalah dari segi promosi.saya memperuntukan hampir 80% kos untuk tujuan ini.kalau x silap yang ini ik sarankan.tapi result kita akan nampak.Tapi yang lain kita boleh berjimat tetapi tidak dari segi promosi kena keluar budget jugak la.tq ik
Sepatutnya bukan setakat jimatkan atau cut cost tetapi fikirkan juga kualiti kepada customer
Elektrik sebagai contoh boleh di jimatkan bukan sahaja melalui kaedah menjimatkan penggunaanya melalui kebiasaan apa yang kita tahu, malah beli alat penjimat tenaga yang sekarang ada di pasaran..
Dan lagi, bukan setakat cut cost tetapi modal untuk memulakan bisnes. contohnya dengan menggunakan konsep OPM dan OPE… 🙂
Kena kemaskini pengetahuan akaun. Bila dpt track akaun perniagaan kita dpt kenal mana satu kos yg boleh dikurangkan…..jgn harapkan akauntan sykt sj. atau pun selama ni tak pernah ada akaun utk perniagaan….
“Bayar sales team komisyen atas pencapaian (daripada bayar gaji tinggi untuk menggalakkan lebih jualan)”
Banyak company sudah membuat perkara sebegini,tetapi pekerja tersebut terpaksa menderita sedikit apabila kena tepat pada low season.
_____________________________
Panduan Kuasa Forum
Herm, kalau untuk perniagaan internet yang buat sorang-sorang camne pula ye?
yup…cuba buat sendiri benda yang simple..jangan dok asyik out source je..
Mulai hari ni, saya nak senaraikan semua jenis kos yang terlibat. Memana yang boleh dikurangkan, kita jimatkan kosnya.
Cuma perlu pastikan agar ia tak menjejaskan tahap produktiviti.
Saya suka tip kali ini. Simple tapi kesanya tinggi kalau kita aplikasikan.
10% reduce tapi impaknya tinggi.
Memang teringin sangat nak turunkan kos, tapi kos ayam mentah tak dapek nak kontrol…kena plak sekarang ni harga ayam naik giler…itulah beban yang peniaga makanan macam kami tanggung…lebih2 lagi kalau jual nasi ayam mcm PakAjiLeha ni…
dengan menyasarkan pengurangan kos sebanyak 10 % dan dengan automatik dapat keuntungan 10%, memang nampak ianya berkesan…namun kadang2 nak melaksanakannya mcm susah skit…
ya saya juga akan cuba tips2 tersebut.
setakat ni jg saya byk kurangkan kos, termasuk pekerja bekerja di dalam rumah saya:-)huhu..(tp saya tetap pastikan cara bekerja mcm keje di ofis-ofis luar, trmasuk bos:)
Tips yang berguna untuk semua 😉
ya, betul seeloknya kenal pengilang terus..memang boleh dapat harga murah tapi selalunya volume kena tinggi sebab kalau kuantiti kecik, mereka jual mahal juga.
mungkin utk permulaan kenal pembekal dulu dan bila dah stable sikit, cuba kenal pengilang pulak.