Tip lepas untuk menambahkan keuntungan adalah dengan cara menambahkan pasaran. Bila kita tambahkan pasaran ke market yang baru, maka, jumlah prospek pun bertambah. Prospek bertambah = pelanggan bertambah = keuntungan bertambah.
Tapi, satu lagi perkara yang patut kita lakukan dalam waktu yang sama juga adalah tambahkan conversion rate pelanggan kita.
Conversion rate bermaksud nisbah prospek yang menjadi pembeli. Contohnya, kalau perniagaan Internet, dalam 100 pelawat, berapa yang membeli? Mungkin sorang membeli. maka, nisbahnya adalah 100:1
Kalau perniagaan konvensional, mungkin di kira daripada jumlah orang yang masuk kedai anda. Katalah anda mempunyai SPA. Sehari, 50 prospek masuk ke SPA anda dan bertanyakan perkhidmatan anda. Daripada 50 tu, berapa yang membeli perkhidmatan anda? Mungkin 10… maka, nisbahnya adalah 5:1
Sekiranya anda menjalankan perniagaan insurans, berapa ramai yang mendaftar untuk insurans anda bagi setiap prospek yang anda jumpa sehari? Kata lah anda jumpa 5 prospek sehari. Dan yang mendaftar adalah 2 orang. Maka, nisbah adalah 5:2.
Langkah #1
Ketahui conversion rate atau nisbah prospek:pelanggan untuk perniagaan anda. Ini adalah penting supaya kita tahu sama ada perniagaan kita efektif atau tidak. Contoh seperti 100:1, 5:1 dan 5:2 diatas.
Langkah #2
Tingkatkan conversion rate, iaitu daripada 100 pelawat laman web, boleh tak dapatkan 4 pelanggan? Daripada 5 prospek yang masuk kedai anda, boleh tak ubahkan 3 menjadi pelanggan? Daripada 5 prospek yang anda jumpa, boleh tak ubahkan 3 mendaftar.
Jadi, mengikut contoh di atas, nisbah prospek:pembeli menjadi 100:3, 5:3 dan 5:2.
Bila kita berjaya tingkatkan conversion rate, maka, kita akan mendapat untung yang lebih pada jumlah pelanggan yang sama. Dengan hanya menambah conversion rate, keuntungan pun bertambah.
Cara menambahkan conversion rate? Fokus kepada:
- Pastikan sasaran adalah bertepatan
- Menambahkan nilai dan manfaat produk & perkhidmatan anda
- Memperbaiki cara anda menutup jualan/memujuk pelanggan
ps: Sekiranya berminat mempelajari cara memulakan perniagaan Internet dari rumah dalam masa 7 hari, sertai kami di http://www.rahsiainternet.com/workshop
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Saya setujun dgn bro ik.Saya juga menggunakan kaedah ini.membuat promosi serta memberi barangan percuma jika buat belian dan (pwp)puches with puches.belian dgn belian.promosi ini telah meningkatakan jualan dlm bisnes online saya.tetapi yg paling penting adalah mutu perkhidmatan kita.bila pelanggan sudah berpuas hati @ dapat mafaat sepenuhnya dari produk kita pasti kita akan dapat apa yg kita harapkan dlm bisnes on line kita.(tak boleh main-main beb).betul tak ik.mcm produk ik la dah satu malaya jadi sebutan.he he he
Ya, betul tu IK!
Dalam perniagaan analisis penting untuk mengembangkan lagi keuntungan dan pasaran!
THINKERICH
Assalamualaikum,
Banyak lagi yang perlu saya pelajari untuk meningkatkan conversion rate. Terutamanya cara no.3 tu. 🙂
sy mmg sedang b’usaha utk menambah prospek dr pelawat di blog..dan panduan dr ik amat berguna seperti ebook 101 cara promosi..
time kasih ik kerana menerbitkan ebook yg amat membantu peniaga spt sy..
Terima kasih banyak atas tip yang amat berguna ni IK. Memang banyak yang sy belajar…tip menambah pelanggan!
Tnapa convertion rate. Sebanyak mana pun pleawat ia tidak memberi suai faat kepada kita..
Thanks bro for nice info n tips. Hope i can make something with it..
conversion rate ni sesuai dlm perniagaan…
boleh digunakan utk menambahkan pendapatan…..
tahniah bro, idea yg menarik. tk.
ada lagi.. dengan persembahan yang selalu di kemas kini dengan bahan2 terkini. 🙂
gandakan usaha agar kelihatan lebih menarik dari sebelumnya. Teknik jualan dan faedah2 yang terkini untuk pelawat/prospek baru dan lama membuat pembelian berulang.
Target market memang adalah satu cara nak menukar pelawat web menjadi pembeli.
Kalau target market adalah salah. Conversion rate pasti rendah. Contohnya mempromosi pakaian pengantin kepada pelajar sekolah menengah.
Salam IK,
Saya memang tengah poning untuk tinggikan conversion rate ni. Nasib baik ada post ni, ada jugak dapat idea. Thanks IK kerana berkongsi ilmu.
Klu budak sekolah plak, conversion rate bolehlah dikira dari ilmu yang masuk dalam kepala berapa banyak pulak yang lekat kat minda… hehe..
maaf lari topik.
Menariknya conversion rate ni
boleh digunakan di dalam kehidupan
social kita juga. We are selling
ourself to someone.
Contohnya, hendak mencari jodoh.
Dalam 7 orang yang kita jumpa, mungkin
2 yang akan melekat dekat kita.
Thats 7:2 . Not bad.
Conclusionnya, always think and aware
of your conversion rate value.
penting woo conversion rate
lebih mudah dapat income
trafik tukarkan kepada sales
kalau kena caranya
conversion rate cari jodoh??? tak pernah dengar pun… ha ha
Hazwan : Ya, 7:2. Not bad.
Oklah, but..if 7:4.., that’s too bad.. 🙂
haha something very intresting to read…which we can measure our bussiness…emm setakat ni conversion rate terbaik saya cuma 2:19….tu pun produk affiliate la..produk sendiri tak cuba lagi hehe….dah lama tak ikuti blog jutawan hebat ni hehe…
Memang betul, Irfan. Conversion rate memang penting…kalau tidak, kita tak tau bisnes yang kita buat ada kemajuan atau tidak.
salam..
terima kasih bro IK kerana berkongsi ilmu yang amat bermanfaat ni
tetapi saya masih lagi dalam proses meningkatkan conversion rate
🙂
Assalamualaikum? Tahniah saya ucapkan pada IK, kerana memberi tunjuk ajar dalam perniagaan internet ini. Walaupun buta IT tapi saya yakin dan sentiasa mencuba apa yang IK sarankan. Terima kasih atas tunjuk ajar mu sifuuuuu.
kajian perlu di tingkatkan untuk medapatkan mutu sesutatu jualan..nice tips !
Betul tu.. Menilai kembali prospek yang datang akan mampu menguatkan lagi motivasi seterusnya mengukuhkan perniagaan.
Entahlah sampai sekarang aku masih tak expert ttg conversion rate ni. maksud aku , tak tahu apa yang visitor nak lihat utk convert mereka ke pembeli. aku agak the first 30 second tu yang penting utk tangkap pembeli utk stay dan explore website. aku biasa dapat lebih 900 visitor ke web phero-max tapi kadang2 tak ada conversion kpd pembeli.
maybe aku kena pergi krusus irfan khairi.
atau aku kena ubah balik website aku. atau mungkin lately ni org malaysia mmg semua simpan duit. pun aku still fikir kalau dapat conversion rate lebih baik tentu sales lebih okay. ada ramai visitors tapi tak guna juga kalau mereka tak membeli.
so aku syorkan kepada mereka2 yg mula berjinak dgn internet, visitors penting dan conversion rate yang bagus lagi penting.
tahniah dr. irfan, topis ni mmg bagus utk semua webmaster.
ok banyak idea disini
maybe saya boleh guna antara satunya
Thankz Tuan IK…
Dulu saya xpenah tahu Conversion rate bila ikut my bos la bila edar flayers dia ajar cerita bape target dalam 1000helai yang di edar target baper yang akan simpan baper jugak yang akan call baper yang akan endah xendah lalu buang flayers ni hehe…
begitu jugak nak wat sale,nak masuk tapak expo2…
thanks diatas ilmu yang Tuan Ik kongsikan…
http://www.facebook.com/fyruzdeparfume